You are on page 1of 5

PROGRAM UJIAN SEGAK

KERTAS KERJA PELAKSANAAN PROGRAM SEGAK


PERINGKAT SEKOLAH

1. NAMA PROGRAM :

”UJIAN SEGAK 2019”

2. ANJURAN :
Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, SK Seri Pematang Rengas

3. LATAR BELAKANG PROGRAM

SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk
mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan
(SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan
indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada
empat aktiviti iaitu ‘Naik turun bangku’, ‘Tekan tubi’, ‘Ringkuk Tubi Separa’ dan ‘Jangkauan
Melunjur’.

3. TEMA :

”KESIHATAN UNTUK SEMUA”

4. MATLAMAT

4.1 Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk
meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.

4.2 Pemudah cara guru untuk mengisi matlamat dalam PAJSK.

5. OBJEKTIF PENGANJUR

Murid dapat :

5.1. mengetahui kepentingan kecergasan fizikal;

5.2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah;

5.3. menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu;

5.4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui
perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan

5.5. pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.


6.KUMPULAN SASARAN

6.1 Seluruh murid tahap 2 SK Seri Pematang Rengas

7. BUTIRAN PERLAKSANAAN

7.1 Tarikh : 19.03.2019


7.2 Hari : Selasa
7.3 Masa : 7.30-10.00 pagi
7.4 Tempat : Dewan Terbuka SKSPR

8. KOMPONEN KECERGASAN

Antara komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu:

a. Komposisi Badan
b. Daya Tahan Kardiovaskular
c. Daya Tahan Otot
d. Kekuatan Otot
e. Kelenturan

9. ITEM BATERI UJIAN

a. Indeks Jisim Badan


b. Jangkauan Melunjur
c. Tekan Tubi
d. Ringkuk Tubi Separa
e. Naik Turun Bangku

10. PELAN TINDAKAN

Bil Perkara Tarikh Catatan


pelaksanaan
1 Kertas kerja dibuat
2 Mesyuarat bersama guru dan ahli Panitia PJ
4 Pelaksanaan ujian SEGAK oleh Panitia PJ
5 Postmortem
6 Penyediaan laporan & dokumentasi
11. AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : Puan Wahidah bt Ibrahim (Guru Besar)


Pengerusi : En Masrum bin Sy’on (Penolong Kanan Kurikulum)
Naib Pengerusi 1 : Pn Norhadzlin bt Yaakob (Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi 2 : Pn Munawarah bt Sapuan (Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha : En Farid bin Aini (Penyelaras SEGAK)
Bendahari : Pn Suhaili bt Masdar
AJK : Encik Mihamad Safuan bin Che Othman
: En Mohd Haris Zaidi b Omar Ali

12. JAWATANKUASA KERJA

Bil Jawatankuasa Ketua Bidang tugas


1 Penyelaras En Farid bin Aini Menyelaras stesen-stesen ujian
SEGAK.
2 Pengurus teknikal En Mohd Safuan b Che Memastikan peralatan teknikal dalam
Othman keadaan baik dan boleh digunakan.
3 Persiapan Tempat & Semua guru yang mengajar Menyediakan alatan.
Alatan matapelajaran Pendidikan Memastikan alatan mencukupi.
Jasmani Memastikan alatan yang dipinjam
dan dipulangkan mencukupi.

4 Fotografi En Mohd Safuan b Che Mengambil gambar setiap stesen


Othman ujian SEGAK untuk dokumentasi dan
laporan.
5 Senamrobik/ En Mohd Haris Zaidi b Omar Memastikan murid
Memanaskan Badan Ali melakukan warming up sebelum
melakukan ujian SEGAK.
6 Ujian 1 : Naik turun En Farid bin Aini Menunjukkan demostrasi kepada murid.
bangku Memastikan peralatan yang
diperlukan disediakan lebih awal.
Mengambil catatan kiraan nadi setiap
murid.
7. Ujian 2 : Tekan tubi & En Mohd Haris Zaidi b Omar Menunjukkan demostrasi kepada murid.
tekan tubi suaian Ali - Mencatat kiraan yang telah
dibuat dalam borang yang disediakan.
8 Ujian 3 : Ringkuk tubi En Mohd Safuan b Che Menunjukkan demostrasi kepada
separa Othman murid.
Mencatat kiraan yang telah dibuat
dalam borang yang disediakan.
9 Ujian 4 : Jangkauan Pn Suhaili bt Masdar Menunjukkan demostrasi kepada murid.
Melunjur Mencatat kiraan yang telah dibuat
dalam borang yang disediakan.
11 Pencatat statistik Pn Suhaili bt Masdar Mengumpulkan borang maklumat
murid yang telah diisi.
Merekod data yang dikumpulkan.
Membuat analisis data yang
dieperolehi.

13. PELAKSANAAN PROGRAM

Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan. Urutan item bateri ujian
adalah seperti berikut :

1. Indeks Jisim Badan ( BMI )


2. Jangkauan melunjur
3. Tekan tubi ( 1 minit )
4. Ringkuk tubi separa ( 1 minit )
5. Naik turun bangku ( 3 minit )
Persediaan: Murid mestilah melakukan aktiviti memanaskan badan
secukupnya sebelummenjalani ujian.

14. KESELAMATAN

1. Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika:

a. Disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasan fizikal.
b. Mengidap penyakit kronik
c. Tidak sihat pada waktu ujian.
d. Memiliki kad OKU
2. Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik.
3. Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan.
4. Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani.
5. Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan.
6. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan.

15. PELAPORAN

1. Murid perlu merekod hasil ujian mereka.


2. Guru mengesahkan ujian yang telah dilakukan oleh murid.
3. Guru melaporkan hasil ujian.

16.SENARAI ALATAN

BATERI UJIAN ALATAN


Ukuran Antropometrik ( BMI ) Penimbang berat dan pengukur ketinggian.
Jangkauan melunjur Alat pengukur jangkauan
Tekan tubi Tilam gimnastik
Ringkuk tubi separa Pita pelekat
Pita ukur
Pelapik getah
Metronome atau rakaman ( 50 detik )
Naik turun bangku Bangku - ketinggian 30.5 cm ( 1 kaki )
Jam randik
Borang skor
Metronome atau rakaman ( 96 detik )

17. ANGGARAN PERBELANJAAN

Tiada

18. BORANG SKOR

Rujuk Lampiran A

20 PENUTUP

Semoga aktiviti seperti ini dapat memberikan pendedahan kepada murid tentang kepentingan
kecergasan dan kesihatan tubuh badan. Semoga segala aktiviti yang dirancang dapat
dijayakan dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

…………………………………………………………… ……………………………………………………………

(EN MOHD FARID B AINI)


PENYELARAS PROGRAM SEGAK
SKSPR

You might also like