You are on page 1of 7

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) TIONG HUA KOK BIN

巴生中路镇中华国民国民型华文小学 BBC 0055

Minit Mesyuarat Kurikulum


Bilangan 2 Tahun 2022/2023

Tarikh : 27 Jun 2022 (Isnin)


Masa : 3:00 pm – 5:30 pm
Tempat : Google meet
Kehadiran:
Bil. Nama Jawatan
1. Pn. Gan Lily Guru Besar (Pengerusi)
2. Pn. Ten Fee Fuen Guru Penolong Kanan Kurikulum
3. Cik. Lin Sek Kim Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. En. Tan Yeen Foo Guru Penolong Kanan Kokurikulum
5. Pn. Loo Shuan San Guru Pemulihan
6. Pn. Kee Ben Lee Guru Displin
7. Cik. Ng Pei Ju Guru Perpustakaan
8. Pn. Tan Yee Peng Guru Data
9. Pn. Tee Peng Peng Guru
10. Pn. Ng Kim Hong Guru
11. Cik Kor Ai Shin Guru
12. Pn. Khor Suan Khim Guru
13. Pn. Low Ling Zhi Guru
14. En. Loh Kent Chee Guru
15. Pn. Lee Siew May Guru
16. Cik Sandy Cho Hui San Guru
17. En. Mohd Pouzi b. Abu Hassan Guru
18. En. Tan Boon Hua Guru
19. En. Yew Zhi Yong Guru
20. Pn. Tan Seok Koon Guru
21. Cik Koo Tsui Yin Guru
22. En. Ling Ik Han Guru
23. Cik Khong Jia Hui Guru
24. Cik Soon Lay Ting Guru
25. Pn. Vinothini a/p Magaintharan Guru
26. En. Muhamad Rafi B. Ahmad Mubarok Guru
27. Nor Halwani Bt. Mohd Noor Guru
28. Nurhasmira Bt. Mat Rusok Guru
29. Muhamad Rafi Bin Ahmad Mubarok Guru
30. En. Abdul Halim b. Zainoddin Guru

Tidak Hadir :
1 En. Mohd Shaiful Azlan B. Shaari Menghadiri Taklimat KTM sempena
pilihan raya ke-15(PRU 15)
2 En. Ng Kok Wei Menghadiri Taklimat KTM sempena
pilihan raya ke-15(PRU 15)

1.0 Perutusan Pengerusi


Pengerusi mengucapkan selamat sejahtera serta terima kasih kepada guru-guru yang
meluangkan masa menghadiri mesyuarat guru kali-2 pada petang ini. Pada mulanya barisan
pentadbir merancang mengadakan mesyuarat bersemuka, tiba-tiba guru besar dipanggil hadir
Program Jerayawara Sekolahku Sejahtera Negeri Selangor pada pagi tadi dan beberapa

1
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) TIONG HUA KOK BIN
巴生中路镇中华国民国民型华文小学 BBC 0055

orang guru juga terlibat dalam mesyuarat SPR maka mesyuarat hari ini ditukar ke mesyuarat
atas talian.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat


2.1 Cadangan : Pn Lee Siew May
Sokongan : Cik Khong Jia Hui

3.0 Laporan Guru Besar


3.1 Status COVID-19 di sekolah:
3.1.1 Minggu lepas, seorang murid dari 5K dan 4K disahkan positif COVID-19. Sungguh
pun kerajaan telah melonggarkan SOP mencegah Pandemik COVID-19, kita masih
perlu berhati-hati dari semasa ke semasa apabila menjalankan tugas di sekolah.
3.1.2 Guru-guru perlu memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan. Guru juga
perlu sanitasi semua peralatan PJ sebelum dan selepas
menggunakannya. Salain itu, guru juga perlu mensanitasi semua buku latihan yang
disemak dan tempat duduk guru agar para guru jauhi daripada dijangkit penyakit
COVID-19.
Tindakan: Makluman

