You are on page 1of 1

21 No.

tel : 05-7255547

No.fax : 05-7257535
___________________________________________________________________________________
’SENTIASA BERSAMA, KERIAN TERNAMA’

Ruj.kami : SKPHW.TP/05/01
Tarikh : 02 Januari 2020
PUAN NOOR AISHAH BINTI MD ALI
Tuan
Perlantikan Sebagai Guru Penasihat/Pemimpin Badan Beruniform/Persatuan/ Sukan & Permainan

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa dengan kuasa yang diperuntukan kepada saya melalui
Peraturan 4 dan 5 dalam Peraturan–peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan
1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No11 Tambahan No 41 Perundangan (A):P.U(A)
196 bertarikh 21 Mei 1998, saya telah melulus dan mengesahkan penubuhan dan pendaftaran Badan
Beruniform/Persatuan dan Kelab Permainan.
2. Kelulusan dan pengesahan ini diberikan berdasarkan pertimbangan dan penilaian saya
bahawa tujuan dan matlamat penubuhan Badan Beruniform/ Persatuan/ Kelab Permainan sekolah
ini tidak bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan .
Saya juga yakin bahawa persatuan ini mampu memberi sumbangan yang berkesan kepada usaha
menyemarakkan lagi kegiatan kokurikulum sekolah ini. Walau bagaimanapun kegiatan persatuan ini
perlu dipimpin, dibimbing dan dipandu, manakala kebajikan serta keselamatan pelajar-pelajar yang
menganggotainya perlu diselia, diselenggara dan dikawal.
3. Sehubungan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan 8 dalam
Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 996 seperti dalam warta
Kerajaan Malaysia Jilid 42, No 11 Tambahan N0 41 Perundangan (A) P.U(A) 196 bertarikh 21 Mei
1998 maka saya dengan bangga dan sukacita melantik tuan menjadi Guru Pemimpin/ Penasihat
kepada Badan Beruniform /Persatuan/Kelab Permainan SKPHW berkuatkuasa mulai tarikh surat
ini.
4. Dengan perlantikan ini bermakna tuan secara rasmi bertanggungjawab atas perjalanan dan
kegiatan Badan Beruniform/ Persatuan/ Kelab Permainan yang diberi dan berkuasa menasihati,
menengur dan mengarahkan AJK Persatuan dan semua ahli persatuan demi memastikan
kesemuanya tidak terkeluar daripada tujuan penubuhannya. Tuan juga secara rasmi
bertanggungjawab memastikan setiap aktiviti mesti mematuhi sepenuhnya semua peraturan, syarat-
syarat dan prosedur yang ditetapkan oleh sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri
dan Kementerian Malaysia.
5. Seterusnya tuan dilantik mewakili saya untuk menyelia , menyelenggara, mengawal dan
mengurus kebajikan dan keselamatan pelajar yang menjadi ahli Badan Beruniform/ Persatuan/
Kelab Permainan SK.Parit Hj.Wahab semasa menyertai aktiviti-aktiviti atau program-program
yangdianjurkan oleh persatuan di dalam kawasan sekolah.
6. Saya berkeyakinan penuh bahawa tuan boleh melaksanakan amanah dan tanggungjawab
yang diberikan dengan cekap dan berkesan.
7. Kesediaan dan kesanggupan tuan menerima perlantikan ini amatlah dihargai dan disanjung
tinggi. Disertakan juga senarai tanggungjawab sebagai guru Pemimpin/Penasihat untuk makluman
dan tindakan tuan.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menjalankan Amanah,

(ENCIK KHAIRUL ANUAR BIN MOHD NOOR)


Guru Besar,
SK Parit Haji Wahab,
34250 Tanjong Piandang,
Perak.

You might also like