You are on page 1of 2

Jelaskan fungsi perlembagaan sesuatu persatuan atau gerak kerja kokurikulum.

Fungsi perlembagaan sesuatu persatuan atau gerak kerja kokurikulum ialah perlembagaan
dijadikan sebagai panduan dan pedoman untuk menggerakkan persatuan berkenaan atau sebarang
gerak kerja kokurikulum. Fungsi perlembagaan yang seterusnya ialah untuk memudahkan dan
melicinkan perjalanan sesuatu persatuan tersebut. Selain itu, perlembagaan juga membawa fungsi
sebagai rujukan apabila timbul sesuatu masalah berbangkit dan rujukan dalam menetapkan bidang
tugas dan kuasa ahli.

Senaraikan perkara-perkara yang perlu ada dalam perlembagaan sesuatu persatuan.

Untuk merangka sesuatu perlembagaan, secara umumnya sesuatu perlembagaan persatuan


mengandungi nama dan alamat persatuan, matlamat, bilangan keahlian dan jawatankuasa yang
telah ditubuhkan. Selain itu, perlu diletakkan juga kewangan persatuan, pembatalan dan
pembubaran persatuan,pindaan perlembagaan dan juga minit mesyuarat.

Untuk melengkapkan perlembagaan tersebut, perlu juga disertakan lencana atau logo dan
mempunyai cogan kata yang terkini bagi persatuan tersebut. Seterusnya, perlembagaan persatuan
juga perlu mempunyai tata tertib dan disiplin persatuan. Perlembagaan juga perlu dikemas kini
supaya selaras dengan kehendak semasa.

Nyatakan langkah-langkah untuk menubuhkan sesuatu persatuan di sekolah

Langkah-langkah untuk menubuhkan sesuatu persatuan di sekolah adalah berbeza mengikut jenis
persatuan tersebut. Terdapat dua jenis persatuan yang boleh ditubuhkan di sekolah iaitu persatuan
yang mempunyai badan induk dan juga persatuan yang tidak mempunyai badan induk.

Untuk menubuhkan persatuan yang mempunya badan induk seperti Persatuan Pengakap dan
Persatuan Pandu Puteri, pihak pengurusan sekolah iaitu Guru Besar ataupun guru yang berkenaaan
seperti guru penyelaras perlulah berbincang terlebih dahulu dengan badan induk berkenaan. Selepas
itu, borang permohonan perlu diisi dan dihantar. Kemudian, guru penyelaras boleh mewar-warkan
atau membuat penguman kepada murid untuk mendaftar. Setelah mendapat kelulusan, guru
penyelaras akan mendaftar ahli secara rasmi di dalam persatuan tersebut. Seterusnya, persatuan
dapat melaksanakan aktiviti yang telah dirancang berpandukan badan induk.

Namun begitu, sekiranya persatuan yang hendak ditubuhkan itu tidak mempunyai badan induk,
guru yang terlibat hanya perlu mengadakan perbincangan dengan Guru Besar atau Pengetua tanpa
perlu melibatkan entiti luar. Kemudian jika perlu, berikan maklumat kepada Pejabat Pendidikan
Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri. Seterusnya, guru akan mencari ahli dan mendaftarnya.
Langkah seterusnya adalah membentuk perlembagaan, mengadakan perjumpaan dan perlu melantik
jawatankuasa bagi menggerakkan persatuan tersebut dan melaksanakan aktiviti yang telah
dirancang.
Nur Farihah binti Zahidi,
Sekolah Kebangsaan Kidurong II,
Jalan Datuk Abang Mustapha,
97000 Bintulu,
Sarawak.
________________________________________________________________________
Rujukan Tuan: SKDP/800-2/ /
Rujukan Kami: SKDP/ 800-2/ /
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kidurong II,
Jalan Datuk Abang Mustapha,
97000 Bintulu,
Sarawak. 2 September 2020.

Tuan,

PERMOHONAN PENUBUHAN BADAN BERUNIFORM /PERSATUAN/KELAB/SUKAN

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya bagi pihak Jawatankuasa Penaja memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk
menubuhkan Kelab Catur di sekolah ini berasaskan Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11,
Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998.

2. Bersama-sama ini disertakan :

2.1 Draf Perlembagaan dan peraturan 1


2.2 Draf Aktiviti Asas
2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja Kelab Catur

3. Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan
terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( NUR FARIHAH BINTI ZAHIDI )


Ketua Guru Penasihat
Jawatankuasa Penaja Kelab Catur
Sekolah Kebangsaan Kidurong II

You might also like