You are on page 1of 10

MODUL LATIHAN INTERVENSI

BERFOKUS DAN TERBEZA


MODUL LATIHAN
(MoLIB)
INTERVENSI BERFOKUS
DI BAWAH INISIATIF #24
DAN TERBEZA PROGRAM
PELAKSANAAN (MoLIB)
DI LITERASI
BAWAH DANINISIATIF #24:
NUMERASI
SEKOLAHLITERASI
PROGRAM RENDAH 2019
DAN
NUMERASI

Bahagian Pendidikan Guru Institut Pendidikan Guru Malaysia


1.0 PENGENALAN

Kemahiran guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) memainkan


peranan utama dalam pencapaian murid. Guru yang baik mampu mempelbagaikan
aktiviti bersesuaian dengan pelbagai aras kebolehan murid. Oleh itu, guru perlu
menguasai pengetahuan pedagogi yang berfokus dan terbeza dalam merencana
pencapaian tahap penguasaan seseorang murid.

Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza (MoLIB) yang dihasilkan ini boleh
dijadikan rujukan untuk guru merancang PdP bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Matematik yang berkesan di tahap 1 sekolah rendah. Manakala bagi mata pelajaran
Bahasa Inggeris, guru perlu merujuk Scheme of Work (SOW) seperti yang terkandung
dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sejajar dengan CEFR.

Modul ini dibina berasaskan kemahiran yang terkandung di dalam DSKP serta
mengandungi aktiviti dan bahan yang berbeza berdasarkan pelbagai tahap penguasaan
murid. Modul ini juga mampu membantu guru yang bukan opsyen untuk dijadikan
panduan.

2.0 LATAR BELAKANG

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Agenda Literasi & Numerasi Nasional Bil. 1/2019
telah memutuskan salah satu daripada empat fokus utama adalah menambah baik
pengajaran dan pembelajaran. Bagi fokus ini IPGM telah dipertanggungjawabkan untuk
melaksanakan penghasilan contoh bahan pengajaran harian bagi Bahasa Melayu dan
Matematik. Jawatankuasa bersetuju untuk IPGM menyediakan modul latihan kemahiran
dalam memberi Intervensi yang berfokus dan terbeza kepada guru-guru. Jawatankuasa
juga bersetuju bahawa penyediaan bahan ini adalah sebagai panduan kepada para guru
bagi tujuan penghasilan bahan-bahan seterusnya. Pada 18 hingga 20 Jun 2019,
kerangka modul telah dibina berdasarkan perbincangan panel yang dilantik dalam
kalangan pensyarah IPG kampus, JPN, PPD, SISC+, FasiLINUS dan juga guru
cemerlang. Pada 15 hingga 17 Julai 2019, pembinaan modul ini telah dilaksanakan.
Pemantapan modul ini telah disempurnakan pada 6 hingga 7 Ogos 2019 di IPGM,
Cyberjaya sebelum rintis dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.

3.0 RASIONAL

Berdasarkan kajian, beberapa sekolah yang pencapaian akademik rendah ialah sekolah
yang kapasiti murid ramai dalam satu kelas, murid orang asli yang diajar oleh guru
bukan orang asli dan guru yang bukan opsyen mengajar mata pelajaran teras. Guru
kurang berkemahiran dalam merancang aktiviti yang melibatkan murid dengan pelbagai
aras tahap penguasaan. Masalah ini berlanjutan sehingga defisit pembelajaran dibawa
ke tahap 2.

4.0 MATLAMAT

Memastikan guru berkebolehan merancang PdP yang berfokus dan terbeza


bersesuaian dengan pelbagai aras kebolehan murid. Selain itu, guru boleh menjadikan
amalan Professional Learning Community (PLC) sebagai gerak kerja dalam merancang
PdP supaya berlaku perkongsian idea dan keberhasilan bersama.
5.0 OBJEKTIF

Pada akhir rintis ini, guru dapat:


5.1 menguasai asas kemahiran merancang PdP yang berkesan berdasarkan
pelbagai aras kebolehan murid;
5.2 melaksanakan pedagogi yang berfokus dan terbeza dalam mempertingkat tahap
penguasaan murid;

6.0 SASARAN SEKOLAH RINTIS

Melibatkan 54 buah sekolah di tiga Pejabat Pendidikan Daerah (PPD):

6.1 PPD Sepang, Selangor - 12 buah sekolah


6.2 PPD Pitas, Sabah - 20 buah sekolah
6.3 PPD Julau, Sarawak - 22 buah sekolah

BIL SEKOLAH (PPD SEPANG, SELANGOR)


1 Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti
2 Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong
3 Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (Asli)
4 Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Ampar Tenang
5 Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Dengkil
6 Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Taman Permata
7 Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Sepang
8 Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Teluk Merbau
9 Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ldg West Country 'Barat'
10 Sekolah Kebangsaan Methodist
11 Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sepang
12 Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Tche Min

