You are on page 1of 5

1. Perkara : MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL.

2 (2023)

2. Tarikh : 18 Julai 2023

3. Hari/Masa : Selasa / 1020-1120 pagi

4. Tempat : SKAA CENTRE

5. Kehadiran : 1. Othman bin Sahmad


2. Dayang Saodah binti Abang Mantaril
3. Julia binti Mohamad Hashim
4. Norihah binti Mustapha
5. Rafeah binti Ahmad
6. Jaidah binti Leh
7. Salmah binti Sahari
8. Johra binti Simawi

Tidak hadir bersebab:

1. Karim Bin Tawi - (Bertugas di BMU English Month)


2. Mazenah Abdul Wahid - ( Bertugas di BMU English Month)
3. Abang Rosni bin Abang Moslini- (Ada kelas Pemulihan)
Agenda:

1. Kata aluan Ketua Panitia


2. Ujian Akhir Sesi Akademik Ogos 2023
3. PBD Ogos 2023
4. PPBM dan PBM- Murid Tahap 1 dan Tahap 2 2023
5. Laporan Penuh Bulan Bahasa Melayu 2023
6. Buku Kehadiran Ilmiah/ Buku catatan Ilmiah 2023
7. Hal-hal lain
Bil Keputusan /Mesyuarat/Perkara Tindakan

Kata-kata Aluan Ketua Panitia


Ketua Panitia mengucapkan ribuan Terima kasih atas kehadiran semua ahli panitia. Ketua
Panitia mengingatkan ahli tentang tanggungjawab masing-masing dalam memastikan
1.
kejayaan Panitia. Ucapan terima kasih juga atas kejayaan Penganjuran Bulan Bahasa Melayu
yang telah berlangsung pada bulan Jun yang lalu.

1.1 Tiada perkara berbangkit dalam mensyuarat Bil. 1 yang lalu.


1.2 Pengesahan minit mesyuarat Bil.1 oleh Cikgu Rafeah binti Ahmad dan disokong
oleh Cikgu Julia binti Mohd. Hashim.

Ujian Akhir Sesi Akademik Ogos 2023


2.1 Tarikh cadangan oleh pihak pentadbir pada 7-11 Ogos 2023
2.2 Pemilihan kertas soalan pada buku yang dipersetujui dan dipilih oleh semua ahli
panitia.
2.3 Format kertas soalan
2.3.1 Bahagian A (10 Markah)
Tatabahasa dan pemahaman petikan (10 soalan)
2.3.2 Bahagian B (10 Markah)
Pemahaman petikan serta respons kreatif (2 soalan)
2.3.3. Bahagian C (10 Markah)
2. Penulisan perenggan/ulasan (1 soalan)
2.3.4 Bahagian D (20 Markah)
Penulisan Karangan (1 soalan)
2.4 Pembahagian soalan telah ditetapkan dan dipersetujui seperti yang di bawah:
Tahun 1 : Cikgu Jaidah binti Leh
Tahun 2: Cikgu Salmah binti Haji Sahari
Tahun 3 : Cikgu Maszenah Abdul Wahit
Tahun 4 : Cikgu Julia dan Cikgu Rafeah
Tahun 5 : Cikgu Karim dan Cikgu Norihah
Tahun 6: Cikgu Othman dan Cikgu Johra

2.5 Pelantikan Penyelaras Tahap 1 - Cikgu Salmah bt. Haji Sahari


Pelantikan Penyelaras Tahap 2 - Cikgu Karim bin Tawi
PBD Ogos 2023
3.1 Ketua Panitia mengingatkan ahli menggunakan tapak yang telah sedia ada dan cakna
akan tarikh pengisian mengikut takwim kurikulum SKAA 2023. Ketua Panitia
mengingatkan agar tamplet yang telah lengkap diisi harus diberi salinan kepada
3. Penyelaras Tahap 1 dan 2 dan turut diberi kepada Ketua Panitia.

Program Pembangunan Bakat Murid (PPBM) dan Program Bantu Membaca(PBM)


4.1 Edaran Kertas Perlaksanaan Program ini ada dalam Kumpulan Whatsapp Panitia Bahasa
Melayu (Edaran pada 16 Julai 2023)-sila baca dan fahamkan
4.2 Borang Pencapaian dan senarai murid yang terlibat dalam program telah diberi salinan
4.
kepada guru mata pelajaran yang terlibat.
4.3 Ralat tarikh pada Borang Pencapaian bukan bermula Ogos-Disember tetapi pada 07
Ogos 2023- 09 Februari 2024.
4.4 Tarikh penyaluran dan agihan peruntukkan ialah pada 31 Julai- 04 Ogos 2023.
4.5 Program PPBM/PBM 2023 dibawah tugasan penyelaras Puan Jaidah binti Leh
4.6 RPH untuk program ini adalah mengikut RPH Program PPBM/PBM 2022 yang lalu

Laporan Penuh Bulan Bahasa Melayu 2023


5. 5.1 Laporan telah dihantar kepada Pihak Pentadbiran
5.2 Syabas dan tahniah kepada Cikgu Johra selaku Ketua Penyelaras Pertandingan / Program
serta rakan Panitia yang telah menyiapkan laporan lengkap bersama lampiran bergambar
aktiviti bulan Bahasa Melayu 2023.

Buku Kehadiran Ilmiah/ Buku catatan Ilmiah 2023


6. 6.1 Catatan bertaip mesti dihantar kepada KP selewat-lewatnya sebelum perjumpaan ilmiah
iaitu pada hari Selasa seterusnya.
6.2 Sentiasa Peka dengan giliran mencatat minit ketika perjumpaan ilmiah diadakan.
6.3 Tapak lengkap untuk laporan bertaip telah dikongsikan dalam kumpulan Whatsapp
Panitia Bahasa Melayu.
Hal-hal lain

7. 7.1 Ketua Panitia mengingatkan agar papan kenyataan Bahasa Melayu perlu diisi dan
dikemaskini dengan bahan-bahan Bahasa Melayu yang terkini walaupun perlu
dikemaskini seminggu sekali.
7.2 Cikgu Johra bertanya tentang perkembangan atau persiapan ahli yang bertanggungjawab
dalam melatih, merakam dan membawa murid untuk pertangdingan eMas Peringkat
Daerah. Kesemua mereka memberi respons bahawa semua telah bersedia dan ada yang
masih di peringkat pemberian skripdan melatih murid.
Foto-foto Perjumpaan:

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………… ……………………………..
( ) (OTHMAN BIN SAHMAD)
KP BM 2023
SKAA

You might also like