You are on page 1of 6

1.

SEJARAH UNIT BERUNIFORM

1.1 Sejarah Pengasas


Jean Henry Dunant dilahir pada 8 Mei 1828 terkenal dengan gelaran bapa palang
merah ayahnya seorang peniaga terkenal dan berharta, ibunya seorang penyayang dan
patuh pada arahan agama .
Aktif dalam pelbagai kegiatan amal dan agama aktif dalam menyatukan orang kristian
dan yahudi menjadi ahli LEAGUE OF ALMS di Geneva ( objektif : membantu penduduk
miskin dan sakit melawat penjara untuk memulihkan banduan .)
Di usia 30 tahun minatnya adalah kepada sekumpulan organisasi di Switzerland ,
France dan Belgium yang terkenal dengan nama Young Mens Christian Union dan di
England di kenali sebagai Young Mens Christian Assosiation . 1853 , satu pergerakan
untuk menyatukan beberapa kumpulan di Eropah dimulakan . Dunant menentang dan
mencadangkan satu gagasan sedunia termasuk YMCA di England patut diwujudkan dan
tidak terhad di Eropah sahaja. Hasil desakan Dunant , satu persidangan YMCA sedunia
telah diadakan di Paris pada tahun 1855.
Pada 1849 , Dunant berkerja sebagai perantis dalam sebuah syarikat bank di Geneva ,
untuk belajar perniagaan bank. Disebabkan ketekunannya itu, dia telah diberi tugas
sementara sebagai pengurus besar di sebuah cawangan di Algeria yang dikenali
sebagai Colonies Suieses de Setif. Beliau berhenti berkerja dan bekerja sendiri. Beliau
akhirnya berjaya dalam perniagaan .
Pada Jun 1859 dalam perjalanan untuk menguruskan perniagaan di Itali apabila sampai
di Castiglione della Piere ketika pertempuran di Solferino mula meletus. Didapatinya
banyak mangsa perperangan yang mati dan sakit. Beliau cuba membantu orang yang
sakit dengan sedaya-upaya. Pengalaman ini telah menyebabkan beliau meninggalkan
hal

perniagaan.

Beliau

cuba

menumpukan

pemikirannya

tentang

bagaimana

penderitaan dan peperangan dapat diringgankan .


Kenangan di Solfarino buku yang ditulis olehnya adalah permulaan bagi kejayaan
kerjayanya, menyarankan agar pasukan yang mempunyai sukarelawan terlatih patut
ditubuhkan untuk menolong anggota yang tercedera di semua negara ianya telah

mendapat sambutan yang luar biasa. Konsep , trinity antarabangsa diantara negara
untuk menentukan penjagaan orang sakit telah menarik minat ramai .
Pada 1863 dan 1864 kejayaannya meningkat dan selepas itu menurun ini adalah kerana
orang ramai memberi sokongan kepada beliau setelah itu jawatankuasa Palang Merah
ditubuh setelah itu pula persidangan diadakan dalam tranformasi itu ,beliau menepikan
diri dan tempatnya itu digantikan oleh orang lebih praktikal. Pada 1865 dan 1866
pernyataannya semakin merosot ini kerana perasaan malu dan kurang keyakinan
terhadap diri sendiri
Tahun 1867 merupakan tahun yang amat malang bagi Dunant urusan perniagaan yang
diabaikannya juga turut merosot beliau terpaksa meggunakan hartanya untuk membayar
hutang-piutang. Ekoran daripada itu beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan
Geneva (pada usia 39 tahun).
20 tahun kemudian, Dunant menghadapi hidup yang paling malang ini kerana beliau
terpaksa hidup dengan ehsan sahabat dan sedikit elaun keluarganya kadangkala beliau
muncul di khalayak ramai di Perancis, Jerman, Itali dan England untuk diberi
penghormatan atas sumbangan tertubuhnya Palang Merah dan projek-projek lain.
Walau bagaimanapun, beliau terpaksa hidup keseorangan.
Pada Julai 1887 dalam usia 59 tahun beliau kelihatan sangat tua akibat kekecewaan
yang dialami selama 20 tahun namun penduduk di bandar kecil Heidden, Switzerland
mengenalinya di tempat tinggalnya itu ramai orang yang menghormatinya. Pada suatu
waktu beliau menaruh minat dalam pergerakan yang beliau pelopori. Beliau juga turut
dihubungi oleh rakan lama beliau. Pada 1892, akibat gangguan kesihatan beliau telah
dimasukkan ke hospital dan hidup di sana selama 18 tahun.
Pada 1895, seorang wartawan muda dalam pengembaraannya telah mendapat tahu
mengenai Dunant dan memohon untuk mewawancara Dunant. Ekoran wawancara itu,
seluruh dunia mengetahui bahawa Dunant masih hidup walaupun dalam keadaan daif
berbagai pihak mahu membantu beliau. Pengiktirafan terhadap khidmatnya sampai
melalui surat oleh pihak atasan dan bawahan dari jauh dan dekat Pope Leo menghantar
potret yang yang ditandatangannya yang ditulis dengan tangannya, perkataan First Paz
In Virtute Ma Deus.

