You are on page 1of 17

Volume: 2 Issues: 3 [June, 2019] pp.

1-17]
Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR)
eISSN: 2637 - 0956
Journal website: www.jossr.com

PERANAN PENGURUSAN SEKOLAH DALAM KALANGAN


GURU BESAR DI DAERAH PONTIAN, JOHOR
MANAGERIAL ROLES OF SCHOOLS HEADMASTERS
IN PONTIAN DISTRICT, JOHOR
Muhammad Zulhelmi Roslan1
Azlin Norhaini Mansor 2
1
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia, (E-mail: P89580@siswa.ukm.edu.my)
2
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia, (Email: azlinmansor@ukm.edu.my)

Accepted date: 20-05-2019


Published date:01-07-2019

To cite this document: Roslan, M. Z., & Mansor, A. N. (2019). Peranan Pengurusan Guru
Besar di daerah Pontian, Johor. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR), 2(3), 1-17.
__________________________________________________________________________

Abstrak: Pengurusan sekolah merupakan proses kerja yang dilaksanakan untuk mencapai
objektif organisasi sekolah secara berkesan dan cekap. Sebagai individu yang berautoriti, guru
besar bukan sahaja berperanan sebagai pemimpin pengajaran malah juga menjalankan tugas
sebagai pengurus yang menguruskan sekolah. Malangnya, ketidakseimbangan peranan yang
dimainkan di antara kepimpinan dan pengurusan menimbulkan perbezaan dalam amalan
pengurusan berkualiti. Justeru, kajian ini mengkaji peranan yang dimainkan oleh guru besar
semasa mengurus sekolah berdasarkan Model Pengurusan Mintzberg (1976) dan Model
Peranan Pengurusan Pengetua yang dicadangkan oleh Azlin Norhaini (2006). Mintzberg
menyarankan 10 peranan pengurusan, manakala Azlin Norhaini mencadangkan 11 peranan
yang dirangkumkan dalam 3 peranan utama, iaitu interpersonal, penyampai maklumat dan
membuat keputusan. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk
kaedah tinjauan (survey) melibatkan 66 orang guru besar di daerah Pontian, Johor. Hasil
kajian menunjukkan majoriti guru besar di daerah Pontian mengamalkan ketiga-tiga peranan
pengurusan (Interpersonal, min= 4.73; sp=0.303; Penyampai Maklumat, min= 4.67; sp=
0.328 & Pembuat Keputusan, min=4.60; sp= 0.366 ) pada tahap sangat tinggi. Dapatan
analisis inferensi melalui ujian t dan Anova sehala pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan
yang signifikan peranan yang dimainkan oleh guru besar mengikut faktor jantina, gred sekolah
dan tempoh menjawat jawatan guru besar. Lantaran itu, kajian ini membantu para guru besar
dalam melaksanakan pengurusan berkualiti menerusi aktiviti pengurusan utama di sekolah
untuk dipadankan dengan peranan yang sewajarnya dilakukan. Setiap peranan pengurusan
yang dimainkan mestilah sesuai dengan tujuan, konteks semasa dan berterusan untuk
meningkatkan komitmen, kerjasama dan prestasi semua pihak yang bekepentingan kepada
sekolah. Oleh itu,hasil kajian ini dapat memberikan gambaran yang jelas kepada pihak
berwajib tentang peranan pengurusan guru besar yang seharusnya dilaksanakan tanpa
pertindinan tugas dan pertembungan peranan antara pengurusan dan kepimpinan pengajaran.

Kata Kunci: pengurusan, guru besar, peranan, sekolah

1
Abstract : School management is a process done to achieve objective of an effectiveand
excellent school organization. As an individual who authoritize, headmaster is not only an
instructional leader, but also an individual who carry out responsibility to lead the school.
Unfortunately, unbalance in managerial role and leadership role cause differences in quality
management practices. Thus, this research aims to study the role played by the headmaster
when managing the school based on Mintzberg Management Role model (1976) and Principals
Managerial Role Model suggested by Azlin Norhaini (2006).Mintzberg suggested that there are
10 managerial roles while Azlin Norhaini concluded that there are 11 roles compiled into 3
main roles which is Interpersonal, Informational and Decision-making. This quantitative
research uses survey which involves 66 headmasters in Pontian district, Johor. Research
findings show that majority of headmaster in Pontian district practised all three managerial
roles (Interpersonal, mean=4.73; std=0.303; Informational, mean=4.67; std= 0.328 &
Decisional, mean= 4.73; std=0.303 ) at highest scale. Analysis findings inferency through t test
and one-way Anova shows that there is no significant in the role played by the headmasters by
gender, school grade and their lenght of service as headmaster. Hence, this research is to help
headmaster in carrying out quality management through main managerial activity in school to
align with the respective roles. Every role played should suit the objective, present context and
carried out continously to increase commitment, cooperation and performance of subordinates.
These findings clarify the roles and responsibilities of headmasters without overlapping tasks
and clash of roles in management and instructional leadership.

Keyword: management, headmaster, role, school


___________________________________________________________________________

Pengenalan
Amalan pengurusan adalah aspek penting yang menjadi kekuatan kepada kecemerlangan
organisasi sekolah. Menurut Nazlina dan Zakaria (2013), pengurusan merupakan satu proses
mencapai matlamat organisasi dengan cekap dan berkesan melalui proses perancangan,
pengorganisasian, kepimpinan dan kawalan. Guru besar merupakan individu yang banyak
memainkan peranan dalam amalan pengurusan di sekolah. Guru besar adalah pemimpin,
pentadbir dan pengurus yang melaksanakan pelbagai fungsi dan peranan dalam menentukan
keberkesanan sesebuah sekolah (Md Ali.M.M, 2015).

Perubahan arus teknologi yang melanda dunia pendidikan masa kini telah memberikan
tamparan hebat kepada pengurus sekolah terutama guru besar dalam memimpin dan
menguruskan sekolah. Selain berhadapan dengan pelbagai masalah, kekangan dan tekanan
disebabkan terlalu banyak permintaan yang tidak realistik oleh masyarakat sehingga para
pemimpin sekolah seolah-olah ditarik dan ditolak dalam arah yang bertentangan oleh pelbagai
pihak . Tuntutan tanggungjawab peranan dan tugas guru besar menjadi semakin mencabar di
samping harapan masyarakat ke atas kejayaan sesebuah sekolah semakin meningkat (Sani.M &
Md Noor.Z,2001). Sehubungan dengan itu, sebagai pengurus sekolah, guru besar perlu untuk
memulakan, menghasilkan, menggerakkan dan melakukan perubahan bagi mendorong
motivasi anggota organisasi supaya berupaya memenuhi tuntutan dan permintaan dalam
menempuh perubahan dalam dunia pendidikan (Azlin Norhaini, 2006).

