You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SAMA GAGAH

13500 PERMATANG PAUH, SEBERANG PERAI


PULAU PINANG.
TEL/FAX : 04- 3972214

___________________________________________________________________________________
_
Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Kali Keempat Tahun 2016

Tarikh : 24.10.2016
Hari : Isnin
Masa : 2.50p.m - 3.30p.m.
Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran : 1. Cik Hjh Norjan Bt Abd Aziz ( Guru Kanan )


2. Mr. Gurbachan Singh Sidhu
3. Pn. Nurfazila Bt Md. Azmi
4. Ms Mary Josephine
5. Pn Azreen Bt Adnan
6. Pn Lim Seow Yen
Agenda :
1. Ucapan Pengerusi
2. Membentangkan dan mengesahkan miniit meyuarat yang lalu
3. Perkara-perkara berbangkit
4. Post Mortem Peperiksaan Percubaan PT3 dan SPM
5. Laporan aktiviti panitia 2016
6. Alokasi guru mengajar dan tugas 2017
7. Buku Rekod Mengajar
8. Rancangan aktiviti 2017
9. ULBS
10. MBMMBI/HIP
11. Buku Latihan Pelajar dan Buku rujukan guru
12. PBS dan PT3
13. Hal-hal lain

1.0 Ucapan Pengerusi


Pengerusi, mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli
Panitia Bahasa Inggeris.Cik Hjh Norjan Bt Abdul Aziz selaku pemantau mengucapkan terima
kasih atas kerjasama semua guru sepanjang tahun ini bagi menjayakan semua program panitia.
Untuk makluman ahli panitia

2.0 Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Lalu


Minit mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Kali Ketiga 2016 dicadangkan untuk disahkan oleh
Pn Nurfazila bt Md AZmi dan disokong oleh Pn Lim Seow Yen.
Untuk makluman ahli panitia
3.0 Perkara Berbangkit
3.1 Encik Gurbachan Singh mengingatkan semua guru tingkatan satu dan dua mengumpul dan
menyerahkan buku OPS ke bilik SPBT dan menyiapkan laporan dan serahkan satu salinan
untuk disimpan di dalam fail OPS.
Untuk makluman ahli panitia

3.2 Program Kecemerlangan dan Intervensi untuk tingkatan 3 dan 5 telah selesai. Cik Hjh
Norjan mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah membantu secara
langsung atau tidak langsung.
Untuk makluman ahli panitia

3.3 Guru-guru diingatkan untuk membuat minit curai bagi setiap kursus, bengkel atau taklimat
yang dihadiri dan hantar kepada ketua panitia untuk di minitkan. Borang disediakan di pejabat.
Untuk Tindakan dan makluman ahli panitia

4.0 Post Mortem Peperiksaan Percubaan PT3 dan SPM


Keputusan GPMP percubaan PT3 adalah 5.17, 26/84 pelajar lulus iaitu 33.8% . GPMP percubaan
SPM Bahasa Inggeris adalah 7.32, 31/83 pelajar lulus iaitu 45.83%.

4.1 Kekuatan: Soalan percubaan adalah mengikut format sebenar dan pelajar telah diberi
pendedahan teknik menjawab.
4.2 Kelemahan:Pelajar yang gagal adalah dari kelas Bestari, cemerlang dan dedikasi. Pelajar tidak
dapat menjawab soalan Literatue, dan essay.
4.3 Penambahbaikan: Program Intervensi dijalankan dengan mengadakan latihan berfokus kepada
pelajar yang lemah dalam sesuatu bahagian.Pelajar diberi pendedahan berfokus latihan soalan
KBAT.
Untuk Tindakan dan makluman ahli panitia

5.0 Laporan aktiviti panitia 2016


5.1 Mesyuarat panitia telah diadakan 4 kali setahun.
5.2 Pencerapan dan semakan buu latihan telah Berjaya dilaksanakan.
5.3 Latih tubi berfokus telah dijalankan bagi pelajar PT3 dan SPM.
5.4 Post mortem keputusan peperiksaan pertengahan dan perubaan
5.5 Penyediaan Modul Intervensi dan Grammar
5.6 Seminar dan Teknik menjawab telah Berjaya dijalankan bagi pelajar PT3 dan SPM.
5.7 Bengkel Penandaan PT3 telah Berjaya diadakan.
5.8 Bengkel KSSM Tingkatan 1, CFR, HOTS dan HEBAT telah Berjaya dijalankan.
5.9 Program HIP telah Berjaya dijalankan.
Untuk makluman ahli panitia
6.0 Alokasi guru Mengajar dan tugas bagi Tahun 2017
6.1 Alokasi guru bagi tahun hadapan seperti jadual dibawah telah dihantar kepada ketua bidang dan
diingatkan perubahan akan dibuat mengikut keperluaan.

