You are on page 1of 2

SK BIKAM,35600 SUNGKAI , PERAK

MINIT MESYUARAT 1 JAWATANKUASA PROGRAM BEBAS DENGGI /


PENCEGAHAN DADAH DAN ANTI MEROKOK SEKOLAH 2019

Tarikh :
Masa : 2.00 petang
Tempat : Pusat Sumber SK Bikam
KEHADIRAN MESYUARAT :

Pengerusi : Pn Nurhazlin binti Mohamad Ali

Timb. Pengerusi : Pn Umi Kelsom binti Mohamed

Penyelaras : Cik A. Mary Ann Sangeetha

AJK : Pn. Rohana bt. Abd Wahab

: En.Ahmad Kamil b. Adnan

1. Ucapan Pengerusi

1.1. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli Mensyuarat Jawatankuasa Bebas Denggi / Pencegahan
Dadah dan Anti Merokok Sekolah kali 1/2019 pada petang ini

1.2. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada guru yang telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa bagi
program di atas. Perlantikan berkuatkuasa bersamaan dengan tarikh permulaan kelas pembelajaran
tahun 2019.

Tindakan : Makluman
2. Mengesahkan minit mesyuarat

2.1. Minit Mesyuarat kali ke 1/2019 disahkan tanpa sebarang pindaan.

2.2. Minit mesyuarat yang lalu dicadang untuk disahkan.

Cadangan disahkan oleh : Puan Umi Kelsom


Disokong oleh : Cik Mary Ann

3. Perkara berbangkit

3.1. Tiada perkara berbangkit.

4. Perkara yang dibincangkan.

4.1. Ahli jawatan kuasa program perlu merujuk pada takwim sekolah yang telah dibekalkan bagi
mengenalpasti bidang tugas dibawah jawatankuasa ini. Bidang tugas ini merangkumi jawatan yang
disandang bagi membincangkan aktiviti bersesuaian yang boleh dilaksanakan, masa dan tarikh serta
cara pelaksanaannya.

4.2. Laporan bulanan program bebas denggi perlu dihantar salinannya kepada Pejabat Pelajaran Daerah dan
juga ke Pejabat Cawangan Penyakit Berjangkit Bawaan Vektor Negeri Sembilan iaitu sebelum atau pada
5 haribulan setiap bulan.
4.3. Bagi laporan aktiviti program bebas denggi ianya perlu dihantar sebanyak 4 kali setahun iaitu setiap 3
bulan. Jadualnya adalah seperti berikut:
1) Januari - Mac
2) April - Jun
3) Julai - September
4) Oktober - Disember

Laporan ini perlu dihantar pada atau sebelum 5 haribulan pada bulan berikutnya.
Tindakan : Makluman

4.4. Guru-guru yang bertugas akan memeriksa di seluruh kawasan persekitaran sekolah bagi memastikan
seluruh kawasan bebas dari takungan air yang membolehkan nyamuk aedes membiak. Guru bertugas
boleh meminta pekerja sekolah untuk membantu sekiranya terdapat tempat yang perlu dibersihkan
seperti di tempat simpanan air, pasu bunga, belakang kantin , tandas dan tempat-tempat yang
berkemungkinan ada pembiakan nyamuk aedes.

Jadual tugas guru adalah seperti berikut :

1) Januari - Mac = Puan Rohana bt. Abd Wahab


2) April - Jun = Cik Mary Ann
3) Julai - September = En. Ahmad Kamil
4) Oktober - Disember = Puan Umi Kelsom

4.5. Pameran bagi Progam Bebas Denggi akan dilaksanakan sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan April
dan Ogos. Pameran ini akan berlangsung serentak dengan aktiviti gotong royong oleh guru-guru dan
pelajar bagi membersihkan kawasan sekolah.
Tindakan : Makluman

4.6. Bagi Program Pencegahan Dadah dan Anti Merokok pula, program ini juga akan dilaksanakan sebanyak
2 kali setahun iaitu akan dilaksanakan pada bulan Mei dan September. Antara aktiviti yang
dirancangkan adalah seperti berikut :

4.6.1. Program Ceramah Anti Dadah dan Anti Merokok


4.6.2. Program Pameran Poster Anti Dadah dan Anti Merokok
4.6.3. Pertandingan melukis dan mewarna Poster Anti Dadah peringkat sekolah.

 Tarikh bagi setiap program akan dimaklumkan semula oleh Penyelaras.


Tindakan : Makluman
5. Penangguhan Minit Mesyuarat

5.1. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan atas kerjasama
yang telah diberikan.
5.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

……………………………. …………………………….

(CIK MARY ANN) (PN.NURHAZLIN BINTI MOHAMAD ALI)

SU PROGRAM PENCEGAHAN DENGGI DAN PPDA Guru Besar SK Bikam

You might also like