You are on page 1of 5

KERTAS KERJA CADANGAN

PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

PAMERAN CEGAH DENGGI

ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
SK PINANG KOTA SAMARAHAN

TEMPAT:
SK PINANG, JALAN DATO MOHD MUSA,
94300 KOTA SAMARAHAN SARAWAK

TARIKH:
MAC 2011

MASA:
0800-1130 PAGI

1.0

PENDAHULUAN
Pameran Cegah Denggi adalah salah satu daripada Program Kesihatan

Sekolah yang dilaksanakan bagi memenuhi syarat dan kehendak soalan tugasan
KKBI-Kerja Kursus Pendek Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4
Tahun 2011 bagi kursus PKE 3104 Program Kesihatan Sekolah.
Program ini dikelolakan dengan kerjasama bersepadu semua pihak untuk
memastikan warga sekolah dan masyarakat setempat bebas dan selamat daripada
serangan nyamuk aedes. Pameran ini merupakan program yang dirancang khas
selama 1 hari untuk memberi maklumat kepada semua pihak. Walaupun program ini
diadakan dalam masa yang singkat, namun diharap ianya dapat berjalan dengan
lancar seperti yang dirancangkan dan dapat menyampaikan mesej kepada warga
sekolah terutamanya murid-murid.

2.0

RASIONAL
Mengikut statistik kes demam denggi dan kematian yang dicatat mengikut

kawasan bagi tempoh 26 Disember 2010 hingga 01 Januari 2011 (Laman web rasmi
Kementerian Kesihatan Malaysia), negeri Selangor

mencatat kes denggi paling

tinggi sepanjang 2010 hingga 2011 ini. Pameran Cegah Denggi ini dapat membantu
memberikan kesedaran kepada warga sekolah SK Pinang dan masyarakat sekeliling
agar mengambil kesedaran tentang bahaya demam denggi.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Murid dapat mengetahui dan menyedari bahaya denggi dan kesan-kesannya.
3.2 Dapat menyemai sikap bertanggungjawab melindungi diri, keluarga dan jiran
daripada jangkitan denggi serta prihatin terhadap persekitaran mereka.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid SK Pinang, Kota Samarahan.

5.0 SUMBER KEWANGAN


5.1 Persendirian (Cik Angelina Andrew Daal dan Cik Cecilia Cindy Gugup)
5.2 Sumbangan pihak sekolah

6.0 ORGANISASI
Penasihat

: Guru Besar SK Pinang, Kota Samarahan

Pengerusi

: Ahamd

Setiausaha

: Angelina

Bendahari

: Penolong Kanan Kokurikulum

AJK Kebersihan

: Ketua Panitia Pendidikan Moral

AJK Peralatan

: Ketua Panitia PJK

AJK Makanan dan Jamuan

: Guru Penyelaras RMT

AJK Persiapan dewan dan pentas

: Ketua Panitia Pendidikan Seni

AJK Pameran

: Penolong Kanan HEM

AJK Buku Program

: Guru Bimbingan dan Kaunseling

AJK Publisiti dan Dokumentasi

: Penolong Kanan 1

AJK Urusetia dan Protokol

: Ketua Panitia Bahasa Melayu

Pengacara majlis

: Guru Bahasa Melayu

Pembaca doa

: Ustaz

7.0 ATURCARA TENTATIF

0740 pagi

: Ketibaan murid-murid dan guru-guru SK Pinang

0800 pagi

: Ketibaan tetamu kehormat (Guru Besar SK Pinang)

0815 pagi

: Ucapan Pengerusi Pameran Cegah Denggi oleh Cecilia Cindy Gugup

0830 pagi

: Ucapan perasmian Pameran Cegah Denggi oleh tetamu kehormat

0940 pagi

: Upacara memotong riben perasmian Pameran Cegah Denggi oleh


tetamu kehormat

1000 pagi

: Lawatan tetamu kehormat ke tapak pameran

1100 pagi

: Jamuan ringan

1130 pagi

: Majlis bersurai

8.0 PERALATAN
Bil.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.

Jenis peralatan
Sofa VIP
Meja (VIP dan Jamuan)
Rostrum
Mikrofon
Speaker
Gelas VIP
Alas meja (VIP dan Jamuan)
Kerusi
Papan pameran
Set pinggan mangkuk (VIP)
Set pinggan mangkuk (Jamuan)

Kuantiti
3 buah
2 buah
1 buah
1 buah
2 buah
3 buah
2 helai
120 buah
4 buah
5 set
25 set

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN


Jamuan ringan (untuk VIP dan guru-guru)

: RM 2 25 orang = Rm 50

Makanan untuk murid (Kudapan- kuih muih)

: RM 1 40 orang = Rm 40

Air mineral (1 kotak)

: RM 10 1 kotak

Jumlah

= Rm 10
RM 100

10.0 PENUTUP
Semoga pameran yang dijalankan akan dapat memberi kesedaran kepada
murid-murid tentang bahaya jangkitan denggi dan kesan-kesannya. Selain itu, ianya
juga bertujuan untuk melahirkan insan yang sihat dan cergas serta dapat
menimbulkan rasa tanggungjawab kepada diri, keluarga, agama dan negara.
Pencegahan tempat pembiakan nyamuk aedes adalah tanggungjawab bersama.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

............................................

............................................

(ANGELINA )

(AHMAD

Setiausaha Pameran Cegah Denggi,

Pengerusi Pameran Cegah Denggi,

SK Pinang

SK Pinang

Disahkan oleh,
.......................................
(

Penasihat Pameran Cegah Denggi,


SK Pinang

You might also like