You are on page 1of 21

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bil 01/2020

MESYUARAT KURIKULUM AWAL TAHUN 2019 (BIL 01/2020)

Tarikh ( Hari ): 27 Disember 2020 (Jumaat)


Tempat: Bilik Gerakan, SAM Bandar Baru Salak
Tinggi
Masa: 11.30 pagi
Kehadiran: 58 orang (Hadir)
8 orang (Tidak Hadir Bersebab)

Senarai Kehadiran:
( berdasarkan tandatangan pada senarai kehadiran pada Lampiran 1 )

1. Puan Norafizah binti Ahmad Pengerusi ( Pengetua)


2. Puan Najiah binti Shafie Naib Pengerusi 1 (PK Pentadbiran)
3. Puan Noor Azma binti Seman Naib Pengerusi 2 ( PK Hal Ehwal Murid)
4. Puan Rozilawati binti Abu Hassan Naib Pengerusi 3 (PK Kokurikulum)
5. Puan Faridah binti Ibrahim Naib Pengerusi 4 (PK Tingkatan Enam
STAM)
6. Encik Zulkifli bin Abd Mubi GKMP Pendidikan Islam (Dini)
7. Puan Syaidatul Izam binti Arshad GKMP Bahasa
8. Puan Fazilah binti Hassan GKMP Teknik & Vokasional
9. Encik Mohd Firdaus bin Idris GKMP Kemanusiaan
10. Puan Nor Aidah binti Dahroji GKMP Sains dan Matematik / Penyelaras
Makmal / Setiausaha Kurikulum
11. Encik Adura Azlin bin Ishak Ketua Panitia Sains Tulen (Guru Cemerlang)
12. Puan Farizatul Hani binti Mohaidin Ketua Panitia B. Melayu / Setiausaha Jadual
Waktu
13. Puan Adrine Hani binti Omar Ketua Panitia Sejarah / Dokumentasi
Kurikulum
14. Puan Nora binti Abdullah Penyelaras Prinsip Perakaunan & Perniagaan
15. Puan Umi Kalthum binti Mohd Noh Ketua Panitia Matematik & Mat. Tambahan
16. Encik Baharudin bin Pardi Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan
17. Puan Noor Hafizah binti Muhammad Ketua Panitia Geografi/ Setiausaha Unit
Peperiksaan dan Penilaian
18. Encik Zulkepli bin Mat Ketua Panitia Reka Bentuk dan Teknologi
19. Puan Siti Suriya binti Aminudin Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual
20. Puan Pauzana binti Abd Manap Ketua Panitia Usul Al- Din
21. Puan Nor Amira binti Aminordin Penyelaras KKQ
22. Puan Siti Zubaidah binti Othman Penyelaras Al-Adab Wa Al-Balaghah

1
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bil 01/2020

23. Puan Suhailah binti Jaafar Penyelaras Manahij Al- Ulum Al-Islamiah
24. Encik Zul Azmi bin Mokhlas SUP SPM
25. Puan Siti Norhaiza binti Zainal SUP PT3
26. Puan Nasrah binti Sujangi SUP SMA Dini
27. Puan Noor ‘Atikah binti Sarif SUP STAM
28. Puan Nuurunnuha binti Mohd Hatta SUP MUET
29. Puan Norul Atikah binti Abdullah Setiausaha Peperiksaan Dalaman
30. Puan Sharifah Suhaila binti Syed Abdullah Setiausaha LADAP
31. Puan Asdawati binti Asad Guru Media
32. Puan Yusnita binti Abd Rahman Kaunselor
33. Puan Noor Ezzah binti Mohd Saipullah Guru Data
34. Puan Siti Aminah binti Nordin @ Radin Ketua Penyelaras Tingkatan

Turut Hadir
35. Encik Abu Hashim bin Bakar
36. Encik Hassan bin Haji Jaslin
37. Encik Mohd Razali bin Osman
38. Encik Muhammad Zaini bin Taib
39. Encik Syed Naqhaei bin Syed Othman
40. Encik Mohammad Ikram bin Ariffin
41. Puan Arifah Hazwani binti Ariffin
42. Cik Siti Mariam binti Md Derus
43. Puan Arifah Hazwani bin Arifin
44. Puan Muhazila binti Mohamad
45. Puan Noor Huda binti Settu
46. Puan Norhana binti Burhanudin
47. Puan Norhaslinda binti Zulkipli
48. Puan Norjanah binti Chik
49. Puan Rabiatul Adawiyah binti Md Yasin
50. Puan Rosmidah binti Ramli
51. Puan Rossuhana binti Suaid
52. Puan Siti Fatimah binti Mokhtaruddin
53. Puan Mahfuzah binti Mohamad Mansur
54. Puan Norhazirah binti Hasim
55. Puan Qiblat Amni binti Hisham
56. Puan Khairunnisa binti Bakar
57. Puan Asiah binti Bro @ Yusop
58. Puan Tumisah binti Akim

2
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bil 01/2020

Tidak Hadir (Bersebab)


1. Puan Siti Khairul Bariah binti Kamaludin Kurang Sihat
2. Puan Um Maisarah binti Asmara Cuti Bersalin
3. Puan Zairarizat binti Mohd Jinal Cuti Bersalin
4. Puan Anis Shafinaz binti Ibrahim Ayah Menjalani Pembedahan
5. Puan Nor ‘Aeida binti Ab Wahid Ketua Panitia LAM (Guru Cemerlang)-
Kurang Sihat
6. Husniyah binti Zakaria Kurang Sihat
7. Kartini binti Ali Cuti
8. Noor Diana binti Haromi Belum mendaftar