3.2 Masa Hadir Bekerja


3.2.1 Waktu menghadiri ke sekolah pada waktu pagi adalah sebelum pukul 7 pagi
manakala waktu balik sekolah adalah pada atau selepas pukul 1:30 petang.
3.2.2 https://www.slideshare.net/norainjaafar/perintah-am-bab-g-bekerja-lebih-masa Perintah Am
5, Bab G : mematuhi waktu bekerjs
3.2.2.1 Perrintah B Bab G : Waktu Bekerja berkuatkuasa mulai 9.12.2009.
3.2.2.2 Seorang pegawai hendahlah mematuhi waktu bekerja yang ditetapkan
dan tidak dibenarkan meninggalkan pejabat sebelum mendapat kebenaran
daripada pegawai penyelianya iaitu kebenaran daripada Guru Besar atau
Penolong Pentadbiran. Guru yang ingin meninggalkan tempat bekerja perlu
mengisi borang permohonan dan mendapat kebenaran daripada pegawai
penyelianya.
3.2.2.3 Syarat meninggalkan tempat bekerja adalah seperti berikut :
i) Tujuan menyelesaikan urusan persendirian pegawai yang terpaksa
dilakukan dalam waktu pejabat.
ii) Pegawai yang mendapatkan rawatan di klinik/ hospital dikehendaki
mengemukakan ‘time slip’ atau sebarang dokumen dari pegawai perubatan
bagi pengesahan kehadiran mendapatkan rawatan.
iii) Tempoh maksimum yang dibenarkan hendaklah tidak melebihi 4 jam sehari
atau separuh daripada waktu bekerja sehari (tidak termasuk waktu rehat),
mana yang lebih rendah. Jika tempoh meninggalkan pejabat melebihi
daripada tempoh maksimum yang ditetapkan pada hari tersebut, pegawai
dikehendaki mengambil cuti rehat.
iv) Penyedia boleh menetapkan bahawa pegawai perlu menggantikan semua
tempoh waktu pekerja yang telah digunakan untuk tujuan menyelesaikan
tujuan menyelesaikan tugas hakikinya supaya penyampaian
perkhidmatannya tidak terjejas.
v) Penyelia hendaklah memastikan kemudahkan ini tidak disalahgunakan
oleh pegawai dari segi kekerapan penggunaannya.
Tindakan: Makluman
3.3 Pemantauan & Pencerapan
3.4.1 Guru besar atau penolong kanan akan menjalankan pemantauan setiap hari.
Perkara yang dipantau termasuklah keadaan P&P, keadaan fizikal sekolah,

2
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) TIONG HUA KOK BIN
巴生中路镇中华国民国民型华文小学 BBC 0055

kebersihan kawasan sekolah, keteraturan kawasan sekolah dan bilik darjah,


keceriaan sekolah, papan kenyataan, kawasan berumput, dewan, keselamatan
bangunan, pendawaian dan pagar sekolah.
3.4.2 Pemantauan P&P ialah ketepatan masa masuk kelas, semasa P&P dijalankan guru
sama ada guru berada di dalam bilik darjah, keberkesaan kawalan kelas,
penggunaan media teknologi yang berkaitan dengan P&P, keadaan keselesaan
murid menjalankan P&P.
3.4.3 Pencerapan P&P ialah barisan pentadbiran akan masuk ke kelas tengok sesi
pengajaran guru. Perkara yang dicerap ialah persediaaan sebelum dan semasa
menjalankan P&P, cara penyampaian guru, kaedah pengajaran guru yang
digunakan, cara guru menilai murid, kawalan kelas dan sebagainya.
Tindakan: Makluman
3.4 RPH
3.4.1 RPH dihantar pada hari Jumaat.
3.4.2 Berdasarkan Peraturan 11(b), Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum
Kebangsaan) 1997 (P.U.A.531) seseorang guru akan didenda tidak kurang RM500
kerana tidak buat RPH. RPH guru perlu disediakan setiap hari, malah bukan
disiapkan dengan tergesa-gesa pada hari Jumaat.
3.4.3 File RPH yang tebal perlu pindahkan ke dalam folder RPH setiap minggu.
3.4.4 Susunan RPH ialah paling bawah sekali ialah hari Isnin dan paling atas ialah
Jumaat.
Tindakan: Makluman

