You are on page 1of 3

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) KEMASUL

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID BIL 3 / ( 2019 )


Tarikh : 14 – 06 – 2019

Masa : 1:30 p.m.

Tempat : Bilik Bestari Sekolah

Pengerusi : Pn. Ee Chian Ling ( Guru Besar)

Kehadiran : 7 Orang
Turut : 1. Pn. Ee Chian Ling ( Guru Besar)
Hadir 2. En. Wang Kwang Sung
3. Cik Ling Mei Fong
4. Cik Hooi Chye Ru
5. Pn. Ting Ai Cheng
6. Pn. Liew Yoke Lin
7. En. So Chan Leng

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir mesyuarat pada
petang ini .

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2.1 Minit mesyuarat yang lepas dibentang dan diluluskan sebulat suara dan tiada
perkara berbangkit.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


Tiada

4.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ISU/LAPORAN

4.1 Guru bertugas mingguan


 Semua guru diingati supaya menjalankan tugas dengan mengikut jadual yang
disediakan.
 Guru-guru perlu menerapkan kesedaran sivik dan amalan murni kepada murid-
murid semasa perhimpunan.
Tindakan: Makluman

4.2 Bilangan Murid


 Terdapat pertambahan 1 orang murid Tahun 2, jumlah murid sekolah adalah
seramai 10 orang iaitu 6 orang murid perempuan dan 4 orang murid lelaki.
Tindakan: Makluman
4.3 Disiplin
 Semua guru diminta bersama-sama menjaga disiplin murid terutamanya bagi
murid yang datang lewat ke sekolah dan tidak menyiapkan kerja sekolah.
 Guru-guru harus sentiasa memberi peringatan kepada murid-murid supaya
menjaga disiplin masing-masing.
 Guru disiplin perlu membuat laporan dan pengesahan di essdm pada setiap hari
Jumaat.
 Guru disiplin juga perlu mencetak laporan minguan dari essdm pada setiap hari
Jumaat.
 Guru-guru juga diingatkan memasukkan data amalan baik murid.
Tindakan: Makluman

4.4 3K (Kebersihan & Keceriaan)


 Semua guru harus selalu mengingatkan murid-murid sentiasa menjaga kebersihan
kelas dan kawasan sekolah.
 Pertandingan kebersihan antara kelas dijalankan seperti biasa.
 Semua guru harus menjaga keceriaan sekitar sekolah.
 Sekolah telah mengadakan gotong-royong pada 24 Mei. Tumpuan gotong-royong
kali ini adalah untuk mengemas dan mebersihkan kelas masing-masing,
mengemas dan menghias bilik pemulihan, bilik bestari dan pusat sumber sekolah.
Semua guru, pekerja dan murid telah menjalankan tugas dengan masing-masing.
Tindakan: Makluman

4.5 3K (Keselamatan)
 Semua guru harus sentiasa menjaga dan memastikan keselamatan murid semasa
menjalankan aktiviti.
 Semua guru haruslah selalu memberi peringatan kepada murid-murid supaya
mereka mementingkan keselamatan diri.
Tindakan: Makluman

4.6 Kehadiran Murid


 Kehadiran murid pada bulan April adalah kurang memuaskan iaitu 95.02%
manakala bagi bulan Mei adalah memuaskan iaitu 98.46%.
 GPK HEM akan mencetak kehadiran bulanan murid daripada pangkalan APDM
pada setiap hujung bulan dan disahkan oleh guru besar.
Tindakan: Makluman

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Guru Besar berharap semua guru akan membantu antara satu sama lain untuk
meningkatkan prestasi sekolah.
Penutup
a. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada yang hadir.
b. Mesyuarat ditangguhkan jam 3.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………. …………………………
( Ling Mei Fong) ( Ee Chian Ling)
GPK HEM GURU BESAR
SJK (C) Kemasul SJK (C) Kemasul
Tarikh : 14 - 06 -2019 Tarikh : 14 - 06 -2019

You might also like