You are on page 1of 7

Kepentingan FPK dan FPG dalam pembangunan pendidikan di Malaysia

Pendidikan merupakan peneraju pembangunan Negara Malaysia. Melalui


pendidikanlah kita dapat membangunkan Negara kita. Demi mencapai matlamat
kerajaan dalam Wawasan 2020, pendidikan di Malaysia haruslah dimantap dan
diperkukuhkan lagi. Itulah sebabnya mengapa kerajaan perlu membentuk satu
falsafah berkenaan pendidikan di Malaysia.
Falsafah pendidikan kebangsaan adalah digubalkan daripada usaha berfikir
yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang
telah dimanifesti dalam laporan dan dasar pendidikan, termasuk Rukun Negara (Mok
Soon Sang, 2009). Fungsi utamanya adalah sebagai garis pandu bagi pakar
pendidikan

dalam

melaksanankan

segala

tindakan

berkaitan

pendidikan.

Pembentukan FPK merujuk variasi faktor yang perlu dipertimbang memandangkan


Malaysia merupakan salah sebuah negara yang majmuk bangsanya. Satu
keselarasan entiti perlu dirancang secara teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan
mengambil kira keperluan-keperluan individu, masyarakat dan Negara.
Falsafah Pendidikan Guru dirangka untuk membentuk guru yang berkualiti
selaras dengan objektif pendidikan kebangsaan. Dalam Falsafah Pendidikan Guru,
terdapat beberapa aspek atau ciri kualiti yang ingin dibentuk dalam diri guru yang
berperanan sebagai agen perubahan kepada generasi masa hadapan. Antaranya
ialah berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi negara, menyanjung warisan kebudayaan negara, menjalin perkembangan
individu, memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, memelihara suatu
masyarakat yang demokratik, memelihara suatu masyarakat yang progresif dan
memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin.
Elemen yang pertama iaitu berpekerti mulia. Pekerti yang mulia merujuk kepada
sahsiah seseorang guru. Guru yang bertindak sebagai agen perubahan pelajar perlu
terlebih dahulu menunjukkan sahsiah yang baik supaya murid dapat mencontohi
keperibadian guru. Antara sahsiah yang boleh ditonjolkan ialah seperti berbudi
bahasa, bersopan, berdisiplin dan bermoral. Sekiranya seorang guru tidak
menunjukkan disiplin yang mantap misalnya merokok dalam kawasan sekolah,

sudah semestinya menjadi teladan yang tidak baik untuk pelajar-pelajar. Pelajarpelajar yang baru meningkat dewasa mudah terpengaruh dengan keadaan
sekeliling.
Jadi sekiranya guru merokok di kawasan sekolah, pelajar akan turut sama
melanggar disiplin sekolah dengan menghisap rokok. Mungkin budaya merokok
dianggap mudah tetapi budaya inilah yang akan mendorong pelajar-pelajar untuk
melakukan lebih banyak masalah di sekolah seperti gangsterisme dan vanderlisme.
Kebelakangan ini banyak terjadi kes-kes yang melibatkan guru, contohnya guru
mencabul pelajar di sekolah. Hal-hal sebegini tidak seharusnya berlaku sekiranya
guru mempunyai pekerti yang baik. Guru berperanan menjadi contoh teladan
kepada pelajar tetapi dalam masa yang sama telah memusnahkan kepercayaan
pelajar itu terhadap guru. Justeru, bagaimanakah aspirasi yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Guru mampu tercapai. Maka, elemen pekerti yang mulia dalam
kalangan guru diterapkan dalam Falasafah Pendidikan Guru supaya aspirasi negara
dapat dicapai.
Elemen kedua iaitu berpandangan progresif dan saintifik. Progresif dalam Kamus
Pelajar Edisi Kedua bermaksud sentiasa bergerak maju dan bertujuan untuk
mencapai kemajuan, manakala saintifik pula bermaksud suatu kaedah yang teratur
atau bersistem. Selaras dengan matlamat wawasan 2020 yang dihuraikan oleh Tun
Dr Mahathir Mohamad, iaitu bagi mewujudkan masyarakat saintifik yang progresif,
masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan,
yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada
tamadun sains dan teknologi masa depan. Seorang guru mestilah bergerak maju
dan bersistem atau dengan kata lain seorang guru perlu berkembang mengikut
peredaran zaman yang kini memberi penekanan kepada sains dan teknologi.
Dunia tanpa sempadan memaksa guru-guru bersifat progesif tetutama untuk
mendidik pelajar-pelajar di sekolah. Contohnya, jika zaman dahulu, pelajar hanya
mengharapkan bimbingan dari guru dalam pelajaran tetapi dengan kemajuan
teknologi masa kini, pelajar boleh belajar walaupun tidak ada guru untu memantau.
Guru juga mudah untuk mencari maklumat dengan menggunakan teknologi.
Sebaliknya jika seorang guru itu tidak progresif selaras dengan kemajuan negara,
sudah pasti guru tersebut akan ketinggalan dalam bidang perguruan itu sendiri.

