You are on page 1of 11

MINIT MESYUARAT

AGONG DAN PELANTIKAN


AJK TABIKA KEMAS
SUNGAI BILAH BUKIT
GAMBIR TAHUN 2022
TARIKH 08 April 2022
MASA 9.30 PAGI
TEMPAT TABIKA KEMAS SUNGAI BILAH

1
AGENDA MESYUARAT :

AGENDA MESYUARAT

1. Bacaan Doa

2. Ucapan Aluan Pengerusi

3. Perbentangan Minit Mesyuarat Lepas

4. Perbentangan Penyata Kewangan Berakhir Disember 2021

5. Pelantikan AJK Tabika sesi 2022/2023

6. Perbentangan Unjuran PBMT Fasa 1 (Mac -Jun 2022)

7. Membahaskan Usul atau cadangan

8. Ucapan Penutup

2
TABIKA KEMAS SUNGAI BILAH,
BUKIT GAMBIR,TANGKAK
JOHOR

CATATAN MINIT :
MESYUARAT AGONG TABIKA KEMAS SUNGAI
BILAH BAGI TAHUN 2022

BIL : 1 / 2022

TARIKH : 08 APRIL 2022

MASA : 9.30 pagi

TEMPAT : TABIKA KEMAS SUNGAI BILAH

Berkhidmat Untuk Negara


“Luar Bandars Sejahtera”

3
MINIT MESYUARAT AGONG TABIKA KEMAS SUNGAI
BILAH BAGI TAHUN 2022
BIL : 1/2022
TARIKH : 08 April 2022

MASA : 9.30 pagi

TEMPAT : Tabika Kemas Sungai Bilah

KEHADIRAN

KEHADIRAN AHLI JAWATANKUASA


1. En. Samsudin Bin Mahmood - Pengerusi
2. Pn. Nursyafikah Bt Mohd Sazali - Setiausaha
3. Cik Nur Farhani Binti Nazri - Bendahari Tabika KEMAS Sungai Bilah
4. Pn Aisah bt Mokhtar - Penolong Bendahari Tabika
5. Pn Jamaliah Bt Mansor - Pemeriksa Kira-kira 1
6. Pn Zalina binti Atan - Pemeriksa Kira-kira 2
7. Pn Idayu Binti Omar - AJK
8. Pn Nurzihani Binti Samihan -AJK
9. Pn Norsuhana binti Md miskin -AJK
10. En Kamaruddin Bin Mustaffa -AJK
11. Pn Nor atiqah Binti Arshad -AJK
12. Pn Norashikin Binti Hamid -AJK

TIDAK HADIR DENGAN MAAF

1. Pn Intan Nurain Binti Khairul Azmi - AJK


2. Pn Masnita Binti Mohd Dahal - AJK

4
1.0. AGENDA PERTAMA
Bacaan Doa

1.1 En Samsudin bin Mahmood telah mengetuai bacaan doa bagi memulakan majlis
dan mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua yang hadir.

Tindakan : Pengerusi

2.0. AGENDA KEDUA


Ucapan Aluan Pengerusi

2.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa yang
sudi hadir dalam mesyuarat. Beliau juga berharap agar semua Ahli
Jawatankuasa pada tahun 2022 dapat bekerjasama dengan pihak TABIKA
Sungai Bilah dalam setiap perbincangan bagi kelancaran aktiviti yang akan
dilaksanakan.

Tindakan : Pengerusi dan Ajk

3.0. AGENDA KETIGA


Perbentangan Minit Mesyuarat Lepas 2021

3.1 Puan Nursyafikah binti Mohd Sazali mewakili Setiausaha Tabika KEMAS Sungai
Bilah membentangkan Minit Mesyuarat Agong Tabika KEMAS Sungai Bilah bagi
tahun 2021.Beliau meminta semua ahli untuk meneliti dan mencadangkan Minit
Mesyuarat Agong Tahun 2021 diterima dan disahkan sebagaimana muka surat 2
hingga 4 di Buku Laporan yang diedarkan.

3.2 Beliau juga turut membentangkan Senarai Kehadiran sebagaimana muka surat 5
di Buku Laporan yang disediakan.

3.3 Puan Nurzihani Binti Samihan mencadangkan agar minit mesyuarat ini disahkan
tanpa pindaan dan disokong oleh En Kamaruddin Bin Mustaffa.

5
Tindakan : Setiausaha dan Ajk

4.0. AGENDA KEEMPAT


Perbentangan Penyata Kewangan Berakhir Disember 2021

4.1 Cik Nur Farhani binti Nazri selaku bendahari, membentangkan laporan penyata
kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2021 sepertimana di muka surat 7.

4.2 Puan Atiqah binti Mohd Arshad selaku ahli jawatankuasa Tabika KEMAS Sungai
Bilah mencadangkan agar laporan penyata kewangan bagi tahun berakhir 31
Disember 2021 diterima tanpa pindaan.