Urus setia Mesyuarat :


1. Puan Nor Aidah binti Dahroji Pencatat Minit Mesyuarat

Agenda:

1.0 Perutusan Pengerusi (Puan Norafizah binti Ahmad – Pengetua)

1.1 Pengerusi membuka mesyuarat dengan ucapan salam dan bacaan Al-Fatihah. Beliau
mengucapkan syukur dan mengucapkan tahniah kepada semua Penolong Kanan, Guru
Kanan Mata pelajaran, Guru Cemerlang, Ketua – ketua Panitia Mata pelajaran,
Penyelaras Pusat Sumber, semua Jawatankuasa Unit Peperiksaan dan Penilaian , Ahli
Jawatankuasa Kurikulum .dan semua yang hadir , kerana perjalanan aktiviti akademik
berjalan dengan lancar.

1.2 Berikut adalah antara intipati perutusan pengerusi :

1.2.1 Setiap orang guru bertanggungjawab melahirkan insan yang berakhlak mulia.
Semua guru sepatutnya memakai pakaian formal ke mesyuarat kerana
makluman telah disampaikan ke dalam telegram wacana.
1.2.2 Setiap orang guru mesti peka kepada tagline PPD iaitu “Cepat, Tepat, Integriti
dan Berkesan”. Untuk makluman Tuan Haji Arbain , Pegawai PPD Sepang
telah berpindah ke PPD Hulu Langat.
1.2.3 Slogan JPN Selangor adalah TERBILANG ; iaitu “Teliti, Efisien, Rajin,
Bijaksana, Laju, Amanah, Niat, Istiqamah dan Gembira”.
1.2.4 Sekarang kita berada dalam Gelombang kedia PPPM 2016-2020.
1.2.5 Semua boleh meniru budaya ‘Kaisen’ iaitu sentiasa memperbaiki ke arah yang
lebih baik. Dalam pengurusan tidak boleh dalam keadaan yang selesa, oleh itu
ada wujudnya budaya redeployment dengan tujuan untuk mendapatkan

3
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bil 01/2020

budaya yang baharu , dan semangat yang baharu. Jangan menggunakan alasan
yang sama , perlu muhasabah diri . Ada kajian menunjukkan pencapaian
dalam peperiksaan ada kaitan dengan pedagogi dan penampilan guru.
Sekiranya prestasi jatuh, semua guru perlu memmbuktikan apa yang telah
lakukan untuk mencapai keputusan yang melonjak .
1.2.6 Pengerusi meminta semua guru memastikan kehadiran dan keberadaan yang
berimpak :
a) Kelas
b) Perhimpunan
c) Majlis Rasmi Sekolah
d) Kokurikulum
1.2.7 Nota daripada KPPM, jangan mencipta isu-isu sensitif ; perlu respons segera.
Semua tindakan mesti mengikut SOP. Buang sikap ego dalam menyelesaikan
masalah , gunakan win-win situation dan musyawarah . Semua program
aktiviti mesti ada PDCA ( Plan, Do, Check, Action ) dan PLOC (Plan, Lead,
Organise, Control ).
1.2.8 Semua guru mesti mempunyai integriti. Jika ada program di sekolah yang
dikehendaki hadir, semua diwajibkan hadir. Kepentingan peribadi perlu
dikemudiankan.

1.3 Pengerusi mengucapkan tahniah atas keputusan peperiksaan PT3 dan SMA yang
diumumkan pada 19/12 yang lalu . Berikut adalah analisis ringkas PT3 2019 dan SMA
2019:
1.3.1 GPS PT3 mencapai 2.53 ( meningkat 0.12 daripada tahun 2018).
1.3.2 Bilangan murid yang mendapat A ialah , 11A ( 2 orang), 10A (3 orang), 9A
(5 orang), 8A (6 orang) dan 7A (10 orang).
1.3.3 Berikut adalah analisis perbandingan 2018-2019 prestasi mata pelajaran yang
meningkat :
 Bahasa Melayu : 1.80 →1.66
 Bahasa Inggeris : 3.57 → 1.77
 Matematik : 4.14 → 3.46
 Sains : 4.26 → 3.81
 Lisan LAM : 1.42 → 1.38
1.3.4 GPS SMA mencapai 2.18 , Skor 3
1.3.5 Bilangan murid yang mendapat Mumtaz (26 orang) , Jayyid Jiddan (72 orang),
Jayyid (36 orang ), Maqbul ( 16 orang ) dan Rosib ( 2 orang ).

Tindakan: Setiausaha Kurikulum dan Makluman Kepada Semua Guru

4
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bil 01/2020

2.0 Membaca dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Kurikulum Bil 04/19

2.1 Urus setia membentangkan Minit Mesyuarat Kurikulum Bil 04/19 yang lalu.

2.2 Pengesahan minit dicadangkan oleh Puan Noor Azma binti Seman , Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid dan disokong oleh Puan Najiah binti Shafie , Penolong Kanan
Pentadbiran , tanpa pembetulan.

