You are on page 1of 4

PK 07/1

MINIT MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER MANIS

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL 01 / (2020)

Tarikh : 02 Januari 2020

Masa : 2.00 – 3.00 Petang

Tempat : Bilik Peperiksaan SK Ayer Manis

Pengerusi : Cikgu Anitawati A/P Guwindasamy

Kehadiran(Bilangan) : 1.Cikgu Mohd Faizul Bin Mohd @ Mohd Yusoff


2. Cikgu Mariatulkiptiah Binti Muhammed
3.Cikgu Anitawati A/P Guwindasamy
4.Cikgu Mohd Faisal Bin Idris Setiausaha

1.0 Perutusan Pengerusi


1.1 Bacaan doa oleh Cikgu Mohd Faizul Bin Mohd @ Mohd Yusoff
1.2 Ucapan selamat datang dan terima kasih atas kehadiran guru-guru Sejarah tahun 2020.
1.3 Ucapan selamat bertugas kepada semua guru.
1.4 Berharap apa yang dimesyuaratkan hari ini dapat dilaksanakan.
makluman
2.0 Pembentangan Dan Pengesahan Minit Mesyuarat Bil/4/2019
2.1 Minit mesyuarat yang lalu diterima tanpa pindaan
2.2 Cikgu Faizul mencadangkan minit mesyuarat bil-/4/2019 untuk disahkan dengan
disokong oleh cikgu Faisal.

3.0 Perkara-perkara yang berbangkit


3.1 Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran harap dilaksanakan dengan sebaiknya
dan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
3.2 Buku tulis yang digunakan hendaklah disemak.
3.3 Mohon kerjasama semua guru Sejarah sentiasa mengemaskinikan fail panitia
agar sentiasa dalam keadaan terkini.
3.4 Mohon memasukkan markah peperiksaan akhir tahun 2019 ke dalam fail.
3.5 Mohon memasukkan skor-skor Pentaksiran Berasaskan Sekolah 2019 ke dalam fail.
Makluman
Perkara-perkara yang dibincangkan
4.0 4.1 Perancangan Program Panitia 2020
4.1.1 Cikgu Anita mencadangkan kuiz uji minda pada akhir pembelajaran untuk
meningkatkan peratus murid lulus dalam PKSR 1 dan PKSR 2. Lembaran yang
mengandungi sekurang-kurangnya 10 soalan berkaitan topik pdpc harus diedarkan
sebaik sahaja melengkapkan satu-satu topik bagi mengukur kefahaman murid
seterusnya melaksanakan tindakan susulan yang bersesuaian dengan aras murid.
Tindakan : Cikgu Anita

4.1.2 Encik Faizul memberi cadangan untuk mengadakan program ‘Aku Anak Merdeka’
(sambutan kemerdekaan) SKAM tahun 2020 pada bulan Ogos dengan beberapa
contoh aktiviti yang menarik seperti penghasilab buku skrap dan tarian tradisional.
Tindakan : Cikgu Faizul

4.1.5 Cikgu Faisal pula berkongsi idea untuk memaparkan maklumat ‘Hari ini dalam
Sejarah’ pada sudut bersebelahan dengan galeri Sejarah bagi tingkatkan ilmu
pengetahuan Sejarah murid.
Tindakan : Cikgu Faizul

4.2 Anggaran Belanja Mengurus 2020


4.2.1Cikgu Anita mengingatkan tentang perbelanjaan panitia dan meminta guru-
guru menyenaraikan keperluan untuk proses PdPc mereka.
Makluman
4.3 Dasar Panitia
4.3.1Cikgu Maria mencadangkan penggunaan buku praktikal sains dijadikan sebagai
buku tulis. Ini kerana buku itu lebih besar dan mudah untuk melukis dan
melaksanakan lain-lain kerja.
4.3.2 Cikgu Anita menyediakan QR code bagi mengimbas RPT serta DSKP Sejarah 2020
bagi tujuan menyelaraskan penyediaan rancangan pembelajaran.
4.3.3 Cikgu Anita mencadangkan unruk mengadakan LDP PAK 21 bagi meningkatkan
5.0 ilmu pembelajaran abad 21 guru dalam proses pdpc.
Makluman

5.1 Hal-hal lain

Ucapan Penangguhan
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang menghadiri mesyuarat ini
dan mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh,
Cikgu Mohd Faisal Bin Edris
Setiausaha Panitia Sejarah, SK Ayer Manis.

Tarikh: 02 Januari 2020

PK 07/1
SEKOLAH KEBANGSAAN AYER MANIS,
KM 48, JALAN AYER HITAM,
81020 KULAI,JOHOR.

SURAT PANGGILAN MESYUARAT

Ruj. Kami : JBA8004/600-3/2/18/(1)


Tarikh: 02 Januari 2020
……………………………………………….

Tuan,

MESYUARAT PANITIA SEJARAH KALI PERTAMA 2020

Perkara di atas adalah dirujuk

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan di adakan seperti ketentuan berikut:

Tarikh : 2020 Januari 2020

Masa : 2.00 petang

Tempat : Bilik Peperiksaan SK Ayer Manis.

Pengerusi : Cikgu Anitawati Guwindasamy

3. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:

3.1 Perutusan Pengerusi


3.2 Ucapan Penasihat
3.3 Hal-hal lain.
3.4 Penutup
Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Saya yang menurut perintah,

…………………………………………………

(ANITAWATI GUWINDASAMY)

PK 07/1

SENARAI KEHADIRAN
MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL 01/20

Tarikh : 02 Januari 2020 Masa : 2.00 petang

Tempat : Bilik Peperiksaan SK Ayer Manis.

Pengerusi : Cikgu Anitawati Guwindasamy

Bil Nama T/tangan Bil Nama T/tangan

1 8

2 9

3 10

4 11

5 12

6 13

7 14

(Guna helaian tambahan jika perlu)

TURUT HADIR

1 4

2 5

3 6

TIDAK HADIR

Disediakan oleh,

…………………………………………………………

(MOHD FAISAL BIN EDRIS)

Setiausaha

You might also like