Henry Mintzberg, pelopor kepada Model Peranan Pengurusan telah menjalankan kajian untuk
mengetahui keraguan yang berlaku berkaitan tanggungjawab dan tugas pengurus (Mintzberg,
1973). Minztberg telah menjalankan kajian terhadap lima orang pengurus yang berlainan
organisasi dan dapatan beliau mendapati bahawa apa yang dilakukan oleh pengurus boleh

2
ditakrifkan kepada tingkah laku pengurusan yang mereka mainkan di tempat kerja. Dengan itu,
Minztberg telah membahagikan peranan pengurus kepada sepuluh peranan yang terbahagi
kepada tiga kategori utama iaitu peranan interpersonal, peranan penyampai maklumat dan
peranan membuat keputusan. Peranan interpersonal terdiri daripada 4 peranan kecil iaitu
peranan ketua, pemimpin, penghubung dan penjaga. Peranan penyampai maklumat pula terdiri
daripada 3 peranan kecil iaitu pemantau, penyebar dan penjaga. Manakala, bagi peranan
pembuat keptusan terdiri daripada 4 peranan kecil iaitu usahawan, penyelesai masalah,
pengagih sumber dan perunding.

Azlin Norhaini (2006) mengembangkan konsep peranan pengurusan Mintzberg ke dalam


konteks organisasi pendidikan, yakni sekolah. Berdasarkan model tersebut, beliau telah
membuat pemerhatian terhadap enam orang pengetua cemerlang yang bertugas di 6 buah
sekolah menengah yang berbeza, SMKA, SMJK, SMK premier, SMK berprestasi tinggi, SMK
harian, SMK kluster. Berdasarkan kajian tersebut, beliau merumuskan pengetua turut
memainkan semua peranan yang dihuraikan oleh Mintzberg dan di tambah dengan satu peranan
baharu dalam dimensi interpersonal, iaitu peranan sebagai penjaga.

Justeru, Model Peranan Pengurusan Pengetua yang disarankan oleh Azlin Norhaini (2006) ini
dijadikan panduan untuk melihat peranan pengurusan yang dimainkan oleh guru besar di
sekolah rendah berikutan dapat menghuraikan secara terperinci tentang aktiviti dan peranan
guru besar dalam mengurus organisasi sekolah.

Penyataan Masalah
Sembilan tugas pengurusan guru besar telah dinyatakan dalam Standard Kompetensi
Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM).Tugas berkenaan banyak merangkumi tugas
profesional yang berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berfokus
kepada aspek pengajaran. Namun, guru besar sama sekali tidak terlepas daripada melaksanakan
tugas bukan profesonal yang berkaitan dengan apek pentadbiran dan pengurusan sekolah.
Walaubagaimanapun, guru besar disarankan untuk memberikan tumpuan kepada tugas
profesional berbanding tugas bukan profesional (Ahmad, 2001). Ismail (2003) menekankan
bahawa sebagai seorang guru besar pelaksanaan kurikulum perlu diutamakan bukan sebaliknya
dengan memberikan tumpuan kepada tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran.

Selain itu, tugas pengurusan sekolah yang perlu dilakukan oleh guru besar telah turut
disenaraikan oleh Jemaah Nazir Sekolah (2006). Tugas-tugas guru besar di sekolah
kebanyakannya merangkumi tugas profesional yang berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum
dan kokurikulum termasuklah program pengajaran dan pembelajaran murid. Guru besar juga
perlu melaksanakan tugas bukan profesional yang merangkumi hal berkaitan pentadbiran, ,
penyelenggaraan dan perkhidmatan.

Meskipun tumpuan diberikan terhadap tugas profesional iaitu sebagai pemimpin pengajaran
namun kebanyakan guru besar tidak dapat memenuhi jangkaan yang diletakkan ke atas mereka.
Guru besar lebih mengutamakan tugas bukan professional yang meliputi tugas pentadbiran dan
pengurusan. Isu terlalu banyak kerja dan banyak masa dihabiskan di pejabat, menghadiri
mesyuarat, melayari karenah birokrasi, murid, guru, pelawat, ibu bapa dan mematuhi pelbagai
jenis majlis dan sambutan di pelbagai peringkat dan sebagainya sehingga menyebabkan guru
besar kadangkala tidak dapat menjalankan tugas profesionalnya dengan baik (Tumin, 2001).
Guru besar seharusnya sedar bahawa tugas profesional perlu diutamakan dalam sebarang
pelaksanaan peranan di sekolah terutama terhadap aktiviti mengajar murid dan mencerap

3
pengajaran guru. Menurut kajian yang dilakukan oleh Hallinger (2011) mendapati bahawa
kejayaan sekolah dalam bidang akademik berkait rapat dengan kepimpinan pengajaran. Namun,
Chell (2002) pula berpendapat dengan menyatakan bahawa jika guru besar bukan pengurus
yang baik maka tidak mungkin guru besar berupaya menjadi pemimpin pengajaran yang
berkesan dalam membangunkan sebuah sekolah yang berkesan. Dapatan Abdul Rahim (2012)
memperkukuhkan kajian tersebut dengan menyatakan bahawa kebanyakan guru besar di
Malaysia tidak dapat memberikan tumpuan kepada tugas profesional ini berikutan daripada
bebanan tugas yang memerlukan tindakan segera.Peranan dan tugas pengurusan jika
dibenarkan akan mengambil keseluruhan masa guru besar kerana isu pengurusan sering kali
menekan dan memerlukan tindakan serta-merta (Kavanagh, 2012) Sehubungan dengan itu, jika
pelaksanaan tugas profesional diutamakan dan diertikan boleh membawa kepada pengurusan
berkualiti, maka penjelasan lanjut diperlukan bagi menerangkan keadaan yang bertentangan.
Lantaran itu, konsep amalan pengurusan berkualiti menjadi persoalan yang perlu dirungkai,
adakah amalan pengurusan berkualiti hanya berfokus kepada tugas professional guru besar atau
sebaliknya?. Rasional dan pendapat guru besar diperlukan untuk memahami hakikat kewujudan
amalan ini. Oleh itu, langkah yang sesuai dapat dilaksanakan agar guru besar lebih berpotensi
untuk melaksanakan pengurusan yang berkualiti.

Selain itu, kewujudan pengkategorian status guru besar cemerlang dan tidak turut menimbulkan
kerumitan (Azlin Norhaini, 2006). Keadaan sedemikian menunjukkan bahawa konsep amalan
pengurusan berkualiti masih lagi kabur dan memerlukan penjelasan. Lima Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia (SKPM) 2010 merangkumi penilaian terhadap kepimpinan dan hala tuju,
pengurusan organisasi, pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Sukan, dan Hal Ehwal
Murid, Pembelajaran dan Pengajaran dan Kemenjadian Murid yang digunakan dalam
mengukur tahap kecemerlangan sekolah ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010) . SKPM ini
terutama standard pengurusan organisasi dan pengurusan kurikulum, kokurikulum dan sukan
dan Hal Ehwal Murid menjadi panduan dalam pelaksanaan pengurusan guru besar di sekolah.
Dengan adanya garis panduan SKPM ini, tidak mungkin masih lagi wujud masalah dalam aspek
pengurusan guru besar sehingga menyebabkan timbul perbezaan dalam amalan pengurusan
sekolah. Tie (2004) dalam Azlin Norhaini (2006) menyatakan bahawa perbezaan ini berlaku
disebabkan oleh intipati dalam garis panduan pengurusan yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia melalui Surat-Surat Pekeliling dan Peraturan-Peraturan Pendidikan
bersifat tidak khusus dan tidak berupaya membantu dan menyelesaikan masalah di semua jenis
sekolah. Dengan itu, guru besar lebih didorong untuk menggunakan pengalaman dan budi
bicara dalam menjalankan tugas pengurusan mereka. Justeru, guru besar berada dalam
kesamaran oleh ketaksaan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh mereka.

