You are on page 1of 4

Minit Mesyuarat Panitia Kemanusiaan 1/2015

Sekolah Kebangsaan Sri Layang


69000 Genting Highlands Pahang
Tarikh

: 20 Januari 2015

Hari

: Selasa

Masa

: 2.00 petang

Tempat

: Bilik Mesyuarat SK Sri Layang

Kehadiran :

1. En. Mohd Hafiszan bin Mohd Nor

(Pengerusi)

2. Pn. Zaimah binti Anuar

(GPK Pentadbiran)

3. Pn. Sakinah bt Saad

(GPK HEM)

4. En. Derahim bin Jaapar

(GPK KoKurikulum)

5. En. Muhammad Faizal bin Saadon

(KP RBT/KH)

6. Muhammad Amri bin Haji Osman

(KP Sejarah/KT/PSK)

7. Pn. Leong Oi Thing

(KP TMK)

8. Pn. Rosyati bt Ismail


9. Cik Norakma Liyana bt Mohamed Salleh
10. En. Mohd Hairun Nizam bin Muhamad Saman
11. Pn. Siti Aisyah bt Hassan
12. Cik Rohana bt Mustapha
Tidak Hadir : 1. Cik Noor Ain bt Mohd Yusoff
2. En. Afifi bin Ahmad Pahmin

(Setiausaha) (Cuti Sakit)


(KP PJK)

(Cuti Sakit)

Perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat adalah seperti berikut:Perkara 1


Aluan Pengerusi
1.1Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah dan mengucapkan terima
kasih dan selamat datang di atas kehadiran ke mesyuarat panitia kali pertama.
1.2Pengerusi memaklumkan subjek yang terlibat seperti Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Kemahiran
Hidup, Rekabentuk dan Teknologi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pendidikan
Moral, Pendidikan Muzik, Sejarah dan Pendidikan Seni adalah di bawah Panitia
Perkembangan Diri dan Individu.

1.3 Kesemua subjek ini digabungkan dibawah satu panitia hanya untuk menjalankan
mesyuarat sahaja tetapi setiap panitia perlu mewujudkan fail masing-masing.
Tindakan : Makluman

Perkara 2
Ucapan Guru Besar/GPK
2.1 Ucapan terima kasih dan selamat datang di atas kehadiran guru-guru dan
mengharapkan aktiviti-aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar serta mengalualukan Ustaz Hafiszan sebagai Ketua Panitia
2.2 Semua Ketua Panitia hendaklah mengemaskini fail panitia masing-masing.
2.3 Setiap Panitia perlu ada kerjasama yang erat untuk sebarang penambahbaikkan dari
masa ke semasa.
2.4 Memaklumkan kepada semua guru subjek sejarah merupakan subjek teras yang akan
menggantikan subjek PSK bermula 2014 secara berperingkat dan akan bergabung di
bawah Panitia Kemanusiaan.
2.5 Panitia perlu mengadakan sekurang-kurangnya tiga kali setahun.
2.6 Ketua Panitia perlu merancang penggunaan duit sebaik mungkin untuk sebarang
program dan pembelian peralatan dan berbincang dengan Pembantu tadbir.
2.7 Minit Mesyuarat perlu disiapkan secepat mungkin setiap kali bermesyuarat.
2.8 Panitia perlu menyelaraskan tarikh RPT mengikut ketetapan.
Tindakan : Makluman
Perkara 3
Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Harian (RPH)
3.1 Guru perlu mendapatkan RPT yang terkini daripada GPK 1 ataupun secara online.
3.2 RPT perlu dihantar selewat-lewatnya pada hujung Januari.
3.3 Rancangan Pengajaran Harian perlu ditulis mengikut kursus DSKP yang terkini dan
wajib menulis impak.
Tindakan : Guru Subjek
Perkara 4
Dokumen KSSR dan PBS
4.1 Semua guru yang mengajar perlu melakukan pentaksiran dan merekodkan di dalam
template offline yang disediakan semasa kursus DSKP

Tindakan : Guru Subjek

Perkara 5
Pengurusan Fail Panitia
5.1 Setiap Panitia perlu menyediakan dan melengkapkan 3 fail iaitu A, B dan C
Tindakan : Guru Subjek dan Pentadbir

Perkara 6
Takwim dan Program Tahunan Panitia
6.1 Setiap Panitia perlu merancang dua ke tiga program berserta tarikh dilaksanakan.
6.2 Guru yang mengajar RBT dan TMK perlu selaraskan giliran mengajar.
6.3 Penyelarasan pakaian pendidikan jasmani iaitu;
(a) T-Shirt koku atau T-Shirt putih sahaja
(b) Kasut sukan dibenarkan
(c) Tudung uniform sekolah dan tudung hitam sahaja dibenarkan.
Tindakan : Makluman

Perkara 7
Peperiksaan dan Penggubalan Soalan
7.1 Peperiksaan akan dilaksanakan dua kali setahun.
7.2 Penyediaan soalan perlu mengikut JSU yang betul.
Tindakan : Guru
Perkara 8
Semakan Buku Latihan
8.1 Semua guru perlu merujuk buku panduan pengurusan 2015 untuk jadual semakan buku
latihan.
8.2 Ketua Panitia perlu membuat pemantauan dan mengisi borang yang disediakan.

Perkara 9
Hal-hal lain
9.1 Puan Sakinah memaklumkan gotong royong akan dilaksanakan sekali sebulan.
9.2 Puan Zaimah memaklumkan ujian SEGAK bagi tahun 4 dan 5 perlu dijalankan.
9.3 Guru kelas perlu mengisi nama dalam system target 2015 dan guru-guru perlu mengisi
target.
9.4 LADAP PBS akan dijalankan pada 22 Januari 2015 (Khamis)
9.5 Perjumpaan Ibubapa Tahun 6 dan Motivasi akan dijalankan pada 22 Januari 2015.
9.6 Pertukaran Puan Leong masih tiada pengganti dan kelas Bahasa Cina akan ditutup
sementara.
9.7 Cik Norakma Liyana akan mengajar kelas arus perdana dan kelas pemulihan akan
ditutup sementara
9.8 Pelancaran program NILAM akan dilaksanakan pada 26 Januari 2015.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

......................................................

.....................................................

(CIK NOOR AIN BT MOHD YUSOFF)

(EN. MOHD HAFISZAN B. MOHD NOR)

Setiausaha,

Ketua Panitia,

Panitia Perkembangan Diri dan Individu

Panitia Perkembangan Diri dan Individu

Sekolah Kebangsaan Sri Layang

Sekolah Kebangsaan Sri Layang

69000 Genting Highlands

69000 Genting Highlands

Pahang Darul Makmur.

Pahang Darul Makmur

You might also like