You are on page 1of 4

MESYUARAT PANITIA MATEMATIK

SK BUKIT KINYAU BIL. 1 / 2023

TARIKH : 29 MAC 2023

MASA : 1.05 PETANG

TEMPAT : BILIK MESYUARAT

KEHADIRAN :

1. Japar Bin Yusup Ketua Panitia Matematik


2. Mohamad Ali @ Zam Bin Leman PKP
3. Mustapha Khalil Bin Ismail
4. Helena Fadzillah Awee
5. Helena Lau Wen Wen S/U
6. Habsah Binti Semaon
7. Salma Ak Agan

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab Al – Fatihah.
Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli
mesyuarat.
1.2 Mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua ahli Panitia kerana usaha
gigih dalam melaksanakan perancangan Panitia Matematik pada tahun lepas.
Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PANITIA BILANGAN 2/2021


2.1 Minit mesyuarat Panitia Matematik Bilangan 4/2022 disahkan sebulat
suara tanpa pindaan.
Cadangan untuk disahkan : Helena Fadzillah Awee
Cadangan disokong : Salma Ak Agan

3.0 PERKARA BERBANGKIT


Tiada perkara berbangkit.
4.0 PERBINCANGAN
4.1 RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN
4.1.1 Pengerusi memaklumkan RPT dan DSKP Matematik Tahun 1 hingga
Tahun 6 telah disediakan oleh Ketua Panitia. Guru-guru matematik boleh
meminjam RPT dan DSKP tersebut untuk tujuan cetakan dan

mengembalikannya semula ke dalam simpanan fail Panitia Matematik.

Makluman : Guru Matematik

4.2 BUKU LATIHAN DAN BUKU KERJA MATEMATIK


4.2.1 Pengerusi menetapkan penyeragaman dua buku tulis saiz petak kecil
digunakan untuk tahap 1 dan tambahan 1 buku besar untuk tahap 2. Buku
modul matematik bagi Tahun 1, 3, 4, 5 dan Tahun 6 ada di kedai buku
boleh digunakan oleh guru-sebagai tambahan kepada buku aktiviti (BTA)

Tindakan : Semua guru Matematik

4.3 BORANG TRANSIT PBD


4.3.1 Pengerusi meminta semua ahli menyediakan borang transit PBD
mengikut standard kandungan yang ada dalam DSKP, jika perlu. Ahli
diingatkan pengisian borang ini TIDAK WAJIB, tetapi amat digalakkan
diguna bagi menambahbaik penjaminan kualiti PBD.. Ahli hendaklah
sentiasa bersedia dengan sebab atau alasan kukuh dalam meletakkan
tahap penguasaan (TP) murid. Jika murid tidak mencapai TP 3
umpamanya, guru perlu mengemukakan evidens seperti buku hasil kerja
murid atau soalan pentaksiran yang dijawab murid tersebut. Pengerusi
juga meminta semua guru Matematik untuk menyerahkan senarai nama
murid dan intervensi yang dilakukan pasca UASA dan Pentaksiran
Sumatif Akhir sesi persekolahan penggal 2022/2023 yang lalu kepada
guru Matematik yang mengajar kelas semasa penggal 2023/2024.
Tindakan : Semua guru Matematik
4.4 PENULISAN RPH
4.4.1 Semua ahli bersetuju untuk tidak menulis kriteria kejayaan dalam RPH.
Oleh itu, baris kriteria kejayaan dalam RPH hendaklah dinyatakan dengan
jelas oleh semua ahli.
Tindakan : Semua guru Matematik

4.5 STANDARD DALAM PDPC MATEMATIK


4.5.1 Pengerusi memaklumkan lima minit pertama PdPC hendaklah dimulai
dengan fakta asas matematik secara lisan atau bertulis. Pada bahagian
perkembangan PdPC pula hendaklah menjurus kepada penggunaan buku
teks Matematik atau buku aktiviti Matematik. Seterusnya, pengerusi
menegaskan setiap guru Matematik wajib menyoal murid sekurang-
kurangnya minimun satu soalan KBAT setiap kali PdPC. Pada bahagian
penilaian pula, setiap guru dikehendaki untuk memberikan minimun 5
soalan dan maksimum 10 soalan kepada murid. Setiap langkah PdPC ini

hendaklah diseragamkan juga pada penulisan RPH.

Tindakan : Semua guru Matematik

4.6 PROGRAM PANITIA MATEMATIK BAGI PENGGAL PERSEKOLAHAN


2023/2024
4.6.1 Pengerusi berharap Program Panitia Matematik dapat diteruskan dan
ditambah baik dan dijalankan dengan bersungguh-sungguh agar memberi
impak kepada murid. (Rujuk Takwim Pelaksanaan)
Makluman
4.7 KEWANGAN PANITIA
4.7.1 Pengerusi memaklumkan kewangan Panitia Matematik terkini sehingga
29 Mac 2023 perlu dirujuk kepada Pembantu Tadbir, sebagai makluman
semua.
Makluman
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Pengerusi memaklumkan terdapat sedikit perubahan Penyelaras Matematik
bagi setiap tahun. Berikut adalah senarai nama penyelaras Matematik mengikut
tahun bagi sesi persekolahan penggal 2023/2024.
i. Tahun 1: Mustapha Khalil Bin Ismail
ii. Tahun 2 & Tahun 3: Japar Bin Yusup
iii. Tahun 4 : Hele Fadzillah Awee
iv. Tahun 5 & Tahun 6 : Puan Habsah Binti Semaon
Makluman

5.2 Program Bijak Sifir akan diteruskan lagi bagi semua kelas.

Tindakan: Guru Matematik

5.3 Pengerusi meminta semua guru Matematik memastikan RPH dihantar kepada
penilai masing-masing setiap Jumaat pada jam 8 pagi. Ahli juga diingatkan untuk
sentiasa bersiap sedia dengan pemantauan PdPC yang akan dilakukan oleh
penilai masing-masing mengikut ketetapan Pentadbir. Bagi pemantauan buku
tulis, pengerusi mengingatkan setiap buku tulis disemak dan ada pembetulan
dilakukan sama ada oleh guru atau oleh murid sendiri.
Tindakan : Guru Matematik

5.4 Helena Lau selaku guru pemulihan memaklumkan bilangan murid pemulihan
adalah seramai 11 orang. Murid-murid ini terdiri daripada Tahun 1; 6 orang,
Tahun 2; 3 orang, Tahun 3; 2 orang.
Makluman

6.0 PENUTUP

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahi mesyuarat


yang memberikan kerjasama dalam mesyuarat kali ini.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2:19 petang.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(HELENA LAU WEN WEN) (JAPAR BIN YUSUP)


Ketua Panitia Matematik
Setiausaha,
Panitia Matematik
2023/2024

Tarikh: 30 Mac 2023

You might also like