You are on page 1of 3

SJKT LADANG STOUGHTON 34510 BATU KURAU PERAK

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL. 1/2022

Tarikh : 24 Mac 2022 (Khamis)


Masa : 1.30 Petang
Tempat : Bilik Guru
Penasihat : En. S.Muniandy

Kehadiran :

1. S.Nagarajan
2. G.Kumar
3. N.Anbarasi
4. B.Anbarasi
5. M.Revathy
6. K.Devendran

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengalu-alukan semua guru ke mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Kali ke-2 dan

mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru.

1.2 Beliau meminta jasa baik guru-guru untuk memberikan idea untuk aktiviti

2 PERUTUSAN PENASIHAT

2.1 Guru besar mengalu-alukan semua guru ke mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Kali ke-2 dan
mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru.
2.2 Guru besar menyatakan kita akan tamatkan CUP 2.0. dan ucapkan tahniah sebab kita telah
tamatkan CUP 2.0 dengan berjaya.

2.3 Guru besar memberi penerangan tentang pelaksanaan PBD.

2.4 Guru besar menyatakan bahawa terdapat banyak kelemahan dalam kemahiran membaca murid.

2.5 Guru besar meminta jasa baik guru-guru dan ketua panitia untuk meningkatkan kemahiran
membaca murid.
2.6 PLC dan ladap diteruskan seperti biasa.

2.7 Guru besar mengucapkan tahniah kepada semua guru yang telah bertungkus lumus untuk
mengajar murid.

2.8 Guru besar tamatkan ucapan dengan ucapan terima kasih.

Tindakan : AJK Panitia

3 ANALISA PBD

3.1 Ketua Panitia membentangkan analisis PBD lepas.

3.2 Semua murid telah mendspat minimum TP 4 dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.
Seorang murid tahun 3 mendapat TP3.

3.3 Guru-guru dinasihatkan untuk menjalankan pelbagai aktiviti berfokus kepada murid yang
mendapat TP rendah.

Tindakan : AJK Panitia

4 ANALISA CUP 2.0

4.1 Terdapat peningkatan dalam analisa CUP 2.0 setelah beberapa aktiviti berfokus telah

dijalankan kepada murid-murid yang mendapat TP rendah.

Tindakan : AJK Panitia

5 PLC / LADAP

5.1 Ladap akan dijalankan seperti biasa.


5.2 Pengerusi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang melibatkan diri
dalam ladap.
5.3 Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang melibatkan diri dalam PLC.
Tindakan : AJK Panitia

6 LAPORAN PROGRAM PANITIA

6.1 Banyak aktiviti Panitia tidak dapat dijalankan disebabkan PKP dan PDPR dijalankan.
6.2 Karnival Bahasa Inggeris telah dijalankan dalam talian.
6.3 Murid-murid telah mengambil bahagian dalam talian.

Tindakan : AJK Panitia

7 HAL-HAL LAIN
7.1 Fail panitia ditukar daripada fail putih kepada fail ring.
7.2 Maklumat guru boleh didapatkan daripada HRMIS.
Tindakan : AJK Panitia

8 PENANGGUHAN MESYUARAT

8.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke mesyuarat.
8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.
Tindakan : Semua guru

Disediakan oleh Dismak oleh

......................................... .......................................
M.REVATHY S. MUNIANDY
KETUA PANITIA GURU BESAR
BAHASA INGGERIS

You might also like