You are on page 1of 4

BADAN KEBAJIKAN STAF (BAKES)

SK TAMAN MELAWATI
JALAN F13 TAMAN MELAWATI, 53100 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA


BADAN KEBAJIKAN STAF (BAKES) SK TAMAN MELAWATI
BIL 1 / 2020

TARIKH : 07 Januari 2020 (Selasa)


MASA : 12.00 tengahari – 1.00 petang
TEMPAT : Bilik Gerakan, SK Taman Melawati

HADIR :
1) En. Anirul Azran Bin Mohamad - Pengerusi
2) En. Mohd Hanif Bin Afit - Naib Pengerusi
3) Cik Mariam Binti Norden - Setiausaha
4) Pn. Normaziah Binti Awang Hamat - Bendahari
5) En. Mohd Rafaik Bin Ishak
6) Pn. Emavathy A/P Suppirmaniam
7) Pn. Nur Azziana Binti Abdul Ghani
8) Pn. Husna Binti Shaidon
9) Cik Nurulhayana Binti Abdullah
10) Pn. Marini Binti Ab Jalal
11) Pn. Rabiatul Aqilah Binti Mohd Isa
12) En. Wan Danial Bin Wan Roslan
13) En. Sy Ahmad Hafizuddin Bin Sy Md Harith
14) En. Mohd Izzad Syahid Bin Roslan
15) Cik Nur Nadiah Binti Mohd Sakeri
16) Pn. Siti Zainab Binti Mohd Kamal

TURUT HADIR :
1. En. Nasarudin Bin Abd Razak - PK Koko

TIDAK HADIR :
1) Cik Zalina Binti Othman

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1
I.1 Memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah.
I.2 Mengucapkan selamat datang kepada semua ahli BAKES dan terima kasih kepada semua
AJK yang dapat meluangkan masa untuk hadir pada hari ini.
I.3 Mengucapkan tahniah kepada semua AJK yang dilantik
I.4 Harapan Pengerusi agar semua ahli yang dilantik dapat memberi kerjasama dan sokongan
demi menjaga kebajikan ahli BAKES SKTM.

Tindakan : Makluman

2.0 UCAPAN PENASIHAT


2.1 Mengucapkan tahniah kepada ahli AJK BAKES 2020
2.2 Menyatakan harapan beliau supaya perubahan dapat dilakukan oleh pihak BAKES 2020

Tindakan : Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1 Pertukaran Tandatangan Cek/Buku Akaun BAKES
3.1.1 Ahli mesyuarat bersetuju melantik Bendahari BAKES 2020 sebagai pemegang
amanah bagi tanda tangan cek
3.1.2 Bendahari : Puan Nomaziah Binti Awang Hamat
No.Kad Pengenalan : 830728-03-5762

3.2 BAKES hendaklah mengadakan kutipan sumbangan untuk kebajikan ahli


seperti ketika mengalami kemalangan, perkahwinan dan masuk wad dan
nyatakan minimum sumbangan setiap kali kutipan dibuat :
3.2.1 Dana BAKES akan diberikan sebanyak RM50
3.2.2 Melancarkan tabung derma kilat (kemalangan teruk dan meninggal dunia )
3.2.3 Menziarah ahli BAKES yang mengalami musibah dan sebagainya
3.2.4 Menyediakan tabung pinjaman untuk ahli BAKES bergantung kepada
permohonan dan diluluskan oleh AJK BAKES berjumlah maksimun peruntukkan
sebanyak RM1000
3.3 Hari Keluarga
3.3.1 Mesyuarat bersetuju supaya diadakan Hari Keluarga SKTM, memandangkan
Hari Keluarga telah lama tidak diadakan
3.3.2 Mesyuarat melantik Ustaz Hanif sebagai penyelaras untuk menguruskan hal ini

2
3.4 Cadangan aktiviti untuk mengumpul dana BAKES 2020
3.4.1 Menjual Air Mineral diletakkan di dalam peti Bilik Guru
3.4.2 Menjual air semasa hari Merentas Desa murid
3.4.3 Menjual ayam goreng / popcorn ayam
3.4.4 Mengadakan jualan pada setiap program yang diadakan di sekolah
3.4.5 Menjual ais krim 1 Malaysia
3.4.6 Menjual gambar kelas
Tindakan : AJK BAKES

4.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN


4.1 Penyata kewangan dibentangkan oleh Bendahari BAKES 2019, iaitu Pn. Izza Zuriaty Binti
Jamari
4.2 Baki Kewangan BAKES sehingga 07 Januari 2020 ialah sebanyak RM 3522.08
Tunai : RM 1079.40
Dalam Akaun BAKES : RM 2442.68
4.3 Penyata Kewangan BAKES berakhir pada 31 Disember 2019
4.3.1 Dibentang oleh : Pn. Izza Zuriaty Binti Jamari
4.3.2 Mesyuarat sebulat suara menyokong dan mengambil maklum hal
berkenaan

Tindakan : Bendahari BAKES

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Majlis Persaraan Puan Hajah Rosnah Binti Mat Yunos
5.1.1 Tarikh majlis pada 10 Januari 2020 (Jumaat)
5.1.2 Tidak melibatkan murid hanya melibatkan semua guru-guru dan
kakitangan sekolah
5.1.3 Kutipan sumbangan semua guru untuk membeli hadiah boleh dibuat
sebanyak RM10 seorang dan dikutip oleh Puan Normaziah pada sesi
petang dan Puan Emavathy pada sesi pagi

5.1.4 Cadangan hadiah untuk diberikan adalah Cincin Emas

Tindakan : Makluman

3
5.2 Persaraan Puan Ashamah dan Puan Bell
5.2.1 Akan dibincangkan dalam mesyuarat yang seterusnya
5.2. Untuk makluman, Puan Ashamah akan bersara pada 18 Mei 2020 manakala Puan Bell
pula akan bersara pada 15 Julai 2020

Tindakan : AJK BAKES

5.3 Encik Nasarudin mencadangkan BAKES supaya menjual sticker kereta kepada guru-guru
dan AJK PIBG. Guru-guru dan AJK PIBG digalakkan membeli dan melekatkan sticker pada
kereta untuk melancarkan urusan keluar masuk ke sekolah dan jualan sticker dapat
menambah pendapatan kedalam akaun BAKES .
5.4 Tanda tangan untuk urusan cek di bank diserahkan hanya kepada
Bendahari BAKES sahaja.

Tindakan : AJK BAKES

6.0 PENANGGUHAN MESYUARAT


6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli BAKES kerana
hadir dan berharap semua perancangan akan berjalan dengan lancar.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan dengan bacaan surah AL-Asr dan tasbih Kiffarah pada jam 01.00
petang .

Disediakan oleh:

Mariam Binti Norden


Setiausaha BAKES
SK Taman Melawati
Tarikh : 07 Januari 2020

You might also like