You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT PENGHULU, 77400 SUNGAI RAMBAI, MELAKA.

MINIT MESYUARAT PANITIA RBT BIL 1/2023

Tarikh : 20 MAC 2023 ( ISNIN )


Masa : 2.00 petang
Tempat : BENGKEL RBT

Pengerusi : Ustazah Khairani Binti Salim (GPK 1 SKPP)

Kehadiran : 3 Orang

1. Ustazah Khairani Binti Salim


2. En. Saiful Rizal Bin Abdullah
3. Encik Shahrizan Bin Shahudin

Nama Yang Tidak Hadir :

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan salam dan bacaan ummul kitab.
1.2 Mesyuarat mengambil maklum bahawa ketua panitia dan setiausaha panitia perlu
bergabung untuk memperkasakan pengurusan panitia. Semua KP dan setiausaha akan
dipanggil untuk kemaskini fail dan semua fail panitia perlu diletakkan di dalam
kabinet di bilik gerakan dan dilabelkan. Hal ini bagi memudahkan urusan apabila nazir
datang memantau.
1.3 Mesyuarat mengambil maklum bahawa surat jemputan mesyuarat perlu menggunakan
format baru, seperti berikut:
- Perutusan pengerusi
- Pembentangan minit mesyuarat lepas
- Perkara berbangkit
- Fokus mesyuarat – merangkumi PBD, RPT dan RPH
- Hal-hal lain
1.4 Mesyuarat mengambil maklum bahawa, matapelajaran RBT penting untuk melatih
murid mereka cipta bagi meningkatkan kreativiti sehingga ke peringkat antarabangsa.
1.5 Mesyuarat mengambil maklum bahawa PBD perlu dibuat sepanjang tahun.
Tindakan: Makluman

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.

2.1 Pengesahan minit mesyuarat dicadangkan oleh En. Shahrizan Bin Shahudin
dan disokong oleh En. Saiful Rizal Bin Abdullah.

Tindakan : Makluman

3. PERKARA BERBANGKIT
- Tiada
Tindakan : Makluman

1
4. FOKUS MESYUARAT

4.1 Pengesahan ahli jawatankuasa panitia 2023


Mesyuarat mengesahkan bahawa penyelaras panitia RBT 2023 ialah
En. Saiful Rizal Bin Abdullah dan Setiausaha ialah En. Shahrizan Bin Shahbudin.

Tindakan : Makluman

4.2 DSKP/RPT/RPH dan PBD


- Mesyuarat mengambil maklum bahawa DSKP dan dokumen berkaitan untuk PdP
RBT boleh diperolehi daripada S/U Panitia.
- Mesyuarat juga mengambil maklum RPH ditulis berdasarkan format terbaru bagi
semua tahap.
- Mesyuarat memutuskan bahawa PBD berdasarkan projek, kuiz serta secara lisan
dan perlu dilakukan secara berterusan sepanjang tahun.
Tindakan : Makluman

4.3 Aktiviti panitia 2023


- Mesyuarat mengambil maklum bahawa antara aktiviti panitia yang dirancang
adalah seperti berikut:
a. Mesyuarat panitia – 3 kali setahun
b. Kemaskini bilik/ bengkel RBT
c. Pertandingan reka cipta – Menggunakan Bahan Kitar Semula
- Bergabung dengan Panitia Sains, Matematik dan Sejarah.
d. Pertandingan Robotik Peringkat Sekolah
e. Projek menanam sayur
Tindakan : Guru RBT

4.4 Perbelanjaan panitia


- Mesyuarat mengambil maklum bahawa wang peruntukan panitia sama seperti
tahun sebelumnya. Peruntukan akan disenaraikan dan akan dimaklumkan oleh
ketua kerani.
- Pihak panitia boleh merancang perbelanjaan bagi menambah peralatan untuk PdP.

Tindakan : Makluman

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Mesyuarat memutuskan bahawa tapak untuk PdP pertanian adalah di tepi bangunan
RBT berhampiran tempat letak basikal.

6. PENUTUP

6.1 Pengerusi berharap agar program yang dirancang tahun ini berjalan dengan lancar.
6.2 Pengerusi menangguhkan mesyuarat dengan bacaan Surah Al-Asr.
6.3 Mesyuarat Panitia RBT ditangguhkan pada jam 2.35 petang hingga ke suatu tarikh
yang akan ditetapkan.

2
Disediakan oleh, Disemak oleh,

....................................... ............................................................

(SHAHRIZAN BIN SHAHUDIN) (SAIFUL RIZAL BIN ABDULLAH)


Setiausaha Panitia RBT. Ketua Panitia RBT,
SK Parit Penghulu, SK Parit Penghulu,
Kampung Parit Penghulu, Kampung Parit Penghulu,
77400, Sungai Rambai, 77400, Sungai Rambai,
Melaka, Malaysia. Melaka, Malaysia.

Disahkan oleh,

…………………………………….
(KHAIRANI BINTI SALIM)
GPK 1,
SK Parit Penghulu,
Kampung Parit Penghulu,
77400, Sungai Rambai,
Melaka, Malaysia.

You might also like