You are on page 1of 5

PANITIA BAHASA ARAB

SK ST EDWARD BELIMBING, PADAWAN


MINIT MESYUARAT
PANITIA BAHASA ARAB
BIL. 1/2015
TARIKH :-

HARI :-

MASA :-

TEMPAT :- PUSAT SUMBER, SK ST EDWARD BELIMBING

KEHADIRAN :- Pn. Nora Ak Jeffery Bana (PK 1)


Pn. Marieta Ak Dewok (PK HEM)
En. Nelson Bayang Ak Chakong (PK KK)
Pn. Juwin Ak Ganyat
Cik Siti Khatijah Bt Istadi
En. Earlonzer Ak Albert Boyo
En. Sufian Bin Md Sabri
En. Muhammad Ridhwan Bin Azhar
En. Nazrie Bin Hizazi
En. Nazli Bin Beseli

AGENDA :- 1) Penubuhan Ahli Jawatankuasa Panitia 2015


2) RPT, RPH & Format Soalan
3) Aktiviti / Program Panitia
4) Kewangan Panitia
5) Hal-hal lain

Naib Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke
mesyuarat Panitia Bahasa Arab kali pertama bagi sesi 2015.

1
PANITIA BAHASA ARAB

Bil Perkara Tindakan

1. Penubuhan Ahli Jawatankuasa Panitia 2015

1.1 Penubuhan Ahli Jawatankuasa Panitia Bahasa Arab bagi tahun


2015 disusun semula dengan melibatkan semua guru. Makluman

1.2 Carta Organisasi Panitia Bahasa Arab 2015 adalah seperti


Lampiran A yang dikepilkan bersama.

2. RPT, RPH, Format Soalan dan Pencerapan

2.1 Rancangan Pengajaran Tahunan telah diselaraskan format dan


agihan tajuk sepanjang tahun bagi semua kelas yang terlibat.
Guru dinasihatkan supaya menyelaraskan minggu
persekolahan dengan rancangan yang ditetapkan. Semua guru
Bahasa
2.2 Rancangan Pengajaran Harian mengikut apa yang telah Arab
diselaraskan seperti tahun sebelumnya cuma terdapat sedikit
penambahan bagi format penulisan dwi bahasa bagi tujuan
penyemakan oleh Guru Besar.

2.3 Format Soalan Bahasa Arab adalah seperti kertas soalan ujian
yang lepas dan muka depan kertas soalan akan diselaraskan
oleh setiausaha peperiksaan.

2.4 Pencerapan terhadap semua guru subjek termasuk Bahasa


Arab akan ditentukan oleh pihak pentadbiran.

2
PANITIA BAHASA ARAB

3. Aktiviti / Program Panitia Pendidikan Islam dan Moral

Aktiviti Pendidikan Islam

3.1 Bulan Bahasa Arab

Bulan Bahasa Arab telah ditetapkan pada Bulan Mac dan


perincian berkenaan pengisian program akan dibincangkan lagi
dengan pentadbiran. Secara umumnya objektif bulan tersebut
adalah untuk mencungkil bakat bertutur dalam Bahasa Arab di
kalangan murid.

3.2 Sudut Bahasa Arab

Menghidupkan sudut Bahasa Arab yang ada di dalam kelas


dengan kalimah atau perkataan hasil kerja murid untuk rujukan.
Di samping itu turut menambah pengetahuan tambahan
berkenaan Bahasa Arab pada ruangan di luar kelas yang telah
di sediakan.

3.3 Lorong Ilmu

Menggantung perkataan atau kalimah Bahasa Arab yang mudah


dan biasa digunakan dalam pertuturan seharian. Ini bertujuan
untuk membiasakan murid dengan penggunaan bahasa tersebut
dalam kehidupan seharian khususnya ketika berada di kawasan
sekolah. Dan pada tahun ini akan diperbanyakkan lagi di sekitar
kawasan sekolah.

4. Kewangan Panitia

4.1 Maklumat berkenaan dengan kewangan panitia akan


dimaklumkan setelah mendapat arahan dan maklumat daripada
pentadbiran sekolah.

3
PANITIA BAHASA ARAB

5. Hal-hal lain

5.1 Terdapat maklum balas ibubapa yang menyatakan bahawa


mereka tidak mampu untuk menjelaskan kepada murid
seandainya ada kerja sekolah yang perlu disiapkan di rumah.
Maka tindakan panitia adalah dengan cara menyiapkan kerja
hanya di dalam kelas ataupun menerangkan arahan untuk
setiap latihan yang diberikan supaya murid faham dan boleh
buat dengan betul.

Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan mengucapkan salam dan terima kasih kepada
semua yang hadir. Mesyuarat ditangguhkan pada Jam 1600

 Dicadang oleh En. Nazrie bin Hizazi


 Disokong oleh En. Muhammad Ridhwan Bin Azhar

Disediakan oleh :- Disemak oleh :-

__________________________________ __________________________
( MUHAMMAD RIDHWAN BIN AZHAR ) ( NORA AK JEFFERY BANA )
Setiausaha Penolong Kanan Akademik
Panitia Bahasa Arab SK ST Edward Belimbing,
SK ST Edward Belimbing, Padawan.
Padawan.

4
PANITIA BAHASA ARAB

Minit disahkan dalam Mesyuarat Panitia Bahasa Arab Bil. 2./2015 pada
…………………….., Jam ……………………………. Bertempat di
………………………………..SK ST Edward Belimbing, Padawan.

…………………………………………………
( )

You might also like