You are on page 1of 4

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG SABRANG

36009 TELUK INTAN,


PERAK DARUL RIDZUAN Kod Sekolah : ABD 5112
Telefon : 016-5401338
_____________________________________________________________________________________________
Kepada,
Ahli Jawatankuasa,
Panitia Pendidikan Moral,
SJK(T) Ladang Sabrang,
36009 Teluk Intan,
Perak Darul Ridzuan. 10 Jun 2016

Tuan,

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL BIL.3 / 2016

Merujuk kepada perkara di atas, memaklumkan bahawa satu mesyuarat akan diadakan seperti
butiran berikut :
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Tarikh: 17 Jun 2016
Masa : 3:00 t/hari
2. Antara agenda yang akan dibincangkan adalah seperti berikut :
2.1 Ucapan Ketua Panitia
2.2 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil.2 / 2016
2.3 Pembentangan Analisis Headcount Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) Pendidikan
Moral 2016
2.4 Masalah Dikenal Pasti Dan Strategi Mengatasi Masalah (Post-Mortem)
2.5 Program Penambahbaikan Peningkatan Kualiti Matapelajaran Pendidikan Moral
2.6 Lain-lain / Perkara Berbangkit
3. Kerjasama pihak tuan sangat dialu-alukan untuk mengutarakan idea-idea yang bernas
demi meningkatkan prestasi pencapaian matapelajaran RBT di sekolah ini.
Nama Guru T/Tangan
Sekian terima kasih.
Pn.V.Parimalah
Pn.K.Sakuntala
Saya yang menurut perintah,
Cik.G.Piramila
Pn. Malarvilly
Pn.Saraswathy
Cik. Kavithrra
En. Chelva
.
(Cik. Diganeswari)
Ketua Panitia Pendidikan Moral
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL
BIL. 3 / 2016

Tarikh : 17.06.2016
Masa : 3:05 pm 4:00 pm
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Kehadiran : Pn.V.Parimalah (Guru Besar)
Cik Diganeswari (Ketua Panitia)
Pn Sakuntala
Cik Piramila
Pn. Malarvilly
Pn. Saraswathy
Cik Kavithrra
En. Chelva

1.0 Ucapan
Ketua Panitia mengalu-alukan kehadiran semua ahli jawatankuasa ke mesyuarat Panitia
Pendidikan Moral Bil.3/2016.
Tindakan : Makluman

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat


Ketua Panitia membentangkan minit mesyuarat Panitia Pendidikan Moral Bil.2/ 2015.
En.Chelva telah mencadangkan minit mesyuarat tersebut. Cadangan itu telah disokong oleh
Cik. Piramila.

Tindakan : Ketua Panitia & AJK

3.0 Pembentangan Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun Pendidikan Moral 2016


Ketua Panitia Pendidikan Moral selaku Guru Pendidikan Moral telah membentangkan
analisis headcount Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) Pendidikan Moral. Semua calon
yang menduduki peperiksaan Pendidikan Moral telah 100% lulus dalam matapelajaran ini.
Pencapaian murid dalam matapelajaran Pendidikan Moral agak memuaskan. Perubahan
tingkahlaku murid terhadap Peperiksaan Pendidikan Moral telah menunjukkan program
penambahbaikkan yang telah dilaksanakan selepas Ujian 1 berjaya.
Tindakan : Makluman

4.0 Masalah Dikenal Pasti Dan Strategi Mengatasi Masalah (Post-Mortem)


Ketua Panitia Pendidikan Moral selaku Guru Pendidikan Moral membentangkan
masalah- masalah yang dihadapi oleh murid dalam PPT Pendidikan Moral. Antaranya
ialah seperti berikut:

4.1 Isu/Permasalahan
i) Murid gagal mengingat fakta-fakta yang telah dipelajari.
ii) Murid-murid telah memberikan jawapan yang berputar-belit.

4.2 Strategi Mengatasi Masalah


i) Pendedahan kemahiran/teknik menjawab soalan kepada murid.
ii) Perbanyakkan latihan/latihtubi soalan seiras.
iii) Ujian perlu dilaksanakan mengikut tempoh yang telah ditetapkan supaya
murid dapat dilatih untuk menjawab dalam tempoh yang diperuntukkan.

Tindakan : Ketua Panitia/ Guru RBT

5.0 Program Penambahbaikan Peningkatan Kualiti Matapelajaran Pendidikan Moral


i) Panitia Pendidikan Moral akan mengadakan program-program yang dicatatkan
seperti dalam takwim sekolah.
ii) Pelbagai kad bacaan dan rujukan Pendidikan Moral telah disediakan bagi murid-
murid Tahun 1 hingga 6. Bahan bantu belajar tersebut masing-masing telah
diletakkan di sudut bacaan kelas dan mudah diakses oleh murid.

Tindakan : Makluman

Ucapan Penangguhan
Ketua panitia menangguhkan mesyuarat dengan ucapan jutaan terima kasih kepada semua hadirin .

Tindakan : Makluman
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4:05 petang.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :


(Cik. Diganeswari) (Pn.V.Parimalah)
Ketua Panitia Pendidikan Moral Guru Besar

You might also like