You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI TAPAH, 35000 TAPAH, PERAK.

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KE-4 2017.

Tarikh : 13 November 2017


Hari : ISNIN
Masa : 1.20 petang
Tempat : Bilik Gerakan SMK Sri Tapah
Kehadiran :

BI NAMA GURU JAWATAN


L
1 MOHD. SABRY BIN DERAMAN PK HEM – GURU BM TING. 4
2 MAHANI BINTI MOKHTAR GK BAHASA
3 NORMAH BINTI ARIFFIN KP BM – GURU BM TING 4 & 5
4 NORIDAYU BINTI REDZUAN PEN. KP BM – GURU BM TING. 1
6 FZLYANA BINTI LAILI GURU BM TING.4 & 5
7 MOHD HASRUL BIN MAT ARIFIN GURU BM TING.3 & 5
8 NUR ADLINA BINTI MAHADI GURU BM TING.3&4
9 ABDUL KADIR BIN ABDULLAH GURU BM TING.3
10 NOR HAFIFAH BINTI MOHD SIRAT GURU BM TING.2
11 OMAR BIN BAHARUDDIN GURU BM TING.2
12 HAMIMAH BINTI JAMIAN GURU BM TING.2
13 RUSIDAH BINTI ANUAR GURU BM TING.1
14 SYAIRUZILAH BINTI ABD. GHANI GURU BM TING. PERALIHAN
15 ROHAYATI BINTI ABU SEMAN GURU BM TING. PERALIHAN
16 SAKINAH BINTI KAMARUDDIN GURU BM TING. PERALIHAN

AGENDA

1.0 Ucapan pengerusi.


2.0 Ucapan aluan Guru Kanan Bahasa.
3.0 Mengesahkan minit mesyuarat ketiga 2017 dan perkara berbangkit.
4.0 Analisis Percubaan SPM Tahun 2017 (Bahasa Melayu).
5.0 Kajian semula program dan projek- pelaporan daripada ahli panitia.
6.0 Perancangan program peningkatan akademik Bahasa Melayu tahun 2018.
7.0 Semakan stok, pelupusan dan hapuskira.
8.0 Semakan tugas seblum cuti akhir tahun
9.0 Hal-hal lain.

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Keempat 2017 telah dipengerusikan oleh Pn. Mahani Binti
Mokhtar Guru Kanan Bahasa SMK Sri Tapah. Beliau mengalu-alukan kehadiran semua guru
Bahasa Melayu ke mesyuarat Panitia Kali Keempat Tahun 2017.

2.0 UCAPAN ALUAN GURU KANAN BAHASA

2.1 Pn. Mahani mengucapkan terima kasih atas pelaksanaan tugas mengajar sepanjang tahun 2017.
2.2 Beliau menyampaikan pesanan puan pengetua iaitu guru-guru tingkatan lima fokus kepada calon
SPM dan melakukan sentuhan akhir untuk membantu murid.

2.3 Semua guru perlu bertindak segera terutamanya guru Bahasa Melayu bagi meningkatkan GPS
sekolah memandangkan GPS dalam Peperiksaan Percubaan SPM 6.20 dan masih jauh dari target
sebenar.

2.4 Semua guru berperanan penting untuk menentukan band sekolah.

2.5 Beliau juga berkongsi kepentingan PAK21 setelah menghadiri Kursus Penataran PAK21 selama 2
hari di PPD.

2.6 Beiau berharap keputusan PAT 2017 bagi setiap tingkatan dapat mebantu sekolah untuk
mengekalkan Band 5.

2.7 Beliau juga mencadangkan agar guru-guru yang berpengalaman untuk mengajar Bahasa Melayu
tingkatan 4 dan 5.
Tindakan: semua guru BM

3.0 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KEEMPAT 2017
DAN PERKARA BERBANGKIT

3.1 En. Mohd Hasrul bin Mat Arifin telah mencadangkan agar minit mesyuarat Panitia Bahasa Melayu
kali keEMPAT 2017 diterima untuk disahkan dan disokong oleh En.Omar Bin Baharuddin.

