You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

GKK 1043
KESIHATAN DIRI DAN KECERGASAN
TUGASAN 4 - PENULISAN REFLEKSI

Nama : TARUNISHA JEGATHESAN


No. K/P : 020131-14-1240
Angka Giliran : 2020242310105
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2020
Unit : W6
Nama Pensyarah : EN SAIFUL BAHRI BIN
MAT
Tarikh Hantar : 10 NOVEMBER 2020
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku PEMERIKSA
bahawa tugasan kerja kursus ini adalah
MODERATOR
hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Markah PENGESAHAN PELAJAR
Markah
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah
Tandatangan
saya rujuki dan
Pelajar:__________________________Tarikh
fahami. :
Tandatanga
_____________________ Tandatanga
n n
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh :
_____________________
ISI KANDUNGAN
Cop Cop

Tarikh Tarikh

TUGASAN 4 : Penulisan Refleksi (10 markah)...............................................................4

2.0 PENGENALAN.............................................................................................................6

3.0 Penulisan Refleksi (10 markah).................................................................................7

4.0 Rujukan....................................................................................................................... 9
TUGASAN 4 : Penulisan Refleksi (10 markah)

i. Menghasilkan penulisan refleksi berkaitan Tugasan 1 hingga 3.


ii. Penulisan refleksi anda seharusnya menunjukkan keupayaan pemikiran reflektif yang
matang serta merujuk kepada mana-mana sumber bahan ilmiah yang relevan.
iii. Panjang penulisan refleksi hendaklah dalam lingkungan 450 patah perkataan.
1.0 PENGHARGAAN

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dapat melaksanakan tugasan GKK 1043
Kesihatan Diri dan Kecergasan dalam masa yang ditentukan. Pertama sekali, saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah En.Saiful Bahri Bin Mat.Tanpa bantuan
beliau tugasan ini tidak dapat dilengkapkan. Saya juga inigin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada rakan-rakan saya, yang telah banyak membantu saya terutamanya ketika
mencari bahan untuk menyiapkan kursus ini.
2.0 PENGENALAN

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)


adalah ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid
berdasarkan kesihatan. Komponen kecergasan dalam SEGAK ini terdapat dalam kurikulum
Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan sekolah menengah.Ujian SEGAK dijalankan di
Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk menilai tahap kesihatan guru pelatih. Seorang guru
perlu beraktif ketika mendidik anak-anak murid dan oleh itu mereka diuji. Menurut Davis
(1991), kecergasan fizikal dalam konteks sukan ialah keupayaan seseorang individu untuk
memenuhi pelbagai keperluan fizikal dan fisiologi dalam melakukan aktiviti sukan tanpa
menyebabkan keadaan keletihan yang keterlaluan. Menurut Sarjit Singh dan Sheikh
Kamaruddin (1988), latihan bererti satu persediaan untuk mencapai tapak yang kukuh
manakala kecergasan menggambarkan tahap keupayaan seseorang individu untuk
berfungsi dengan cekap dan berkesan tanpa cepat berasa letih dan lesu.
3.0 Penulisan Refleksi (10 markah)