Segala permasalahan yang wujud ini menimbulkan kesukaran kepada guru besar untuk
menjalankan pengurusan yang berkualiti dan cemerlang. Oleh yang demikian, wajar bagi
penyelidik untuk mengkaji peranan yang seharusnya dimainkan oleh guru besar semasa
menguruskan sekolah. Hasil kajian boleh digunakan sebagai langkah awal mengisi
kelompongan dan membantu golongan guru besar meningkatkan kualiti pengurusan sekolah
masing-masing.

Tujuan dan Objektif Kajian


Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji peranan yang dimainkan oleh guru besar dalam
mengurus sekolah berdasarkan dimensi peranan interpersonal, peranan maklumat dan peranan
membuat keputusan..
Berikut adalah objektif kajian :

4
1. mengenalpasti tahap guru besar mengamalkan peranan interpersonal, penyampai
maklumat dan ppembuat keputusan semasa mengurus sekolah.
2. mengenal pasti perbezaan tahap peranan yang diamalkan oleh guru besar mengikut
jantina, gred sekolah, dan tempoh menjawat jawatan guru besar.

Kerangka Konseptual Kajian


Ketiga-tiga peranan pengurusan ditunjukkan berdasarkan aktiviti-aktiviti utama pengurusan
guru besar sebagai pengurus. Rajah 1 menunjukkan kerangka konseptual kajian yang
digunakan:

FAKTOR
AMALAN PENGURUSAN GURU BESAR
DEMOGRAFI
1. Peranan Interpersonal
1. jantina 2. Peranan Penyampai Maklumat
2. gred sekolah 3. Peranan Pembuat keputusan
3.tempoh menjawat
jawatan guru besar

Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian

Peranan
Peranan bermaksud tugas pada bahagian atau pekerjaan yang dilakukan untuk menjayakan
sesuatu (Tajudin & Tajuid, 2016) . Menurut Azlin Norhaini (2006) , peranan didefinisikan
sebagai satu set perbuatan terancang yang dilakukan oleh guru besar semasa mengurus sekolah.
Sidin (2003), Sahari (2018), Azlin Norhaini (2006) menyatakan bahawa peranan adalah satu
rangkaian aktiviti atau satu pola tingkah laku, ragam percakapan dan corak tindakan yang
dilakukan oleh guru besar semasa melaksanakan aktiviti pengurusan berdasarkan jangkaan
daripada sesuatu jawatan atau keadaan tertentu. Oleh itu, peranan ditakrifkan sebagai seseorang
individu yang memainkan watak dalam melaksanakan dan menjayakan sesuatu tugas yang
dipegang (Siew Tan, 2017).

Pengurusan
Istilah pengurusan membawa pelbagai takrifan dan maksud. Nik Yusuf (2007) mendefinisikan
pengurusan sebagai proses bekerja dengan orang lain dan sumber-sumber untuk mencapai
matlamat organisasi. Chek Mat (2007) berpendapat bahawa pengurusan merupakan proses yang
digunakan oleh pengurus untuk mencapai matlamat. Pengurusan adalah penggunaan fizikal
dan sumber manusia melalui usaha koperatif dan ini dicapai dengan melaksanakan fungsi
perancangan, penganjuran, mengarah dan mengawal (Resser, 2000).

Stoner, Freeman, Gilbert (1995) mendefinisikan pengurusan sebagai proses merancang,


mengelola, memimpin, dan mengawal setiap kerja ahli-ahli organisasi serta menggunakan
segala sumber yang ada bagi memastikan matlamat yang ditetapkan dapat dicapai. Pengurusan
melibatkan suatu proses kerja dengan menggunakan sumber-sumber terhad secara cekap dalam
suasana yang berubah-ubah bagi membolehkan objektif organisasi tercapai secara berkesan
(Jaafar, 2004).

5
Pengurusan yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah proses pencapaian matlamat dengan
menggerakkan warga sekolah melalui pemupukan dan peningkatan terhadap hubungan
kerjasama antara ahli dalam organisasi serta memastikan aktiviti pengajaran dan
pemudahcaraan murid berjalan lancar dan berkesan di samping berupaya memenuhi tuntutan
ibu bapa, masyarakat dan Kementerian Pelajaran. Dalam erti mudah, pengurusan bermaksud
proses mencapai matlamat organisasi mengikut cara yang berkesan dan cekap (Ayob &
Hamzah, 2015) . Pengurusan di sini merujuk kepada cadangan Minztberg (1973) dan Azlin
Norhaini (2006) iaitu pelaksanaan aktiviti dan peranan guru besar sebagai pengurus seperti
interpersonal, penyampai maklumat dan membuat keputusan yang dilaksanakan secara
konsisten dan berterusan semasa guru besar melakukan tugas-tugas pengurusan sekolah.

Guru Besar
Guru besar merupakan individu yang mengetuai organisasi sekolah dari segala aspek
kepimpinan, perancangan, pentadbiran dan pengurusan yang memandu guru, kakitangan dan
murid ke arah pencapaian matlamat pendidikan. Baharom (2005) & Jaafar (2005) menyatakan
bahawa ketua kepada semua guru dan kakitangan dalam sesebuah sekolah yang dilantik oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia dipanggil guru besar. Oleh itu, individu yang paling penting
dalam sesebuah sekolah rendah ialah guru besar berikutan tanggungjawabnya dalam proses
mentadbir, merancang dan mengurus yang akan menentukan hala tuju sesebuah sesebuah
sekolah ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013).

Model Peranan Pengurusan


Model Peranan Pengurusan Mintzberg ini sesuai digunakan untuk dijadikan panduan bagi
melihat amalan pengurusan di sekolah-sekolah rendah di Malaysia kerana model ini
menghuraikan secara jelas dan terperinci tentang aktiviti dan peranan pengurus semasa
menguruskan organisasi. Mintzberg mengemukakan Model Peranan Pengurusan ini setelah
beliau membuat kajian empirikal terhadap lima orang pengurus dari lima organisasi yang
berlainan iaitu di sebuah firma perundingan, di firma pengeluaran dan pembangunan industri
teknologi, di sebuah hospital bandar, di sebuah sekolah pinggir bandar yang besar dan di
sebuah kilang barangan pengguna. Kajian yang dilakukan Mintzberg ini bertujuan untuk
memerhatikan tingkah laku pengurus dan bagi menjawab soalan asas tentang pengurus dengan
menerangkan aktiviti pengurusan yang akan membantu pengurus melakukan pekerjaan mereka
lebih berkesan.