4.0 ANALISIS PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2017 (BAHASA MELAYU)

4.1 Analisis peperiksaan percubaan SPM tahun 2017 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

Tingkatan PPT Percubaan SPM


Bilangan % Lulus % Gagal Bilangan % Lulus % Gagal
Lulus Lulus
Tingkatan 5 91 58.33 41.67 108 70.59 29.41
(SPM)

4.2 Ketua Panitia Bahasa Melayu telah membentangkan analisis peperiksaan percubaan SPM tahun
2017 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Keputusan peperiksaan percubaan SPM mengalami
peningkatan berdasarkan bilangan dan peratus lulus berbanding dengan keputusan peperiksaan
pertengahan tahun bagi pelajar SPM.

5.0 KAJIAN SEMULA PROGRAM DAN PROJEK- PELAPORAN DARIPADA AHLI PANITIA.

5.1 Pn Normah mengingatkan agar guru-guru matapelajaran mengenalpasti murid-murid near miss
cemerlang dan near miss lulus serta perlu lebih ditekankan.

5.2 Guru-guru boleh mengaplikasikan pdpc One To One di dalam kelas.


5.3 Guru-guru yang mengajar tingkatan 4 perlu menyediakan Set soalan BM mengikut kelompok tahap
pelajar berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2017.

Tindakan: KP BM dan guru BM.

6.0 PERANCANGAN PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK BAHASA MELAYU TAHUN 2018.

6.1 Pn. Mahani menyarankan guru-guru menggunakan kaedah One To One dalam PDPc semasa mengajar
bagi pelajar near miss cemerlang dan near miss lulus

6.2 Pn. Normah mengagihkan tugasan mengajar setiap tingkatan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu 2018.

6.3 Pembahagian tugas ko-ku akademik untuk panitia bahasa telah dilakukan dan dipersetujui, walau
bagaimanapun Pn. Mahani berharap kerjasama daripada semua guru BM bagi memastikan
pencapaian yang lebih baik.
i. Sahiba - Pn. Syairuzilah, Pn. Rusidah, Pn Noridayu.
ii. Pantun -Pn. Adlina dan Tn Haji Kadir
iii. Forum -Pn. Mahani, En. Omar dan Pn Sakinah
iv. Pidato -Pn.Normah, En. Hasrul dan Pn Hamimah
v. Puisi - Pn. Fzlyana (Syair) dan Pn Hafifah (sajak)

Tindakan: GK Bahasa , KP BM dan guru BM.

7.0 SEMAKAN STOK, PELUPUSAN DAN HAPUSKIRA.

7.1 En Omar mencadangkan panitia membeli mikrofon untuk memudahkan aktiviti


pelajar di dalam kelas.

7.2 Alatan-alatan yang boleh dibeli oleh panitia bagi tahun 2018 seperti:
1. Pen marker dan refil (Hitam, Biru, Merah dan hijau)
2. Pensel warna
3. kertas A3
4. Papan putih
5. kertas majong

8.0 SEMAKAN TUGAS SEBLUM CUTI AKHIR TAHUN

8.2 Pn. Mahani mengingatkan guru-guru selesai memasukkan markah peperiksaan akhir tahun 2017 dalam
Sistem.

8.3 guru-guru boleh menyediakan bahan-bahan bantu mengajar untuk tahun hadapan
2018

Tindakan: Semua guru


9.0 HAL-HAL LAIN

9.1 Pn Normah mencadangkan perlu diadakan LADAP PAK21 iaitu pembelajaran


berusatkan pelajar.
9.2 En Sabry mencadangkan agar panitia menyediakan peribahasa ditempat jalan kaki
iaitu laluan pelajar ke sekolah.

10. UCAPAN PENANGGUHAN

10.1Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia Bahasa Melayu atas
kerjasama yang diberikan dan mengumumkan penangguhan mesyuarat pada
pukul 2.30petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(NORIDAYU BINTI REDZUAN) (NORMAH BINTI ARIFFIN)


Setiausaha Ketua Panitia
Panitia Bahasa Melayu Bahasa Melayu
SMK Sri Tapah SMK Sri Tapah

You might also like