Tindakan: Setiausaha Kurikulum dan Makluman Kepada Semua Guru

3.0 Perkara – Perkara Berbangkit / Maklum balas .

3.1 Sudut HIP, dan ‘Speaker’s Corner’ akan diwujud dan aktifkan semula pada tahun ini.
Program HIP boleh dilaksanakan pada bulan tertentu yang melibatkan semua mata
pelajaran , bukan semata-mata mata pelajaran Bahasa Inggeris .

Tindakan: GKMP Bahasa dan Penyelaras Pusat Sumber

3.2 Kepada guru subjek-subjek lain yang berminat untuk dimasukkan sekali dalam jadual
kelas tambahan tingkatan 1 dan 2 boleh memberi nama kepada Penyelaras Kelas
Tambahan tahun 2020 .

Tindakan: Penyelaras Kelas Tambahan

4.0 Perkara Baharu .

4.1 Makluman tentang SPI/Surat Siaran/Pekeliling yang baharu (Jika ada)

4.1.1 SPI KPM Bil 6 Tahun 2019 : Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah ( Menengah Atas ) dan Pelaksanaan Pakej Mata Pelajaran Mulai
Tahun 2020.

4.1.2 Surat Siaran Bilangan 7 KPM bertarikh 3 Jun 2019 ( Pelaksanaan Pendidikan
Sivik di Prasekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah )

4.1.3 Arahan Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) : Mata


pelajaran RBT Bagi Tahun 2020 : Guru RBT diperuntukkan satu jam seminggu
untuk penyelenggaraan yang diambil kira sebagai waktu mengajar bagi
menjalankan tugas ini. [ Rujuk surat bertarikh 27 November 2019 , Rujukan
Kami JPNS.SPA.600-2/1/5(75)

Tindakan: Makluman Kepada Semua Guru

5
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bil 01/2020

4.2 Ketetapan tentang DSKP, SP & HSP

4.2.1 SP , HSP, RPT, PPPM (untuk PBS) dan RPH adalah dokumen rasmi kurikulum
dan mestilah sentiasa dirujuk apabila merancang proses pembelajaran dan
pengajaran.
4.2.2 Guru mestilah dapat menghayati , mengenal pasti dan boleh menterjemahkan
objektif mata pelajaran yang tercatat di dalam HSP kepada objektif pentaksiran
dan juga proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas , dengan itu mahir
tentang konstruk-konstruk peperiksaan awam bagi mata pelajaran yang diajar.

4.2.3 Salinan keempat-empat dokumen akan disemak oleh pengetua.

4.2.4 Semua guru hendaklah menghabiskan sukatan pelajaran mengikut tarikh yang
berikut:
 Tingkatan 1 dan 2 - 30 September
 Tingkatan 3 - 31 Julai
 Tingkatan 4 - 30 September
 Tingkatan 5 - 31 Julai

Tindakan: Semua Guru Mata pelajaran

4.3 Penulisan RT & RPH

4.3.1 Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) hendaklah mengikut format yang
telah ditetapkan iaitu PdPc Abad 21.

4.3.2 Penulisan Rancangan Tahunan adalah mengikut Panitia masing-masing dengan


mengambil kira cuti awam, cuti peristiwa , cuti perayaan dan takwim
peperiksaan. Minggu PdPc mestilah 38 minggu. Tarikh bagi setiap minggu
perlu ditulis dan Peta Pemikiran diisikan di ruang catatan.

4.3.3 Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah (PS) untuk PBS hendaklah direkodkan di


dalam RPH. Markah dalam Borang Transit perlu diisi menggunakan pen dan
ditampalkan dalam BRM. Manakala untuk Perekodan markah diisi dengan
pensil dan ditampalkan dalam BRM. Jika kedua-dua borang itu tidak
ditampalkan dalam BRM, fail boleh digunakan untuk menyimpan borang-
borang tersebut tetapi perlu dihantar dengan BRM pada setiap minggu.

4.3.4 Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran sebelum masuk ke


kelas . Oleh itu Rekod Rancangan Mengajar mestilah lengkap dan kemas kini
sebelum PdPc mengikut SPK MS ISO 9001:2008 PK06.

4.3.5 Jika Buku Rancangan Mengajar yang disediakan tidak mencukupi helaian , guru
boleh menulis Rancangan Harian dalam satu salinan kosong yang kemudian
difailkan atau dibinding.

6
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bil 01/2020

4.3.6 Penyelarasan Format Penulisan Rancangan Pelajaran Harian


Format Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) hendaklah selaras bagi
semua warga sekolah dan disesuaikan mengikut mata pelajaran masing -masing.
Rujuk untuk format penulisan RPH.