4.3 Puan Norsuhana Binti Md Miskin menyokong dan menerima laporan penyata
kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2021.

Tindakan : Makluman Semua

5.0. AGENDA KE LIMA


PELANTIKAN AJK TABIKA SESI 2022/2023

5.1 Cik Nur Farhani Binti Nazri meneruskan mesyuarat dengan pemilihan ahli
jawatankuasa yang baru bagi sesi 2022/2023 adalah seperti berikut :

 En Samsudin Bin Mahmood – Pengerusi Tabika


 Puan Nursyafikah Binti Mohd Sazali – Setiausaha Tabika
 Cik Nur Farhani Binti Nazri – Bendahari Tabika
 Puan Siti Aisah Binti Mokhtar – Penolong Bendahari Tabika
 Puan Idayu Binti Omar – Pemeriksa Kira-Kira 1
 Puan Nurzihani Binti Samihan – Pemeriksa Kira- Kira 2

Tindakan : Setiausaha

6
6.0 AGENDA KE ENAM
PEBENTANGAN UNJURAN PBMT FASA 1 2022/2023

6.1 Bendahari menerangkan tentang Perbelanjaan Program Bantuan


MakananTambahan(PBMT) persekolahan sesi 2022/2023 iaitu bulan Mac 2022-
Jun 2022.

6.2 Bendahari memohon untuk mengeluarkan wang TABIKA KEMAS Sungai


Bilah bagi tujuan seperti di bawah :

Bulan Pengeluaran Jumlah Pengeluaran


Mac 2022 RM 312.00
April 2022 RM 741.00
Mei 2022 RM 663.00
Jun 2022 RM 663.00

6.3 Pengeluaran duit berdasarkan bilangan kanak-kanak pada tahun 2022/2023 dan
ianya telah mendapat persetujuan dari semua Ahli Jawatankuasa.

6.4 Permohonan Surat Kelulusan Pengeluran Duit akan dilaksanakan bagi


pengeluaran RM500.00 hingga RM2,500.00 kepada pegawai kemas Daerah
(PKD) dan kepada Pengarah KEMAS Negeri Johor sekiranya jumlah
pengeluaran melebihi RM2,500.00.

6.5 Semua ahli jawatankuasa bersetuju dengan bendahari untuk pengeluaran duit
Tabika berdasarkan dengan jumlah yang disebut. Pengeluaran duit mestilah
menggunakan 2/3 daripada penama seperti yang ternyata di dalam buku
bank.
6.6 Pengeluaran wang GPK akan dibuat bagi kegunaan utiliti Tabika dan Alat bahan
mengajar

6.7 Puan Nurzihani mencadangkan agar pembentangan unjuran PBMT ini disahkan
tanpa pindaan dan disokong oleh Puan Nursyafikah Binti Mohd Sazali.

Tindakan : Pengerusi dan Setiausaha

7
7.0 AGENDA KE TUJUH
Membahaskan Usul atau Cadangan

7.1 Puan Noratiqah Binti Arshad mencadangkan untuk memberi sumbangan berbentuk
kipis syiling kepada pihak tabika bagi keselesaan yang kondusif untuk pembelajaran
kanak-kanak.

7.2 Puan Idayu Binti Omar mencadangkan untuk membuat kecerian di luar persekitan
tabika dan mengadakan aktiviti kebun dapur bersama ibu bapa.

7.3 Puan Siti Aishah Binti Mokhtar mencadangkan untuk membuat jamuan raya beserta
marhaban di tabika bagi tahun 2022.

7.4 Puan Zalina Binti Atan mencadangkan usul ini disahkan tanpa pindaan dan
disokong oleh Puan Jamaliah Binti Mansor.

Tindakan : Makluman Semua

8.0 AGENDA KE LAPAN


Ucapan Penutup

8.1 En Samsudin Bin Mahmood selaku Pengerusi Tabika KEMAS Sungai Bilah
mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dan semua
ahli yang hadir sehingga selesai mesyuarat. Beliau mengharapkan agar aktiviti-
aktiviti yang akan dirancang pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan baik dan
dipermudahkan segala urusan kelancaran pengurusan TABIKA .

8.2 Mesyuarat di tangguhkan pada jam 11.30 pagi.

Tindakan : Pengerusi

8
DISEDIAKAN OLEH : DISEMAK OLEH :

Nama : Pn. Nursyafikah Bt Mohd Sazali Nama : En. Samsudin Bin Mahmood

Jawatan : Setiausaha Jawatan : Pengerusi


TABIKA KEMAS Sungai Bilah TABIKA KEMAS Sungai Bilah

Tarikh : 10 April 2022 Tarikh : 10 April 2022

9
GAMBAR

10
11

You might also like