You are on page 1of 4

SPSK PK 07

SEKOLAH KEBANGSAAN DUA TENGKU BENDAHARA AZMAN


LORONG SABAH, PANDAMARAN
42000 PELABUHAN KLANG

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS


BIL : 2/2020

Tarikh : 30 JUN 2020


Hari : SELASA
Masa : 11.00 PAGI
Tempat : Bilik Google Classroom

KEHADIRAN :

Bil Nama Jawatan

1. Nor Aslina Binti Arshad


2. Suriya Binti Abdul Ghani

TIDAK HADIR (BERSEBAB):

Tiada

Urus Setia Mesyuarat :


1. Noor Hidayu binti Buliami Ketua Panitia

1. KATA-KATA ALUAN PENGERUSI (Pn Noor Hidayu binti Buliami)


1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli panitia Sains ke mesyuarat panitia kali
kedua selepas bercuti sempena penularan pandemik COVID 19.
1.2 Pengerusi mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua guru Sains kerana
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara atas talian sepanjang
pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), perintah kawalan pergerakan
bersyarat (PKPB) dan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) kini.

2. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU


2.1 Minit mesyuarat bilangan 1/2020 disahkan tanpa pindaan.
SPSK PK 07

3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara berbangkit

4. PERKARA BAHARU

4.1 Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian


4.1.1 Seperti mana yang telah dimaklumkan oleh PK Kurikulum, RPH semasa
pelaksanaan PKP, PKPB perlu disediakan mengikut jadual yang telah
disediakan yang hanya terpakai semasa pelaksanaan PKP, PKPB dan
PKPP. Guru menyediakan RPH Sains ringkas pada hari Rabu sahaja dan
mengikut kelas/tahun yang diajar.
4.1.2 Penyediaan dan pemberian tugasan kepada murid boleh dipelbagaikan
menggunakan platform seperti aplikasi Telegram, Whatapps, Google
Classroom, PowerPoint atau pautan video dan sebagainya.
4.1.3 Seboleh-bolehnya guru perlu merekod dapatan atau bilangan murid yang
memberi maklumbalas atau murid yang menyiapkan tugasan yang diberi
saban minggu.
4.1.4 Murid yang sentiasa memberi maklumbalas dan melengkapkan
latihan/tugasan yang diberi layak diberi TP3. Murid yang gagal dihubungi
atau tidak memberi maklumbalas akan ditafsir apabila sesi persekolahan
dibuka kelak.
4.1.5 Antara maklumbalas latihan dan tugasan yang diberi kepada murid
sepanjang tempoh PKP ialah:-

Kelas Bilangan murid yang menyiapkan latihan yang


diberi
Tahun 1 Arif Maksimum 10 orang
Tahun 2 Arif Maksimum 15 orang
Tahun 3 Arif Maksimum 10 orang
Tahun 4 Arif Kurang 10 orang
Tahun 5 Arif Masalah teknikal, guru tidak dimasukkan ke dalam
group Whatapps Tahun 5
Tahun 6 Arif Kurang 8 orang

4.1.6 Antara kekangan pembelajaran atas talian ialah:-


4.1.6.1 Murid tidak mempunyai gajet atau talian internet
4.1.6.2 Murid tidak dapat dihubungi
4.1.6.3 Melibatkan penggunaan data internet yang banyak dan
tidak semua ibu bapa / penjaga yang berkemampuan
4.1.6.4 Bilangan murid yang memberi maklumbalas dan
menyiapkan tugasan / latihan yang diberi adalah rendah.
SPSK PK 07

4.2 Peralatan Sains dan PCG Panitia Sains


4.2.1 Peruntukan PCG sudah ada dan berjumlah ........................... Pihak panitia
diminta untuk mendapatkan sekurang-kurangnya tiga sebut harga sebelum
membuat sebarang pembelian.
4.2.2 Memandangkan murid masih belum hadir ke sekolah, duit PCG boleh
digunakan untuk membeli peralatan dan tidak boleh digunakan untuk
membuat aktiviti panitia.
4.2.3 Antara peralatan yang dikenal pasti untuk ditambah ialah bola dan gelung
serta gear.

4.3 Professional Learning Community (PLC)


4.3.1 Pembugaran modul Sains dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Ini bagi mengatasi
masalah murid yang tidak mempunyai akses internet.
4.3.2 Modul ini akan diberi kepada murid setiap 2 minggu sekali dan akan diganti
dengan modul yang lain untuk tempoh 2 minggu seterusnya. Guru akan
menyemak modul yang telah dilengkapkan oleh murid.
4.3.3 Latihan yang disediakan paling minumum 2 muka surat untuk 2 minggu
tersebut.

4.4 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


4.4.1 Penghantaran data PBD bagi bulan Mac telah selesai.
4.4.2 PBD dilaksanakan secara berterusan menggunakan pelbagai cara dan
media. PBD bagi semua murid hendaklah menggunakan tapak pelaporan
offline yang baru yang dimuat turun dari laman sesawang Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK).
4.4.3 Penghantaran PBD hendaklah dilakukan pada Mac, Jun, Ogos dan
November kepada setiausaha PBD dan dihantar ke PPD dua kali setahun.
4.4.4 Ahli Jawatankuasa PBD Panitia Sains adalah secara keseluruhan
melibatkan semua guru yang mengajar Sains.

4.5 Project Based Learning (PBL)


4.5.1 Guru digalakkan untuk melaksanakan pembelajaran berasaskan projek
(PBL) sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
4.5.2 Perbincangan di dalam panitia diadakan bagi mengenalpasti tajuk-tajuk
yang sesuai untuk dilaksanakan pembelajaran berasaskan projek. Ini bagi
menggalakkan murid untuk membuat inovasi dan mencetuskan idea untuk
menghasilkan projek masing-masing.
4.5.3 Antara projek yang akan diusahakan ialah projek menanam sayur secara
hidroponik.
SPSK PK 07

4.6 Rumusan Ujian Sumatif 1 2020


4.6.1 Berikut adalah rumusan Ujian Sumatif 1 Mac 2020 bagi mata pelajaran
Sains.

Kelas Lulus Gagal Bil A Bil B Bil C Bil D Bil E TH


Tahun 32 5 0 9 14 9 5 1
4 orang orang
84.2% 13.2 %
Tahun 27 8 3 13 7 4 8
5 orang orang
77.1 % 22.9%
Tahun 21 9 1 3 11 6 9 4
6 orang orang
67.7% 29.0%

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Pelaksanaan dan aktiviti Minggu Sains akan dibincangkan pada mesyuarat
kali ketiga dan setelah adanya pengumuman tentang pembukaan sesi
persekolahan pasca COVID 19.

6. PENUTUP
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru yang hadir. Pengerusi
berharap agar guru-guru dapat terus menjalankan sesi PdP secara atas atas
talian dan juga memberi modul kerja kepada murid.
.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.

Urus Setia
Ketua Panitia Sains
SK(2) Tengku Bendahara Azman
Tarikh : 1 Julai 2020

You might also like