Seorang guru yang progresif dan saintifik mestilah bergerak seiring dengan
kamajuan dan berusaha agar tidak ketinggalan terutamanya dari segi profession
keguruan. Ini bermakna guru perlu berusaha untuk berfikiran maju dan berani
mencipta satu inovasi dalam pendidikan.
Elemen yang ketiga iaitu bersedia menjunjung aspirasi negara. Aspirasi
dalam kamus pelajar edisi kedua bermaksud keinginan atau kehendak yang kuat
untuk mencapai sesuatu. Dalam konteks menjunjung aspirasi negara, guru sebagai
agen yang bertindak untuk menjayakan aspirasi negara ini. Guru berperanan untuk
mendidik generasi muda supaya dapat menyumbang kepada pembangunan dan
kemajuan negara. Guru perlulah benar-benar menghayati aspirasi negara yang
dihasratkan supaya pembentukan modal insan kelas pertama dapat dilahirkan.
Sebagai pendidik, guru perlu menerapkan kesemua aspek yang ditekankan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan individu yang seimbang
dan harmonis.
Sekiranya modal insan yang dilahirkan tidak berkualiti, jadi aspirasi negara
sudah pasti tidak dapat dicapai. Generasi muda yang akan dilahirkan oleh para guru
inilah yang akan menjadi penggerak dan bersama-sama guru untuk menjunjung
aspirasi negara Malaysia. Tambahan pula, guru perlu berusaha agar dapat
menyumbang secara maksimum ke arah pencapaian aspirasi negara. Contohnya,
guru perlu menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan seperti mendidik pelajar
dengan jujur, ikhlas dan amanah. Ada beberapa kes yang tidak sihat melibatkan
guru, misalnya kes guru yang ponteng kelas, tidak berada di kelas yang sepatutnya
tanpa alasan, dan ada juga guru yang menyalahgunakan kuasa yang diberikan. Jika
kes-kes sebegini berterusan, di mana kredibiliti seorang guru yang sepatutnya
menjunjung hasrat negara? Maka, melalui Falsafah Pendidikan Guru inilah yang
bertindak untuk menjadi garis panduan dan pegangan untuk di setiap guru di
Malaysia.
Elemen seterusnya ialah bersedia menyanjung warisan kebudayaan negara.
Negara kita, Malaysia kaya dengan pelbagai kebudayaan yang unik. Sebagai guru,
kita perlulah menghayati warisan kebudayaan negara yang unik ini. Bukan sahaja
dari segi adat resam, malah dari aspek kesenian, pakaian, peralatan tradisional,
permainan tradisional, perubatan, sastera, seni bina dan juga seni halus. Kesemua