Ujian pertama yang kita telah lakukan ialah Ujian Indeks Jisim Badan(BMI). Indeks
jisim badan adalah ukuran untuk menilai berat badan anda berbanding dengan
ketinggian.BMI dikira dengan berat seseorang dalam kilogram(kg) dibahagikan dengan
ketinggiannya dalam meter kuasa dua.Ujian pra segak telah dijalankan pada 15 September
2020. Pada masa itu, 5 ujian telah dilaksanakan. Salah satunya adalah Ujian BMI.Berat dan
ketinggian saya telah diukur dan dicatat dalam borang skor.
Selain itu, ujian naik turun bangku pula dijalankan. Ujiam itu berjangka masa selama
3 minit. Sebelum ujian ini dijalankan kami menjalankan satu sesi mesyuarat dalam kalangan
pelajar sekelas. Mesyuarat ini berlangsung melalui media komunikasi iaitu ’Google Meet’/
hal ini kerana, pandemik covid-19 kami tidak kerap berjumpa secara fizikal. Pada hari ujian
itu, kami menjalani latihan naik turun bangku. Kami membuatnya secara serentak. Selepas 3
minit, kami perlu mengira kadar nadi bagi satu minit. Matlamat ujian ini adalah untuk menilai
daya tahan kardiovaskular seseorang. Kadar denyutan nadi pada ujian pra ini menunjukkan
keputusan yang kurang baik mungkin kerana pada ketika itu saya lama tidak melakukan
aktiviti fizikal dan badan saya tidak sepenuhnya bersedia untuk melakukan ujian segak
tetapi pada ujian post yang dilakukan pada 3 Oktober 2020, bilangan nadi dalam masa
seminit kurang dariapada ujian pra. Selepas melihat skor ujian ini saya berasa gembira
kerana ia menunjukkan peningkaan dalam daya tahan kardiovaskular saya.
Kemudian,ujian tekan tubi dijalankan. Ujian ini bertujuan untuk mengukur daya
tahanotot lengan dan bahu. Aktiviti tekan tubi bagi lelaki bermula dengan kedudukan sokong
hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan
diluruskan dan pelajar lelaki perlu melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau
metronome dengan kadar 40 detik seminit. Pelajar perlu menurunkan badan dengan
membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span. Mereka harus meluruskan tangan
seperti kedudukan sedia. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan.Tekan tubi diteruskan
sehingga murid tidak berupaya meneruskannya. Ujian akan ditamatkan sekiranya, murid
tidak dapat mengikut rentak rakaman atau metronome atau tidak dapat mengekalkan tekan
tubi dengan sempurna untuk dua ulangan berturut - turut (4 detik metronome) mengikut
rentak setelah ditegur oleh guru. Bagi pelajar perempuan pula, mereka mula dengan
kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan lutut
yang bengkok. Kaki bersilang dan badan diluruskan. Lakukan pergerakan mengikut rentak
rakaman atau metronome dengan kadar 40 detik seminit. Mereka turunkan badan dengan
membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span. Mereka luruskan tangan seperti
kedudukan sedia. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan. Tekan tubi diteruskan
sehingga murid tidak berupaya meneruskannya.

Selepas ujian tekan tubi kami telah melakukan ujian ringkuk tubi separa. Ujian ini
bermatlamat untuk meningkatkan kekuatan abdomen juga. Ujian ini dijalankan dengan murid
memakai kasut yang sesuai. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit kaki
sentiasa menyentuh lantai. Murid perlu membuka kaki seluas bahu. Kedua-dua belah
tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat pertama. Murid A mesti
melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 40 kali
rengkuk seminit. Pada setiap lakuan rengkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-
dua tangan menyentuh bahagian luar pelekat kedua. Bahagian bawah atau belakang badan
hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal (ulang prosedur empat) sebelum
melakukan ulangan yang seterusnya. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan. Murid B
menjaga keselamatan dengan meletakkan kedua tapak tangan selari dengan lantai tanpa
memberi bantuan kepada murid A. Murid B mengira ulangan perlakuan.

Akhir sekali, ujian jangkauan melunjur dilakukan. Murid duduk melunjur tanpa kasut.
Tumit kaki di letak di belakang penanda 23 sentimeter. Kedua-dua kaki lurus sepanjang
masa ujian. Rakan memegang lutut dan tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak
tangan kiri. Dagu dirapatkan ke dada. Tangan dijangkaukan secara perlahan-lahan sejauh
yang mungkin atas pita pengukur. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 2 saat tanpa
menyentap. Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubahan terbaik diambil kira
sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. Murid yang membantu
memegang lutut pelaku tidak menghalang perlakuan.

(643 patah perkataan)


4.0 Rujukan

Corbin, C., & Lindsey. (2007). Fitness for life (5th ed),. Champaign: III. Human Kinetics.

WHO. Obesity : Preventing and managing the global epidemic, Geneva, 3-5 June 1997.

You might also like