You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT

PANITIA SAINS BIL 1/ 2020


SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ILAS, DALAT

Tarikh : 15.01.2020
Masa : 1.00 petang
Tempat : Bilik guru

Kehadiran
1. Joanna Rozzana Bonaventure
2. Siti Rosalinabella binti Abizaros
3. Mohamad Roshidi bin Zaibon@Zainon
4. Goh Ai Ian

Agenda
1.0 Kata aluan pengerusi

2.0 Jawatankuasa Panitia Sains 2020


3.0 Penyelarasan format Rancangan Pengajaran Harian
4.0 Pentaksiran dan peperiksaan
5.0 Hal-hal lain

Agenda 1.0 Kata aluan pengerusi


1.1 Pengerusi mengucapkan salam sejahtera dan mengalu-alukan kedatangan semua guru
atas kesudian menghadiri Mesyuarat Panitia Sains yang pertama ini.

Agenda 2.0 Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pengajaran Tahunan Sains


2.1 RPT dalam bentuk QR code untuk menjimatkan penggunaan kertas.
2.2 Guru-guru Sains boleh mendapatkan DSKP dalam bentuk QR code juga dalam fail Panitia
Sains.
2.3 Guru Sains juga digalakkan menyimpan satu salinan softcopy RPT dan DSKP, bagi
memudahkan urusan rujukkan apabila tiada line internet.
Tindakan: makluman ssemua

Agenda 3.0 Penyelarasan format RPH


3.1RPH sains haruslah mengandungi butiran-butiran seperti berikut:
3.1.1 Tarikh, 3.1.6 PAK21
3.1.2 Masa 3.1.7 Objektif
3.1.3 Matapelajaran 3.1.8 Aktiviti PdPc,
3.1.4 Tajuk 3.1.9 Refleksi/impak
3.1.5 Standard pelajaran
3.2 Penyediaan RPH adalah bergantung kepada keselesaan guru asalkan mengandungi butiran
yang telah ditetapkan.
3.3 Standard pelajaran, boleh ditulis dalam bentuk nombor sahaja
Tindakan: semua guru Sains
Agenda 4.0 Pentaksiran dan Peperiksaan
4.1Tiada peperiksaan bagi Tahap 1, namun guru diingatkan untuk melengkapkan pelaporan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dari masa ke semasa mengikut topik yang telah dipelajari
4.2 Kertas peperiksaan bagi murid Tahap 2 adalah tanggungjawab guru Sains kelas tersebut,
kecuali pihak PPD menyediakan kertas ujian.
4.3 Kertas ujian haruslah disediakan 4 kali setahun, selaras dengan tajuk yang telah dipelajari.
4.4 PBD bagi Tahap 2 juga perlulah dijalankan dari masa ke semasa
Tindakan: semua guru Sains

Agenda 5.0 Hal-hal Lain


5.1 Pelan intervensi berfokus kepada murid-murid yang lemah dari Tahun 1 hingga Tahun 5.
Guru yang mengajar kelas tersebut diminta untuk menghantar kertas kerja Pelan Intervensi
setelah mengenalpasti murid-murid yang lemah. Tarikh akhir penghantaran adalah
seminggu selepas cuti pertengahan penggal 1.
Tindakan: semua guru Sains

5.2 Guru sila sediakan senarai bahan dan peralatan yang ingin dibeli bagi peruntukkan Panitia,
tahun 2020.
Tindakan: Semua guru Sains

5.3 Minggu Sains hanya akan dijalankan jika terdapat peruntukkan lebih daripada perkara 5.2.
Hal ini kerana, terdapat banyak radas dan peralatan Sains yang rosak sepanjang tempoh
perpindahan bilik guru pada tahun lepas.
Tindakan: makluman semua guru

5.4 Papan kenyataan sudut Sains setiap kelas perlulah dilengkapi dan dikemaskini seiring
dengan tajuk yang diajar oleh guru.
Tindakan: semua guru sains

*mesyuarat ditangguhkan pada jam 1400.


**Dicadang oleh Puan Goh Ai Ian dan disokong oleh Cik Siti Rosalinabella

Disediakan oleh:

……………………………………………
JOANNA ROZZANA BONAVENTURE
Ketua Panitia Sains
SK Sungai Ilas, Dalat

You might also like