aspek ini perlu dipelihara supaya warisan kebudayaan ini dapat dinikmati oleh
generasi akan datang. Seorang guru berperanan untuk memupuk sifat bangga
terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan pelajar. Mereka perlu menghargai
keunikan kebudayaan yang telah diwarisi sejak zaman berzaman.
Untuk menyemai perasaan bangga terhadap budaya yang pelbagai ini, guru boleh
mengambil inisiatif seperti membuat aktiviti atau program yang berkaitan dengan
kebudayaan. Misalnya, mewujudkan malam kebudayaan dan warisan di mana pada
malam tersebut ditonjolkan budaya bagi setiap kaum yang ada di Malaysia. Secara
tidak langsung, murid akan dapat mengetahui keunikan budaya kaum-kaum lain. Di
sini, gurulah yang bertindak sebagai agen penggerak dalam memelihara warisan
kebudayaan negara.
Guru juga perlu menyemai sifat patrotisme dan cintakan negara dalam
kalangan pelajar. Sifat patriotisme dan cintakan negara ini penting untuk diterapkan
dalam diri pelajar supaya mereka sanggup berjuang mempertahankan negara suatu
masa nanti. Sekiranya guru tidak menerapkan sifat ini sebaik mungkin, tidak
mustahil penjajah akan kembali mencari ruang dan peluang untuk menjajah semula
negara. Guru tidak seharusnya berasa senang hati atas kemerdekaan yang telah
kita kecapi selama 54 tahun ini.
Anasir-anasir luar sentiasa menantikan peluang untuk menjajah semula
sekiranya kita lalai dan leka. Generasi muda yang bakal dilahirkan oleh warga
pendidik inilah yang akan beruang untuk mempertahankan kemerdekaan dan
keamanan negara pada masa akan datang. Jadi, guru perlu peka dalam
menerapkan unsur patriotisme dalam diri pelajar. Pelajar yang hanya pintar dari
sudut intelek tetapi tidak punyai semangat patriotisme hanya akan merosakkan
negara. Contohnya, pelajar yang mahir dalam bidang ekonomi, seharusnya dapat
menyumbang kepada kemajuan negara tetapi sekiranya mereka tidak mempunyai
semangat cintakan negara, berkemungkinan besar individu-individu yang cerdik
pandai inilah akan menrosakkan negara misalnya dengan berkomplot dengan
negara luar dalam usaha untuk menjatuhkan negara. Jadi, di sini amat jelas peranan
guru yang sangat penting untuk menerapkan semangat patriotisme supaya keadaan
seperti itu tidak akan berlaku pada negara yang tercinta ini.

Elemen

yang

kelima

iaitu

menjamin

perkembangan

individu.

Guru

bertanggungjawab untuk melahirnya individu yang seimbang dan harmonis seperti


yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menurut Golemen
(1995), kecerdasan intelek semata-mata tidak menjamin kebahagaian hidup
seseorang individu. Malah, dengan hanya kecerdasan intelektual yang diberi
penumpuan tidak mampu untuk melahirkan insan yang matang, tabah, berani, kuat,
teguh dan rendah diri. (Muhamad Mahyudin Nafis, 2007). Individu yang seimbang
merangkumi empat aspek utama iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Gurulah yang berperanan untuk membentuk perkembangan murid secara
menyeluruh iaitu merangkumi kesemua aspek yang telah dinyatakan. Bukan sahaja
perkembangan murid perlu dtitik beratkan, sebaliknya guru itu sendiri perlu
mempunyai kesemua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Perkara utama yang
perlu diamalkan oleh seorang guru ialah dengan sentiasa menghayati Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sebagai guru berkualiti, kita mestilah lengkapkan
diri dengan keempat-empat aspek yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERIS). Keperluan
intelek yang perlu dimiliki terbahagi kepada beberapa aspek iaitu berilmu
pengetahuan, mahir IT, menguasai Bahasa Inggeris dan mempunyai daya kreativiti
dan inovatif. Cabaran pada hari ini memerlukan guru untuk memiliki pelbagai ilmu
pengetahuan dan kepakaran. Begitu juga dengan kemahiran dalam teknologi
maklumat yang perlu dikuasai sebagai pemangkin ke arah menghasilkan pendidikan
yang cemerlang dan berkualiti. Guru juga perlu menguasai

