You are on page 1of 5

SPSK PK 07/2

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL PULAU CAREY TIMUR,


42960 PULAU CAREY,
SELANGOR DARUL EHSAN.

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL BIL. 1 / 2023-2024

Tarikh : 03 Mei 2023

Masa : 2.00 petang

Tempat : Dewan SJKT Pulau Carey Timur

Kehadiran :

Bil. Nama Jawatan

1 En. Muniyandy A/L Rangaswamy Guru Besar (Pengerusi)


2 En. Ravindran A/L Arumugam PK Pentadbiran (Timbalan Pengerusi)
3 Pn. Parames A/ P Mariappan Ketua Panitia Pendidikan Moral

Turut Hadir

Bil. Nama Jawatan

1 En. Gunaseelan A/L Pechamuthu PK HEM

Tidak Hadir

Bil Nama Sebab

1 Tiada

Urus Setia Mesyuarat :

1. En.Pirabu A/L Periayyah Setiausaha Panitia Pendidikan Moral

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua guru
yang sudi hadir ke mesyuarat Panitia Pendidikan Moral Bil. 1 bagi sesi 2023-
2024.
1.2 Pengerusi berharap agar perjalanan mesyuarat berjalan dengan lancar serta
mendapat respon dan perhatian dari semua guru tentang perkara yang akan
dibincangkan.
Makluman : Semua Guru

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan Tarikh Kuatkuasa
01 01 JANUARI 2015 01 31 MAC 2015 15 APRIL 2015
Hak Cipta Terpelihara @ JPNSel 2015
SPSK PK 07/2

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU


-Tiada-
3. PERKARA- PERKARA BERBANGKIT
-Tiada-

4. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / ISU / LAPORAN


4.1 Pelantikan Jawatankuasa Panitia Pendidikan Moral Tahun 2023-2024.
Pengerusi : En. Muniyandy A/L Rangaswamy (Guru Besar)
Timb. Pengerusi : En.Ravindran A/L Arumugam (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : En. Gunaseelan A/L Pechamuthu (GPK HEM)
Naib Pengerusi 2 : En. Pirabu A/L Periaayah (GPK Kokurikulum)
Ketua Panitia : Pn. Parames A/P Mariappan
Setiausaha Panitia : En.Pirabu A/L Periaayah
Makluman : Semua Guru

4.2 Pengagihan Kelas Bagi Mata Pelajaran Pendidikan Moral


Tahun 1 : En. P. Pirabu
Tahun 2 : Pn. M. Parames
Tahun 3 : En. A. Ravindran
Tahun 4 & 5 : En. R. Muniyandy
Tahun 6 : En. R. Muniyandy
Makluman : Semua Guru

4.3 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Rancangan


Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
4.3.1 Pengerusi mengingatkan semua guru mata pelajaran Pendidikan Moral untuk
menggunakan DSKP Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan sebagai
sumber rujukan asas di bilik darjah.
4.3.2 Guru-guru Pendidikan Moral dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dikehendaki
menyediakan RPT mengikut takwim sekolah.
4.3.3 Guru-guru Pendidikan Moral juga dikehendaki memuat naik RPT yang disediakan
dalam google drive e-mail sekolah mengikut kelas masing-masing.
4.3.5 Pengerusi mengingatkan kandungan RPH harus melingkungi perkara di bawah:
Mata pelajaran / Kelas:

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan Tarikh Kuatkuasa
01 01 JANUARI 2015 01 31 MAC 2015 15 APRIL 2015
Hak Cipta Terpelihara @ JPNSel 2015
SPSK PK 07/2

Nilai / Tajuk :
Standard Kandungan :
Standard Pembelajaran :
Objektif :
Aktiviti :
BBM :
Refleksi :
Tindakan : Guru Pendidikan Moral Tahun 1-6

4.4 Buku Rampaian Murid


4.4.1 Pengerusi membuat keputusan sebulat suara untuk menggunakan satu buku kecil
untuk latihan bagi mata pelajaran Pendidikan Moral Tahap Satu dan Tahap Dua.
Tindakan : Guru Pendidikan Moral Tahun 1-6

