You are on page 1of 7

Tajuk : Isu buli di sekolah

Menurut Wikipedia Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang


lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masingmasing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi
atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan
bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal
atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia
bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan
harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan
yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa
serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.

Jenis-jenis buli

Buli fizikal :
Memukul

Menggunakan tangan,kaki atau objek secara terus kepada


mangsa yang dilakukan secara beramai-ramai.

Mengugut

Memaksa mangsa membuat sesuatu perkara seperti membasuh


baju, membelikan makanan ataupun mengutip wang secara
berkala.

Mencabul

Menyentuh bahagian sulit mangsa apabila mangsa enggan


menurut arahan.

Buli mental :
Mengejek atau mencerca

Bukan sahaja berlaku dalam kalangan berlainan umur tetapi


juga turut berlaku dalam kalangan rakan sebaya. Diejek

biasanya disebabkan kelainan pada nama, fizikal, dan rupa


paras.
Memaki hamun

Menghamburkan kata-kata nista dan cercaan yang kesat


kepada mangsa sehingga menimbulkan rasa tertekan akibat
terpengaruh dengan cercaan yang dihamburkan.

Gangguan seksual

Menunjukkan

isyarat

lucah

kepada

mangsa

sehingga

mengakibatkan mangsa mengalami masalah dan tekanan.


Buli siber :
Memperdayakan mangsa di alam siber dan juga menjatuhkan maruah
mangsa secara terang-terangan. Mangsa juga dihina dengan kata-kata
kesat yang boleh di baca oleh semua orang.
Buli jalanan :
Biasanya terdiri daripada pemandu yang tidak beretika. Mereka
memandu dalam keadaan yang berbahaya dan mengganggu pemandu
lain dengan membunyikan hon atau memprovok mangsa dengan
menekan-nekan minyak atau menunjukkan isyarat untuk menimbulkan
pergaduhan.
Buli pekerjaan :
Mangsa akan diberikan kerja yang bukan dalam bidang tugas mangsa
oleh orang atasan mahupun rakan sejawat. Mangsa di minta untuk
menyelesaikan kerja-kerja tersebut dengan segera walaupun mangsa
masih mempunyai kerja untuk diselesaikan. Biasanya mangsa terdiri
daripada pekerja-pekerja baru dan pekerja yang bersifat lurus bendul.

Faktor- faktor gejala buli di sekolah

Ibu bapa
Faktor kegagalan ibu bapa melakanakan tanggungjawab terhadap
anak merupakan akar tunjang kepada berlaku gejala negatif seperti ini. Pada
masa moden ini, ibu bapa hanya mementingkan bidang profession dan
kerjaya mereka yang bermotifkan hanya untuk mencari pendapatan sehingga
mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak. Ini menyebabkan
seseorang anak itu kurang mendapat perhataian dan belaian kasih sayang
daripada ibu bapa mereka. Anak juga tidak mengetahui perkara yang
dilakukan oleh mereka adalah betul atau salah,baik atau buruk akibat tiada
bimbingan ibu bapa sehingga menjejak kaki ke alam gejala sosial seperti
gejala membuli. Tambahan pula belaian kasih sayang yang tidak cukup yang
diterima daripada ibu bapa juga melahirkan anak yang bersikap agresif dan
tidak perikemanusiaan sehingga mereka melakukan perkara yang tidak
sepatutnya terhadap orang lain tanpa mempunyai rasa bertimbang rasa dan
belas kasihan.

Sekolah
kekurangan pengawasan dan disiplin yang longgar di sekolah juga
mendorong berlakunya gejala membuli ini. Pihak sekolah yang kurang peka
dan tidak mengambil peduli tentang disiplin sekolah serta kelonggaran disiplin
member peluang emas kepada para pelajar untuk mengambil kesempatan
dalam melakukan gejala sosial seperti gejala membuli. Kelonggaran disiplin
juga

menyebabkan

pelajar

terutamanya

pelajar

lelaki

menunjukkan

keberanian mereka dan mengambil peluang untuk melakukan apa saja


perkara secara bebas dan ini adalah disebabkan tiada pihak yang mengambil
peduli sehingga membawa masalah - masalah yang tidak bermoral.

Nilai moral
Kekurangan

penghayatan

nilai-nilai

moral

dan

agama

juga

menyebabkan para remaja terlibat dalam gejala negatif seperti membuli ini.
Ini adalah disebabkan,seseorang pelajar yang mempunyai nilai moral dan
agama yang tinggi tidak mudah pengaruh untuk melibatkan diri dalam gejala
negatif. Tambahan pula,kekurangan penghayatan nilai moral dan agama juga
membentuk remaja yang kurang berakhlak dan mereka tidak mengetahui
perkara yang mereka lakukan adalah baik atau buruk sehingga terjebak ke
alam yang kurang baik kerana mengikutu pengaruh rakan sebaya.remaja
yang kurang penghayatan nilai agama dan moral juga mudah mempengaruhi
gerak geri rakan sebaya ,iklan dan sebagainya yang mencetuskan diri mereka
untuk mencuba apa saja aktiviti .

