You are on page 1of 1

Majlis Pemimpin Murid,

Sekolah Menengah Kebangsaan Lundu,


KM2 Jalan Lundu-Pandan,
94500 Lundu.
Ruj. Kami : JPS(W)/SMKL(Mur)/153/02/05/09( )
Kepada: Tarikh : 18 Julai 2022

Pengerusi,
Koperasi Sri Gading SMK Lundu,
Sekolah Menengah Kebangsaan Lundu,
94500 Lundu.

Tuan/Puan,

MEMOHON PENAJAAN DAN SUMBANGAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman, pihak Majlis Pemimpin Murid SMK Lundu akan menganjurkan
Kursus Kepimpinan dan Team Building Pengawas Sekolah SMK Lundu pada 21 Julai 2022
hingga 23 Julai 2022. Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami
ingin memohon penajaan dan sumbangan berbentuk kewangan sebanyak Ringgit Malaysia
Dua Ratus Lima Puluh sahaja (RM250.00) untuk membiayai pembelian kelengkapan kursus
tersebut nanti.

3. Semoga sumbangan daripada pihak tuan/puan dapat membantu meringankan


pembiayaan kelengkapan kursus tersebut nanti. Besar harapan kami dengan adanya
sumbangan tersebut nanti akan dapat melancarkan lagi perjalanan kursus tersebut demi
kemenjadian dan kemantapan barisan pengawas sekolah SMK Lundu.

4. Keprihatinan dan kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan


didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(INDRACALGARY ANAK PIOL)


Penyelaras Majlis Pemimpin Murid,
Sekolah Menengah Kebangsaan Lundu.

You might also like