1. PENYELARASAN FORMAT PENULISAN RANCANGAN


PELAJARAN HARIAN

TARIKH
MASA
MATA PELAJARAN
KELAS
KEHADIRAN MURID Contoh : 36/36
TEMA / TAJUK /
OBJEKTIF Di akhir pembelajaran, murid akan:
PEMBELAJARAN
 Menghuraikan...3 daripada5
Tingkah laku yang
 Menyenaraikan...5
boleh diukur
 Memberi pendapat …
 Menyatakan 4 daripada…

AKTIVITI PdP CONTOH:


1. Pendahuluan
2. Penerangan mengenai tajuk
3. Murid melakukan gerak kerja kumpulan
4. Pembentangan hasil kerja kumpulan dan
soal jawab
5. Penilaian
VLE Contoh:
BAHAN BANTU Contoh: LCD, helaian bercetak, carta,
BELAJAR model, buku rujukan dsbgnya
AKTIVITI Contoh:
PENGUKUHAN / Melabel nama banjaran dalam peta
PENTAKSIRAN PdP Untuk Pentaksiran Sekolah (PS) PBS, sila
gunakan panduan yang diberi dalam PPPM
REFLEKSI Nyatakan bilangan murid yang capai dan
tidak capai serta tindakan susulan

Contoh:

7
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bil 01/2020

30/36 murid dapat menghuraikan /


menyatakan/ membanding beza / memberi
pendapat (dan sebagainya) mengenai ……….
6 murid yang belum menguasai perlu
dibimbing semasa PdP berikutnya

Catatan PdP tidak dapat dijalankan kerana cuti sakit

2.PENYELARASAN FORMAT PENULISAN RANCANGAN


PELAJARAN HARIAN SEWAKTU PEPERIKSAAN / UJIAN

TARIKH
MASA
MATA PELAJARAN
KELAS
KEHADIRAN MURID Contoh : 32/36
AKTIVITI PdP Contoh:
Mengawas Peperiksaan (Sila nyatakan mata
pelajaran dan tempoh peperiksaan berjalan
bagi mata pelajaran yang berkenaan)
Catatan:

 Format di atas adalah asas yang perlu ada mengikut SPI bil 3/1999 dan
cadangan dari pihak JNJK.
 Guru-guru boleh membuat penambahan mengikut kesesuaian mata
pelajaran masing-masing setelah dibincangkan di peringkat panitia.
 Penulisan dan sebarang tambahan yang dilakukan hendaklah selaras bagi
setiap guru dalam panitia masing-masing.
 Sekiranya ada aktiviti di jalankan di sekolah, RPH perlu ditulis seperti
biasa tetapi di bahagian catatan sila nyatakan : “PdPc tidak dilaksanakan
kerana aktiviti …”
 Sekiranya guru cuti sakit atau CRK secara tiba-tiba, RPH perlu ditulis
seperti biasa pada hari guru berkenaan cuti sakit / CRK dan tulis di
bahagian catatan (bukan refleksi) – “PdPc tidak dilaksanakan kerana
CUTI SAKIT / CRK”.
 Sekiranya guru cuti sakit berpanjangan/ cuti bersalin/ kursus jangka
panjang/ cuti haji/ cuti tanpa gaji, sila buat catatan seperti yang berikut:
“Cuti sakit berpanjangan/ cuti bersalin/ kursus jangka panjang/ cuti
haji/ cuti tanpa gaji dari ………………………….. hingga
……………………….. PdP diambil alih oleh

8
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bil 01/2020

…………………………………………………… (sekiranya ada guru


ganti)

 Guru yang mendapat relief perlu menampal slip relief dan mencatat
aktiviti yang dijalankan dalam Buku Rekod Mengajar.
 Carta Alir Memberi Tugasan untuk Modul Relief (MMI) rujuk Lampiran
5 (m/s : 46-50)

4. CARA PENULISAN RPH SEWAKTU KELAS RELIEF : REKOD


KERJA HARIAN

Tampal slip relief yang telah dilengkapkan

5. CARA PENULISAN RPH SEWAKTU PROGRAM SEKOLAH


MENGIKUT TAKWIM
CTH: SUKAN TAHUNAN SEKOLAH

Tajuk/perkara: Sukan Tahunan SAMBBST


Catatan: a.Pegawai Sukan
b.Pembantu Pelepas

6. CARA PENULISAN RPH BAGI GURU YANG JADUALNYA TIADA


PdPc PADA HARI TERTENTU

Aktiviti:

a. Menyediakan bahan PdP/BBM/lembaran kerja


b. Menyediakan soalan ujian / peperiksaan /latih tubi /modul
c. Memeriksa buku latihan/ nota /tugasan / buku kerja / ujian peperiksaan
d. Menjalani sesi klinikal / pengukuhan .

Tindakan: Makluman kepada semua guru

4.4 Ketetapan tentang penghantaran Buku Rekod Mengajar

4.4.1 Semua guru diberi peluang untuk melengkapkan Fail / Buku Rekod Mengajar
sepanjang Januari. Bermula Febuari setiap orang hendaklah menghantar Fail /
Buku Rekod Mengajar pada setiap Jumaat (atau selewat-lewatnya pada pagi
Isnin) dan akan disemak oleh Pengetua / Guru Penolong Kanan / Guru Kanan

9
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bil 01/2020

Mata Pelajaran secara bergilir-gilir mengikut jadual yang akan ditetapkan


( Rujuk Buku Panduan Pengurusan Sekolah Tahun 2020).