BIL SEKOLAH (PPD PITAS, SABAH)


1 Sekolah Kebangsaan Dandun
2 Sekolah Kebangsaan Kusilad
3 Sekolah Kebangsaan Malubang
4 Sekolah Kebangsaan Pantai
5 Sekolah Kebangsaan Pinggan-Pinggan
6 Sekolah Kebangsaan Pekan Pitas
7 Sekolah Kebangsaan Rosob
8 Sekolah Kebangsaan Pinapak
9 Sekolah Kebangsaan Senaja
10 Sekolah Kebangsaan Salimpodon Darat
11 Sekolah Kebangsaan Mangkapon Pitas
12 Sekolah Kebangsaan Manggis/Mongkubou
13 Sekolah Kebangsaan Mandurian
14 Sekolah Kebangsaan Nibang
15 Sekolah Kebangsaan Dallas Pitas
16 Sekolah Kebangsaan Rukom
17 Sekolah Kebangsaan Bangkau-Bangkau
18 Sekolah Kebangsaan Sosop
19 Sekolah Kebangsaan Pekan Pitas Ii
20 Sekolah Kebangsaan Kanibongan

BIL SEKOLAH (PPD JULAU, SARAWAK)


1 Sekolah Kebangsaan Ulu Pedanum
2 Sekolah Kebangsaan Nanga Jambu
3 Sekolah Kebangsaan Ng Serau
4 Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan
5 Sekolah Kebangsaan Nanga Wak
6 Sekolah Kebangsaan Nanga Merurun
7 Sekolah Kebangsaan Nanga Pedanum
8 Sekolah Kebangsaan Nanga Babai
9 Sekolah Kebangsaan Nanga Maong
10 Sekolah Kebangsaan Nanga Kota
11 Sekolah Kebangsaan Nanga Luau
12 Sekolah Kebangsaan Nanga Sengaih
13 Sekolah Kebangsaan Tapang Punggu
14 Sekolah Kebangsaan Ng Ensiring
15 Sekolah Kebangsaan Ulu Entaih
16 Sekolah Kebangsaan Ulu Entabai
17 Sekolah Kebangsaan Sungai Sugai
18 Sekolah Kebangsaan Nanga Engkamop
19 Sekolah Kebangsaan Nanga Buku
20 Sekolah Kebangsaan Nanga Ju
21 Sekolah Kebangsaan Nanga Dayu
22 Sekolah Kebangsaan St Alphonsus

7.0 SASARAN GURU

7.1 Guru mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik Tahap 1
yang mengajar di kelas yang kapasiti muridnya ramai;
7.2 Guru mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik Tahap 1
yang mengajar murid orang asli;
7.3 Guru bukan opsyen yang mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris dan Matematik Tahap 1.
8.0 KERANGKA KONSEP

SUMBER PROSES HASIL


 Melaksanakan PdP
 Guru-guru yang berfokus dan terbeza
mengajar mata  Meningkatkan
berpandukan: Tahap Penguasaan
pelajaran BM, BI dan DSKP
Matematik Tahap 1 di murid Tahap 1
MoLIB
54 buah sekolah rintis
 MoLIB digunakan dalam
PdP 2-3 jam seminggu

Bahan MoLIB digunakan oleh guru mata pelajaran BM dan Matematik Tahap 1
semasa merancang PdP. Kekerapan penggunaan MoLIB ini semasa rintis sebanyak
2 hingga 3 jam seminggu.

9.0 PELAKSANAAN RINTIS

OGOS 2019 SEPTEMBER – NOVEMBER 2019


(MINGGU 3 – 4) OKTOBER 2019

Penataran Kepada  Pelaksanaan  Pelaporan


Sekolah Rintis rintis di  Penambahbaikan
Sekolah
 Pemantauan
dan bimbingan

10.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

10.1 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


10.1.1 Mengurus, menyelaras dan menilai kebolehlaksanaan modul
10.1.2 Mengadakan mesyuarat penyelarasan dengan bahagian-bahagian
KPM dan JPN
10.1.3 Merancang dan melaksanakan penataran kepada JPN, PPD dan
sekolah
10.1.4 Menganalisis dapatan laporan pelaksanaan rintis daripada JPN

10.2 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)


