You are on page 1of 5

HEM : UNIT 3K 2018

MINIT MESYUARAT KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN (3K)


SEKOLAH KEBANGSAAN PASOH 3 (F), 7200 BATU KIKIR,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Bil. 1 / 2018

Tarikh : 11 Januari 2018


Hari : Khamis
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Guru SK Pasoh 3 (F)
Kehadiran :
1. En. Mohd Fadzil Bin Abd Latif GPK HEM
2. Pn. Siti Norhaida Binti Razali Ketua 3K
3. Pn. Hafizatulfadilla Bt Mohd Amin JK 3K
4. Pn. Hasniza Binti Sulan JK Keselamatan
5. Pn. Nur Zafirah Binti Hassan@Zahari JK Kebakaran
6. Aisha Beevi Bt Zainal Abidin JK
Kesihatan/Rawatan
7. Zunurain Binti Zulkefli JK Denggi

AGENDA MESYUARAT

1. Kata -Kata Aluan

1.1 En. Mohd Fadzil Bin Abd Latif (GPK HEM)


1.1.1 GPK HEM mengucapkan terima kasih kepada guru-guru kerana hadir
ke kerjasama dari
semua pihak dalam menjayakan Program 3K wajib dilaksanakan
disekolah seperti Garis
panduan yang diarahkan oleh KPM.

1.1.2 Mesyuarat ini adalah untuk berbincang rancangan-rancangan yang


telah dirancang oleh
AJK Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan .Mesyuarat juga
bertujuan menyelaras
program yang dirancangkan supaya kita dapat mengadakan program
yang disepadukan untuk menjimatkan kos.
Tindakan : Makluman

1.2 Ucapan Ketua Program 3K (Pn. Siti Norhaida Binti Razali)


1.2.1 Pn. Siti Norhaida Binti Razali mngucapkan terim kasih kerana datang
pada mesyuarat hari
ini. Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaras aktiviti 3K bagi tahun
2018. Ia juga adalah
perbincangan dan cadangan penambahbaikan untuk meningkatkan imej
sekolah.
Tindakan : Makluman

2. Membentang dan Mengesahkan Minit

1
HEM : UNIT 3K 2018

2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lepas untuk diterima dan
seterusnya disahkan.

2.2 Cadangan : Pn. Aisha Beevi Bt Zainal Abidin


Disokong oleh : Pn. Hasniza Binti Sulan
Tindakan : Makluman
3. Perkara Berbangkit
3.1 Tiada Perkara Berbangkit

4. Perancangan Setiap Unit 3K


4.1 Aktiviti Tahunan Keceriaan/Kebersihan (Pn. Siti Norhaida Binti
Razali )

4.1.1 Keceriaan Kelas seperti susun atur dan hiasan kelas pada minggu
pertama persekolahan.

4.1.2 Gotong-royong Perdana peringkat SKP3(F) fokus untuk membersihkan


kawasan-kawasan
seperti kelas, bilik-bilik khas dan kawasan padang sekolah.

4.1.3 Keceriaan Tandas


4.1.3.1 Pintu tandas dan selak akan dibaiki
4.1.3.2 Cadangan untuk mengecat dinding tandas dengan pelbagai
jenis warna supaya
nampak ceria.
4.1.3.3 Cadangan untuk mengecat doa masuk ke tandas pada dinding
sebagai panduan
kerana penggunaan kertas tidak efektif dan tidak tahan lama

4.1.4 Tampal dan gantung kata-kata hikmah di kantin dan laluan gajah
menyusur menggunakan
bahan yang keras. Polisterin dan kayu tidak sesuai. Cadangan untuk
menulis dan mengecat kata-kata hikmah di tangga menggunakan cat
minyak supaya lebih berwarna-warni dan cantik.

4.1.5 Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas 2018


4.1.5.1 Mingguan Tahap 1 dan Tahap 2 = Plug Pusingan dan Token
Kemenangan
4.1.5.2 Keseluruhan Bulanan = RM20.00 bagi Tahap 1 dan RM20.00
bagi Tahap 2
4.1.5.3 Pemenang Keseluruhan Tahunan = Hadiah bernilai RM100.00
4.1.5.4 Penilaian dibuat melibatkan aspek ;
a) Kebersihan lantai, tingkap,siling dan dinding.
b) Papan kenyataan hadapan (maklumat kelas dan
maklumat sekolah) dan papan kenyataan belakang;
- Visi dan Misi
- Jadual Waktu
- Jadual Bertugas

2
HEM : UNIT 3K 2018

- Carta Organisasi
- Senarai Pelajar
- Senarai Inventori
- Peraturan Kelas
- Pelan Kebakaran
- Sudut Mata Pelajaran
- Sudut Bacaan
- Sudut Pengiktirafan Kelas
- Hiasan dan kata-kata motivasi
- Susun atur perabot (kerusi,meja, almari dll) termasuk
selepas waktu
persekolahan