4.4.2 Berikut adalah rekod semakan maklumat asas dalam dalam Rekod Pembelajaran
dan Pemudahcaraan:
1. Nama Guru di muka hadapan
2. Nama Guru, Kelas dan Mata pelajaran dan Tingkatan yang diajar
3. Senarai Buku Teks Murid
4. Senarai Buku Rujukan Guru
5. Kalendar Sekolah
6. Maklumat-maklumat Guru
7. Jadual Waktu dan Analisis
8. Penggal Persekolahan
9. Rancangan Pelajaran Tahunan
10. Kontrak Latihan Murid
11. Rekod Pencapaian Murid ( Ikut Format Headcount 3)
12. Catatan Kehadiran Mesyuarat

Tindakan: Makluman kepada semua guru

4.5 Makluman tentang Jadual Waktu - Induk, Guru, Kelas, Bilik Khas & Pelaksanaan
Amalan MMI
4.5.1 Melindungi Masa Instruksional (MMI) adalah menjadi tanggungjawab setiap
guru. Masa instruksional didefinisikan sebagai masa yang sebenarnya
digunakan untuk aktiviti pembelajaran tanpa gangguan. Penekanan adalah
perlu supaya guru dapat melaksanakan tugas sebagai satu amanah. Guru-guru
yang tidak dapat hadir kerana kursus, cuti dan lain-lain diamanahkan untuk
memastikan PdPc dapat diteruskan samada tukar ganti kelas, melaksanakan
kelas tambahan atau meninggalkan kerja untuk pelajar melalui GKMP.

Tindakan: Makluman kepada semua guru.

4.5.2 Mulai tahun 2020, berlaku perubahan waktu balik persekolahan pada kelas
berikut :
a) 4 Sains : Selasa 4.30 petang, Khamis 4.00 petang
b) 5 Sains : Isnin 3.30 petang
c) Semua tingkatan : Rabu 5.00 petang
d) Waktu PdPc akan bermula 7.30 pagi , tiada Jilul Furqan.

Tindakan: Makluman kepada semua guru.

10
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bil 01/2020

4.6 Pelantikan JK Kurikulum & Ketua Panitia

4.6.1 Jawatankuasa Kurikulum dan Panitia Mata pelajaran adalah seperti yang
tercetak dalam Buku Panduan Pengurusan Sekolah Tahun 2020 .

4.7 Penetapan bilangan Mesyuarat JK Kurikulum & Panitia


Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum dan Jawatankuasa Panitia Mata pelajaran mestilah
sekurang-kurangnya empat kali setahun dengan diselia oleh Guru Kanan Mata
pelajaran masing – masing .

Tindakan : Setiausaha Kurikulum dan Semua Ketua / Penyelaras Mata pelajaran

4.8 Pelan Strategik dan Taktikal

4.8.1
DOKUMEN PELAN TINDAKAN STRATEGIK PENINGKATAN
PRESTASI AKADEMIK (PTSPA)
• Disediakan bagi setiap mata pelajaran dan setiap
tingkatan
• Kandungan dokumen
- Isu Strategik
- Matlamat Strategik
- Objektif
- Strategi peningkatan
- Program/aktiviti
- Pelan Taktikal
- Pelan Operasi
- Pelan Kontigensi
- Carta Gantt Pelaksanaan

Tindakan : Setiausaha JK Perancangan Strategik dan Semua Ketua / Penyelaras


Mata pelajaran

11
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bil 01/2020

4.9 Peruntukan dan Pengurusan PCG Mata Pelajaran

4.9.1 Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat


Kewangan Sekolah. Setiap Panitia boleh mengemukakan cadangan
pembelian buku dan peralatan bantu mengajar kepada Guru Kanan Bidang.
4.9.2 Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti
mengikut Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.
4.9.3 5 % peruntukan untuk tahun berkenaan perlu direzab untuk pembelian ABM
bagi kegunaan awal tahun.
4.9.4 Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan Wang Kerajaan dan Wang Suwa
yang ada.
4.9.5 Pembelian menggunakan Panjar Wang Runcit tidak dibenarkan.
4.9.6 Sebarang pembelian tanpa kelulusan tidak akan dibayar oleh pihak sekolah.
4.9.7 Pen Marker berwarna diuruskan oleh Panitia.

Tindakan : Ketua/ Penyelaras Panitia Mata pelajaran

4.10 Semakan Buku Latihan


4.10.1 Jumlah latihan minimum mata pelajaran mengikut bidang hendaklah
diputuskan dan diterima di dalam mesyuarat panitia berdasarkan keperluan di
dalam sukatan pelajaran mata pelajaran masing-masing.
4.10.2 Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana,
dan tinggi.
4.10.3 Ketua Panitia perlu membuat jadual semakan buku latihan ahli panitia dan
memastikan bahawa semua buku latihan dihantar untuk semakan Ketua
Panitia yang dibuat secara rawak.
4.10.4 Semakan buku tulis perlu dibuat dua kali setahun.

Tindakan : Ketua Panitia Mata pelajaran


dan Makluman Kepada Semua Guru

4.11 Jadual Pencerapan dan Analisis Pencerapan


4.11.1 Proses pengajaran dan pembelajaran guru dan murid di dalam bilik darjah
akan diselia dan dipantau sekurang-kurangnya dua kali setiap orang guru
dalam setahun .
4.11.2 Jawatankuasa Penyeliaan dan Pemantauan dipertanggungjawabkan untuk
menyusun jadual d an mengatur barisan pentadbir, ketua-ketua panitia dan
rakan sejawat untuk menyelia dan memantau bagi memastikan pelaksanaan
dan keberkesanan program-program sekolah.

