You are on page 1of 4

SPSK PK 07/3

SK (P) PUDU SATU

MINIT MESYUARAT 3K
BIL. 1/ 2019

Tarikh : 31 Januari 2019


Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran
1. Pn. Nor Selina binti Ghazali
2. Pn. Hanani binti Ishak
3. Pn. Amira Nadjwa binti Mat Isa (Kebersihan)
4. En. Samsu Bahri bin Muhamad@Husain (Keselamatan)
5. Pn. Nor Izwanis binti Yaakub (AJK)
6. Cik Nurulazmira binti Azmi (AJK)

1. Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli jawantankuasa dan


mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran dan komitmen yang
diberikan.
Tindakan : Makluman

2. Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Pn.Hanani mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan dan


disokong sebulat suara.
Tindakan : Makluman

3. Perkara – Perkara berbangkit Dari Mesyuarat Lepas


Tiada perkara berbangkit.
Tindakan : Makluman

1
SPSK PK 07/3

4. Agenda Baru

4.1 Rancangan Tahunan

Pengerusi menyatakan bahawa mesyuarat Unit 3K akan diadakan sebanyak


tiga kali setahun. Pengerusi juga telah menerangkan tentang kepentingan Unit
3K di sekolah. Menurut Pengerusi, 3K merangkumi semua bidang dan semua
premis yang berada dalam kawasan sekolah. Oleh itu semua AJK mesti
memberi keutamaan terhadap program 3K. Pihak sekolah perlu mengadakan
program 3K secara terancang dan sistematik. Selepas itu penilaian semula
harus diadakan bagi ketiga-tiga bidang ini.

Surat Pekeliling dengan Rujukan KP BSSPPK 601/8/1(7) mengingatkan


dengan tegas bahawa aspek 3K harus dititikberatkan di sekolah. Semua
kawasan dan premis sekolah seperti pejabat, semua bilik dan tandas perlu
mengamalkan aspek 3K.

Bagi tahun 2019, setiap unit daripada 3K akan menjalankan beberapa program
yang telah dirancang. Program-program yang dirancang ini adalah
berpandukan perancangan strategik dan keperluan semasa. Diharapkan semua
guru yang terlibat dengan program-program yang telah dirancang dapat
menjalankan tugas masing-masing.

Tindakan / Makluman : Jawatankuasa 3K


4.2 Agihan Tugas AJK

Bagi melicinkan pelaksanaan program, agihan tugas perlu dilakukan mengikut


Unit 3K. Unit-unit ini kemudiannya perlu memperincikan tugas kepada
jawatankuasa kecil yang lain. Penyelaras setiap unit perlu mengagihkan tugas
dengan adil dan menyerahkan salinannya kepada setiausaha.

A) Unit Kebersihan dan Keceriaan


i. Pertandingan kebersihan antara kelas (Unit Kebersihan)
ii. Gotong-royong perdana (Unit Kebersihan)
iii. Pemantauan kebersihan dan keceriaan bilik segar (Unit
Kebersihan)
iv. Pertandingan keceriaan kelas (Unit Keceriaan)
Tindakan / makluman : Puan Hafisyoh

B) Unit Keselamatan
i. Cara pelajar pergi dan balik sekolah dengan selamat
ii. Program peningkatan keselamatan bangunan dan kawasan
iii. Program latihan memadam kebakaran
iv. Program pencegahan kebakaran
Tindakan / makluman : Encik Samsu Bahri

C) Unit Kesihatan (Pn. Hanani binti Ishak)

2
SPSK PK 07/3

i. Program bebas denggi


ii. Melengkap dan mengemaskini buku rekod kesihatan
iii. Program ujian saringan mata
iv. Program pemeriksaan gigi
v. Program ceramah kesihatan
Tindakan / Makluman : Puan Hanani

4.3 Tatacara Pemantauan

Setiap program yang dijalankan perlu mempunyai tatacara atau pemantauan.


Pengerusi telah mengambil beberapa contoh tatacara dan pemantauan yang
boleh dilakukan terhadap beberapa aktiviti yang telah dirancang.

4.3.1 Surat Kebenaran Ibu Bapa


Guru yang menjalankan kelas tambahan perlu mendapatkan surat kebenaran
dan memasukkan surat itu ke dalam fail khas.
Makluman
4.3.2 Pertandingan Kelas Terbersih
Unit Kebersihan perlu memaklumkan kepada murid tentang pertandingan ini
kepada murid dalam perhimpunan supaya murid jelas tentang syarat-syarat
pertandingan. Dokumen tentang pertandingan perlu lengkap. Pertandingan ini
akan bermula pada bulan Februari.
Tindakan : Pn. Hafisyoh

4.3.3 Program Pencegahan Kebakaran


Unit Keselamatan perlu mempunyai tatacara keluar masuk premis dalam
pelan laluan kecemasan. Unit ini juga perlu mengenal pasti jenis alat
pemadam api dan tempat letak alat pemadam api yang sesuai. Bilik khas,
makmal dan bengkel perlu mempunyai alat pemadam api. Latihan kebakaran
perlu dijalankan. Unit Keselamatan juga perlu mengenal pasti kedudukan
kotak fius di sekolah dan membuat pelan kedudukan kotak fius setiap blok.
Salinan pelan peru diserahkan kepada setiausaha.

Tindakan : Encik Samsu Bahri

4.3.4 Program Bebas Denggi


Penyelaras perlu menyediakan folder yang mengadungi dokumen dan gambar.
Squad Bebas Denggi perlu aktif bergerak.

Tindakan : Puan Hanani

4.3.5 Ujian Saringan Mata


Keputusan ujian saringan mata murid perlu diberikan kepada ibu bapa agar
mereka boleh membawa anak berjumpa dengan doktor.

Tindakan : Guru Kelas


4.3.6 Ceramah Kesihatan
Unit Kesihatan mungkin boleh mengadakan ceramah kepada murid. Unit ini
boleh cuba menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah untuk mendapatkan
penceramah. Tempahan perlu dibuat lebih awal,

3
SPSK PK 07/3

Tindakan : Puan Hanani


4.3.7 Pemeriksaan Peti Kecemasan
Penyelaras kesihatan dikehendaki mengumpul data tentang peti kecemasan di
sekolah ini. Tarikh luput ubat perlu diberi perhatian. Isi peti kecemasan boleh
didapati dari PBSM atau St John Ambulance.
Tindakan : Puan Hanani

5. Hal –Hal Lain

6.1 Borang kebersihan dan keceriaan kelas perlu disediakan oleh setiausaha untuk
mengambil markah kebersihan dan keceriaan kelas pada setiap minggu.
6.2 Lantikan skuad COMBI telah diadakan pada 29 Januari 2018.
6.3 Surat penubuhan skuad COMBI sekolah akan di hantar kepada pihak Jabatan
Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL).
6.4 Skuad COMBI sekolah terdiri daripada 3 orang murid tahun 4, 5 dan 6.
6.5 Setiausaha akan menyediakan jadual bertugas untuk skuad COMBI.
6.6 Segala aktiviti yang dijalan perlu disertai dengan laporan.

6. Penutup

6.1 Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua
guru.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang .

Disediakan oleh,

.............................................
(Hanani binti Ishak)
Setiausaha 3K
SK (P) Pudu Satu

You might also like