Bahasa Inggeris

dengan baik kerana perkembangan sistem pendidikan negara masa kini


memerlukan para guru untuk menguasai bahasa bahasa inggeris dengan baik.
Seterusnya mempunyai daya kreativiti dan inovatif iaitu kebolehan untuk mencipta
dan menghasilkan sesuatu idea baru, serta kebolehan mengubahsuai sesuatu idea
menjadi lebih menarik.
Guru yang berkualiti kerohaniannya terdiri daripada mereka yang memiliki
sahsiah atau tingkah laku yang baik dan terpuji. Di antara ciri-ciri seorang guru
bersahsiah yang baik ialah menjalankan tugas tepat pada masanya, ikhlas dalam
menjalankan tugas, menghormati rakan guru serta pelajar, rajin dan lain-lain.
Nilaitara sahsiah atau tingkahlaku yang baik ini adalah terkandung di dalam Etika
dan Tatasusila Profesion Keguruan .guru juga perlu memiliki pegangan agama yang

kukuh. Dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, agama diletakkan di


tempat yang tertinggi. Pegangan agama yang kuat akan menyebabkan seseorang
guru itu bertanggungjawab terhadap tugasnya, berilmu, berprinsip serta amanah.
Seorang guru yang berkualiti jasmaninya ialah mempunyai penampilan dan imej diri
yang baik, iaitu cara berpakaian, tingkah laku dan tutur kata. Memiliki kesihatan
tubuh badan yang baik agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan. Guru yang
berkualiti juga harus memiliki kemahiran berkomunikasi iaitu semasa berhubung
dengan pelajar, ibubapa, masyarakat dan pihak pengurusan sekolah. Guru juga
perlu mahir dalam sesuatu aktiviti sukan dan mana-mana unit beruniform. Ini
bertujuan untuk melatih pelajar melibatkan diri dalam kokurikulum yang penting
untuk pembentukan jati diri pelajar.
Aspek-aspek yang perlu dimiliki oleh seorang guru berkualiti dari segi emosi
ialah sentiasa menghayati nilai-nilai murni, norma dan Etika Perkhidmatan. Guru
juga perlu mempunyai pemikiran yang positif dalam menjalankan tugasnya

iaitu

menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar
sebagai suatu ibadah tanpa sebarang alasan. Di samping itu, seorang guru juga
hendaklah memiliki sikap akauntabiliti dalam menjalankan tugas agar sebarang
tanggungjawab yang diberi dapat dijalankan dengan berkesan.
Elemen yang terakhir dalam Falsafah Pendidikan Guru ialah memelihara
suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Guru
mempunyai tanggungjawab sebagai ahli masyarakat yang menyumbang kepada
pembangunan negara. Guru mestilah berusaha agar masyarakat dapat memenuhi
aspirasi dan hasrat negara yang telah ditetapkan. Untuk menjayakan Falsafah
Pendidikan Guru ini, guru perlu menjadikan diri mereka sebagai rol model kepada
masyarakat kerana gurulah yang membentuk masyarakat itu. Guru yang berkualiti
dan baik akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin selaras dengan hasrat dan aspirasi negara kita, Malaysia.
Falsafah Pendidikan Guru menghuraikan ciri-ciri guru yang diperlukan untuk
memenuhi aspirasi negara dan Wawasan 2020. Justeru, guru mempunyai
akauntibiliti yang tinggi terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan negara bagi
memastikan sistem penyampaian ilmu, kemahiran dan nilai yang berkesan.
Sehubungan dengan itu, guru hendaklah mempunyai sahsiah yang baik. Umpama

pepatah Melayu, bapak borek, anak rintik. Jikalau anak meniru tingkah laku
ayahnya di rumah, murid akan meniru tingkah laku guru mereka di sekolah. Tingkah
laku seorang guru yang baik akan mempengaruhi tingkah laku murid yang diajar.

You might also like