12
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bil 01/2020

4.11.3 Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran dan pemudahcaraan


mestilah bertujuan untuk meningkatkan kualiti proses pengajaran dan
pembelajaran dan bukan mencari kesalahan . Oleh itu adalah penting guru
tidak membuat ’judgement statement ’ tetapi mestilah membuat ’ statement
berdasarkan observation’ supaya penambaikan boleh berlaku .
4.11.4 Pengurusan panitia dan program-program panitia juga akan dipantau dan
diselia dua kali setahun oleh guru-guru kanan dan penolong – penolong
kanan.
4.11.5 Buku latihan dan penggunaan buku kerja juga dipantau dua kali setahun bagi
memastikan Dasar Latihan Minimum dipatuhi dan penggunaan buku kerja
dioptimumkan.

Tindakan : Pentadbir dan Guru Kanan Mata pelajaran

4.12 Pengurusan Pentaksiran Sekolah & Penilaian

4.12.1 Semua urusan pentaksiran yang dijalankan menepati prinsip kesamarataan


ekuiti murid dalam pendidikan

4.12.2 Sistem Peperiksaan Kebangsaan hendaklah dilaksanakan berlandaskan


pentaksiran berpusat serta penekanan kepada penilaian formatif dan sumatif.
4.12.3 Pentaksiran sekolah ataupun peperiksaan dalaman dilaksanakan berdasarkan
prosedur dan mekanisme yang telah ditetapkan.

4.12.4 Jawatankuasa ’Headcount Sekolah’ dipertanggungjawabkan untuk


Menguruskan semua data yang berkaitan dengan peperiksaan dengan
mengkaji ’take off value’ dan meletakkan ’ETR’ bagi peperiksaan awam.

4.12.5 Guru mata pelajaran bertanggungjawab memasukkan markah murid ke dalam


Sistem Analisis Peperiksaan sekolah (SAPS), Sistem offline PPPM dan
Sistem headcount dalam tempoh masa yang ditetapkan. Semua markah
murid hendaklah dimasukkan dalam Buku Rekod Mengajar.

4.12.6 Pentaksiran PT3 dilaksanakan berdasarkan prosedur dan mekanisme yang


telah ditetapkan.

4.12.7 Markah SEGAK perlu dilengkapkan selewat-lewatnya bulan Oktober dan


diisi dalam BRM.

4.12.8 Unit Peperiksaan dan Penilaian perlu membukukan setiap peperiksaan awam
PT3, SMA , SPM dan STAM dan Peperiksaan Dalaman ( PPT dan PAT) yang
lengkap mengandungi:
 Analisis Keputusan Peperiksaan Tahun Semasa

13
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bil 01/2020

 Analisis Perbandingan Keputusan Peperiksaan ( 3 tahun )


 Senarai Pelajar Cemerlang
 Catatan Dialog Prestasi

Tindakan : SUP Peperiksaan Dalaman, SUP PT3, SUP SMA , SUP SPM dan SUP
STAM dan Makluman kepada Semua Guru

4.13 Penetapan HC - TOV, OTI dan ETR

• Setiap guru dikehendaki mempunyai


fail headcount masing-masing yang
memuatkan semua butiran berkaitan
dengan headcount dan boleh
dikemukakan apabila
dikehendaki/diminta.

• ETR pindaan boleh dibuat apabila murid telah


mencapai sasaran lebih awal.
• Laksanakan post mortem selepas setiap
peperiksaan. (PM1, PM2, PM3) difailkan
• Laksana tindak ikut selepas post mortem
• Graf Prestasi Diri (GPD) individu pelajar
hendaklah disediakan bagi setiap mata
pelajaran dan dilengkapi selepas setiap
ujian/peperiksaan.

DAPATAN HEADCOUNT
• Melalui headcount kita kenalpasti ;
• Sasaran/ETR mata pelajaran setiap tingkatan
dan keseluruhan
• kumpulan prestasi murid mengikut ETR
• Kenalpasti punca masalah pembelajaran
murid
• Tindakan untuk menyelesaikan masalah
pembelajaran murid & strategi pengajaran
guru

14
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bil 01/2020

• BILA NAK DISIAPKAN?


• KELAS PEPERIKSAAN
• TG 3…..minggu ke-2
• TG 5….minggu ke-2
• PRAUNIVERSITI 2 ……minggu ke-2
• KELAS-KELAS BUKAN PEPERIKSAAN
• TG1.…selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun
• TG 2 …minggu ke-4
• TG 4 … selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun

MENENTUKAN ETR/SASARAN
• MENENTUKAN SASARAN DARI SEGI KUALITI DAN
KUANTITI - HEADCOUNT
• SETIAP PEPERIKSAAN AWAM (PMR, SPM, STPM)
• SETIAP PEPERIKSAAN DALAMAN
• SETIAP MATA PELAJARAN
• PENINGKATAN DARIPADA KEPUTUSAN TERBAIK
DALAM TEMPOH 3 TAHUN
• PENINGKATAN SEKURANG-KURANGNYA 5% & 0.5
(GPS)

Tindakan : SUP Peperiksaan dan Makluman kepada Semua Guru

4.14 Analisis dan Post Mortem Mata Pelajaran (HC & GROW)

ANALISIS & POST MORTEM


SETIAP MATA PELAJARAN
• MINTA DIBUKUKAN
• PERBINCANGAN SERIUS DALAM MESYUARAT PANITIA
• LIHAT KEBERKESANAN PROGRAM YANG
DILAKSANAKAN
• KENALPASTI BILANGAN PELAJAR GALUS YANG LULUS
• BUAT PERBANDINGAN PENCAPAIAN ANTARA KELAS
DAN GURU YANG MENGAJAR
• BERKONGSI MAKLUMAT, IDEA, TEKNIK P&P DLL.
• SALING BEKERJASAMA MEMBANTU MURID-MURID

Tindakan : SUP Peperiksaan dan Makluman kepada Semua Guru

15
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bil 01/2020

4.15 Perancangan LADAP oleh Panitia dan Unit LADAP

4.15.1 Semua guru yang menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh bahagian-
bahagian KPM perlu menyediakan minit curai untuk tindakan seterusnya. Guru
yang telah menghadiri kursus hendaklah mengadakan kursus dalaman atau
sekurang-kurangnya memberi taklimat mengikut keperluan.