Pada dasarnya, Mintzberg merumuskan bahawa semua aktiviti pengurusan boleh dibahagikan
kepada tiga fungsi kumpulan atau kategori yang terdiri daripada sepuluh peranan yang
dipercayai biasa dilakukan oleh semua pengurus. Namun begitu, kajian yang dilakukan oleh
Azlin Norhaini (2006) terhadap amalan pengurusan pengetua di sekolah menengah di Malaysia
mendapati bahawa peranan pengurusan pengetua perlu ditambah kepada sebelas peranan
pengurus kerana pengetua juga bertanggungajwab menjalankan peranan sebagai penjaga di
sekolah. Huraian peranan pengurusan guru besar menurut Minztberg ditunjukkan dalam Jadual
1 di bawah:

6
Jadual 1: Huraian Peranan Pengurusan Pengetua (Azlin Norhaini, 2006)

Peranan Huraian
Interpersonal
mewakili organisasi dalam majlis tertentu sama ada secara rasmi
atau tidak rasmi, melakukan upacara simbolik seperti
Ketua
menyampaikan ucapan. menandatangai dokumen, menyambut
tetamu
bertanggungjawab menjalinkan hubungan terus dengan pelbagai
Pemimpin invidiu terutama terhadap orang bawahannya yang melibatkan
aktiviti mengarah dan menyelaraskan pelbagai aktiviti
menjalinkan hubungan yang baik dengan orang lain yang berada
Penghubung di dalam dan di luar organisasi untuk mencari sokongan
daripada individu yang boleh mempengaruhi organisasi.
Penjaga menjaga keselamatan dan menentukan kesejahteraan murid.
Maklumat
Mencari dan menerima maklumat untuk memahami organisasi
Pemantau dan alam sekitar. Contoh: membaca terbitan berkala dan
laporan.
Menghantar maklumat kepada ahli organisasi lain. Contoh:
Menghantar laporan dan memo; membuat panggilan telefon
Penyebar
untuk menyampaikan maklumat; mengadakan mesyuarat
maklumat
Melibatkan komunikasi maklumat atau idea. Contoh: bercakap
Jurucakap
dengan KPM, ibu bapa dan masyarakat setempat.
Membuat Keputusan
Bertindak sebagai pemula dan pereka dari banyak perubahan
Usahawan terkawal dalam organisasinya. Contoh: membangunkan projek
atau program penambahbaikan
Bertanggungjawab untuk tindakan pembetulan apabila
Penyelesai Masalah organisasi menghadapi krisis yang tidak dijangka. Contoh:
menyelesaikan perselisihan di antara orang bawahan
Bertanggungjawab untuk peruntukan sumber manusia,
Pengagih sumber kewangan, bahan, dan lain-lain. Contoh: mengurus belanjawan;
menggerakkan kakitangan.
Bertanggungjawab mewakili organisasi dalam rundingan. bagi
Perunding mengelakkan percanggahan maklumat untuk membuat
keputusan.
Sumber: Azlin Norhaini (2006)

Hasil kajian yang dilakukan oleh Muna et al. (2006) telah mendapati peranan pengurus
Mintzberg sebagai satu konsep yang kebanyakannya diterima pakai dan dilaksanakan oleh
pemimpin akademik dan juga sebagai peranan pengurusan yang telah dilihat dan diakui sebagai
peranan paling penting yang perlu dilaksanakan di sekolah.

7
Perbincangan Kajian Lepas
Setakat kajian ini dilakukan, tidak terdapat banyak kajian yang mengkaji secara khusus peranan
guru besar semasa mengurus sekolah. Kebanyakan kajian yang ada didapati mengkaji dan
berfokus kepada peranan kepimpinan guru besar. Selain itu juga, kajian-kajian yang dibuat
merupakan kajian jenis tinjauan yang tidak menggunakan Model Peranan Pengurusan
Mintzrberg. Namun, dapatan kajian yang diperoleh boleh menggambarkan tentang peranan
guru besar dalam mengurus dan mentadbir sekolah.

Menurut Aizzat et al., (2006) tanggungjawab guru besar sebagai pemimpin adalah
memotivasikan subordinat, melatih dan membimbing serta berkomunikasi dengan subordinat.
Kajian yang dilakukan oleh Achmad.dan Hamzah (2017) terhadap peranan pengetua sekolah
dalam pengurusan integrasi TMK di sekolah menengah mendapati bahawa pengetua
memainkan peranan interpersonalnya dengan mengadakan hubungan terhadap semua pihak
melalui penggunaan peluang dari semua sumber, sehingga semua warga sekolah terlibat sama.
Menurut Azizi et al. (2007) guru besar yang tidak merancang terlebih dahulu akan mengahadapi
masalah dalam mencapai objektif terutama dalam aspek pembahagian sumber. Said Suhil dan
Izham Hamzah juga mendapati bahawa pengetua menjalankan peranan maklumat melalui
penglibatan semua pihak di dalam dan di luar organisasi. Penglibatan dan hubungan dengan
semua pihak akan memberikan banyak manfaat kepada sekolah terutama dalam bidang
pengurusan TMK. Pengetua menggunakan peranan membuat keputusan sepenuhnya secara
tegas tanpa sebarang toleransi dalam menyediakan kemudahan TMK di sekolah. Semua pihak
akan diajak untuk menyokong segala keputusan yang dibuat oleh pengetua dengan cara
menyediakan sumber-sumber yang diperlukan dan menghilangkan halangan yang wujud
semasa pengetua menguruskan inetgrasi TMK di sekolah.

Selain itu juga, sebagaimana yang diutarakan dalam model peranan pengurusan pengetua Azlin
Norhaini, peranan interpersonal menjadi peranan yang perlu diutamakan bagi memastikan
pemerolehan maklumat berlaku. Tanpanya, guru besar atau pengetua tidak akan berupaya untuk
melaksanakan peranan-peranan lain yang mempunyai hubungan dengannya. Menurut Bibi
Sulasteri (2008), kesilapan yang sering berlaku yang dilakukan oleh guru besar ialah
mempunyai kemahiran hubungan manusia yang lemah dan tahap penguasaan kemahiran
interpersonal yang rendah. Peranan interpersonal merujuk kepada cara antara individu yang
mempunyai ciri yang sama atau berbeza melakukan proses perkongsian dan pertukaran
maklumat. Sejajar dengan kenyataan Arifin & Robiah (2002) bahawa guru besar sebagai
komunikator merupakan pemimpin yang mengetuai staf menuju ke arah pencapaian visi
sekolah. Guru besar juga menggunakan peranan interpersonal untuk merapatkan hubungannya
dengan staf dan mengadakan pendekatan terbuka yang membolehkan staf mencurahkan
pandangan dan pendapat mereka (Siti Aida, 2014) sekaligus membawa penambaikan bagi
kemajuan dan kecemerlangan sekolah.

Menurut YAM Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz (2017)
seseorang perlu mempunyai kemahiran membuat keputusan yang boleh mendatangkan impak
positif yang maksimum jika mahu menjadi seorang pemimpin yang berkualiti. Impak daripada
keputusan tersebut membolehkan keputusan seterusnya direncanakan. Shahadan dan Azuraida
(2008) mengatakan jika sesebuah sekolah ingin mencapai ke tahap kecemerlangan, pengurusan
perlu dilaksanakan dengan cekap dan berkesan kerana banyak kajian menemui perkaitan yang
rapat di antara kejayaan sesebuah dengan peranan guru besar sebagai pengurus.

