You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI HJ DORANI

45300 SUNGAI BESAR


SELANGOR DARUL EHSAN

MINIT MESYUARAT AJK BADAN KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN ( BAKE ) KALI 1 2021

Tarikh : 9. April 2021

Hari : Jumaat

Masa : 3.00 petang

Tempat : Restauran Macdonald Sungai Besar

Kehadiran : 1. En. Mohd Fadzil B Mod Safak

2. En. Arifin B kasbon

3. Pn. Mariamah Bt Abu Mansor

4. Pn. Rossaidah Bt Suaid

5. Pn. Mulian Sulaila Bt. Abd Halim

6. Pn Hjh. Marsita Bt Abdullah

7. Pn.Farah Farhana Bt Ayob

8. En. Jamsari B Mardi

9. En. Mohammad Syafeeq B Mustapha

Tidak Hadir : Tiada

1. UCAPAN PENGERUSI:

1.1 Ucapan terima kasih di atas kehadiran semua AJK BAKE bagi tahun 2021-2022 ke mesyuarat

kali pertama ini.

1.2 Ucapan terima kasih juga kepada puan setiausaha kerana dapat menyediakan tempat yang

selesa bagi mesyuarat ini.


1.3 Beliau mengharapkan kerjasama yang baik daripada semua AJK BAKE dalam menjayakan dan

melaksanakan semua aktiviti yang dirancang oleh BAKE.

1.4. Beliau juga mengharapkan tunjuk ajar daripada AJK yang sudah berpengalaman dalam
menguruskan Kelab BAKE ini.

Tindakan : Makluman

2. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT:

Tiada

3. PERKARA BERBANGKIT:

Tiada

4. AKTIVITI BAKE 2021:

1. Sambutan Hari Guru dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri - Pn. Farah Farhana

2. Sambutan Hari Lahir - Pn. Hjh. Marsita

3. Potluck - En. Mohd Syafeeq

4. Teambuilding - En Jamsari

Cadangan tempat : FRIM Kepong, Selangor.

5. family Day - Pn. Mulian Sulaila

Cadangan tempat: 1. Pulau Pangkor, Perak

2. D Palma Kuala Selangor

6. Lawatan Penanda Aras - semua AJK dan Unit Kurikulum sekolah.

7. Jamuan akhir tahun - semua AJK

Cadangan tempat: Laman MAZMIDA


Tindakan : AJK BAKE

5. HAL-HAL LAIN:

5.1. Pn. Mariamah mencadangkan kedai BAKE akan diuruskan oleh En. Mohd Syafeeq dan
pembelian hadiah oleh Pn. Mulian. Pilihan dibuat berdasarkan pengalaman mereka. Beliau
juga berharap kedai dapat beroperasi dengan baik. Beliau juga berharap semua AJK dapat
mengadakan gotong royong untuk menceriaka kedai tersebut.

Tindakan : AJK BAKE

5.2. En. Jamsari menerangkan berkaitan T shirt PJ murid. Beliau akan mengambil ukuran murid
lelaki dan meminta AJK perempuan untuk mengambil ukuran murid perempuan untuk
di buat tempahan. Baju PJ tersebut akan mengikut warna rumah sukan murid. Tempahan
juga dibuat untuk semua guru. Harga T.shirt murid ialah RM 23.00.

Tindakan : AJK BAKE

5.3 Pn.Mulian mencadangkan hadiah hari lahir diberi dalam bentuk bouquet dan belon.Beliau
meminta sekiranya ada AJk yang dapat mencari bekalan belon dengan harga yang
berpatutan. Bouquet tersebut boleh dibuat oleh Pn. Diana.

Tindakan : AJK BAKE

5.4 Pn.Hjh Marsita berharap kedai BAKE tidak menjual peralatan alat tulis seakan permainan
kerana ia melekakan murid. Beliau juga mencadangkan potluck dibuat bersama sambutan
hari jadi.

Tindakan: AJK BAKE

5.5 En.Fadzil akan berbincang dengan bendahari tentang perincian perbelanjaan berdasarkan
kutipan ahli.
Tindakan : Makluman

6. UCAPAN PENANGGUHAN:
6.1 Semoga semua AJK BAKE dapat melaksanakn tugas dengan baik, cemerlang dan
berdedikasi.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang.

Disediakan oleh:

------------------------------------------
( MARIAMAH ABU MANSOR )
Setiausaha BAKE SKSHD 2021

You might also like