You are on page 1of 4

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) BERUAS,

32700 BERUAS, PERAK DARUL RIDZUAN.

Minit Mesyuarat Panitia Matematik Yang Ketiga 2020

Tarikh : 26.6.2019 (Jumaat)


Masa : 8.00 pg
Tempat : Bilik Mesyuarat
Sasaran : Semua Guru Matapelajaran Matematik
Kehadiran : Pn Rahmathunisa Beaham binti Abdul Rahiman (Guru Besar)

Pn C.Parameswary (PK Pentadbiran)


En M.Ravindran (PK HEM)
Cik.M.Rathanamalah (Ketua Panitia Matematik)
Cik N.Nanthini (Setiausaha Panitia Matematik)

1.0 Ucapan Pengerusi

Cik M.Rathanamalah selaku pengerusi mesyuarat mengalu-alukan kedatangan semua


guru ke mesyuarat panitia Matematik kali ketiga tahun 2020 dan mengucapkan terima
kasih kepada guru-guru yang hadir kerana ia dapat melicinkan lagi perjalanan
mesyuarat kali ini.

2.0 Ucapan Penasihat


Guru besar telah mengucapkan selamat datang kepada semua guru selepas PKP
dilaksanakan akibat COVID-19. Semua guru Matapelajaran Matematik diharapkan dapat
terus melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik dan meningkatkan tahap
kualiti dan kuantiti murid dalam subjek ini.

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lalu

Minit yang lalu dibacakan oleh setiausaha


Pengesahan minit - Pencadang - En M.Ravindran
- Penyokong - Cik N.Nanthini
Tindakan : Setiausaha
4.0 Perkara Berbangkit
-Tiada

5.0 Agenda Semasa

5.1 Pengurusan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPC)

5.1.1 Ketua panitia memaklumkan kepada guru-guru matapelajaran Matematik


supaya setiap guru perlu mengedit dan memurnikan Rancangan Tahunan
bagi kelas yang diajar supaya murid tidak tercicir daripada silibus berikutan
bencana COVID-19. Rancangan Tahunan harus bersesuaian dengan
Pembelajaran dan Pemudahcaraan bermula dari pertengahan bulan Jun
sehingga Disember. Topik-topik yang belum dikuasai perlu diberi perhatian
semasa mengedit rancangan tahunan.

5.1.2 Cara menulis rancangan pengajaran harian (catatan ringkas PKP)


sepanjang COVID-19 juga telah dibincangkan.

5.1.3 Guru-guru juga diminta menulis Rancangan Pengajaran Harian seperti


biasa bermula 24 Jun 2020 dan mengikut jadual waktu biasa sebelum
PKP.

5.1.4 Guru–guru diminta memberikan lembaran kerja kepada murid-murid di


mana lembaran kerja itu akan dimasukkan dalam satu fail poket yang akan
disediakan oleh guru kelas bagi setiap murid. Fail poket itu akan diletakkan
di pondok pengawal. Ibu bapa akan diminta mengambil fail poket yang
mengandungi lembaran kerja itu pada setiap hari Rabu dan akan
dikembalikan seminggu selepas itu iaitu, hari Rabu berikutnya.

5.1.5 Murid-murid yang memilih untuk buat latihan secara online akan diberi
lembaran secara online melalui aplikasi whatsup.Online pembelajaran
seperti quizizz, google form, kahoot, google meet dan sebagainya
digalakkan dalam PdPC.

5.1.6 Borang offline PBS pula mesti ditanda setiap bulan atau selepas
berakhirnya sesuatu topik/tajuk seperti biasa.

5.1.7 CIDS tidak perlu dilaksanakan buat sementara waktu.

5.1.8 Ketua panitia matematik diminta memberi senarai alat-alat yang diperlukan
untuk PdP kepada Guru Besar.

(Tindakan: Guru Matapelajaran)


5.2 Penilaian dan Pentaksiran

5.2.1 Peperiksaan Akhir Tahun untuk murid tahun 4, 5 dan 6 bagi matapelajaran
Matematik akan diadakan berdasarkan kandungan yang murid telah
belajar secara dalam online. Guru matapelajaran harus menyerahkan
markah peperiksaan berserta laporan post mortem kepada ketua panitia.

5.2.2 Borang transit dan borang pelaporan PBS harus diutamakan bagi murid
tahap 1 memandangkan tiada ujian bagi mereka. Pentaksiran harus dibuat
bagi setiap topik dengan lebih sistematik dan teliti. Guru –guru digalakkan
menyimpan eviden bagi Tahap Penguasaan dalam fail PBS di kelas
sebagai bukti penilaian.
(Tindakan: Guru Matapelajaran)

5.3 Program Peningkatan Panitia Matematik 2020

5.3.1 Guru akan mengadakan program panitia selepas murid kembali ke


sekolah.
5.7.2 Program panitia dijangka akan diadakan pada bulan Ogos .
5.7.3 Program ini akan diadakan secara berasingan bagi setiap kelas iaitu,
mengikut SOP yang ditetapkan dalam menangani COVID-19.

5.4 Perbelanjaan

Duit PCG sebanyak RM 318 akan digunakan untuk membeli alatan matematik.

6.0 Cadangan dan Tindakan Susulan

-Tiada

7.0 Hal –hal lain


-Tiada

8.0 Ucapan Penangguhan

Pengerusi mesyuarat mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang sudi


meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat ini. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul
9.00 pg.
Disediakan oleh, Disahkan oleh

………………………………. ……………………..........
(CIK M.RATHANAMALAH) (Pn Rahmathunisa Beaham binti Abdul Rahiman)
Ketua Panitia Matematik Guru Besar

You might also like