KELAS/ AMANAH BESTARI CEMERLANG DEDIKASI


TINGKATAN
1 LSY AA NFA NAA
2 GBS NAA LSY GBS
3 AA AA GBS GBS
4 LSY MJJ MJJ NFA
5 NFA MJJ MJJ NAA
UntukTindakan dan makluman ahli panitia

6.2 Alokasi tugas menyediakan Rancangan Tahunan.


Rancangan Tahunan perlu siap sebelum 27.12.2016
1.Tingkatan 1- Pn Lim Seow Yen dan ii. Cik Hjh Norjan Bt Abdul Aziz
2.Tingkatan 2- Pn Azreen Bt Adnan
3.Tingkatan 3- Encik Gurbachan Singh
4.Tingkatan 4- Pn Norfazila Bt Md Azmi
5.Tingkatan 5- Cik Mary Josephine a/p Jacob
Untuk Tindakan dan makluman ahli panitia

6.3 Alokasi tugas Pantia sebagai penyelaras 2017


1.OPS/bilik SAL- Encik Gurbachan Singh
2.PT3/HEBAT/HOPS- Pn Azreen Bt Adnan
3.ULBS - Cik Mary Josephine a/p Jacob
4.KSSM/SET- Pn Lim Seow Yen
5.MBMMBI/HIP/CFR- Cik Hjh Norjan bt Abdul Aziz
6.NILAM/KECEMERLANGAN AKADEMIK- Pn Norfazila bt Md Azmi
Untuk Tindakan dan makluman ahli panitia
6.4 Alokasi tugas Ko-akademik 2017
1. Public Speaking- Cik Hjh Norjan dan Lim Seow Yen
2. Choral Speaking- Pn Norfazila Bt Md Azmi dan Pn Azreen Bt Adnan
3. Debate- En Gurbachan Singh dan Cik Mary Josephine
Untuk Tindakan dan makluman ahli panitia

7.0 Buku Rekod Mengajar


Guru-guru Bahasa Inggeris diminta melengkapkan semua maklumat didalam buku rekod
mengajar yang perlu dilengkapi dan hantar ke pejabat pada hari akhir persekolahan.
Untuk Tindakan dan makluman ahli panitia

8.0 Rancangan Aktiviti 2017


Panitia telah membincang dan merancang aktiviti-aktiviti bagi tahun 2017 untuk meningkatkan
prestasi pencapaian Bahasa Inggeris PT3 dan SPM.

1. Bulan Bahasa (Februari )


2. Menyediakan, menilai dan memanfaatkan graf prestasi murid(data headcount)
3. Perancangan Strategik
4. Program HIP
5. Teknik menjawab PT3 dan SPM
6. Planning Teaching Organize
7. Ujian formatif dan summative
8. Perlaksanaan Ujian lisan PT3 dan SPM
Tindakan Ketua Panitia

9.0 ULBS
9.1 Pengerusi mengingatkan semua guru tingkatan 4 untuk melengkapkan fail ULBS. Borang
OET perlu dilengkapi dengan nama, nombor kad pengenalan, model, aktiviti, tarikh,
tingkatan ,tahun, markah pelajar, Nama guru pentaksir, tandatangan guru dan pelajar. Semua
fail yang sudah lengkap diminta hantar kepada ketua panitia sebelum tutup sekolah. Sijil
ULBS tingkaan 5 akan disediakan oleh Cik Siti Zaleha(pejabat).
Untuk makluman dan tindakan pentaksir

10.0 MBMMBI/HIP
10.1 Laporan on-line, perancangan strategik, dokumentasi dan penilaian (pre dan post) telah
dibuat dan dihantar ke PPD. Program akan diteruskan tahun hadapan. Panitia mengucapkan
terima kasih atas kerja sama semua ahli panitia untuk menjayakan semua aktiviti di bawah
program ini.

10.2 Penyelaras MBMMBI adalah Guru Kanan. Semua bahan-bahan berkaitan MBMMBI yang
dihantar oleh kementeriaan, JPN,dan PPD perlu direkodkan dan disimpan untuk
pengunaan. Bahan –bahan MBMMBI disimpan di pusat sumber dan perlu pengunaan
bahan perlu direkodkan.
Untuk Tindakan dan makluman ahli panitia

11.0 Buku Latihan Pelajar dan Buku Rujukan Guru


Semua guru Bahasa Inggeris diingatkan untuk menyemak dan kembalikan buku latihan pelajar
sebelum tutup sekolah.Buku rujukan guru tidak perlu dikembalikan jika masih mengajar
tingkatan yang sama tahun 2017.
Tindakan semua ahli panitia

12.0 PBS dan PT3


Semua guru Bahasa Inggers diingatkan untuk mengisi penilaian PBS
ke dalam sistem Off-line di dalam computer di bilik PK 1 . Verifikasi akan dibuat oleh
Pentaksiran Kawasan PT3. Keputusan PT3 akan dikeluarkan pada 19.12.2016.
Untuk Tindakan dan makluman ahli panitia
13.0 Hal-hal lain
13.1 Budjet 2017 akan disediakan oleh panitia. Mesyuarat mengambil keputusan untuk
membeli buku kerja komsas Bahasa Inggeris Tingkatan 2, 3 dan 5. Pembelian alat tulis
seperti marker, kad manila, kertas mahjung, gunting, gam dan warna akan diperbanyakkan
sebagai persediaan bagi KSSM.
Untuk tindakan ketua panitia

13.2 Pembelajaran abad ke 21


Guru diingatkan PdP tahun hadapan perlu berdasarkan ciri-ciri pembelajaran abad ke 21.
Untuk Tindakan dan makluman ahli panitia

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................... ............................................
( Pn Azreen Bt Adenan )
Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris

You might also like