8
Metodologi
Kajian kuantitatif dengan pendekatan tinjauan (survey) dan data dikumpulkan menggunakan
soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal selidik yang diubah suai berdasarkan Indicative –
Participant Questionaire oleh McMurchy (2017) digunakan untuk menjawab persoalan kajian
berkaitan peranan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh guru besar semasa menguruskan sekolah.
Soal selidik yang digunakan mengandungi 30 items penyataaan berdasarkan kepada 3 dimensi
peranan pengurusan guru besar berlandaskan kepada Model Peranan Pengurus Mintzberg
(1976) dan Model Pengurusan Pengetua Azlin Norhaini (2006). Set soal selidik yang
dibangunkan bagi kajian ini menggunakan skala likert lima mata untuk mewakili tahap
persetujuan subjek tentang sesuatu penyataan dengan menggunakan angka 1- tidak pernah, 2 –
sekali sekala , 3 – kadang-kadang, 4 – kerap dan 5 – selalu/sentiasa

Kajian ini menggunakan persampelan rawak mudah terhadap 82 populasi guru besar daerah
Pontian, Johor dan hanya 66 orang guru besar dipilih untuk dijadikan sampel kajian. Penetapan
saiz sampel ini dibuat berasaskan kepada jadual dan format penentuan saiz sampel Krejcie dan
Morgan (1970). Jadual 2 menunjukkan skala interpretasi skor min yang akan digunakan dalam
kajian ini:
Jadual 2 Skala interprestasi bagi skor min
Skor Min Interpretasinya
1.00 – 1.80 Sangat rendah
1.81– 2.60 Rendah
2.61– 3.40 Sederhana
3.41– 4.20 Tinggi
4.21– 5.00 Sangat tinggi
Sumber: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM (2006)
Dalam kajian ini, ujian Alpha Cronbach digunakan sebagai kaedah untuk menguji dan menilai
kebolehpercayaan instrumen. Penentuan kebolehpercayaan instrumen boleh ditentukan melalui
analisis dapatan hasil kajian rintis terhadap item-item yang terdapat di dalam soal selidik. Pekali
Alpha Cronbach yang melebihi 0.65 daripada kesemua item diambil kerana memiliki nilai
kebolehpercayaan yang tinggi. Ini bertepatan dengan pendapat Mohd Majid (1990), Pallant
(2001), Siti Rahayah (2003) dan Sekaran (1992) yang menyatakan nilai Alpha Cronbach yang
baik ialah 0.80 ke atas namun nilai 0.60 hingga 0.80 adalah boleh diterima kebolehpercayaan
item tersebut tetapi nilai yang kurang daripada 0.60 adalah rendah dan perlu ditolak. Hasil
dapatan skor nilai pekali Alpha Cronbach keseluruhan adalah sangat tinggi dan sangat
dipercayai iaitu pada aras 0.946. Jadual 3 di bawah menunjukkan analisis keseluruhan
berdasarkan konstruk:
Jadual 3 Nilai Kebolehpercayaan Instrumen
Konstruk Bilangan Nilai pekali
Items Alpha Cronbach
Peranan Interpersonal 11 0.679
Peranan Penyampai Maklumat 7 0.780
Peranan Pembuat Keputusan 12 0.853
Nilai Kebolehpercayaan Instrumen 30 0.922

Nilai kebolahpercayaan Alpha Cronbach bagi peranan pengurusan Guru Besar bagi konstruk
peranan Interpersonal ialah 0.679 (tinggi, baik dan dipercayai), peranan Penyampai Maklumat
pula ialah 0.786 (tinggi, baik dan dipercayai). Bagi kontruk peranan Pembuat Keputusan

9
menunjukkan aras pekali yang sama tinggi dan boleh dipercayai iaitu 0.853. Dengan pekali
Alpha Cronbach 0.922 membuktikan bahawa kesemua konstruk ini pada tahap tinggi dan
diterima untuk dijadikan item bagi kajian.

Dapatan Kajian
Jadual 4 memaparkan taburan demografi peserta kajian. Secara keseluruhannya, peserta kajian
yang dipilih menjadi responden melibatkan seramai 66 orang guru besar dari sekolah rendah di
daerah Pontian, Johor. Penentuan jumlah responden yang ideal adalah dilaksanakan dengan
merujuk kepada jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970). Berdasarkan Jadual
4, satu rumusan dapat dilakukan:

Jadual 4: Taburan Demografi Responden


Latar Belakang Responden Kekerapan Peratusan
(%)
Jantina
Lelaki 31 47
Perempuan 35 53
Jumlah 66 100
Gred Sekolah
Gred A 27 40.9
Gred B 39 59.1

Jumlah 66 100
Tempoh menjawat jawatan guru besar
0 hingga 3 tahun 43 65.2
4 hingga 6 tahun 15 22.7
7 hingga 9 tahun 5 7.6
10 tahun ke atas 3 4.5
Jumlah 66 100

Tahap Pelaksanaan Peranan Pengurusan Guru Besar


Jadual 5 : Min keseluruhan Tahap Pelaksanaan Peranan Pengurusan Guru Besar
Dimensi Min Sisihan Piawai Interpretasi Min
(SP)
Peranan Interpersonal 4.73 0.303 Sangat Tinggi
Peranan Penyampai Maklumat 4.67 0.328
Peranan Pembuat Keputusan 4.60 0.366
Purata Skor Min 4.67 0.332

Jadual 5 membincangkan min keseluruhan peranan pengurusan guru besar berdasarkan 3


dimensi utama iaitu peranan Interpersonal, peranan Penyampai Maklumat dan peranan Pembuat
Keputusan. Hasil dapatan menunjukkan semua guru besar di daerah Pontian telah
mengamalkan ketiga-tiga peranan pada tahap sangat tinggi dengan purata skor min (min=4.67;
sp=0.332). Dalam hal ini, peranan interpersonal merupakan peranan yang paling kerap

10
diamalkan, diikuti dengan peranan penyampai maklumat dan peranan membuat keputusan.
Semua guru besar telah menjalankan peranan-peranan pengurusan mengikut peranan sebenar
yang sepatutnya mereka laksanakan.

Perbezaan peranan yang dimainkan oleh guru besar semasa mengurus sekolah
mengikut faktor jantina dan gred sekolah.

Peranan Interpersonal

Jadual 6: Perbezaan Peranan Interpersonal yang dimainkan oleh guru besar semasa
mengurus sekolah mengikut faktor jantina dan gred sekolah
Dimensi Kumpulan Min Perbezaan min Nilai t Sig (p)
Peranan Interpersonal Lelaki 4.75 0.03 0.392 0.696
Perempuan 4.72
Gred A 4.74
Gred B 4.73 0.01 0.201 0.842
Signifikan pada aras p < 0.05
Jadual 6 memaparkan hasil dapatan ujian t tidak bersandar tentang perbezaan peranan
Interpersonal yang dimainkan oleh guru besar semasa mengurus sekolah mengikut faktor
jantina dan gred sekolah. Pada keseluruhannya, bagi kumpulan faktor jantina, data yang
dianalisis, t (64) = 0.392, sig = 0.696 (p >0.05), menunjukkan bahawa tidak wujud perbezaan
yang signifikan peranan interpersonal yang dimainkan oleh guru besar semasa menguruskan
sekolah mengikut faktor jantina.Ini bermakna tidak terdapat perbezaan dalam skor min dan
sisihan piawai peranan interpersonal yang dimainkan oleh guru besar semasa mengurus sekolah
bagi jantina lelaki (min=4.75;sp=0.303) berbanding perempuan (min=4.72;sp=0.306). Begitu
juga dengan faktor gred sekolah. Dapatan analisis ujian t menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan peranan interpersonal yang dimainkan oleh guru besar semasa
mengurus sekolah mengikut faktor gred sekolah dengan nilai nilai t (64) = 0.201, sig = 0.842
(p > 0.05 ). Keputusan dengan nilai 0.842> 0.05 adalah tidak signifikan.

