You are on page 1of 5

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN UNIVERSITI


81300 SKUDAI, JOHOR BAHRU

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID BIL. 3 / (2023/2024)


SESI PAGI

Tarikh : 25 September 2023


Masa : 1.45 petang – 3.00 petang
Tempat : Anjung Wacana, SMK Taman Universiti
Pengerusi : Tn. Hj. Mat Jelani Bin Tasriff
(Pengetua Cemerlang SMK Taman Universiti)

Kehadiran(Bilangan) : 54 orang

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru sesi pagi.
Makluman
1.2 Pengerusi memaklumkan Guru Tingkatan yang menerima murid baru perlu di]daftarkan
dalam APDM dan buku daftar.
Makluman
1.3 Pengerusi memberikan peringatan kepada semua guru bahawa terdapat satu kes guru
tidak sengaja memukul murid menggunakan telefon bimbit sehingga terkena mata.
Mohon guru bersabar dengan murid. Manakala untuk hukuman rotan hanya guru yang
dilantik sahaja boleh merotan murid.
Makluman
1.4 Pengerusi juga memaklumkan amalan hormat-menghormati perlu dipupuk dalam
kalangan murid contohnya seperti budaya memberi salam. Dengan amalan ini
kemungkinan dapat mengelakkan sebab pergaduhan antara murid.
Makluman
1.5 Pengerusi juga mengingatkan semua guru mengenai keselamatan murid dan guru ketika
di sekolah kerana telah terdapat 3 kes ular sawa di kawasan sekitar sekolah.
Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadangkan untuk disahkan oleh Pn. Wan Nor Azrin binti Wan Abdullah
Disokong untuk pengesahan oleh En. Mohd Marzuki bin Abd. Rahman

3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Amaran Ponteng
Guru Tingkatan perlu mengeluarkan surat amaran ponteng mengikut prosedur.
Tindakan : Guru Tingkatan

3.2 Pengurusan Perhimpunan


Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana berjaya menamatkan
perhimpunan pagi pada pukul 7.25 pagi, manakala perhimpunan mingguan pada pukul
8.00 pagi.
Makluman

1
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

3.3 Peranan Guru Tingkatan


Masih ada Guru Tingkatan yang belum melengkapkan papan kenyataan, contohnya
seperti jadul waktu yang terkini dan plan laluan kebakaran.
Tindakan:Guru Tingkatan

4. PELAPORAN UNIT-UNIT
4.1 Unit Disiplin (Pn. Wan Nor Azrin binti Wan Abdullah)
4.1.1 Data kesalahan berat sehingga 21 September 2023 :
Kesalahan Lelaki Perempuan
Gaduh 6 2
Vape 6 2
Ponteng 3 0
Kesalahan ponteng : Murid ditangkap di luar kawasan sekolah
Tindakan : Rotan 3 sehingga 7 kali, gantung sekolah atau buang sekolah. Kebanyakan
murid rela menerima rotan daripada dipanggil ibubapa.

Pengerusi meminta pihak Unit Disiplin berhubung dengan ibubapa untuk berbincang.
Ibubapa boleh membuat rayuan tetapi dengan syarat perjanjian daripada murid tidak
akan melakukan kesalahan lagi
Tindakan : Guru Disiplin

4.2 Kehadiran (Cik Najwa Hamna binti Ishak)


4.2.1 Analisis keseluruhan kehadiran murid sesi pagi adalah seperti berikut :

Bulan Peratus kehadiran


Mac 90.64%
April 89.46%
Mei 90.10%
Jun 87.70%
Julai 90.93%
Ogos 88.89%
September 89.02%
Makluman
4.2.2 Intervensi yang dilaksana untuk mengatasi masalah kehadiran adalah seperti Talian
Kasih, Jenguk Kasih, sesi kaunseling/bimbingan konsultasi ibu bapa, Audit Kehadiran,
Anugerah Kehadiran Kelas Terbaik ( Bulanan) dan Anugerah Kehadiran Penuh
(individu).
Tindakan:Makluman

4.3 APDM (Pn. Low Bee Yen)


4.3.1 Makluman untuk semua Guru Tingkatan, murid yang dibuang sekolah tidak boleh
dipadam terus daripada APDM. Nama murid akan dipadam selepas 30 hari daripada
tarikh dibuang sekolah.
Tindakan : Guru Tingkatan