4.15.2 GKMP/ Ketua Panitia hendaklah memastikan guru yang mengajar mata
pelajaran bukan opsyen diberi bimbingan sewajarnya berkaitan subjek
berkenaan.

4.15.3 Semua guru hendaklah menghadiri 7 hari latihan dalam perkhidmatan


(LADAP) dalam setahun.

4.15.4 Berikut adalah antara peringatan penting daripada Setiausaha LADAP, Puan
Sharifah Suhaila binti Syed Abdullah. Antara peranan individu ( boleh dikey-
in melalui Modul Individu) :

 Pengisian TNA
 Daftar kursus – kursus luar yang bukan anjuran KPM
 Daftarkan PBB termasuk EPSA, Bimbingan dan Pementoran dan lain-lain
 Penyemakan Sendiri
 Mengisi mengikut tahun semasa. Sekiranya tiada kursus yang dihadiri
setelah dibuat penyemakan , mohon dibuat aduan.
 Menyemak mata kredit PBB
 LADAP Panitia adalah LADAP dalaman . Ketua Panitia hendaklah
menyerahkan senarai kehadiran , memo / surat .
 Panitia boleh melakukan PLC ( satu kitaran lengkap merangkumi 4 kali
PLC ) barulah dapat 20 mata kredit.

4.15.5 Takwim LADAP panitia mata pelajaran boleh dirujuk mengikut panitia
masing-masing (yang telah menetapkan tarikh ladap ) di Buku Panduan
Pengurusan Sekolah Tahun 2020 bermula di halaman 49 hingga 73.

Tindakan : Setiausaha LADAP dan Semua Guru

4.16 Penggunaan Sumber Pendidikan - Bahan MBMMBIMBA


Tiada perbincangan

4.17 Program Peningkatan Prestasi Akademik dan Intervensi Panitia

16
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bil 01/2020

4.17.1 Semua program utama yang berlangsung dalam P & P dibuat berdasarkan
keperluan panitia.

4.17.2 Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik


yang bertunjang ke arah kecemerlangan murid dengan program yang berfokus
kepada pelajar cemerlang, sederhana dan lemah.

4.17.3 Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program
akademik panitia berkenaan. Lihat keberkesanan program tahun lepas .
Senaraikan keberkesanan program tahun lepas , dan apa penambahbaikkan .
Buat perbandingan anatara kelas dan guru.

4.17.4 Pelan Intervensi Lima Langkah perlu dibuat bagi menyelesaikan isu utama
panitia.

4.17.5 PLC perlu dilaksanakan di peringkat panitia mata pelajaran .

Tindakan : Penyelaras JAUHAR dan Kaunselor

4.18 Pelaksanaan Program JPN & KPM

4.18.1 Program SUKSeS

 Program akan diteruskan dengan menyenaraikan 30 orang bagi setiap


peperiksaan
 Senarai pelajar yang terlibat akan diberikan lencana sempena Program
Tahdid Al-Ahdaf .

Tindakan : Penyelaras SUKSeS dan Kaunselor

4.18.2 Penggunaan Google Classroom

 Setiap seorang guru wajib sekurang-kurangnya sekali PdPc


menggunakan Google Classroom dan dijadualkan.

Tindakan : Penyelaras ICT

4.18.3 Program NILAM

 Mulai tahun 2020 aktiviti NILAM guru akan dikira melalui SPLKM,
akan dikemaskini di hadapan Pusat Sumber sekolah.

17
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bil 01/2020

Strategi : Memantapkan Program


NILAM
• Banyakkan bahan bacaan.
• Menambah bahan bacaan di Balai bacaan.
• Pertandingan membaca buku terbanyak.
• Bulan Membaca/Minggu NILAM
• Pameran buku
• Ceramah pendedahan galakan membaca.
• Kem Membaca 1 Malaysia
• Anugerah NILAM pelajar
• Anugerah NILAM guru

Tindakan : Penyelaras NILAM dan Makluman Kepada Semua Guru

4.18.4 PdPC Abad Ke-21


Tiada perbincangan.

4.18.5 TIMSS
 Telah selesai. Hanya menunggu keputusan peperiksaan.

Tindakan : Penyelaras TIMSS dan Makluman Kepada Semua Guru

4.18.6 HIP ( Highly Immersive Programme )


Telah dibincangkan dalam perkara berbangkit.