10.2.1 Membantu KPM merancang dan melaksanakan penataran kepada
PPD dan sekolah
10.2.2 Memastikan pelaksanaan mengikut garis panduan yang disediakan
10.2.3 Mengurus, menyelaras dan menilai pelaksanaan peringkat JPN
10.2.4 Memantau pelaksanaan rintis secara berkala
10.2.5 Menganalisis dapatan laporan pelaksanaan rintis daripada PPD
10.2.6 Melaporkan dapatan pelaksanaan rintis kepada KPM
10.3 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
10.3.1 Membimbing sekolah melaksanakan rintis mengikut garis panduan
yang ditetapkan
10.3.2 Menganalisis dapatan semasa sesi bimbingan
10.3.3 Memastikan keberkesanan pelaksanaan oleh pihak sekolah
10.3.4 Melaporkan pelaksanaan rintis kepada pengurusan PPD dan JPN
10.3.5 Membuat tindakan susulan untuk penambahbaikan

10.4 Pentadbir Sekolah


10.4.1 Memastikan pelaksanaan rintis mengikut garis panduan yang
disediakan
10.4.2 Membimbing guru melaksanakan PdP berkesan melalui PLC
10.4.3 Mencerap PdP guru secara berkala
10.4.4 Membincangkan keberkesanan pelaksanaan rintis dalam dialog
prestasi
10.4.5 Melaporkan pelaksanaan rintis kepada PPD

10.5 Guru Mata Pelajaran


10.5.1 Merancang dan melaksanakan PdP yang berfokus dan terbeza.
10.5.2 Menyediakan bahan sokongan yang bersesuaian dengan keperluan
murid semasa PdP.
10.5.3 Menambah baik PdP bagi membantu murid yang tidak mencapai
tahap penguasaan kemahiran / tajuk.
10.5.4 Mencatat penggunaan MoLIB dalam Buku Rekod Pengajaran Harian
(RPH).
10.5.5 Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) berdasarkan DSKP.
11.0 MODUL LATIHAN KEMAHIRAN DALAM MEMBERIKAN INTERVENSI
BERFOKUS DAN TERBEZA BAGI LITERASI DAN NUMERASI

11.1 Literasi Bahasa Melayu

11.1.1 Pemetaan
Pemetaan kemahiran terdiri daripada kemahiran Mendengar Bertutur,
Membaca dan Menulis. Selain itu, Aspek Seni Bahasa
danTatabahasa disediakan sebagai rujukan kepada guru semasa
merancang PdP bagi murid Tahap 1. Setiap kemahiran disertakan
dengan cadangan aktiviti mengikut aras murid. Setiap kemahiran
merujuk kepada Standard Pembelajaran (SP) disertakan satu
cadangan aktiviti seperti dalam lampiran.

Contoh pemetaan kemahiran dan aspek yang dibina:

Bil Kemahiran Standard Pembelajaran

1.1.1 Mendengar, mengecam, memahami dan menyebut


1
dengan betul dan tepat; (i) frasa (ii)

1.1.2 Mendengar, memahami, dan memberikan respons


2
terhadap; (i) soalan

Mendengar 1.1.3 Mendengar, dan memberikan respons dengan


3
bertutur membuat tafsiran terhadap; (i) soalan bercapah (

1.2.1 Bertutur untuk menjelaskan sesuatu perkara secara


4
bertatasusila mengikut konteks.
1.2.2 Bertutur dan menjelaskan maklumat yang tersurat
5 dan tersirat dengan menggunakan idea yang kritis dan
kreatif.
2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul dan intonasi
6
yang sesuai; (i)perkataan (ii)ayat (iii)perenggan (iv)petikan

2.1.2 Membaca dan memahami; (i)perkataan (ii)ayat


7
(iii)perenggan (iv) petikan
2.2.1 Membaca, memahami dan menaakul bahan untuk
8 mendapatkan: i. kosa kata ii isi tersurat iii. isi tersirat iv.
Membaca idea utama v.idea sampingan vi Idea keseluruha
2.3.1 Membaca, mengenal pasti dan menyatakan nilai
9 daripada bahan sastera dan bahan bukan sastera; (i) lagu
kanak-kanak (ii) cerita (iii) pantun (iv) petikan
2.3.2 Membaca dan mempersembahkan karya sastera
dan bukan sastera dengan sebutan yang betul dan
10
intonasi yang sesuai; (i)lagu kanak-kanak (ii)cerita
(iii)pantun (iv) petikan bukan sastera

