You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA BIL.

3 TAHUN 2023

TARIKH : 4 OGOS 2022


MASA : 10.00 – 11.00 PAGI
HARI : JUMAAT
TEMPAT : BILIK GURU SKG
___________________________________________________________________

AGENDA
1.0. Ucapan Pengerusi
2.0. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
3.0. Perkara berbangkit
4.0. Perancangan Perbelanjaan (PCG)
5.0. Program STEM
6.0. Kelas Tambahan
7.0. Hal-hal lain

KEHADIRAN
1. CPYRIAN FAUNGIN -Guru MT Th 3
2. BENDLY ROY BANINUS - Kp MT
3. NORAZLIN SHAHILA BINTI SAHARAN - Guru MT Th 2

TIDAK HADIR
Tiada

1.0. UCAPAN PENGERUSI


1.1. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru kerana
hadir ke Mesyuarat Panitia Matematik untuk kali yang ketiga.
1.2. Pengerusi memaklumkan kepada ahli mesyuarat berkenaan dengan
aktiviti panitia perlu dilaksanakan untuk memastikan agar semua murid
sekurang-kurangnya melepasi tp3 untuk penilaian PBD subjek
Matematik.
(Tindakan : Makluman )

2.0. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1. Pencadang : CPYRIAN FAUNGIN


2.2. Penyokong : NORAZLIN SHAHILA BINTI SAHARAN
3.0. PERKARA BERBANGKIT

3.1. Tiada perkara berbangkit

4.0. PERANCANGAN PERBELANJAAN (PCG)


4.1. Perbincangan perbelanjaan PCG matematik berdasarkan keperluan
setiap guru matematik.
4.2. Pengerusi meminta agar setiap guru matematik menyenaraikan
keperluan bahan bantu mengajar/belajar untuk kelas masing-masing.
4.3. Setiap guru perlu menyenaraikan lebih kurang lima alatan yang
diperlukan dan diserahkan kepada pengerusi sebelum atau pada 11
OGOS 2023.
4.4. NORAZLIN SHAHILA BINTI SAHARAN diarahkan untuk menyiapkan
nota minta dan diserahkan kepada kerana kewangan untuk diproses

(Tindakan : Guru Matematik/Bertugas )

5.0. PROGRAM STEM


5.1. Program Minggu STEM akan dilaksanakan pada bulan November iaitu
pada minggu pelaksanaan minggu panitia. Tarikh akan ditentukan
kemudian dengan berlandaskan perancangan takwim sekolah.
5.2. Berikut merupakan rancangan aktivti dalam program Sains dan
Matematik; (untuk matematik sahaja)
- Pertandingan meneka jumlah gula-gula.
- Pertandingan meneka berat tembikai.
- Pertandingan buku skraf sifir.
- Pertandingan mewarna nombor dan bentuk.
- Treasure Hunt
- Karaoke dengan gubahan lirik matematik dan sains.
- Teka silangkata matematik.

(Tindakan : Guru Matematik)


6.0. KELAS TAMBAHAN
6.1. Encik Bendly Roy Baninus sebagai pengerusi dan juga merupakan
guru matematik untuk tahap 2 menyatakan bahawa tahap penguasaan
operasi asas sangat lemah dalam kalangan murid tahap 2. Oleh itu,
beliau mencadangkan kepada ahli mesyuarat tentang keperluan untuk
adakan kelas tambahan. Hal ini disebabkan oleh masa dalam kelas
tidak mencukupi untuk mengulangi pengajaran yang sama dalam masa
yang lama kerana terdapat banyak topik yang perlu dikejar dan diajar
kepada murid.
6.2. Pengerusi menyatakan bahawa kelas tambahan ini akan diadakan
sebanyak dua kali seminggu secara serentak melibatkan semua murid
tahap dua. Fokus utama kelas tambahan ini ialah untuk mengukuhkan
penguasaan murid dalam operasi asas seperti tambah, tolak darab dan
bahagi.
6.3. Ahli mesyuarat bersetuju untuk mengadakan kelas tambahan dengan
mengambil beberapa langkah seperti memaklumkan kepada murid
terlebih dahulu dan seterusnya mengeluarkan surat kebenaran murid
menghadiri kelas tambahan kepada ibu bapa.

(Tindakan : Ketua Panitia/Guru Matematik)

7.0. HAL-HAL LAIN


7.1. PBD perlu dilaksanakan dengan telus dan teratur sesuai dengan
strategi penilaian masing-masing.
7.2. Semua PLC perlu direkodkan termasuk mesyuarat panitia.
(Tindakan : Makluman )

8.0. PENUTUP
8.1. Pengerusi berharap semua guru dapat memantapkan strategi
pengajaran dalam kelas untuk memaksimakan penguasaan murid
dalam matematik.
8.2. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 Pagi.

Disediakan oleh: Disemak dan disahkan oleh :

_________________________
_____________________________
(NORZIN SAIRON)
(BENDLY ROY BANINUS)
GURU BESAR/ PENOLONG
KETUA PANITIA MATEMATIK
KANAN KURIKULUM
SK GOLONG BELURAN
SK GOLONG
BELURAN

Dicadang oleh : Disokong oleh :

__________________________ __________________________

You might also like