Pengaruh rakan sebaya


Faktor yang mendorong seseorang terjebak dalam aktiviti membuli
adalah kerana pengaruh rakan sebaya. Terdapat pembuli yang mengikut jejak
rakan mereka supaya mereka tidak berasa tersisih dan merasakan diri
mereka masih tergolong dalam kumpulan itu walaupun mereka tidak ingin
mencederakan orang lain dengan membuli. Ini adalah kerana mereka takut
mereka akan disisihkan sekiranya mereka tidak mengikut perlakuan rakan
mereka.

Trauma
Terdapat juga pembuli yang pernah menjadi mangsa buli. Ini adalah
kerana mereka masih tidak dapat melepaskan diri daripada trauma terdahulu
yang menyebabkan mereka menjadi pembuli. Mereka cuba melepaskan
ketakutan dan keseksaan yang dialami terdahulu kepada mangsa mereka.
Akan tetapi, pada masa yang sama mereka juga akan terkenang masa
lampau mereka yang menyakitkan. Ini akan menyebabkan mereka berasa
lebih menderita. Keadaan inilah yang menyebabkan mereka menjadi lebih
agresif dan seterusnya menyebabkan mangsa buli mereka mengalami
kecederaan yang lebih serius.

Cara-cara mengatasi gejala buli

Tahap sekolah
Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang
berlaku di sekolah masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi
atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi
borang soal selidik berkaitan dengan buli. Selain itu, pelajar juga boleh
menulis kes-kes buli yang telah mereka alami. Untuk mendapatkan
respons tertinggi

tentang perkara

ini,

identiti pelajar perlulah

dirahsiakan.
Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan
buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di
sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar
untuk dibaca bersama dengan ibu bapa. Maklumat yang terkandung
dalam risalah ini merangkumi konsep buli, petua mudah untuk
menangani insiden buli, siapa yang boleh dihubungi apabila berlaku
kes buli, contohnya talian hotline buli.
Tindakan disiplin, merotan, dan buang sekolah adalah hukuman
sewajarnya kepada pembuli.
Penggunaan kamera litar tertutup(CCTV) di sekolah-sekolah secara
tidak langsung dapat mengekang kejadian gengster.
Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat
sekolah. Antara ahli yang terlibat terdiri daripada pengetua sekolah,
guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa, dan wakil pelajar.
Mereka

berperanan

mengurus

program

antibuli

dan

menilai

keberkesanannya.
Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda
mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) sekolah.

Tahap kelas
Di dalam kelas, perlu diwujudkan satu peraturan kelas berkaitan
dengan toleransi sifar tentang buli. Peraturan tersebut msetilah
menyenaraikan semua tingkah laku yang disifatkan sebagai tingkah
laku buli (psikologi dan fizikal), dan hukuman yang akan diterima jika
ditangkap atau dilapor melakukannya.
Setiap pelajar hendaklah diberikan senarai peraturan berkenaan
tingkah laku buli dan hendaklah menandatangani dokumen tersebut
dan satu salinan disimpan dalam fail pelajar. Sebelum itu, pihak ibu
bapa juga turut menandatangani peraturan berkenaan. Ini merupakan
tingkah laku antara pelajar dan ibu bapa atau penjaga dengan sekolah.
Guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari
semasa ke semasa.

Tahap individu
Tahap

ini

biasanya

Jawatankuasa

akan

penyelaras

melibatkan
antibuli

pembuli
hendaklah

dan

mangsa.

mengadakan

perbincangan menyelesaikan masalah tersebut bukan sahaja dengan


pembuli dan mangsa, tetapi juga ibu bapa atau penjaga mereka.
Guru kaunseling juga bolehlah mengadakan sesi yang memainkan
peranan terhadap tingkah laku empati(daya menyelami dan memahami
perasaan dan emosi orang lain) atau tidak agresif dengan pembuli.
Latihan pemulihan pula perlu diadakan dengan mangsa.

Tahap ibu-bapa
Ibu bapa juga harus memainkan peranan untuk membendung gejala
ini. Ibu bapa harus mengambil berat akan anak-anak mereka dan
memberikan mereka kasih sayang supaya mereka tidak berasa tersisih
dan kesunyian. Ini akan membantu mengelakkan anak-anak mereka
daripada terjebak dalam gejala buli. Ibu bapa juga harus mengetahui
kegiatan yang berlaku di sekolah anak-anak mereka supaya mereka
tidak bergaul dengan rakan yang akan mempengaruhi mereka ke jalan
yang salah.

Isu buli dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan


Guru
Falsafah Pendidikan kebang

You might also like