3.5 Semak buku tulis murid


3.5.1 Pada awal bulan Jun, barisan pentadbir menyemak buku tulis murid. Ada guru
menyemak buku tulis dengan baik dan teliti. Selain itu, latihan yang diberi kepada
murid
cukup banyak manakala ada guru tidak memberi latihan kepada murid pada bulan
Mac dan April, dan latihan yang dibuat pada bulan May secara tergesa-gesa
apabila barisan pentadbir hendak menyemak buku tulis murid pada bulan Jun.
3.5.2 Murid tidak buat pembetulan ke atas kesipalan yang dibuat. Terdapat juga guru
yang tidak menyemak pembetulan yang dibuat oleh murid.
3.5.3 Karangan yang diberi kepada murid banyak dalam bentuk isi tempat kosong. Murid
yang pandai, guru perlu beri pelung kepada mereka mengarang sendiri. Murid yang
lemah, sekali-sekala guru bagi murid menulis karangan dalam bentuk isi tempat
kosong. Cadangan guru besar adalah bagi murid membuat bina ayat lebih baik
daripada isi tempat kosong.
3.5.4 Pada bahagian depan buku karangan, murid perlu mencatat bilangan, tarikh, isi
kandungan, jenis karangan dan gred.
Tindakan: Makluman

3.7 Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ( PBPPP)


3.7.1 Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ( PBPPP) telah diluluskan
untuk menggantikan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) kepada semua
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bermula Januari 2016.
3.7.2 Selain SKPMg2 standard 4, semua guru juga perlu dinilai dengan menggunakan
instriument PBPPP. Barisan pentadbir telah mengisi skor Fasa 1 guru pada
minggu lepas manakala skor Fasa 2 akan diisi pada akhir tahun.
3.7.3 Pelaksaan PBPPP ini adalah diwajibkan kerana PBPPP memberi impak dan
implikasi kepada pegawai perkidmatan pendidikan dalam kenaikan pangkat,
kamajuan kerjaya dan lain-lain.
3.7.4 Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu

3
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) TIONG HUA KOK BIN
巴生中路镇中华国民国民型华文小学 BBC 0055

kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan


Pendidikan (PPP)  berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based
and Work Place) mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan
Program Transformasi Kerajaan (GTP  2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 – 2025.
3.7.5 Penilaian ini juga akan mengambilkira pada penilaian kompetensi dan penilaian
keberhasilan. Borang Keberhasilan yang dihantar kepada Penolong Pentadbir
sebelum cuti penggal 1 ialah sebahagian daripada PBPPP.
3.7.6 10 nilai kompentensi adalah seperti nilai profesional, sahsiah, potensi, ilmu
pengetahuan, kesediaan menjalankan tugas, bungangan luar, sumbangan,
perancangan PdP, pelaksaan PdP dan Petaksiran PdP.
Tindakan: Makluman
3.8 Sudut Bacaan
3.8.1 Sudut bacaan dalam kelas dan sekolah perlu dikemaskini dari semasa ke semasa.
3.8.2 Hasil tampalan yang tertanggal perlu dikemaskan.
Tindakan: Makluman

