You are on page 1of 3

PANITIA BAHASA ARAB

SEK. KEB. PULAU JUAR, KG. GAJAH, PERAK

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA 2020


TARIKH : 20 JANUARI 2020

MASA : 1.30 TGH

TEMPAT : BILIK GURU

KEHADIRAN :

1. En. Mior zakaria Bin. Abdul wahab Guru Besar

2. Pn Haliza Binti Maatan Guru Kanan Pentadbiran

2. En Muhammad Azhan B. Jamaludin Ketua Panitia

3. En. Ahmad Hussaini Bin Jamil Setiausaha

4. Pn. Rosni Binti Ismail Bendahari

1.0 Ucapan pengerusi


1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan membaca ummul kitab
1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran en mior dan semua yang hadir serta mengucapkan
terima kasihatas kehadiran pada mesyuarat panitia bahasa arab kali pertama 2020
2.0 Ucapan penasihat tuan guru besar
2.1 Tuan guru besar mengalu-alukan kehadiran ahli panitia ke mesyuarat panitia bahasa
arab kali pertama 2020
2.2 Panitia bahasa arab perlu memastikan pencapaian semasa murid dalam mata pelajaran
bahasa arab
2.3 Beliau meminta guru bahasa arab memastikan dsk dan dskp lengkap bagi setiap tahun

tindakan : makluman

3.0 Pengesahan minit mesyuarat


3.1 En. Azhan telah mencadangkan minit mesyuarat di sahkan

4.0 Menerima laporan berbangkit


4.1 Pn Rosni mengesahkan minit mesyuarat dan di sokong oleh En . Ahmad Husaini.
5.0 Perkara berbangkit
5.1 mesyuarat panitia bahasa arab perlu di adakan 3 kali setahun
5.2 En Mior Zakaria mengingatkan bahawa agar minit mesyuarat perlu di siapkan sekurang-
kurangnya dalam masa tujuh hari, salinan tersebut perlu di hantar kepada guru
besar,guru kanan pentadbiran serta di dalam fail panitia
5.3 Pengerusi mengingatkan setiap guru hendaklah memilih sukatan pelajaran,hurain
sukatan pelajaran,dokumen standart kurikulum prestasi (dskp) dan dokumen standart
kurikulm.
5.4 Setiap guru perlu menyediakan pelaporan offline yang lengkap bagi tahun 1-6, guru
boleh muat turun dilaman web bpk

Tindakan : Makluman
6.0 Pembentangan kewangan
6.1 Pn Haliza meminta jika guru ingin membeli barang berkaitan panitia bahasa arab,guru
perlu mengisi borang pesanan
Tindakan : Guru Mata pelajaran

7.0 Laporan dan perancangan aktiviti


7.1 Pengerusi mencadangkan aktiviti panitia tahun 2020 akan di teruskan untuk tahun 2019,
malah akan di tambah beberapa aktiviti mengikut takwim sekolah antaranya :-
-mesyuarat panitia
-info bahasa arab di kelas
-info bahasa arab setiap hari jumaat
-bulan bahasa
-aktiviti dakwah/hari kebesaran islam
Tindakan : makluman
8.0 Hal hal lain
8.1 Pn. Rosni meminta semua guru membantu murid dalam peningkatan penguasaan kosa
kata dalam bahasa arab
8.2 En Ahmad Husaini meminta semua ahli panitia memastikan semua murid membalut dan
menulis nama pada buku teks dan buku aktiviti

tindakan : makluman
9.0 Ucapan penangguhan
9.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru panitia bahasa arab yang sudi
hadir dan memberikan kerjasama
9.2 Mesyuarat di tangguhkan pada jam 3.30 Petang.
Disediakan oleh, DIsahkan oleh,

......................................................................... ……………………………………………………………………………
(EN MIOR ZAKARIA BIN ABDUL WAHAB)
(EN MUHAMMAD AZHAN B.JAMALUDIN)
GURU BESAR
KETUA PANITIA BAHASA ARAB
SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU JUAR
SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU JUAR

You might also like