You are on page 1of 2

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) KEMASUL

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID BIL 4 / ( 2019 )


Tarikh : 05 – 11 – 2019
Masa : 1:30 p.m.
Tempat : Bilik Bestari
Pengerusi : Pn. Ee Chian Ling ( Guru Besar)
Kehadiran : 7 Orang
Turut : 1. Pn. Ee Chian Ling ( Guru Besar)
Hadir 2. En. Wang Kwang Sung
3. Cik Ling Mei Fong
4. Cik Hooi Chye Ru
5. Pn. Ting Ai Cheng
6. Pn. Liew Yoke Lin
7. En. So Chan Leng

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir mesyuarat pada
petang ini .

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2.1 Minit mesyuarat yang lepas dibentang dan diluluskan sebulat suara.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


Tiada

4.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ISU/LAPORAN

4.1 Disiplin
 Guru disiplin telah membuat laporan dan pengesahan di portal e-ssdm pada setiap hari
Jumaat sepanjang tahun 2019.
 Tiada kes salah laku berat sepanjang sesi persekolah tahun 2019.
 Guru disiplin diminta mengutip semula tali leher yang diberi kepada ketua darjah, pengawas
sekolah,perpustakawan dan ajk tugas khas serta memastikan semua tali leher dalam keadaan
yang baik.
Tindakan: Guru Disiplin
4.2 3K (Kebersihan & Keceriaan)
 Tandas dan persekitaran sekolah dijaga dengan baik dan bersih.
 Persekitaran sekolah menjadi lebih ceria.
 Laporan tandas telah disiap isi.
 Sekolah dalam lingungan bebas aedes.
 Kebersihan dan keceriaan sekolah boleh dipertingkatkan lagi.
Tindakan: Makluman
4.3 3K (Keselamatan)
 Semua guru selalu memberi peringatan kepada murid-murid supaya mereka mementingkan
keselamatan diri.
 Keselamatan sekolah tahun 2019 adalah memuaskan.
 Pihak sekolah akan menjalankan latihan kawad api kali kedua pada 11 November.
Tindakan: Makluman
4.4 Rekod Kedatangan murid
 GPK HEM akan mencetak rekod kedatangan murid bulan November pada 22 November.
Tindakan: GPK HEM

4.5 SPBT
 Guru SPBT akan mengutip buku teks murid-murid pada 6 November.
 Murid yang telah memulangkan buku SPBT perlu menandatangani borang G.
 Murid akan mendapat buku teks selepas penyelaras SPBT menghadiri taklimat
pengagihan dan pengambilan buku SPBT.
Tindakan:Penyelaras SPBT

4.6 Data APDM


 Semua data murid telah dikemaskini oleh GPK HEM dengan mengikut borang yang diisi
oleh ibu bapa atau penjaga.
Tindakan: GPK HEM

4.7 RMT
 Pelaksanaan RMT bagi Tahun 2019 adalah sehingga 21 November.
 Penyelaras RMT perlu memastikan buku RMT telah disiap isi oleh semua guru bertugas.
 Guru kelas perlu menghantar borng-borang RMT pada 21 November.
 Murid Tahun 2 hingga Tahun 5 telah membuat permohonan RMT bagi Tahun 2020. 4 orang
murid telah diluluskan oleh Jawatankuasa RMT sekolah untuk mendapatkan bantuan ini.
Tindakan: Penyelaras RMT & Guru Kelas

5.0 HAL-HAL LAIN


 Guru Besar berharap semua guru akan membantu antara satu sama lain untuk
meningkatkan prestasi sekolah.

Penutup
a. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada yang hadir.
b. Mesyuarat ditangguhkan jam 3.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………. …………………………
( Ling Mei Fong) ( Ee Chian Ling)
GPK HEM GURU BESAR
SJK (C) Kemasul SJK (C) Kemasul
Tarikh : 05 - 11 -2019 Tarikh : 05 - 11 -2019

You might also like