Dunant tenang semasa hari tuanya, beliau menghargai segala pujian yang dicurahkan.
Beliau mengatakan bahawa beliau tidak perlu dibantu, kerana bagi beliau sudah
memadai dengan bantuan pihak hospital dan jiran-jirannya di Heidden.
Pada 1901, Jawatankuasa Nobel menganugerahkan Dunant dengan Hadiah Keamanan
(Peace Prize) yang pertama dan dikongsi dengan Frederick Pessy dari Perancis beliau
tidak dapat pergi ke Christiana untuk menerima anugerah kerana terlalu lemah. Hadiah
itu dihantar terus kepadanya dari Geneva.
Pada Ahad, 30 Oktober 1910 beliau meninggal di Heidden, di pergunungan dan di
kalangan panduduk pada akhir hayatnya beliau dapat menikmati ketenangan hidup,
jalinan persahabatan dan keselamatan hingga hari tuanya.

1.2 Sejarah Penubuhan


SEJARAH JAPM (ICRC)
1863: Penubuhan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah
Pada bulan November 1826, Henry Dunant telah menyiapkan penubuhan bukunya
Kenangan di Soliferino. Beliau sendiri membiayai harga pencetakannya dan kemudian
menghantarkannya kepada keluarga-keluarga yang memerintah di Eropah, ahli-ahli
politik, pegawai tentera, para dermawan dan rakan-rakannya. Buku tersebut telah
mendapat sambutan yang luar dugaan terutamanya di Eropah, dimana ramai yang tidak
mengetahui akan penderitaan yang dialami akibat peperangan.
Pada masa itu wujud di Geneva sebuah Persatuan Kebajikan Awam yang
dipengerusikan oleh Gustave Moynier, seorang penguam. Beliau sungguh terharu
dengan kandungan buku tersebut dan menggesa. Dunant menceritakan pengalamannya
kepada ahli-ahli yang lain di dalam persatuan tersebut. Satu perjumpaan diadakan pada
9hb Februari 1863. Hasilnya satu suruhanjaya terdiri daripada 5 orang ditubuhan untuk
mengkaji saranan Moynier yang berasaskan kepada idea Dunant, seperti berikut:
-memulakan tugas serta-merta di paras antarabangsa.
-menyertakan jururawat sukarela bertugas dengan tentera di medan perang.

Suruhanjaya tersebut berjumpa bagi pertama kalinya pada 17 Februari 1863. Henry
Dunant dan Gustava Moynier menjadi ahli bersama-sama dengan General GuillaumeHenri Dufour, Dr.Louis Appia dan Theodore Maunoir. Kesemua mereka adalah warga
kota

Geneva.

Suruhanjaya

tersebut

dikenali

dengan

nama

Jawatankuasa

Antarabangsa untuk membantu orang-orang yang cedera yang kemudiannya


dikenali sebagai Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM) atau The
International Committee of the Red Cross (ICRC).
SEJARAH JAPM (ICRC)
1863: Penubuhan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah
Pada bulan November 1826, Henry Dunant telah menyiapkan penubuhan bukunya
Kenangan di Soliferino. Beliau sendiri membiayai harga pencetakannya dan kemudian
menghantarkannya kepada keluarga-keluarga yang memerintah di Eropah, ahli-ahli
politik, pegawai tentera, para dermawan dan rakan-rakannya. Buku tersebut telah
mendapat sambutan yang luar dugaan terutamanya di Eropah, dimana ramai yang tidak
mengetahui akan penderitaan yang dialami akibat peperangan.
Pada masa itu wujud di Geneva sebuah Persatuan Kebajikan Awam yang
dipengerusikan oleh Gustave Moynier, seorang penguam. Beliau sungguh terharu
dengan kandungan buku tersebut dan menggesa. Dunant menceritakan pengalamannya
kepada ahli-ahli yang lain di dalam persatuan tersebut. Satu perjumpaan diadakan pada
9hb Februari 1863. Hasilnya satu suruhanjaya terdiri daripada 5 orang ditubuhan untuk
mengkaji saranan Moynier yang berasaskan kepada idea Dunant, seperti berikut:
-memulakan tugas serta-merta di paras antarabangsa.
-menyertakan jururawat sukarela bertugas dengan tentera di medan perang.
Suruhanjaya tersebut berjumpa bagi pertama kalinya pada 17 Februari 1863. Henry
Dunant dan Gustava Moynier menjadi ahli bersama-sama dengan General GuillaumeHenri Dufour, Dr.Louis Appia dan Theodore Maunoir. Kesemua mereka adalah warga
kota

