You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN BIKAM

35600 SUNGKAI
Ribuan terima
PERAK DARUL RIDZUAN

MINIT MESYUARAT
PANITIA SAINS
BIL 4/2019

TARIKH :
MASA :1.00 PETANG
TEMPAT : PUSAT SUMBER SEKOLAH
SK BIKAM SUNGKAI

HADIR:

1..Puan Ainy Suzana Binti Mohd Yahya Pentadbir GK Pentadbiran


2.Cik Mary Ann Sangeetha Pengerusi (KP)

3.Puan Umi Kelsom bt.Mohamed Setiausaha

4.Puan Azura bt. Muhamad Zainuddin

AGENDA MESYUARAT

1. UCAPAN PENTADBIR/PENGERUSI
1.1 Majlis dimulakan dengan bismillah dan bacaan al-Fatihah.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru dan kerjasama yang
diberikan sepanjang tahun ini dan tahniah kerana berjaya menempuh sesi
persekolahan 2019.
Tindakan : Makluman

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS


BIL 3/2019
2.1 Minit mesyuarat Panitia Sains Bil 3/2018 dibentangkan. Pengesahan minit
mesyuarat Kurikulum Bil 3/2019:

Dicadang oleh : Cik Mary Ann Sangeetha


Disokong oleh : Puan Umi Kelsom
Tindakan: Makluman

3. PERKARA BERBANGKIT
3.2 Rujuk Perkara 8.1
Semua guru Sains Tahap 1 berjaya menghabiskan buku aktiviti dan
menggunakan buku teks secara maksimum dalan PdPC.

Tindakan : Makluman

4. PENTAKSIRAN SEKOLAH
4.1 Pengerusi mengingatkan guru-guru supaya melengkapkan borang pentaksiran sekolah
secara offline untuk diserahkan kepada Guru Besar pada akhir tahun nanti.
4.2 Slip individu murid perlu dicetak oleh setiap guru matapelajaran untuk dilampirkan di
dalam fail murid.
Tindakan : Semua Guru

5. ANALISA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2019 BAGI MATA


PELAJARAN SAINS
5.1 Analisa Peperiksaan Akhir Tahun bagi tahun 2019 adalah seperti berikut :

TAHUN BILANGAN PERATUS BILANGAN PERATUS BILANGAN


‘A’ LULUS LULUS GAGAL GAGAL
(%) (%)
4 0 85.71% 6/7 14.29% 1/7
5 1 76.93% 10/13 23.07 % 3/13
6 1 100% 7/7 0% 0

6.2 Untuk analisa penuh, sila rujuk Fail Setiausaha Peperiksaan Dalaman.
Tindakan : Semua Guru

7. HAL-HAL LAIN
7.1 Pengerusi mengingatkan guru-guru untuk memastikan semua buku latihan dan buku
aktiviti murid telah disemak sebelum cuti akhir tahun.
7.2 Guru-guru boleh bersedia dengan Rancangan Pengajaran Tahunan bagi sesi 2019 dan
membuat perancangan aktiviti di bawah Panitia Sains .
7.3 Semua guru diingatkan supaya memulangkan semula bahan bantu mengajar (BBM)
dan buku teks yang dipinjam sebelum bercuti.
Tindakan : Makluman

8. PENUTUP
8.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas kesudian
menghadirkan diri dalam mesyuarat ini dan berharap guru-guru di bawah Panitia
Sains sentiasa melakukan penambahbaikan untuk kebaikan bersama.
8.2 Pengerusi berharap semua guru akan bekerjasama dengan lebih baik pada tahun
hadapan.

9. PENANGGUHAN MESYUARAT
9.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

......................................... ..........................................
(PUAN UMI KELSOM BT (CIK A.MARY ANN)
MOHAMED) Ketua Panitia,
Setiausaha, SK Bikam.
SK Bikam.

You might also like