You are on page 1of 3

SPSK PK

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB


BIL 2 2022
SK ( 1 ) JALAN MERU KLANG

Perkara : Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Bil.2/2022


Tarikh : 5 Ogos 2022
Masa : 11.50 Pagi
Tempat : Bilik j-QAF
Kehadiran : 5 orang

Hadir:
Bil. Nama Jawatan
1. En. Jeswant Singh A/L Harnek Singh - Pengerusi
2. Pn. Faizah bt Hassan - Ketua Panitia Pendidikan Islam
3. Pn. Siti Maisarah bt Mabni - Ketua Panitia Bahasa Arab
4. En. Abul Khoir b. Asim - Setiausaha
5. Pn. Ruzilah bt. Rustam - GPI

Bil. Nama Jawatan


1. Tiada -
Tidak Hadir:

Urus setia:
Setiausaha Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab

Agenda mesyuarat:

1. Perutusan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan tahniah diatas kehadiran semua ahli dan
berharap agar semua ahli menjaga kesihatan dengan baik.
1.2 Memberikan persoalan cara untuk meningkatkan murid khatam Al-Quran dalam kalangan
murid Islam.
1.3 Menerapkan konsep Groom To Be Leader dalam sesi pengajaran dan program Islam.
1.4 Waktu Tasmik boleh memberikan fokus kepada murid lemah.
Tindakan: Ahli Panitia

2. Pembentangan dan Pengesahan Minit


Cadang : Abul Khoir Binti Asim
Sokong : Ruzilah Binti Rustam
Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
Bil.1/2022 diterima tanpa sebarang pindaan.
3. Perkara berbangkit
Tiada

4. Perkara Baharu
4.1 Kewangan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab 2022 yang terkini :

- Panitia Agama Islam 2022 : RM 238.00


- Panitia Bahasa Arab 2022 : RM 515.82
Tindakan: Ketua Panitia

4.2 Pentaksiran:

4.2.1 Membuat penilaian murid terhadap penguasaan subjek Pendidikan


Islam.
4.2.2 Membuat penyelarasan terhadap murid yang lemah.

Tindakan: Ahli panitia


4.3 Eazy Tasmik:

4.3.1 Pengisian Eazy Tasmik dilaksanakan pada setiap hujung bulan dan
mengikut kesesuaian keadaan.
4.3.2 Buku rekod tasmik digunakan setiap kali waktu tasmik.

Tindakan: Guru mata pelajaran

4.4 Program Awal Muharam


4.4.1 Aktiviti Awal Muharam dilaksanakan secara gabungan kelas.
4.4.2 Tayangan video dan kuiz dilaksanakan sebagai pengisian Awal
Muharam.
4.4.3 Hadiah Kuiz disediakan.
4.4.4 Cadangan Gabungan Kelas-
a) Tahun 2,5 dan 6 (Jumaat) 7:30 Pagi
b) Tahun 1,3 dan 4 (Selasa) 8:30 Pagi

Tindakan: Ahli Panitia

4.5 Kem Bestari Solat


4.5.1 Semua murid Islam terlibat bermula dari tahun 1 sehingga tahun 6.
4.5.2 Guru-guru Islam terlibat sebagai fasi murid.
4.5.3 Lebih berfokus pada bacaan wajib dalam solat.
4.5.4 Tarikh cadangan 24/8/2022.
Tindakan: Ahli Panitia
4.6 Kem Cemerlang Jawi:

4.6.1 Sasaran murid mengikut kelas dan berfokus pada murid yang lemah
jawi.

4.6.2 Tarikh cadangan 12-14 September 2022.

Tindakan: Ahli Panitia

4.7 Bacaan Yassin:

4.7.1 Dilaksanakan pada setiap hari jumaat.


4.7.2 Diketua oleh murid-murid dan guru sebagai pembimbing.
4.7.3 Groom To Be Leader by murid.
4.7.4 Bacaan Yassin dimulakan pada 7:15 Pagi.

Tindakan: Ahli Panitia


5. Pembentangan Kertas Kerja
- Tiada

Tindakan: Makluman

6. Hal – hal lain


6.1 Buku Penggunaan Bilik j-QAF perlu disediakan.
6.2 Lawatan dan penyeliaan surau akan dijalankan.

7. Penangguhan Mesyuarat

7.1 Ucapan terima kasih dan berharap agar perancangan Panitia Agama Islam
dan Bahasa Arab dapat dilaksanakan dengan baik.
Mesyuarat ditangguhkan pada 1:20 Tengah Hari.

Disediakan Oleh :
Abul

Abul Khoir Bin Asim


Setiausaha Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab
SK(1) Jalan Meru

You might also like