Peranan Penyampai Maklumat

Jadual 7: Perbezaan Peranan Penyampai Maklumat yang dimainkan oleh guru besar
semasa mengurus sekolah mengikut faktor jantina dan gred sekolah
Dimensi Kumpulan Min Perbezaan min Nilai t Sig (p)
Peranan Penyampai Maklumat Lelaki 4.69 0.05 0.603 0.548
Perempuan 4.64
Gred A 4.67 0.00 0.017 0.986
Gred B 4.67
Signifikan pada aras p < 0.05
Jadual 7 membincangkan tentang perbezaan peranan penyampai maklumat yang dimainkan
oleh guru besar semasa menguruskan sekolah mengikut faktor jantina dan gred sekolah. Pada
keseluruhannya, didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan peranan penyampai
maklumat yang dimainkan oleh guru besar semasa mengurus sekolah mengikut faktor jantina
dengan nilai t (64) = 0.603, sig = 0.548 (p >0.05). Selain itu juga, kumpulan gred sekolah turut
menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan peranan penyampai maklumat

11
yang dimainkan oleh guru besar semasa mengurus sekolah mengikut faktor gred sekolah
dengan nilai. Kesimpulannya, gred sekolah tidak menjadi isu kepada guru besar untuk
melaksanakan peranan penyampai maklumat dalam sebarang aktiviti pengurusan di sekolah.

Peranan Pembuat Keputusan

Jadual 8 : Perbezaan Peranan Pembuat keputusan yang dimainkan oleh guru besar
semasa mengurus sekolah mengikut faktor jantina dan gred sekolah
Dimensi Kumpulan Min Perbezaan min Nilai t Sig (p)
Peranan Pembuat Keputusan Lelaki 4.60 0.01 0.158 0.875
Perempuan 4.59
Gred A 4.57 0.05 0.481 0.632
Gred B 4.62
Signifikan pada aras p < 0.05
Perbezaan peranan pembuat keputusan yang dimainkan oleh guru besar semasa menguruskan
sekolah mengikut faktor jantina dan gred sekolah dipaparkan melalui Jadual 8 di atas.
Berdasarkan ujian t yang telah dijalankan dan didapati secara keseluruhannya tidak wujud
perbezaan yang signifikan peranan pembuat keputusan yang dimainkan oleh guru besar semasa
mengurus sekola mengikut faktor jantina apabila nilai p > 0.05 iaitu dengan nilai nilai t(64) =
0.158, sig = 0.875 (p > 0.05). Selanjutnya, keputusan turut menunjukkan tidak wujud perbezaan
yang signifikan peranan pembuat keputusan yang dimainkan oleh guru besar mengikut faktor
gred sekolah. Dapatan menunjukkan nilai p > 0.05 iaitu tidak signifikan dengan nilai t(64) =
0.481, sig = 0.632. Pada keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa faktor jantina dan faktor
gred sekolah tidak menunjukkan sebarang perbezaan kepada guru besar dalam melaksanakan
peranannya sebagai penyampai maklumat.

Perbezaan peranan yang dimainkan oleh guru besar semasa mengurus


sekolah mengikut faktor tempoh menjawat jawatan guru besar
Jadual 9 : Analisis statistik ANOVA sehala bagi peranan yang dimainkan oleh guru
besar dalam mengurus seko lah mengikut tempoh menjawat jawatan guru besar

Tempoh menjawat jawatan


N Min Sisihan piawai
guru besar

0 – 3 tahun 43 4.609 0.346


4 – 6 tahun 15 4.795 0.207
7 – 9 tahun 5 4.681 0.132
10 tahun ke atas 3 4.804 0.170

Jumlah 66 4.665 0.309

12
Ujian Anova Sehala
Jumlah Dk Min Kuasa F Sig.
Kuasa Dua Dua
Antara .451 3 .150 1.617 .194
Kumpulan
Dalam 5.761 62 .093
Kumpulan

Jumlah 6.212 65
Signifikan pada aras p < 0.05
Bagi mengenal pasti perbezaan peranan yang dimainkan oleh guru besar dalam mengurus
sekolah mengikut faktor tempoh menjawat jawatan guru besar, ujian Anova sehala digunakan
dalam analisis ini. Dapatan analisis anova sehala dalam Jadual 9 menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan peranan yang dimainkan oleh guru besar dalam mengurus sekolah
berdasarkan faktor tempoh menjawat jawatan guru besar dengan nilai (F =1.617, sig= .194 >
0.05). Seterusnya merujuk kepada Jadual 8 dengan memberi perhatian pada nilai Sig, Nilai p
adalah .194 di mana nilai ini lebih besar daripada nilai alpha 0.05 (p>0.05), maka keputusan
ujian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik di dalam
pencapaian nilai min bagi kumpulan yang diuji.

Perbincangan
Dapatan kajian mendapati bahawa tahap pelaksanaan peranan pengurusan yang dimainkan oleh
guru besar di daerah Pontian Johor semasa mengurus sekolah bagi ketiga-tiga dimensi seperti
yang disarankan oleh Azlin Norhaini (2006) iaitu peranan interpersonal, peranan penyampai
maklumat dan peranan pembuat keputusan pada tahap yang sangat tinggi. Ini menunjukkan
bahawa ketiga-tiga peranan pengurusan ini dilaksanakan dan diamalkan oleh semua guru besar
di dalam setiap aktiviti semasa menguruskan sekolah. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan
yang dijalankan oleh Mace (2013) tentang aktiviti pengurusan dan peranan kepimpinan
terhadap pemimpin kolej yang turut memperoleh keputusan kajian yang hampir sama iaitu
tahap pelaksanaan peranan pengurusan pada tahap yang tinggi. Dapatan Achmad dan Hamzah
(2017) memperkukuhkan lagi dapatan tersebut apabila kajian yang dilakukan untuk melihat
tahap pelaksanaan peranan pengurusan guru besar turut pada tahap tinggi. Pelaksanaan peranan
pengurusan sangat penting bagi guru besar sebagai pengurus sekolah kerana hanya guru besar
yang berupaya memainkan peranan pengurusan ini bertepatan dengan peranannya sebagai
pemimpin, pentadbir dan pengurus. Hal ini demikian keranan peranan yang dimainkan olehnya
sebagai pengurus hanya dilaksanakan olehnya sendiri. (Kamete,2014).