4.3.2 Murid yang dibuang sekolah perlu ditanda tidak hadir di dalam APDM dengan sebab
“tidak didaftarkan di sekolah”. Nama murid akan dipadam selepas 30 hari jika murid tidak
membuat rayuan masuk semula ke sekolah.
Tindakan : Guru Tingkatan

4.3.3 Murid yang berpindah dan berhenti, Guru Tingkatan perlu memaklumkan kepada guru
APDM selewat-lewatnya sehari sebelum murid berpindah dan berhenti.
Tindakan : Guru Tingkatan

2
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.4 SSDM (En. Mohd Faisal bin Mohd Zin)


4.4.1 Penjanaan Surat Gantung dan Surat Amaran = 23 orang murid
Tindakan : Makluman

4.4.2 Catatan Amalan Baik = 82 orang guru sesi pagi dan petang telah mencatat amalan baik
murid
• Catatan tertinggi sesi pagi: Pn. Hashazah : 663 catatan
• Catatan tertinggi sesi petang: Pn. Jainah: 786 catatan
• Jumlah guru telah mencatat 100 ke atas: 14 orang
Tindakan : Makluman

4.5 SPBT (Pn. Roslina binti Ali)


4.5.1 Semua murid sudah mendapat buku teks dan masih ada 5 orang murid yang belum
pulangkan buku teks.
Tindakan : Makluman
4.5.2 Makluman kepada Guru Tingkatan:
Bil. Perkara Keterangan
1 Perpindahan dalam negeri Murid dikehendaki membawa bersama buku
dan antara negeri teks dan buku aktiviti yang sama
penggunaannya bersama surat iringan
berkaitan buku teks daripada sekolah asal.
2 Perpindahan ke MRSM, MTD Murid dikehendaki memulangkan semua buku
atau sekolah swasta teks SPBT di sekolah asal
3 Perpindahan ke Sekolah Murid dikehendaki membawa buku teks SPBT
Menengah Teknik(SMT) dan yang sama penggunaan sahaja bersama surat
Sekolah Berasrama iringan.
Penuh(SBP) atau sebaliknya
4 Perpindahan ke Kolej Murid perlu memulangkan semua buku teks
Vokasional kecuali buku teks Bahasa Melayu dan
Komponen Sastera(KOMSAS)

Tindakan : Makluman

4.6 Kantin (Cik Nur Nasuha binti Nasir)


4.6.1 Harga makanan ada dipamerkan oleh pihak kantin.
Tindakan:Makluman

4.6.2 Didapati kuantiti makanan murid adalah sedikit. Bagi murid lelaki satu pinggan nasi tidak
cukup dan murid mengadu sambal pedas.
Tindakan:Makluman

4.6.3 Menu guru masih belum ada penambahbaikan dari segi lauk. Kebiasaannya tiada
makanan pada waktu petang dan guru-guru sesi petang terpaksa menempah masakan
panas.
Tindakan:Makluman

4.6.4 Semua masalah yang dinyatakan telah diadukan kepada pihak kantin, namun ada isu
yang pihak kantin respon dan ada yang tiada respon daripada pihak kantin.
Tindakan:Makluman

4.6.5 PK HEM meminta setiausaha kantin untuk mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat
dengan pihak kantin sekolah dan menunjukkan gambar-gambar yang telah diberikan
kepada guru kantin semasa mesyuarat nanti.
Tindakan: JK Kantin

4.7 JK 3K : Latihan Kebakaran (En. Azlan bin Arshad)


3
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.7.1 Penyelenggaraan alat pemadam api telah diadakan pada bulan Julai 2023 oleh FOSH
Sdn. Bhd. Berikut adalah dapatan daripada penyelenggaraan tersebut :
• Boleh guna : 58 tong
• Tamat tempoh : 14 tong
• Keperluan minimum : 66 tong (jika satu aras 3 tong)
• Perlu tambahan : 8 tong (RM150 setong)
Tindakan : Makluman

4.7.2 Pelan Pengungsian Bangunan telah ditampal di setiap kelas dan bilik-bilik khas.
Dikemaskini mengikut perubahan semasa.
Tindakan : Makluman

