You are on page 1of 2

(Masalah) Kekurangan Guru Lelaki di Malaysia

June 1st, 2011

Baru-baru ini, Lebih 80 peratus atau 54,400 daripada kira-kira 68,000 permohonan untuk mengikuti Kursus
Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI) yang diterima Kementerian Pelajaran bagi pengambilan Jun depan
membabitkan golongan wanita. Persolaannya, di manakah golongan lelaki? Adakah masalahkekurangan guru
lelaki di Malaysia akan berterusan dan bertambah serius? Sehinggakan ada mengatakan kekurangan guru lelaki
di sekolah hari ini menjadi faktor utama peningkatan masalah disiplin kebelakangan ini

Dahlapelajar lelaki menjadi golongan minoriti di IPTA, ditambah pula kekurangan guru lelaki di sekolah. Tidak
dinafikan bidang perguruan, kedoktoran, kejururawatan memang menjadi pilihan golongan wanita.

Kalau di sekolah, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan, baik guru lelaki mahupun guru wanita.
Kebiasaannya, hasil kerja guru lelaki tidak akan sama dengan guru wanita begitu juga impak guru
wanita tidak akan sama dengan guru lelaki. Itu sebabnya apabila mereka mampu bersatu dan berganding
bahu dengan baik, institusi pendidikan di sekolah mampu dipertingkat. Tetapi jikalau bilangan atara guru
lelaki dan guru wanita tampak tempang? Apa kesannya?

Memang betul ibubapa sekarang banyak yang lepas tangan, yang laksanakan tanggungjawab mereka sebagai
ibubapa dengan baik saya ucapkan tahniah dan syabas. Itu yang remaja sekarang jadi rosak. Kemudian apabila
di sekolah, pelajar yang bermasalah inilah yang buat perangai. Jadi suka atau tidak, memang guru lelaki
memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah disiplin di sekolah. Takkan mahu dibiarkan begitu
sahaja bukan? Akhirnya pelajar naik kepala..

Kepada golongan lelaki jika anda berminat tetapi dalam pada masa yang sama kurang berkeyakinan untuk
menjadi guru bolehlah mencuba untuk jadi guru sandaran, guru kontra atau guru ganti. Rasai dahulu

pengalaman bergelar guru, kemungkinan minat yang sepenuh hati akan datang kemudiannya. Kalau berminat,
apa salahnya diteruskan. Sekurang-kurangnya bebanan kekurangan guru lelakidapat diatasi sedikit demi
sedikit.

Dalam apa juga kerja sekalipun mesti datang MINAT. Minat juga datang daripada pendedahan dan peluang.
Tidak dinafikan ramai golongan lelaki yang ingin menjadi guru sebenarnya ditambah pula lambakan golongan
graduan mengangur di luar sana terutama graduan lelaki yang sebenarnya ramai berkeinginan untuk menjadi
guru. Betul tak? Mungkin Kementerian Pelajaran Malaysia kurang-kurangkanlah birokrasi. Bagi saya, kehadiran
guru lelaki dan perempuan adalah saling melengkapi dalam institusi pendidikan.

You might also like