Daripada dapatan yang diperolehi berdasarkan persepsi kendiri guru besar terhadap
pelaksanaan peranan pengurusan sekolah, dimensi peranan interpersonal menunjukkan nilai
min yang paling tinggi berbanding dua lagi peranan. yang turut sama berada pada tahap yang
sangat tinggi. Guru besar yang menjadi peserta kajian kebanyakannya memilih skala sentiasa
bagi tahap kekerapanan melaksanakan peranan interpersonal ini sehingga menunjukkan hasil
dapatan pada tahap yang sangat tinggi. Ini bererti guru besar memberikan penekanan tentang
kepentingan hubungan interpersonal semasa melaksananakan aktiviti pengurusan semasa
menguruskan sekolah Malah, dapatan kajian Achmad dan Hamzah (2017) menyamai hasil
dapatan ini berikutan kajian yang dilakukan menunjukkan peranan interpersonal merupakan
dimensi yang tertinggi daripada ketiga-tiga dimensi peranan guru besar. Keadaan ini

13
membuktikan bahawa guru besar sentiasa memastikan pengurusan seharian berkaitan sekolah
merangkumi aktiviti membina hubungan kemanusiaan dengan orang lain (Azlin Norhaini &
Roselan, 2015). Selain itu juga, guru besar seharusnya melaksanakan peranan penyampai
maklumat disebabkan peranan mereka untuk membekalkan segala maklumat berkaitan sekolah
dan institusi pendidikan kepada guru, kakitangan dan komuniti sekolah. Menurut
Lunenburg.F.C (2010), guru besar harus memastikan bahawa rakan sekerja dan komuniti
sekolah mempunyai maklumat dan sumber yang diperlukan untuk melakukan tugasan,
pekerjaan dan sebarang bentuk arahan. Apabila terdapat kekurangan maklumat dan sumber
yang diperlukan untuk melakukan pekerjaan yang baik, rakan sekerja mungkin teragak-agak
untuk menerima tugasan baru.

Dalam memastikan keberkesanan organisasi sekolah, guru besar juga memainkan peranan
penting terhadap kepercayaan, nilai dan anggapan yang paling penting dalam budaya sekolah
kerana guru besar merupakan individu yang menentukan apa yang dikomunikasikan kepada
siapa, yang menerima peruntukan sumber dan siapa yang menerima ganjaran dan tindakan
disiplin (Nixon, 2017). Oleh sebab itu, peranan pembuat keputusan perlu dilaksanakan oleh
guru besar dalam pengurusan sekolah. Guru besar mempunyai peranan penting dalam bukan
sahaja cara membuat keputusan, tetapi data yang digunakan untuk memaklumkan keputusan
tersebut (Karunanayake.S, 2012).

Selanjutnya, dapatan kajian untuk persoalan kedua, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat
perbezaan peranan yang dimainkan oleh guru besar semasa mengurus sekolah mengikut faktor
jantina, gred sekolah dan tempoh menjawat jawatan sebagai guru besar. Keadaan ini
membuktikan bahawa semua guru besar yang menjadi peserta kajian sememangnya
melaksanakan semua peranan pengurusan seperti peranan interpersonal, penyampai maklumat
dan pembuat keputusan dalam setiap aktiviti pengurusan di sekolah tanpa mengira jantina, gred
sekolah dan tempoh menjawat jawatan guru besar. Keputusan ini menggambarkan bahawa
ketiga-tiga peranan ini sewajarnya dimainkan oleh semua guru besar besar dalam melaksanakan
pengurusan berkualiti menerusi aktiviti pengurusan utama di sekolah. Namun begitu, kajian
yang dilakukan oleh Orphanos (2010) terhadap peranan guru besar mendapati guru besar
perempuan adalah lebih efektif di dalam memainkan peranan bagi mewujudkan peningkatan
persekitaran sekolah dan juga pengurusan sekolah.

Kesimpulan, implikasi dan cadangan


Kesimpulannya, kajian ini telah memberikan satu perspektif yang jelas tentang peranan
pengurusan yang dimainkan oleh guru besar sebagai pentadbir dan juga pengurus di sekolah
yang fokusnya lebih kepada tiga dimensi iaitu interpersonal, penyampai maklumat dan pembuat
keputusan. Selain itu juga, hasil kajian juga menunjukkan tidak wujud perbezaan yang
signifikan peranan yang dimainkan oleh guru besar semasa mengurus sekolah. Oleh yang
demikian, untuk memastikan kesemua peranan pengurusan dilaksanakan dengan baik, tepat dan
sesuai dengan semua pihak, kebijaksanaan guru besar sebagai pengurus sekolah dalam
mengawal aktiviti seharian ke arah amalan pengurusan berkualiti diperlukan dan perlu
dititikberatkan. Setiap peranan yang dimainkan mestilah sesuai dengan tujuan, konteks semasa
dan berterusan untuk meningkatkan komitmen, kerjasama dan prestasi semua pihak yang
berkepentingan kepada sekolah.

Hasil daripada kajian yang telah dibuat memberikan dan mewujudkan beberapa implikasi
khususnya kepada guru besar sekolah di Malaysia dan juga kepada Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) terutama sumbangan yang amat berguna dalam bidang pengurusan dan

14
pentadbiran pendidikan. Guru besar seharusnya mempunyai kesedaran awal tentang betapa peri
pentingnya peranan mereka yang menjadi penentu kepada keberkesanan pengurusan di sekolah
masing-masing. Mereka harus mengenal sikap, pengetahuan dan kemahiran dalam diri masing-
masiing serta berusaha mempertingkatkannya agar mereka berupaya melaksanakan peranan
mereka dengan lebih baik. Pihak KPM boleh menghasilkan dan menyediakan pelan operasi
tugas guru besar yang lengkap dan berstruktur untuk dijadikan panduan para guru besar
melaksanakan peranan mereka supaya dapat memastikan urusan pentadbiran dan pengurusan
sekolah berjalan lancar tanpa pertindanan tugas dan peranan mereka.
Memandangkan kajian di dalam negara ini tentang peranan pengurusan dalam kalangan guru
besar amat terhad, maka beberapa kajian lanjutan dengan penambahbaikan dan cadangan perlu
dilakukan. Kajian ini hanya tertumpu kepada aspek pengurusan sekolah rendah dibawah seliaan
KPM sahaja. Sewajarnya, perbandingan atau kajian baharu harus dilakukan juga terhadap
peranan pengurusan pengurus sekolah swasta untuk melihat sejauh mana pelaksanaan peranan
pengurusan yang dimainkan. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas
tentang amalan pengurusan guru besar lain dalam persekitaran yang berbeza. Malah, kajian
yang akan datang juga boleh memfokuskan terhadap tret guru besar dan situasi persekitaran
sekolah yang mempengaruhi pelaksanaan setiap peranan. Penggunaan teori pengurusan lain
juga harus dipertimbangkan untuk melihat sejauh mana relevannya kemahiran-kemahiran yang
perlu ada pada pengurus untuk dipadankan dengan kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan
setiap peranan yang sepatutnya dimainkan.