4.7.3 Latihan Kebakaran akan diadakan mengikut ketetapan berikut :


• Sesi Pagi : 4 Oktober 2023 (Rabu) : 9.00 - 10.00 pagi
• Sesi Petang : 4 Oktober 2023 (Rabu) : 5.00 - 6.00 petang
Tindakan : Makluman

4.7.4 Gotong Royong Madani akan dilaksanakan pada 9 September 2023 (Sabtu) 7.30 pagi
hingga 12.30 tengah hari.
Tindakan : Semua guru

4.7.5 Penutup longkang telah ditambah dan diletakkan di kawasan berisiko bahaya.
Tindakan : Makluman

4.8 Denggi (Cik Nor Ain binti Mohammed Ariffin)


4.8.1 Pemeriksaan rutin “hotspot” denggi bulanan oleh PPD. Setiap 28 haribulan laporan
beserta gambar perlu dihantar.
Tindakan : Makluman

4.8.2 Sudut Denggi telah diadakan. Sudut ini bertujuan untuk menyalurkan maklumat kepada
murid.
Tindakan : Makluman

4.8.3 Pemeriksaan dan pemantauan oleh Pegawai Kesihatan telah dilakukan pada 7 Ogos
2023
Tindakan : Makluman

4.8.4 Perancangan akan datang untuk mengadakan ceramah “Bahaya Denggi” kepada semua
murid SMK Taman Universiti dan membuat kuiz spontan mengenai penyakit denggi
Tindakan : Makluman

4.9 Kesihatan (Pn. Nur Zahida binti Roslan)


4.9.1 Suntikan ATT (Kancing Gigi)
Sasaran semua murid Tingkatan 3 dan murid PPKI berumur 15 tahun telah dilaksankan
pada tarikh 7 Mei 2023 sehingga 11 Mei 2023.
Tindakan : Makluman
4.9.2 Suntikan Thalassaemia
Sasaran semua murid Tingkatan 4 dan murid PPKI berumur 16 tahun telah dilaksanakan
pada tarikh 22 Jun 2023 (ceramah kesedaran) dan 10 September 2023 ( darah).
Tindakan : Makluman

4.9.3 Pemberian Kit Kebersihan Kotex


Sasaran adalah semua murid perempuan (jumlah pendapatan keluarga RM1500 ke
bawah), telah dilaksanakan pada bulan Ogos sehingga September 2023
Tindakan : Makluman
4.9.4 Program Kecemerlangan

4
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

“Nutrisi Seimbang, Murid Cemerlang” Bersama Gardenia Breakthru


Sasaran : semua murid Tingkatan 4 (KAA1, KAA2, SN, ST, PA1) telah dilaksanakan
pada tarikh 15 Ogos 2023.
Tindakan : Makluman
4.9.5 Program Awareness Breast Cancer
• Aktiviti dan sasaran :
 Pinktober Explorace Competition (20 peserta murid Ting. 1 hingga 4)
 Pendidikan Kanser (Guru dan ibu bapa)
 Status : Akan dilaksanakan
 Tarikh : 14 Oktober 2023
Tindakan : Makluman
4.9.6 Pemeriksaan Gigi
Belum dilaksanakan kerana masih menunggu tarikh daripada Klinik Kesihatan Pergigian
Taman Universiti.
Tindakan : Makluman

5. HAL-HAL LAIN
5.1 En. Rosli bin Md Husain (PK Kokurikulum)
Guru penasihat yang membuat pertandingan sempena Program Hari Sukan Negara
yang memerlukan bajet perlu segera menghantar kertas kerja kerana melibatkan
kewangan sebelum 20 Oktober 2023.
Tindakan : Makluman

5.2 Pn. Muhaini binti Mahmud (GKMP Sains & Matematik)


Makluman mengenai pembelajaran terbeza berasaskan psikometrik. Surat makluman
telah sampai ke sekolah pada bulan Ogos, bulan September disebarluaskan kepada
semua guru dan bulan Oktober akan diadakan pemantauan.
Tindakan : Makluman

5.3 En. Mohd Nizam bin Jaafar (Setiausaha PIBG)


Parkir motosikal dan basikal dalam kawasan sekolah telah penuh. Perlu ada cara
mengatasi masalah ini.
Tindakan :Pentadbir

PENUTUP
Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang

Disediakan oleh,
URUS SETIA
Mesyuarat Hal Ehwal Murid
Tarikh : 30 September 2023

You might also like