4.0 Laporan GPK Pentadbiran

4.1 Tugas semasa dan Selepas peperiksaan


4.1.1 Sebelum Peperiksaan sekurang-kurangnya 1 minggu, guru perlu hantar kertas
soalan kepada pentadbir untuk disemak.
4.1.2 Semasa peperiksaan dijalankan, guru perlu tulis tajuk, masa dan subjek di papan
tulis dan juga meronda agar kes bocor soalan tidak berlaku.
4.1.3 Selepas peperiksaan, guru perlu menyemak kertas soalan dengan teliti, berbincang
kertas soalan dengan murid dan memastikan murid membuat pembetulan.
Tindakan: Makluman
4.2 Program Bacaan Pagi
4.2.1 Guru perlu sentiasa mengingatkan murid-murid datang awal ke sekolah untuk
menyertai Program Bacaan Pagi.
4.2.2 Semasa program bacaan pagi, barisan pentadbir tidak mengalakkan guru
menayang kartun setiap hari kecuali buku digital.
Tindakan: Makluman
4.3 Program Nilam
4.3.1 Program Nilam telah ditukar ke system baharu iaitu i-SEL Nilam.
(https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/i-sel-nilam/home/klang?authuser=0 )
4.3.2 Di bawah program ini, murid perlu mencatat 40 buah buku dengan menggunakan
tapak Google Form yang disediakan. Oleh ini, pembahagian buku Bahasa Cina
14buah buku , Bahasa Melayu 13 buah dan Bahasa Inggris 13 buah.
4.3.3 Murid yang pindah masuk atau keluar sekolah sila beritahu cikgu Ng Pei Ju agar
dapat mengemaskini sistem.
Tindakan: Makluman
4.4 Kemajuan Murid.
4.4.1 Program Hadiah Pencapaian Kemajian Akedemik akan dilaksanakan selepas
peperiksaan akhir tahun.
4.4.2 Program ini adalah memberi hadiah kepada murid yang mendapat kemajuan dalam
5 subjet utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Inggris, Matematik dan
Sains dengan perbandingan markah PAT dan markah PPT.
Tindakan: Makluman
4.5 Pengurusan Panitia
4.5.1 File panitia perlu lengkap 4 kali minit mesyuarat panitia dan semua dokumen yang
berkaitan.

4
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) TIONG HUA KOK BIN
巴生中路镇中华国民国民型华文小学 BBC 0055

4.5.2 Setiap Panitia perlu membudayakan PLC dengan ahli panitia.


Tindakan: Ketua Panitia

4.6 Rumusan penyemakan buku latihan Bil 1


4.6.1 Bahagian ini telah dijelaskan oleh Guru Besar.
4.6.2 Penolong Kanan Pentadbiran berharap para guru dapat membuat penambahbaikan
pada masa yang akan datang.
Tindakan: Makluman
4.7 Program Pemulihan
4.7.1 Program Pemulihan dijalankan terhadap 5 subjek utama iaiatu Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Sains dan Matematik.
4.7.2 Guru mata pelajaran teras 5 subjet juga perlu menjalankan aktiviti pemulihan kepada
murid yang belum mencapai tahap penguasaan (TP 3) walaupun sekolah mempunyai
seorang guru pemulihan.
Tindakan: Makluman

5.0 Laporan GPK HEM


5.1 SSDM
5.1.1 Tujuan Sistem ini ialah boleh mengukur status sahsiah murid secara holistic dan
valid
dengan mengambil kira kelakuan positif dan negetif seseorang murid.
5.1.2 Membudayakan Amalan Baik murid dengan menggalakkan murid mengamalkan
nilai-nilai murni sebagai amalan harian mereka
5.1.3 Membantu pihak sekolah dalam proses penentuan tindakan / hukuman supaya
selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas, peraturan-peraturan sedia ada serta
Standard Operating Prosedure (SOP).
5.1.4 Asas Sahsiah terdiri daripada Amalan Baik dan Salah Laku Displin. Setiap Amalan
baik akan diberi 1 markah manakala Salah Laku Displin setiap hukuman akan
ditolak
markah yang ditetapkan.
5.1.5 Pihak berkuasa displin hendaklah menjelaskan secara lisan atau bertulis atau
dengan
kaedah lain yang bersesuaian kepada murid tentang kesalahan yang dikatakan
telah
dilakukan olehnya, dan memberi peluang kepada murid itu untuk memberi
penjelasan
secara lisan atau bertulis atau dengan kaedah lain yang bersesuaian mengenai
kesalahannya kepada pihak berkuasa displin.
5.1.6 Senarai murid untuk proses tindakan :
- ponteng sekolah bukan tugas guru disiplin
- kes disiplin: budak yang bermasalah disiplin, diuruskan oleh guru kelas.
- surat pertuduhan daripada sistem SSDM secara depan belakang ( iaitu pengakuan
murid di muka sebelah)
- tandatangan dan nama cikgu saksi ialah guru yang membuat aduan.
Tindakan: Makluman

