You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA LAWAS

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH


BIL 1 / 2018

TARIKH : 06 Febuari 2018 (Selasa)


MASA : 2.00 Petang
TEMPAT : Bilik Sains

KEHADIRAN :

1. Rahimah Bt Lanambai
2. Asmawi B Alias
3. Sunting Bt Payak
4. Aqeela Alia Bt Ahmad
5. Siti Zainab Bt Bidin
6. Liza Bt Abas
7. Mohd Fahmi B Fesol
8. Suriyani Bt Matu Ali
9. Widiana Bt Anuar
10. Abdul Wadud Bin Ahmad
11. Norhanani Bt Kamaruddin
12. Noridah Bt Tuah
13. Ainah Bt Ahmad
14. Muhammad Hairul Nizam B Harun

Agenda-agenda mesyuarat adalah seperti berikut:


1. Kata-kata pengerusi.
2. Pembentukan jawatankuasa Panitia bagi sesi 2018
3. Sasaran pencapaian murid bagi subjek Sejarah.
4. Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi
5. Program Panitia Sejarah sepanjang tahun.
6. Hal-hal lain

1.0 Kata-kata Aluan Pengerusi

1.1 Pn Rahimah Bt Lanambai selaku pengerusi Panitia Sejarah


mengalu-alukan kedatangan semua guru yang hadir untuk Mensyuarat Panitia
Sejarah Kali Pertama Sesi 2018. Beliau menyatakan bahawa mesyuarat ini diadakan
bertujuan untuk membincangkan hala tuju Panitia Sejarah bagi tahun 2018 bagi Sk
Kuala Lawas.
Tindakan : Pengerusi Panitia

2.0 Pembentukan jawatankuasa Panitia bagi sesi 2016

2.1 Jawatankuasa baru dibentuk bagi sesi 2018 ini. Pn Norhanani dilantik sebagai
ketua panitia. Berlaku perubahan pada ahli jawatankuasa panitia, En Muhammad
Hairul Nizam menjadi AJK Panitia menggantikan Pn Sunting yang tidak lagi
mengajar subjek Sejarah pada tahun ini.
Tindakan : Semua ahli

3.0 Sasaran pencapaian murid bagi subjek Sejarah

3.1 Bagi tahun 2018, Panitia Sejarah masih mengharapkan agar keputusan ujian
tahun ini berpencapaian lulus 100%.
Tindakan : Semua ahli

4.0 Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi

4.1 Semua guru sejarah mesti mempunyai set DSKP bagi memudahkan urusan
pengajaran dan pembelajaran.
Format Rancangan Pengajaran Harian adalah seperti berikut
 Tema/ Tajuk
 Objektif / Hasil pembelajaran
 Aktiviti
 Bahan
 Refleksi
Tindakan : Semua ahli

5.0 Program Panitia Sejarah

5.1 Panitia Sejarah akan menganjurkan Program Kemerdekaan pada bulan Ogos dan
September dengan kerjasama panitia yang lain.
Tindakan : Semua ahli

6.0 Hal-hal lain

6.1 Program atau aktiviti yang akan diadakan pada tahun 2018 di bawah kendalian
Panitia Sejarah akan diputuskan kelak selepas ketua panitia berjumpa dengan
penolong kanan pentadbiran. Pelan tindakan panitia juga akan dikemukakan kelak.

Tindakan : Semua ahli


Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 3 petang.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh


__________________ _________________
(Puan Norhanani Bt Kamaruddin) (Pn Rahimah Bt Lanambai)
Ketua Panitia Sejarah Pengerusi Panitia Sejarah

You might also like