You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANTUAN PERINGKAT SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN GANGSA


BIL. 1/2022

TARIKH : 08/03/2022
HARI : SELASA
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER, SK GANGSA

KEHADIRAN :

1. En Andieka B Fadzil (Guru Besar)


2. Pn Halizah Md Ali (PK HEM)
3. En Samsurry B Samsudin (Wakil PIBG)
4. En Zakaria B yahya (Ketua Kampung)
5. En Azhar b Ayob (PK Pentadbiran)
6. Pn Mazlin B Mohd Yunus (Penyelaras RMT)
7. Pn Zuraidah Bt Rosly (SU RMT)
8. Pn Norailezah Bt Nordin (AJK RMT)
9. Pn Nurul Huda Bt Azmi (AJK RMT)
10. Pn Norhayati Bt Ahmad` (Penyelaras KWAPM)

Perkara

1. Perutusan Pengerusi
 En Andieka B Fadzil selaku pengerusi majlis mengalu-alu semua yang hadir dan
menyatakan tujuan mesyuarat adalah untuk membuat pemilihan murid yang yang
layak menerima bantuan RMT dan KWAPM.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lepas.


2.1 Puan Zuraidah Bt Rosly selaku Setiausaha RMT membentangkan minit mesyuarat Bil.
1/2021.
2.2 Minit Mesyuarat disahkan tanpa pindaan.

3. Kelulusan Permohonan Bantuan KWAPM bagi tahun 2022


3.1 Pn Halizah Md ali membentang senarai nama yang layak dan menghantar borang
KWAPM untuk penilaian mesyuarat. Beliau juga memaklumkan bahawa murid yang layak
adalah terdiri daripada kelas Tahun Dua hingga Tahun Enam dan calon cicir iaitu yang
belum mendapat bantuan.
3.2 Mesyuarat memutuskan bahawa :
3.2.1 Seramai 150 orang murid diperakukan lulus bagi menerima bantuan
KWAPM/RMT tahun 2022. Senarai nama adalah seperti di lampiran A.
3.2.2 Tiada murid yang ditolak permohonan bantuan ini.

3.3 Mesyuarat bersetuju bahawa kaedah pengagihan bantuan KWAPM/RMT kepada murid
dibuat dalam bentuk penerimaan tunai oleh ibubapa.

3.4 Mesyuarat juga memutuskan tarikh agihan bantuan KWAPM adalah mengikut Surat
Pekeliling Kewangan Bil. 6/2010 mengenai bantuan KWAPM.

3.5 Bantuan RMT pula akan bermula pada hari pertama persekolahan iaitu 21 Mac 2022.
3.6 Semua calon yang layak mestilah telah menghantar Borang PB1 dan PB 2 dengan
lengkap.

3.7 Bagi murid tahun 1 dan calon cicir, pengagihan akan dibuat setelah murid Tahun 1/2022
selesai menghantar Borang PB1 dan PB2 dan tapisan dibuat.

3.8 Semua ahli mesyuarat bersetuju tapisan gaji akan dibuat secara:- Kakitangan awam ( Gaji
Kasar- Gaji pokok + elaun). Manakala kakitangan swasta pula (Gaji pokok sahaja)

3.9 Bagi ibubapa yang tidak mempunyai slip gaji, borang PB2 mestilah ditandatangan oleh
Ketua Kampung atau pihak yang layak.

3.10 Pn Halizah membacakan Menu RMT yang dicadangkan.


Senarai menu adalah seperti dalam lampiran. Semua aJK mesyuarat sebulat suara
bersetuju dengan menu yang dicadangkan.

4. Hal-hal lain
4.1 Puan Mazlin akan mengedarkan Borang Setuju Terima RMT dan Susu mulai esok kepada
semua calon yang layak.

4.2 Pn Norhayati pula akan memaklumkan kepada waris penerima KWAPM setelah
mendapat keputusan dan pengesahan dalam data bantuan KWAPM APDM.

4.3 En. Zakaria B yahya memaklumkan agar pihak sekolah memastikan pihak waris
menyediakan salinan slip gaji untuk mengetahui data yang tepat untuk pengesahan
pendapatan dan beliau bersedia membantu dalam hal ini.

5. Penutup
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan kerjasama yang telah
diberikan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.


Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………………… ……………………………………………….
(HALIZAH MD ALI) ( ANDIEKA B FADZIL)

You might also like