4.5 Perancangan Program Tahunan


4.5.1 Beberapa program telah dicadangkan untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2023-
2024. Antaranya,
- Bengkel Kepentingan Pendidikan
- Sambutan Hari Saraswaty
- Sambutan Hari Ponggal
- Aktiviti Yoga
4.5.2 Beberapa program perkembangan staf juga dicadangkan untuk dilaksanakan
pada tahun 2023-2024. Antaranya,
- Komuniti Pembelajaran Profesional (Kumpulan Penyelesai Masalah)
- Santai Jumaat
- Taklimat KBAT dan PAK-21
- Gotong Royong
Makluman : Semua guru

4.6 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


4.4.1 Pengerusi menyatakan bahawa Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) akan
dilaksanakan dan diisi secara online sebanyak dua kali setahun iaitu pada
pertengahan sesi dan pada akhir sesi persekolahan.

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan Tarikh Kuatkuasa
01 01 JANUARI 2015 01 31 MAC 2015 15 APRIL 2015
Hak Cipta Terpelihara @ JPNSel 2015
SPSK PK 07/2

4.4.2 Pengerusi menyatakan bahawa hanya murid tahap dua iaitu tahun 4, tahun 5
dan tahun 6 sahaja akan menghadapi peperiksaan pada akhir tahun.
4.4.3 Guru- guru Pendidikan Moral boleh menyediakan pentaksiran pada
pertengahan tahun.
Makluman : Guru Pendidikan Moral Tahun 1-6

4.7 Prosedur Pembelian dan Pengurusan Stok


4.7.1 Pengerusi menyatakan bahawa panitia Pendidikan Moral mempunyai wang PCG
sebanyak RM 106.09.
4.7.2 Pengerusi mengingatkan untuk mengisi nota minta, melengkapkan borang
pesanan, invois, baucar bayaran, cek bayaran dan stok atau inventori dengan kerani
agar urusan kewangan dilaksanakan dengan lancar.
Makluman : Ketua Panitia Pendidikan Moral

4.8 Pengurusan Fail Panitia


4.8.1 Pengerusi menyatakan mata pelajaran elektif harus mempunyai satu fail putih dan
satu fail keras putih yang mempunyai nombor rujukan terkini.
4.8.2 Pengerusi menyeru supaya semua fail harus dikemaskini dari masa ke semasa.
4.8.3 Pengerusi juga menegaskan setiap mesyuarat yang dilaksanakan harus
diminitkan dan difailkan dalam tempoh masa seminggu dari hari mesyuarat dijalankan.
4.8.4 Ketua Panitia dikehendaki meminitkan setiap surat keluar masuk mengikut tarikh
dengan betul.
4.8.5 Surat keluar dari panitia harus diminitkan dengan pen berwarna biru dan surat
masuk ke panitia harus diminitkan dengan pen berwarna merah.
Tindakan : Ketua Panitia Pendidikan Moral

5.0 HAL- HAL LAIN


5.1 Guru- guru diminta sentiasa bekerjasama untuk menjayakan aktiviti-aktiviti yang
dirancang bagi sesi 2023-2024.
Makluman : Semua Guru

6.0 PENUTUP
6.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi dengan ucapan terima kasih kerana sudi
hadir mesyuarat tahunan bagi sesi 2023-2024 ini.

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan Tarikh Kuatkuasa
01 01 JANUARI 2015 01 31 MAC 2015 15 APRIL 2015
Hak Cipta Terpelihara @ JPNSel 2015
SPSK PK 07/2

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.


6.3 Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada 07 Julai 2023.

Urus Setia
Panitia Pendidikan Moral,
Unit Kurikulum,
SJKT Pulau Carey Timur.

Tarikh : 06 Mei 2023

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan Tarikh Kuatkuasa
01 01 JANUARI 2015 01 31 MAC 2015 15 APRIL 2015
Hak Cipta Terpelihara @ JPNSel 2015

You might also like