Tindakan : Semua Guru, Murid dan Kakitangan


4.2. Keselamatan (Pn. Hasniza Binti Sulan)

4.2.1 Pn. Hasniza Binti Sulan memaklumkan berkaitan dengan SURAT


PEKELILING IKHTISAS berkaitan keselamatan seperti berikut :

4.2.1.1 Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah. 8 ( 88 )


4.2.1.2 Keselamatan Diri Murid Pergi Dan Balik Ke Sekolah. 8 ( 99 )
4.2.1.3 Menangani Masalah Keselamata, Dadah Dan Gengster. 6 ( 00 )
4.2.1.4 Mencegah Kebakaran Di Sekolah. 7 ( 00 )
4.2.1.5 Pelaksanaan Program Sekolah Selamat. 4 ( 02 )
4.2.1.6 Langkah-Langkah Keselamatan Semasa Mengikuti Aktiviti /
Program Di Luar
Waktu Persekolahan. 8 ( 09 )
4.2.1.7 Pengurusan Keselamatan Murid Di Sekolah. 8 ( 11 )

4.2.2 Aktiviti Tahunan Peningkatan Keselamatan Sekolah


4.2.2.1 Pergi Dan Balik Sekolah Dengan Selamat
4.2.2.2 Sifar Ponteng
4.2.2.3 Bilik-Bilik Selamat
4.2.2.4 Persekitaran Selamat
4.2.2.5 Kehilangan Harta Benda
4.2.2.6 Keselamatan Di Waktu Pagi Dan Rehat
4.2.2.7 Program bersama anggota keselamatan berkaitan dengan
ceramah keselamatan
serta demonstrasi memadam kebakaran, menangkap ular dan
pertolongan cemas.
Tindakan : JK Keselamatan dan Kebakaran

4.2.3 Pemeriksaan alat pemadam api yang sudah tamat tempoh dan perlu
ditukar ganti.
Tindakan : JK Keselamatan

4.2.4 Pelan laluan kecemasan perlu dikemaskini dan diletakkan ditempat


yang strategik.
4.2.5 Latihan Kebakaran peringkat sekolah akan diadakan 2 kali setahun.
Tindakan : JK Kebakaran

3
HEM : UNIT 3K 2018

4.3 Kesihatan / Rawatan (Pn. Aisha Beevi Bt Zainal Abidin)

4.3.1 Aktiviti Tahunan berkaitan Kesihatan Sekolah


4.3.1.1 Program Perkhidmatan Pergigian bersama KKM
4.3.1.2 Sekolah Bebas Denggi – Laporan ditulis setiap minggu dan
hantar
4.3.1.3 Tubuh Skuad Denggi Dari Kelab Doktor Muda
4.3.1.4 Rancangan Makanan Tambahan
4.3.1.5 Sekolah Kawasan Larangan Merokok
4.3.1.6 Program Anti Dadah
4.3.1.7 Program Gaya Hidup Sihat
4.3.1.8 Program Kecergasan dan Gaya Hidup Sihat – Panitia PJPK
4.3.1.9 Ceramah Kesihatan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia

4.3.2 Pn. Aisha Beevi Bt Zainal Abidin memaklumkan bahawa setiap hari
Isnin pengawas sekolah
akan melakukan pemeriksaan kuku kepada semua murid. Untuk
tindakan susulan pula, kuku
murid yang panjang akan dipotong pada hari tersebut juga dan
memberikan amaran secara lisan kepada murid yang berkenaan. Setiap
kelas akan dibekalkan dengan pengetip kuku dan akan digantung di
hadapan kelas, ianya bertujuan agar murid sentiasa memastikan
menjaga kebersihan kuku.
Tindakan : Makluman

4.3.3 Pemeriksaan pakaian, kasut dan stoking juga dibuat pada setiap hari
Isnin agar
memastikan murid-murid sentiasa menjaga kebersihan diri.
Tindakan : Guru bertugas dan Pengawas Sekolah

5. Hal-Hal Lain

5.1. En. Mohd Fadzil Bin Abd Latif ( GPK HEM)


5.1.1 Beliau berharap semua pihak akan melaksanakan tanggungjawab
masing-masing demi sekolah tercinta dan juga untuk anak-anak murid
hasil didikan kita supaya mereka dapat belajar dalam suasana yang
kondusif dan lebih selamat.
Tindakan : Makluman
5.1.2 Mengingatkan guru-guru agar membuat laporan selepas setiap program
yang telah dijalankan.
Tindakan : Semua JK 3K
5.1.3 Beliau mengingatkan agar laporan denggi dibuat setiap minggu dan
dihantar.
Tindakan : JK Denggi

6. Ucapan Penangguhan

4
HEM : UNIT 3K 2018

6.1 Berterima kasih atas pandangan, kerjasama dan komitmen semua guru semasa
mesyuarat.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh :

……………………………………………….
(SITI NORHAIDA BINTI RAZALI)
Penyelaras Program 3K 2018
Sekolah Kebangsaan Pasoh 3 (F)

You might also like