5.4 Kehadiran
5.4.1 Kehadiran direkod oleh guru Kelas.
5.4.2 Jana surat amaran 1, amalan 2, amalan 3 dan surat buang sekolah melalui SSDM
dengan ID guru kelas
5.4.3 Ponteng berturut-turut dan ponteng berkala adalah dua kesalahan yang berbeza.
5.4.4 Ponteng sekolah tidak diuruskan oleh unit displin.

5
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) TIONG HUA KOK BIN
巴生中路镇中华国民国民型华文小学 BBC 0055

5.4.5 Semua dokumen perlu difailkan.


Tindakan: Guru Kelas

6.0 Laporan GPK KOKURIKULUM


6.1 Jaduan waktu bertugas Kokurikulum terdapat pertukaran tarikh atas sebab pemindahan
Tarikh Hari Sukan pada 23.9.2022
Tindakan: Makluman
6.2 Ceramah Kesihatan akan dijalankan pada 20.7.2022 oleh Cikgu Wani.
Tindakan: Cikgu Wani

6.3 Hari Sukan dijialankan pada 23.9.2022 (Jumaat) sepanjang hari dan diuruskan oleh Cikgu
Pouzi dan Cikgu Ng Kok Wei. Perbincangan akan diadakan AJK akan ditubuhkan.
Tindakan: PK Kokurikulum, Cikgu Pouzi dan Ckigu Ng

6.4 Pertandiangan dalam Sekolah:


o Pertandingan Menyanyi pada 15.7.2022
o Pertandingan Bercerita Bahasa Cina pada 11.8.2022
o English Storytelling Competitin pada 26.8.2022
o Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu pada 29.9.2022
o Pertandingan Mengarang Bahasa Cina pada 11.10.2022
o Pertandingan Matematik pada 2.11.2022
6.4.1 Guru-guru yang bertugas sila sediakan kertas kerja kepada saya sebelum
1.7.2022 dalam bentuk m. word melalui whatsapp.
6.4.2 Notis pertandingan sila bersedia 2 minggu lebih awal sebelum
Pertandingan dan hantar kepada saya dan tampal di papan putih pejabat
sebelum 1 minggu pertandingan.
6.4.3 Laporan pertandiangan sila hantar dalam bentuk word file melalui whatsapp
kepada saya. Lampiran laporan perlu dikepilkan gambar.
6.4.4 Setiap pertandingan terdapat 6 hadiah iaitu Johan, Naib Johan, Tempat ke-3 dan
3 sagu hati kecuali Pertandiangan Mengarang Bahasa Cina.
Tindakan: Makluman
6.5 Rumusan Penyemakan Buku
6.5.1 Selepas penyemakan, saya telah berjumpa guru berkenaan dan berbincang
masalah yang mereka hadapi dan juga menjalankan penyelesaian.

Tindakan: Makluman

Penutup
a. Mesyuarat tamat pada pukul 5:30 petang.
b. Ucapan terima kasih daripada pengerusi mesyuarat

6
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) TIONG HUA KOK BIN
巴生中路镇中华国民国民型华文小学 BBC 0055

Disediakan oleh Disemakkan oleh Disahkan oleh

LING IK HAN TEN FEE FUEN GAN LILY


Setiausaha Penolong Kanan Pentadbiran Guru Besar
SJK (C) TIONG HUA KOK BIN SJK (C) TIONG HUA KOK BIN SJK (C) TIONG HUA KOK BIN
Tarikh : 30 Jun 2022 Tarikh : Tarikh :

You might also like