Rujukan
Abdul Rahim,A. (2012). Beban tugas guru sekolah menengah di daerah Batu Pahat Johor Darul
Takzim. Laporan Projek Ijazah Sarjana Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Achmad.S.S., & Hamzah.I. (2017). Peranan pengetua sekolah dalam pengintegrasian TMK di
sekolah menengah. Prosiding Seminar Pendidikan Serantau ke-VII 2017, hlm. 704 – 717.
Ahmad,R. (2001).Kepimpinan Sekolah dalam Menghadapi Milenium Baru.. Jurnal Institut
Pengetua,1(1),pp 1-6
Aizzat, M.N, Intan, O. & Zainal Ariffin, A. (2006). Pengantar pengurusan. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd
Arifin, B. & Robiah, S. (2002). Komunikasi Pengetua-guru: satu analisis. Jurnal Teknologi
37(E) Dis. 2002: 71–79
Ayob,N., & Hamzah,I. (2015). Peranan Pengetua dalam Pengurusan Kokurikulum dari
Perspektif Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Zon Keramat. Jurnal Pendidikan
Malaysia 40(2)(2015): 129-138
Azizi,Y., Noordin,Y. & Lim Ting Theng. (2010) Gaya Kepimpinan Guru Besar Dan
Hubungannya Dengan Faktor-Faktor Kepimpinan Di Sekolah Penerima Anugerah
Sekolah Cemerlang Di Negeri Melaka. Journal of Science & Mathematics Education
Azlin Norhaini, M. & Roselan, B. (2015). .Amalan Pengurusan Pengetua. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azlin Norhaini, M. (2006). Amalan pengurusan pengetua sekolah menengah: Satu kajian kes.
Tesis Dr. Fal, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Baharom,N. (2005). Kamus dewan edisi Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,.
Bibi Sulasteri. (2014). Komunikasi Interpersonal guru besar dan hubungannya dengan iklim
sekolah. Laporan Projek Ijazah Sarjana Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Chek Mat. (2007). Pengurusan Imej. Kuala Lumpur : Utusan Publicatin dan Distributions Sdn.
Bhd.
Chell, J. (2002). Introducing Principals to the Role of Instructional Leadership. SSTA Research
Centre Report #95-14: www.ssta.sk.ca/research/leadership/95-14.htm#toc

15
Hallinger, P. (2011). A review of three decades of doctoral studies using the Principal
Instructional Management Rating Scale: A lens on methodological progress in
educational leadership.Educational Administration Quarterly, 47(2), 271-306
Ismail, J.K. (2003). Pengetua sebagai pemimpin perubahan. Jurnal Institut Pengetua 3. hlm.
121-124.
Jaafar, M. (2004). .Kelakuan Organisasi. Edisi Kedua . Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Jaafar, M.N. (2005). Kepimpinan Pengajaran Guru Besar, Komitmen dan Kepuasan Kerja Guru
: Satu Kajian Perbandingan dan Hubungan Antara Sekolah Berkesan dengan Sekolah
Kurang Berkesan. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-12,
Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Jemaah Nazir Sekolah (2006). Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia
(SKPM).Institut Aminuddin Baki: Genting Highlands
Kamete, J.M. (2014). The influence of headmaster’s managerial skills on effective school
management: A case of public Secondary Schools in Mbeya- Tanzania. The Degree of
master in education of the Open University of Tanzania.
Karunanayake, S. (2012). Shifting the Principal’s Role as Manager to that of an Academic
Leader: Case of Sri Lanka. International Journal of Social Science and Humanity, Vol.
2(5) :405 - 409
Kavanagh, B. (2012). Providing Educational Leadership, A handbook for principals in First
Nations Schools. Park Royal South : First NationS School Association.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Laporan awal–ringkasan eksekutif Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Krejcie, R.V., & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities.
Educational Psychological Measurement 30(3): 607-610.
Lunenburg, F.C.(2010). The Management Function of Principals. National Forum Of
Educational Administration and Supervision Journal Volume 27(4): page 1- 10
Mace, T.M. (2013). The Managerial Activities and Leadership Roles of Five Achieving the
Dream Leader College Presidents. Thesis for the degree of Doctor of Education in Higher
Education, University of Arkansa
McMurchy, B.A. (2017). Managerial Roles of Ontario College Presidents. Tesis Dr. Fal,
Institute of Education Reading University, United Kingdom.
Md. Ali, M.M . (2015). Peranan pengurusan pengetua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
terhadap dasar sekolah selamat. Tesis Master, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mintzberg, H. (1973). The Nature of Managerial Work. New York : Harper and Row
Publishers,Inc.
Mohd Majid, K. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka
Muna, R.D., Smith, B., & Somers, P. (2006). Use of Mintzberg’s Model of Managerial Role
to Evaluate Academic Administrators. Journal of Allied Health, 35(2), pp 65 – 7
Nazlina, & Zakaria. (2013). Enchancing organizational performance of Malaysian SMEs
through human resource management (HRM) practices and organizational innovative
capability: A proposed framework. In: 3rd International Conference on Management (3rd
ICM 2013). 10-11 June 2013
Nik Yusuf, N.A (2007). Kualiti perkhidmatan pengurusan pendidikan sains dan matematik
dalam wawasan pendidikan negara. Tesis Phd, Universiti Kebangsaan Malaysia.

16
Nixon, Lori, A., (2017)"School Leaders Decision-Making Process for Academic Program
Placement: A Phenomenological Study". Electronic Theses and Dissertations. Paper
3228. http://dc.etsu.edu/etd/3228
Orphanos, S. (2016). Are there gender differences when managing elementary schools?,
Parents’ perspectives in Cyprus.US. Academy of Educational Leadership Journal 20(2) :
33-42
Pallant, J. (2001). SPSS survival manual - a step by step guide to data analysis using SPSS for
windows (version10). Buckingham : Open University Press
Resser, T.P. (2000). Essentials of Educational Management. Agbor: Central Books Limited.
Sahari, M.A. (2018). Amalan kecemerlangan pentadbiran sekolah amanah di Sarawak dari
aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Tesis Master. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Sani, M., & Md Noor, Z. (2001). Masalah Pengurusan Sekolah yang dihadapi Pengetua dan
Guru Besar yang Baru Dilantik. Kertas Kerja Seminar Nasional Pengurusan dan
Kepimpinan Pendidikan ke-10. Anjuran Istitut Aminuddin Baki, Genting, Pahang. 30
Oktober – 1 November.
Sekaran Uma. (1992). Research methods for bussiness: a skill-building approach. New York:
John Wiley & Sons, Inc
Shahadan & Azuraida. (2008). Keberkesanan Pengurusan Kewangan ke Arah Membangunkan
Modal Insan : Satu Panduan. Masalah Pendidikan, 30 (1). pp. 147-162.
Sidin, R. (2003). Teori pentadbiran pendidikan : Satu pengenalan. Selangor : Percetakan Ani
Sdn. Bhd
Siti Aida, M.M. (2014). Gaya Kepimpinan terhadap pemilihan strategi pengajaran dan
pembelajaran. LAporan Projek Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional.
Universiti Tun Hussein Onn.
Siti Rahayah, A. (2003). Teori, konsep & amalan dalam pengukuran dan penilaian. Bangi:
Pusat Pembangunan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia
Stoner. Freeman, & Gilbert. (1995). Management. New Jersey :Prentice Hall inc. Engleword
Cliffs
Tajuddin, A., & Tajuid, F. (2016). Kamus Pelajar Bahasa Melayu Dewan Edisi Kedua. Kuala
Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tie, F.H. (2004). Liabiliti dalam pengurusan pendidikan. Kuala Lumpur : Utusan Publication
dan Distributor.
Tumin, S. (2001). Pengurusan Sekolah Oleh Pengetua Yang Sentiasa Sibuk. Jurnal Pendidikan
Persidangan Kebangsaan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Malaysia. (01): 1-9.
Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz. 2017. Pemimpin Berkualiti Perlu ada Kemahiran
Membuat Keputusan. 3rd Conference Managing the Future: Leading Society. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

17

You might also like