You are on page 1of 2

MAJLIS PERMUAFAKATAN PENGUSAHA TADIKA

SWASTA
KULIM BANDAR BAHARU
No38, Tingkat 1, Jalan Persiaran 7, Kulim Avenue,
Kulim Hi-tech, 09000 Kulim, Kedah

Ruj. Kami : MPPTSKBB/PENAJA012024


Tarikh : 12 MEI 2O24
Kepada:
Pengurus
CARNIVAL CASH & CARRY
139 - 143, Jalan Putra B,
Pusat Perniagaan Putra,
09000 Kulim, Kedah

Tuan/Puan,

MEMOHON TAJAAN ATAU SUMBANGAN BAGI PROGRAM SANTAI BOWLING


SEMPENA HARI GURU

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Program ‘Santai Boling sempena Hari Guru 2024’ akan diadakan
untuk meraikan guru-guru tadika swasta di sekitar Kulim Bandar Baharu.

3. Antara objektif pelaksanaan program ini adalah:

 Membudayakan amalan gaya hidup sihat di kalangan guru-guru tadika


swasta.
 Mewujudkan kejelekitan di kalangan guru tadika swasta dan pengusaha
melalui semangat kesukanan.
 Menggalakan kerjasama yang lebih erat antara pengusaha dalam daerah
Kulim Bandar Baharu
 Memupuk semangat berpasukan dalam setiap pasukan yang bertanding.

4. Butiran lanjut tentang program ini adalah seperti berikut:

Tarikh : 18 MEI 2024 (SABTU)


Masa : 2.00 – 6.00 petang
Tempat : Ole-ole Super Bowl, Kulim Landmark Central, Kulim
Peserta : 50 orang guru

5. Buat pengetahuan pihak Tuan/Puan, program ini adalah salah satu program inisiatif Majlis
Permuafakatan Tadika Swasta Daerah Kulim Bandar Baharu. Selain daripada meraikan guru-guru
tadika, program ini juga secara tidak langsung dapat memupuk semangat kesukanan dan kerjasama di
kalangan guru-guru tadika di sekitar kawasan Kulim Bandar Baharu.

6. Justeru itu, kami dengan rasa rendah diri ingin memohon penajaan atau sumbangan daripada
pihak Tuan/Puan bagi melancarkan perjalanan dan pelaksanaan program ini. Mudah-mudahan dengan
sumbangan ikhlas daripada pihak Tuan/Puan, kita semua dapat merasa manfaat yang besar dari
inisiatif kami ini.

Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, pihak Tuan/Puan boleh menghubungi:

Rahayu binti Razali / Mohd Faisal bin Isa


(Pengerusi Majlis Permuafakatan Tadika Swasta KBB )
No telefon : 019-5598653 / 017-4494027

7. Diharapkan permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak


Tuan/Puan. Kerjasama dari pihak Tuan/Puan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

_____________
(PUAN NOORDAFFIDAN BINTI OTHMAN)
Setiausaha,
Majlis Permuafakatan Tadika Swasta KBB

You might also like