You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA 2023

SK AYER HITAM LABU

Tarikh : 13 Mac 2023


Hari : Isnin
Masa : 9.00pg-11.30pg
Tempat : Makmal Komputer

Kehadiran :
1. En.Kamal bin Abdul Rahman (GB)
2. Pn Siti Robiatul Adawiyah bt Abdullah(GK 1)
3. En Muhd Sobri b Abdullah (KP)
4. Pn Hasnatul Baizurah bt Zainal Abidin (S/U)

Agenda-agenda:

i. Ucapan Pengerusi
ii. Ucapan Penasihat
iii. Penubuhan Panitia
iv. Dasar Panitia
v. Agihan Kelas/Jadual Waktu/Borang Maklumat Guru
vi. HSP/Dokumen Standard/RPT dan RPH
vii. Program Peningkatan Akademik/Pelan Taktikal
viii. Penilaian Dan Peperiksaan UASA
ix. Penyeliaan/Pemantauan
x. Peruntukkan Kewangan
xi. Program Kementerian/Pekeliling
xii. Hal-hal Lain

1
Perjalanan Mesyuarat

Agenda 1:Ucapan Pengerusi/Guru Besar


1.1 Gurubesar selaku pengerusi mesyuarat mengucapkan
tahniah kerana Panitia Sains telah berjaya mengadakan mesyuarat panitia
kali pertama bagi tahun 2023.
1.2 Beliau mengucapkan syabas dan tahniah atas beberapa kejayaan
bagi matapelajaran sains
1.3 Guru Besar juga mengingatkan ahli panitia supaya merancang
program peningkatan akademik bagi meningkatkan pencapaian sains dalam
setiap ujian dan peperiksaan. Analisis pencapaian perlu dilakukan bagi
menilai keberkesanan program tersebut dan penambahbaikan perlu
dilakukan sekiranya program yang dilaksanakan kurang berkesan.

Tindakan: Ketua Panitia

Agenda 2: Ucapan Ketua Panitia


2.1 Ketua Panitia membentangkan struktur organisasi Panitia Sains
2023. ( rujuk takwim sekolah)
2.2 Semua ahli bersetuju dengan perlantikan tersebut serta
mengesahkan penubuhan panitia bagi tahun 2023.

Tindakan: Ketua Panitia Sains


Agenda 3: Dasar Panitia
3.1 Berdasarkan Mesyuarat Kurikulum 1 yang lalu panitia sains telah
merangka satu dasar panitia iaitu ketetapan yang perlu dipatuhi oleh semua
ahli panitia sepanjang sesi persekolahan 2023.
3.2 Ketua Panitia telah membentangkan dasar tersebut kepada semua
ahli .
3.3 Hasil daripada perbincangan dengan Guru Besar, dasar yang kurang
menepati kehendak nazir akan diperhalusi dan dimurnikan lagi.

Tindakan: Ketua Panitia dan semua guru sains.

2
Agenda 3: Agihan Kelas/Jadual Waktu/Borang Maklumat Guru
3.1 Semua guru telah menerima jadual waktu peribadi masing-masing
semasa mesyuarat Kurikulum 1 yang lalu.
3.2 Agihan guru dan kelas bagi tahun 2023 adalah seperti berikut:
Tahun 2,3,4,5,6
En.Muhd Sobri b. Abdullah
Tahun 1
Tindakan: guru sains

Agenda 4: HSP/Dokumen Standard/RPT dan RPH


4.1 Semua guru sains telah diberikan satu salinan ’softcopy’ RPT ,
dokumen standard KSSR dan penulisan RPH yang selaras untuk
dijadikan rujukan semasa menyediakan perkara tersebut dalam buku
rekod.
4.2 Rancangan pengajaran tahunan (RPT) perlu disediakan dan
diselaraskan dengan mengambilkira aktiviti dan program dalam takwim
sekolah 2023.
Tindakan: guru sains

Agenda 5 : Program Peningkatan Akademik/Pelan Taktikal


5.1 Ketua Panitia Sains telah membentangkan Pelan Taktikal Program
Peningkatan Akademik Panitia Sains.
( rujuk fail panitia.)
5.2 Semua guru diminta bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti yang
dirancang agar ianya dapat direalisasikan dan berjaya mencapai hasrat
panitia iaitu meningkatkan pencapaian sains dalam PBD dan peperiksaan
UASA
Tindakan: guru sains

Agenda 6 : Penilaian Dan Peperiksaan


6.1 Penilaian/peperiksaan UASA akan dilaksanakan
6.2 Tahun 4,5 dan 6 akan menduduki 1 kali peperiksaan UASA selaras seperti
yang disediakan diperingkat PPD/MGB/JPN.
6.2 Bagi Tahun 4,5,6, mereka akan diberi latihan latihan pengukuhan setiap
minggu.
6.3 Tiada peperiksaan bertulis bagi tahap satu.

Tindakan: guru sains.

3
Agenda 7 : Penyeliaan/Pencerapan
9.1 Sebagaimana diputuskan dalam Mesyuarat Kurikulum 1 yang lalu,
Penyeliaan dan pencerapan buku tulis murid dan pencerapan guru akan
dilakukan dua kali setahun.
9.2 Panitia Sains telah berbincang dan menetapkan hanya buku latihan
murid sahaja yang akan dicerap oleh pihak pentadbir.Semua guru
perlu mematuhi jadual dan tarikh serahan buku latihan untuk dicerap seperti
dalam takwim.
9.2 Pencerapan guru akan dilakukan mengikut jadual yang akan
ditetapkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran.

Tindakan: Semua guru sains.

Agenda 10 : Peruntukan Kewangan


10.1 Jumlah peruntukan yang akan diterima oleh Panitia Sains akan disemak
melalui kerani.
10.2 Walau bagaimanapun, Panitia Sains telah membuat anggaran
perbelanjaan bagi perancangan kewangan panitia 2019.
10.3 Panitia Sains akan memasukkan beberapa program peningkatan
akademik dalam perbelanjaan 2023
10.4 Guru Besar telah menasihatkan Panitia Sains untuk membelanjakan
peruntukan yang akan diterima nanti melalui 3 peringkat, iaitu peringkat
pertama dan kedua sebanyak 40%, manakala peringkat ketiga sebanyak 15%
dengan baki sebanyak 5%.
10.5 Keutamaan dalam membelanjakan wang panitia adalah untuk pembelian
alat-alat sains yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
10.6 Semua ahli panitia diminta menyenaraikan senarai bahan/alatan sains yang
diperlukan untuk tujuan pesanan dan pembelian kepada Ketua Panitia untuk
tindakan selanjutnya.

Tindakan: Semua guru sains.

Agenda 11 : Program Kementerian/Pekeliling


11.1 Guru Besar telah memaklumkan tentang beberapa maklumat terkini
untuk pengetahuan semua ahli panitia, iaitu;.
-Kelas PA 21
Tindakan: Makluman

4
Agenda 12 : Hal-hal Lain
12.1 Semua ahli panitia sains bertanggungjawab dalam memastikan
kecerian, kebersihan dan keselamatan makmal sains.
12.2 Alatan/ radas Makmal Sains tidak boleh dipinjam keluar oleh panitia
lain kerana setiap panitia mempunyai peruntukan sendiri untuk membeli
bahan bantu mengajar mereka.
12.3 Pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan ICT adalah wajib
bagi semua guru sains.
Tindakan: Semua guru sains.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pg.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

__________________________________ _____________________________
(Hasnatul Baizurah bt Zainal Abidin) Muhd Sobri b. Abdulah

S/U Panitia Sains KP Sains

You might also like