Geneva.

Suruhanjaya

tersebut

dikenali

dengan

nama

Jawatankuasa

Antarabangsa untuk membantu orang-orang yang cedera yang kemudiannya


dikenali sebagai Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM) atau The
International Committee of the Red Cross (ICRC).

1.3 Sejarah Penubuhan di Malaysia


Sejarah Pbsm Di Malaysia
Kelahiran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) mempunyai urutan sejarah
sebelum merdeka. Palang Merah telah pun wujud di Persekutuan Tanah Melayu di
bawah penjajahan British sebagai "a branch of the British Red Cross". Peperangan
Dunia Kedua dan waktu pemerintahan Jepun telah memusnahkan beberapa kawasan di
dalam negara kita dan ramai rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan penderitaan.
Laporan tahunan Persatuan Palang Merah British bagi tahun 1945 dalam perenggan
penutup dan mencatatkan:
" Kerana akibat peperangan, Borneo Utara adalah kawasan yang teruk dilanda
kemusnahan di Tenggara Asia dan penduduknya menanggung derita yang amat sangat
semasa pemerintahan Jepun. Oleh yang demikian,peluang bagi aktiviti-aktiviti palang
Merah adalah banyak dan sekarang oleh kerana asasnya telah diwujudkan,adalah
diharapkan bahawa ianya akan berkembang dalam tahun-tahun akan datang ".
Cawangan Sabah
Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang Merah British
menunjukkan bahawa cawangan pertama Palang Merah adalah di Sabah iaitu
ditubuhkan pada bulan April 1948.
Cawangan Sarawak
Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April / Mei tahun 1948,walaupun
mengikut rekod satu permohonan rasmi mewujudkan cawangan Palang Merah di
Sarawak ialah dibuat lebih awal iaitu pada bulan Februari 1948.
Cawangan Semenanjung Malaysia
Unit Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang dalam tahun 1950,yang
kemudiannya

menjadi

satu

cawangan.dalam

bulan

Februari

1951,Cawangan

Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordan dan Miss

Johnson serta dua orang pegawai medan Palang Merah British. Manakala Palang
Merah Pahang telah ditubuhkan pada tahun 1952.

Akta Pertubuhan
Bulan Sabit Merah Malaysia adalah ditubuhkan di bawah Akta Parlimen adalah seperti
berikut :
1. Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tidaklah sesuai lagi
Persatuan Palang Merah di Semenanjung bertaraf cawangan sahaja dan ibupejabatnya
jauh di London. Satu Akta Parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962 iaitu
Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) Act of Patliment (Act No 4 of
1962) dan dikuatkuasakan pada 16 April 1962.
2. Apabila Malaya di tukarnama kepada Malaysia dan penggabungan Sabah dan
Sarawak dibawahnya telah diubah dan diluluskan pada tahun 1965 iaitu Malaysian Red
Cross Society (Incorporation) atau Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan)
(Law of Malaysia Act 540) di seluruh Malaysia pada 1 Julai 1965.
3. Pada tahun 1975, satu pertukaran nama telah diluluskan iaitu Malasian Red Crescent
Society (Change Of Name) atau Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pertukaran
Nama) Akta ke-162 tahun 1975 (Laws of Malaysia, Act 162).
1.4 Tujuan Penubuhan
Penubuhan persatuan ini adalah berorientasikan bagi meningkatkan kesedaran di
kalangan pelajar mengenai bagaimana untuk menjadi ahli sukarelawan yang berilmu
dan berdisiplin. Melalui BSMM, pelajar akan didedahkan tentang cara-cara memberi
bantuan dan menjalankan rawatan ke atas seorang mangsa sama ada semasa tenang
atau ketika suasana cemas.

You might also like