You are on page 1of 3

SK BUKIT TAMBUN,

14110 SIMPANG AMPAT,


SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG.

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK


KALI 2/2022

*********************************************************************************

Tarikh : 26/07/2022
Hari : Selasa
Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Guru Besar, SK Bukit Tambun

Kehadiran :
1. Pn Nazariah Bt Jasman - PK Ko-Kurikulum
2. Pn Noraznita Bt Mhd Sapuan - KP Matematik
3. En Mazlan Bin Ishak - S/U Panitia
4. En Fathi Bin Mustafa - AJK
5. Cik Hazatul Hazliyana - Guru Pemulihan
6. Pn Azirah Bt Shariff - Guru Pra Sekolah

Tidak Hadir : Tiada

Agenda :
1. Kata Aluan KP Matematik
2. Ucapan Aluan PK Ko-Kurikulum
3. Membentang & mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
4. Perkara berbangkit
5. Perancangan Peperiksaan Sumatif 1/2022
6. Analisa Penyeliaan Buku Latihan & Pencerapan Guru
7. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
8. Hal-hal lain

1
1. Kata Aluan Ketua Panitia Matematik, Pn Noraznita Mhd Sapuan
1.1 Pn Noraznita mengalu-alukan kehadiran semua guru Matematik ke
Mesyuarat Panitia Kali 2/2022.
1.2 Beliau mengharapkan semua guru matematik dapat bekerjasama dalam
meningkatkan prestasi matematik bagi sesi 2022.
Makluman : Semua guru Matematik

2. Ucapan Aluan, Pn Nazariah Bt Jasman


2.1 Pn Nazariah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru
Matematik yang hadir.
2.2 Beliau juga mengharapkan panitia dapat merancang aktiviti yang menarik
agar dapat meningkatkan prestasi dan motivasi berkaitan Matematik.
Makluman : Semua guru Matematik

3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu


3.1 Pencadang minit : Pn Azirah Bt Shariff
Pengesahan minit : En Fathi Bin Mustafa
Makluman : Semua guru Matematik

4. Perkara berbangkit
4.1 Tiada

5. Perancangan Peperiksaan Sumatif 1/2022


5.1 Unit Penilaian & Peperiksaan SKBT telah memaklumkan bahawa Peperiksaan
Sumatif 1/2022 akan dijalankan pada :-

Tarikh : 8/08/2022 hingga 12/08/2022


Hari : Isnin hingga Jumaat
Sasaran : Murid Tahun 4, 5 & 6
Subjek : Subjek Teras (BM,BI,MT & SN)
Subjek Elektif (PAI, MO, PK, BA, BC, PSV, SEJ & RBT)

5.2 Markah tersebut akan dinilai sepenuhnya untuk Program Hari


Kecemerlangan Akademik pada bulan September nanti.
Makluman : Semua guru Matematik

6. Analisa Penyeliaan Buku Latihan & Pencerapan Guru


6.1 Jadual Penyemakan Buku Latihan Matematik setiap kelas akan dijalankan
pada :-

Tarikh : 27/06/2022 hingga 01/07/2022


(Penggal 1/2022)

28/11/2022 hingga 02/12/2022


(Penggal 2/2022)

6.2 Jadual Pencerapan Guru Matematik (Penggal 1) akan dijalankan seperti yang
dirancang oleh pihak pentadbir dalam masa yang terdekat. Mohon semua guru
bersiap sedia untuk membuat persediaan PdPc dengan sebaiknya.
Makluman : Semua guru Matematik

2
7. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
7.1 PBD perlu direkodkan secara offline untuk dijadikan rujukan tentang
kemajuan murid dalam pembelajaran terhadap tajuk yang dipelajari dan
dapat mengenalpasti murid yang lemah untuk diberi bimbingan oleh guru.
7.2 Setiap guru perlu memberi ulasan Tahap Pencapaian (TP) yang tidak dikuasai
lagi oleh murid. Murid yang lemah diberi aktiviti pemulihan yang
bersesuaian untuk membantu murid mencapai TP yang memuaskan
sekurang-kurangnya TP3.
Makluman : Semua guru Matematik

8. Hal-hal lain
8.1 Pn Nazariah menasihati semua guru agar sentiasa berkongsi idea
pembelajaran dengan guru lain untuk memantapkan proses PdPc lebih
berkesan lagi.
8.2 Pn Noraznita menjelaskan agar penggubal soalan kertas Peperiksaan Sumatif
1/2022 dihantar awal kepada Ketua Panitia untuk semakan.
Makluman : Semua guru Matematik

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

….……………………………….. ……………………………………..
(MAZLAN BIN ISHAK) (NORAZNITA MHD
SAPUAN)
S/U Panitia Matematik Ketua Panitia Matematik
SK Bukit Tambun SK Bukit Tambun

You might also like