Tindakan : Makluman Kepada Semua Guru

4.18.7 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

1. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan proses yang berterusan


dalam sesi PdP bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan,
kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid terhadap matlamat
kurikulum yang dihasratkan.
2. Tahap penguasaan ini dinyatakan dalam Standard Prestasi seperti
terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
semua mata pelajaran di bawah Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR),
Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSPK) dan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM).
3. Templat pelaporan ini disediakan dalam fail Microsoft Excel dan
digunakan oleh guru secara luar talian.
4. Templat pelaporan PBD terdiri daripada lima halaman (sheet tab) iaitu
Panduan, Rekod Prestasi Murid, Laporan Murid (Individu), Data
Pernyataan Tahap Penguasaan dan Graf Pelaporan.

18
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bil 01/2020

5. Laporan ini boleh dicetak dan diedarkan kepada murid dan ibu bapa
bagi memaklumkan tahap penguasaan murid dalam sesuatu mata
pelajaran. Laporan ini membolehkan guru, murid dan ibu bapa
mengambil tindakan susulan yang sewajarnya bagi menambah baik
PdP.
6. Template Pelaporan PBD ini boleh dimuat turun di laman web rasmi
BPK.
7. Berikut adalah Carta Gantt Pelaksanaan PBD 2020 yang akan diedarkan
oleh Setiausaha PBD sekolah .

Tindakan : Makluman Kepada Semua Guru

CARTA GANTT PELAKSANAAN AKTIVITI PBD TAHUN 2020

BIL PROGRAM JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGS SEP OKT
1. Penataraan PBD kepada ibu
bapa / penjaga
2. Mesyuarat J/K Induk PBD
3. Penataran PBD kepada guru
4. Melantik Pentaksir Sekolah
5. Mengadakan taklimat
penataran kepada murid
6. Mengedarkan surat
makluman kepada ibu bapaa
7. Pelaksanaan PBD
( PBD/PAJSK/Ppsi)
8. Pengumpulan skor murid
dalam SPPBS offline
9. Pelaporan skor murid dalam
SPPBS ikut keperluan.
10. Penyelarasan pentaksiran.
Pemantauan dalaman
11. Pemantauan pentaksiran .
Pemantauan dalaman
12. Mengumupul dan
memasukkan skor ke dalaam
aplikasi offline dan
mencetak . Memasukkan
cetakan ke dalam fail
peribadi murid

19
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bil 01/2020

5.0 Hal – hal Lain

5.1 Ustaz Zulkifli memaklumkan, apabila ada Ujian KKQ, maka akan ada perubahan kelas
yang akan dimaklumkan kemudian.

Tindakan : Makluman Kepada Semua Guru

5.2 Pengerusi memaklumkan beberapa makluman penting kepada semua guru :

5.2.1 Aktiviti kecemerlangan akademik akan diteruskan kecuali Hari Graduasi .


Tahun 2020 , program ini dinamakan Majlis Apresiasi Tingkatan Lima dan
akan diadakan di dewan Al Khawarizmi, SAM Bandar Baru Salak Tinggi.

Tindakan : Penyelaras Program


5.2.2 Semua Guru Kanan Mata pelajaran mempunyai portfolio baru :
a) Kemanusiaan – pencerapan dan penyeliaan
b) Bahasa – Penyelaras Program Kecemerlangan
c) Sains dan Matematik – Setiausaha Kurikulum
d) Teknik dan Vokasional – Ketua Warden Asrama
e) Dini – Surau

Tindakan : Makluman Kepada Semua Guru

5.2.3 Untuk makluman , maksimum peruntukkan jadual waktu maksimum setakat


ini adalah 34 waktu. Beliau memohon semua guru bertahan dalam tempoh
sebulan sebelum ketibaan guru-guru baru dan praktikum daripada UIA dan
USIM .
Tindakan : Makluman Kepada Semua Guru

5.2.4 Penggunaan makmal akan diberikan keutamaan kepada guru-guru mata


pelajaran Sains. Guru-guru lain boleh menjalankan pdpc di makmal dengan
syarat menggunakan LCD dan tidak bertembung dengan jadual penggunaan
makmal .
Tindakan : Makluman Kepada Semua Guru

20
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bil 01/2020

6.0 Ucapan Penangguhan

6.1 Pengerusi menutup mesyuarat dengan meminta kerjasama semua guru untuk sama-sama
menyelesaikan apa yang perlu diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan . Marilah
bersama - sama bekerja dalam suasana harmoni , yang penting keseronokkan bekerja .

6.2 Pengerusi turut mengucapkan terima kasih kepada semua guru khususnya Ketua Panitia
/ Penyelaras Mata Pelajaran yang bertungkus – lumus dalam memberi bimbingan kepada
murid-murid hingga ke saat-saat akhir menjelang peperiksaan .

6.3 Pengerusi mengakhiri ucapan dengan Tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 petang.


Mesyuarat Kurikulum Kali Kedua (Bil 02/2020) akan diadakan pada 16 April 2020.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………. ……………………………………………
( NOR AIDAH BINTI DAHROJI)
Setiausaha Kurikulum SAMBBST
Tarikh diminitkan: 27 Disember 2019

1) Minit Mesyuarat Kurikulum Bil 01/2020 diluluskan dan disahkan dengan tiada pindaan atau
dengan pindaan seperti berikut:
1. __________________________________________________________________________________
2. __________________________________________________________________________________

2) Minit Mesyuarat Kurikulum Bil 01/2020 diluluskan dan disahkan seperti yang berikut:
2.1 Cadangan untuk pengesahan : __________________________________
2.2 Disokong oleh: __________________________________

21

You might also like