You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

PENDIDIKAN KHAS DAERAH SELANGAU BIL.2/2023

Tarikh : 31.03.2023

Hari : Jumaat

Masa : 2.30 Petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Pendidikan Daerah

Selangau

Yang Hadir

1. En. Abdul Latif Bin Zaidil - Pengerusi

2. En. Corn ak Mia - Setiausaha

3. En. Lozi ak Ta - Bendahari

4. En. Aslan bin Abu - AJK

5. En. Amira Binti Yusuf - AJK

6. En. Hilmi bin Abu - AJK

Yang Turut Hadir

1. Tuan Gawan anak Saut - Ketua Pejabat Daerah Selangau

Yang Tidak Hadir (dengan kenyataan)

1. En. Nyaring anak Sara - AJK


Yang Tidak Hadir tanpa kenyataan)

1. Cik Cecilia ak Dom - AJK

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi memberikan ucapan alu-aluan kepada semua ahli mesyuarat dan

mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana berjaya menghadirkan diri

pada mesyuarat bil.2 yang dilakukan.

1.2 Pengerusi memaklumkan kepada semua tujuan mesyuarat yang dilakukan adalah

untuk membincangkan Program Karnival Pendidikan Khas yang akan dilaksanakan

pada tahun 2023.

1.3 Pengerusi juga menyatakan harapan beliau supaya semua aktiviti dan program yang

telah dirancang oleh jawatankuasa Pendidikan Khas ini akan berjalan dengan lancar

seperti yang telah dijadualkan di samping berharap agar program Karnival Pendidikan

Khas ini akan memberikan manfaat kepada semua pihak.

Tindakan : Makluman Semua Pihak

1.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil.1/2023

Minit Mesyuarat Bil.1/2023 telah disahkan dan dditerima semua pihak tanppa

pindaan.

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Mengenai dengan perkara 3.1 dalam mesyuarat Bil,1/2023 yang lalu, mesyuarat

telah dimaklumkan dengan Program Lawatan Ke Pustaka Negeri Sarawak Bahagian

Sibu yang telah dijadualkan pada 17 Februari 2023 terpaksa ditangguhkan pada satu

tarikh baru yang akan dimaklumkan pada kemudian hari. Penangguhan ini adalah

disebabkan oleh pihak Pustaka Negeri Bahagian Sibu sedang mengadakan Taklimat

bersama Jabatan Kerja Raya.


Tindakan : Makluman Semua Pihak

3.2 Berkaitan dengan perkara 3.2 pada mesyuarat Bil.1/2023, mesyuarat kali ini telah

sebulat suara bersetuju untuk mengundang Yang Berbahagia Edwin Banta wakil DUN

daerah Selangau untuk bersama-sama merasmikan program Karnival Pendidikan

Khas.

Tindakan : Semua Pihak

4.0 Perbincangan Aktiviti

4.1 Aktiviti yang Dirancang

4.1.1 Mesyuarat telah membuat keputusan bahawa akan melakukan beberapa jenis

program seperti yang telah dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa yang lepas

akan mengalami beberapa perubahan tarikh kerana terdapat perubahan tarikh

untuk Peperiksaan Akhir Penggal tahun 2022 yang lalu. Tarikh baharu yang telah

dipersetujui bersama adalah seperti yang berikut :

a. Pertandingan Video Pendek (Cintailah Sungai Kita) - Mei 2023

b. Lawatan Ke Sekolah TS25 - Mei 2023

c. Sambutan Bulan Kemerdekaan - Ogos 2023

d. Aktiviti Persatuan Sukan Antara Sekolah - September 2023

e. Program Guru Penyayang - Oktober 2023

f. Jamuan Akhir Tahun - November 2023

Tindakan : AJK yang terlibat


4.1.2 Semua AJK yang terlibat dengan mana-mana aktiviti yang telah dirancangkan

perlu menyediakan kertas cadangan mengenai pelaksanaan untuk setiap program

yang akan dilaksanakan itu kelak. AJK terlibat juga perlu melakukan

perbincangan dengan pihak pengurusan sekolah yang dipilih terlebih

dahulu sebelum program dilakukan. Hal ini supaya pihak sekolah boleh membuat

persiapan untuk sebarang bentuk program pada tarikh yang akan ditetapkan.

Semua kertas cadangan yang berkaitan dengan program yang bakal

dilaksanakan hendaklah disiapkan sebelum tarikh yang telah ditetapkan.

4.1.3 Berkaitan dengan perbelanjaan untuk semua program yang dilakukan, majlis

akan membuat perbincangan bersama pihak sekolah dan akan memohon bantuan

daripada pelbagai jenis agensi yang berkaitan.

Tindakan : AJK yang terlibat dan bendahari

4.2 Laporan Kewangan

4.2.1 Bendahari telah membentangkan penyata kewangan persatuan dan dimaklumkan

bahawa persatuan mempunyai baki dalam akaun sebanyak RM 891.00.

4.2.2 Mesyuarat menerima penyata kewangan yang telah dibentangkan

Tindakan : Maklum

5.0 Hal-hal Lain

5.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa SK Nanga Selangau, telah dipilih sebagai sekolah

pendidikan khas yang baharu pada tahun 2023.

5.2 Mesyuarat juga bersetuju dengan jumlah enrolman murid pendidikan khas

6.0 Penangguhan/Penutup Mesyuarat


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang dan mesyuarat seterusnya akan dilakukan

pada bulan April 2023.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(CORN AK MIA ) ( A. LATIF ZAIDIL)

Setiausaha Pengurusi Persatuan Pendidikan

Persatuan Pendidikan Khas Khas daerah Selangau.

Daerah Selangau.

(645 patah perkatan)

You might also like