11 Menulis 3.1.1 Menulis secara mekanis; (i) perkataan


Bil Kemahiran Standard Pembelajaran

1
12 1 3.2.1 Membina dan menulis; (iii) ayat
.
2 3.2.2 Membina dan menulis jawapan pemahaman dengan
13
berdasarkan soalan; (i) bertumpu
N
u 3.2.3 Menyusun dan mencatat maklumat yang bermakna
14 m tentang sesuatu perkara.
e
Menulis
r
15 a 3.2.4 Menulis sesuatu yang diimlakkan;(i) perkataan
s
i 3.3.1 Menghasilkan penulisan naratif dan bukan naratif
16
secara; (i) sepa
1 3.3.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada
17 1 aspek; (i) ejaan (ii) tanda baca (iii) penggunaan kata
.
4.1.1 Bercerita dan menuturkan dialog yang mengandungi
18 gaya bahasa yang indah; (i) simpulan bahasa (ii)
bandingan semacam (iii) perumpamaan
4.2.1 Melafazkan dan mengenal pasti ciri-ciri pantun; (i)
19 pembayang dan maksud (ii) rima akhir dan jeda (iii) format
penulisan
4.2.2 Menyanyikan lagu dengan sebutan yang betul dan
20 intonasi yang sesuai serta melakukan aksi mengikut lirik (i)
lagu kanak-kanak (ii) lagu rakyat
Aspek Seni 4.2.3 Mendeklamasikan dan mengenal pasti ciri-ciri sajak;
21 Bahasa (i) bentuk bebas (ii) rangkap
4.3.1 Mencipta bahan sastera secara berpandu dan
22 mempersembahkan secara kreatif; (i) pantun empat kerat
(ii) sajak*
4.3.2 Mempersembahkan cerita; (i) cerita haiwan (ii) cerita
23
jenaka **

24 4.3.3 Mempersembahkan lagu; (i) kanak-kanak (ii) rakyat

5.1.1 Memahami, mengenal pasti dan menggunakan


Aspek
25 golongan kata mengikut konteks; (i) kata nama am (ii) kata
Tatabahasa
nama khas (iii) kata ganti nama (iv) penjodoh bilangan
11.2 Numerasi

11.2.1 Templat
Satu templat bagi tujuan penghasilan bahan telah dibina sebagai
rujukan kepada panel pembina dan guru. Dua contoh templat
berserta isi kandungan adalah seperti Lampiran 1. Manakala
templat kosong disediakan seperti Lampiran 2.

Pembinaan bahan mengambil kira perkara berikut :


i. Rujukan Asas : DSKP
ii.Kumpulan terbeza adalah mengikut Tahap Penguasaan (Rujuk
DSKP). Murid dikumpulkan mengikut tahap penguasaan

Kumpulan 1 : Tahap 1, 2
Kumpulan 2 : Tahap 3, 4
Kumpulan 3 : Tahap 5, 6

iii. Maklumat murid : ambil kira kesediaan murid mengikut


pengetahuan guru
iv. Mencipta aktiviti bagi kumpulan – ambil kira kandungan dan juga
teknik PdP yang sesuai untuk setiap kumpulan.
v. Ambil kira ‘fun learning’ dalam mencipta aktiviti

11.2.2 Contoh pemindahan maklumat modul kepada RPH Matematik juga


diberikan seperti dalam Lampiran 3. RPH ini adalah merujuk kepada
bahan modul bagi tajuk 6.1.2 Mengukur panjang.

11.2.3 Bahan numerasi yang telah disediakan adalah sebanyak 6 contoh


merujuk kepada tahun dan tajuk seperti dalam Jadual 1 berikut :

Jadual 1: Contoh bahan numerasi yang telah dibina


Bil Tahun Tajuk
5.1.1 Mengenal tanda senggatan minit pada
1 2
muka jam
2 2 6.1.2 Mengukur panjang
7.2.2 Melukis bentuk asas bagi bentuk dua
3 2
dimensi
1.2.1 Menulis nombor dalam angka dan
4 3
perkataan
3.1.1 Mengenal pasti pecahan wajar sebagai
sebahagian daripada satu kumpulan
5 3
3.1.2 Menyatakan pecahan setara bagi pecahan
wajar yang penyebutnya hingga 10
4.1.1 Menyelesaikan ayat matematik tambah
6 3 melibatkan dua nilai wang dan hasil
tambahnya hingga RM10 000
11.2.4 Contoh tugasan yang boleh diberikan kepada murid adalah seperti
Lampiran 4 bagi tajuk 6.1.2

11.3 Pelaksanaan PdP

11.3.1 Aktiviti yang dirancang dalam RPH berdasarkan cadangan MoLIB


dilaksanakan semasa PdP setiap mata pelajaran terlibat berasaskan
kepada SKPMg2 Standard 4: Pembelajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc)

11.3.2 Pengurusan menggunakan kerangka konsep PAK21 yang terdiri


daripada lima elemen iaitu perancangan pembelajaran,
pembelajaran koperatif dan kolaboratif, kemahiran berfikir,
pentaksiran pembelajaran dan ekosistem bilik darjah yang positif
berdasarkan standard asas PAK21 iaitu 4K1N

11.3.3 Latihan pembinaan bahan seterusnya adalah di bawah pengurusan


BPG, JPN, PPD, SISC+ dan Guru

You might also like