You are on page 1of 3

SJKT LADANG JABI, 06400 POKOK SENA, KEDAH.

PROGRAM PERPADUAN SEKOLAH 2022 / 2023


MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA

Tarikh : 31 March 2022


Hari : Khamis
Masa : 1.40 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SJKT Ladang Jabi

1. Kata Alu-aluan Pengerusi


1.1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan melahirkan ucapan terima
kasih atas kehadiran semua guru ke mesyuarat kali pertama ini.

2. Ucapan Penasihat
2.1 Mesyuarat mengambil maklum akan saranan penasihat agar :
(i) Unit Kokurikulum dianggap sebagai subunit yang amat penting dalam
pentadbiran di sekolah sebagai sokongan kepada subunit kurikulum
dan Hal Ehwal Murid memandangkan subunit Kokurikulum berperanan
menjalankan pelbagai program ke arah peningkatan sahsiah diri murid
– murid.

(ii) Oleh itu, diminta semua guru dalam unit masing – masing
menjalankan program peningkatan perpaduan sepanjang tahun ini.

(iii) Unit kokurikulum perlu merancang 2 – 3 program yang khusus kepada


peningkatan perpaduan kaum seperti sambutan bulan kebangsaan,
pertandingan dalam kelab rukun negara dan program pertandingan
ko-akademik.

(iv) Penasihat juga memaklumkan bahawa beliau telah menghadiri kursus


penerapan nilai perpaduan untuk Pengetua dan Guru besar secara
dalam talian.

(v) Kursus ini dianjurkan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB) , KPM.
(vi) Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan penghayatan amalan
perpaduan dalam kalangan warga sekolah selaras dengan anjakan 3
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013 – 2025) dan
standard Kualiti pendidikan Malaysia Gelombang -2 (SKMPg2)
standard 26 pengurusan perpaduan.

(vii) Penasihat juga menyatakan bahawa guru – guru haruslah merancang


dan menjalankan program yang berunsur perpaduan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

(viii) Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa kunjungan bantu


daripada pihak IAB akan dilaksanankan selepas GB tamat berkursus
iaitu 31.03.2022).

(Tindakan: Semua Guru)

3. Perbincangan Program / Aktitivi tahunan


3.1 Pengerusi memaklumkan tentang takwim program perpaduan tahun
2022. Beliau menerangkan aktiviti yang dirancang sepanjang tahun
2022 / 2023.
3.2 Antara program yang dirancang
 Perhimpuanan Rasmi (Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Kedah Dan
Lafaz Rukun Negara)
 Sambutan Perayaan (Hari Raya , Deepavali, Tahun Baharu Cina)
 Minggu Sejarah
 Sukan Olahraga
 Sambutan Bulan Kebangsaan (Nyanyian Lagu Patriotik,
Memperakakan Pakaian Tradisional)
 Pertandingan Ko Akademik Bm (Bercerita , Pidato, Syarahan)
 Program HIP ( Mini Documentary, Pameran Makanan Tradisional,
Pameran Pakaian Tradisional)
 Sambutan Hari Sukan Negara
 Kelab Rukun Negara (Kuiz Perpaduan, Inovasi Kad Rukun Negara)
 Program RIMUP
 Program SUMUR (Amalan Guru Penyayang)
3.3 Cadangan beliau dipersetujui oleh semua guru yang hadir. Guru besar
mencadangkan supaya perancangkan dijalankan dengan terancang.
(Tindakan : semua guru)

4.0 Ahli Jawatankuasa

Penasihat : Pn. Shanthi Devi a/p Govindersamy


Pengerusi : Pn. Thilagam a/p Birma (Pk Kokurikulum)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Puspplatha a/p Rajamanikam (Pk Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Letchumy a/p Sannasy (Pen. Kanan HEM)
Penyelaras : Pn. Vijaya a/p Muthusamy
AJK : semua guru
(Tindakan : makluman)
5.0 Hal – hal Lain
5.1 Pn. B. Thilagam meminta semua guru supaya menekankan aspek
perpaduan dan kepentingannya kepada murid.
5.2 Mesyuarat ditangguhkan pada 2.30 petang.

Minit disediakan oleh, Minit disahkan oleh,

.................................... .....................................
(PN. B. THILAGAM)
PENGERUSI PROGRAM PERPADUAN

You might also like