You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU BARIAH

21100 KUALA TERENGGANU


TERENGGANU

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


KALI 1 SESI 2029

Tarikh : 21 Januari 2017


Hari : Selasa
Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Tengku Bariah

Kehadiran :

1. En. Mohamad b. Ismail -GPK HEM ( Pengerusi )


2. Pn. Zuraidah bt. Abdullah
3. Pn. Zawiah bt. Ismail - AJK
4. Tn. Hj. Wan Baderul b. Wan Mat Ali AJK
5. Pn. Hjh. Zalina bt. Kassim - AJK
6. Pn. Raja Zaliha bt. Raja Awang - AJK
7. Pn. Nurul Huda bt. Osman - AJK
8. En. Ahmad Zunaidi b. Ab. Rahman - AJK
9. Pn. Nor Risah bt. - AJK
10. Pn. Hjh. Sharifah bt. Mat Jusoh - AJK
11. Pn. Saieda bt Musa - AJK

Agenda 1 – Ucapan Pengerusi

1.1. Memulakan mesyuarat dengan bacaan surah Al Fatihah.

1.2. Merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran ahli jawatankuasa Bimbingan dan
Kaunseling ke Mesyuarat kali pertama.

1.3. Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjalankan peranan dengan baik pada tahun-tahun
lepas dan beliau berharap Guru Bimbingan dan Kaunseling akan meneruskan lagi dengan
percambahan idea serta program yang baharu.

1.4. Memaklumkan bahawa Unit Bimbingan dan Kaunseling berada di bawah unit HEM. Beliau
berharap ahli-ahli jawatankuasa perlu faham peranan masing-masing iaitu membantu unit
Bimbingan dan Kaunseling melancar dan melicinkan lagi program yang telah dirancang
disamping memberikan idea untuk menambah baik lagi program-program Bimbingan dan
Kaunseling pada tahun ini.

Agenda 2 – Peranan dan tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling


2.1. Guru bimbingan dan Kaunseling mengucapkan tahniah kepada ajak baru dilantik dan
memberikan penerangan dan penjelasan mengenai tugas dan tanggungjawab Guru Bimbingan
dan Kaunseling di sekolah.
2.2. GBK mengedarkan edaran yang diperoleh ketika program Perjumpaan Guru Bimbingan dan
Kaunseling bersama Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu pada 9 Mac yang
telah diadakan di Dewan Besar, Akademi Binaan Malaysia, Jenagor,Hulu Terengganu.

2.3. Antara peranan GBK ialah :

- Menjalankan sesi bimbingan individu – 1 sesi setiap hari


- Menjalankan sesi bimbingan kelompok – 1 sesi seminggu
- Fokus utama bidang GBK pada tahun ini iaitu :

a. Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid


b. Peningkatan Disiplin Diri Murid
c. Pendidikan Kerjaya Murid
d. Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid.

Agenda 3 – Takwim Tahunan Unit Bimbingan dan Kaunseling

3.1. GBK mengedarkan takwim tahunan Unit Bimbingan dan Kaunseling kepada semua ahli.
3.2. GBK berharap agar jika ada sebarang cadangan dan idea daripada hali-ahli untuk program
yang sesuai dan difikirkan perlu untuk dilaksanakan boleh dimaklumkan kepada beliau untuk
sama-sama direalisasikan.

Agenda 4 – Amalan Guru Penyayang dan Program Mentor-mentee

4.1. Amalan Guru Penyayang dan Program Mentor Mentee adalah di bawah GBK.
4.2 GBK memaklumkan pemantauan untuk program ini akan dijalankan dua kali setahun oleh
KPM dan 4 kali setahun oleh PPD atau JPN.
4.3. Tempoh pemantauan adalah bermula bulan Januari hingga Mac, April hingga Jun, Julai
hingga September dan Oktober hingga Disember.
4.4. Pihak sekolah perlu bersedia setiap masa kerana tarikh dan sekolah yang akan dipantau tidak
dimaklumkan.
4.5. Antara pengisian untuk program Amalan Guru Penyayang ialah :
- mengalu-alukan kehadiran murid-murid di pintu pagar sekolah setiap pagi.
- memberi penghargaan kepada murid-murid
- penglibatan semua guru dalam program mentor mentee berdasarkan kepada modul yang
diberi oleh KPM.
4.6. GBK memaklumkan majlis penyerahan fail mentor mentee telah dibuat pada 6 Januari lepas
iaitu semasa Majlis Perasmian Program Guru Penyayang.
4.7. Agihan tugasan untuk guru bertugas mengalu-alukan kehadiran murid juga akan diedarkan
dalam masa terdekat.

Agenda 5 – Hal-hal lain

5.1 GBK memaklumkan bahawa unit Bimbingan dan Kaunseling telah melaksanakan beberapa
program di awal tahun ini iaitu :
5.1.1 Majlis Taklimat Ibu Bapa dan Penjaga Murid Tahun 1 pada 28 Disember 2019.
5.1.2 Program Perasmian Guru penyayang pada 6 Januari 2020
5.1.3 Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda pada 12 Januari 2020
5.2 Beliau juga memaklumkan ada beberapa program lagi yang akan dijalankan dalam masa
terdekat iaitu Majlis Perasmian Pembudayaan IkeP dan Majlis Permuafakatan Ibu Bapa
dan Penjaga Murid Tahun 6.

5.3. Pengerusi mengingatkan agar semua ajk dapat memberi kerjasama kepada GBK agar setiap
program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lamcar dan objektif program tercapai.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang ke satu tarikh akan datang. Mesyuarat ditutup dengan
bacaan Surah Al Asr.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

......................................... ...........................................
( ZAWIAH BT. ISMAIL ) ( MUHAMMAD B. ISMAIL )
Penyelaras , Guru Penolong Kanan HEM
Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Tengku Bariah
SK Tengku Bariah Kuala Terengganu
Kuala Terengganu

You might also like