You are on page 1of 2

LAPORANPEMILIHAN, PERSEDIAAN, LATIHAN

DAN PERLAWANAN PERSAHABATAN


Pada 26 September 2013 telah dijalankan pemilihan pasukan sepak takraw
SKSR bermula jam 3:30-5:00. Seramai 30 murid yang berbakat termasuk bekas
pemain sepak takraw yang mewakili sekolah telah hadir dalam sesi pemilihan
tersebut. Setelah dijalankan saringan dan pemilihan seramai 12 pemain telah dipilih
dan seramai 4 pasukan telah dibentuk.
Seterusnya pada 2 dan 3 Oktober 2013 dijalankan latihan pengukuhan khusus
dengan teknik betul dalam membentuk keserasian antara pasukan, bermula jam 3:30
hingga 5:00. Latihan khusus asas peraturan dan pemarkahan dalam gelanggang
telah dijalankan pada 27 Oktober 2013 dengan bantuan bekas murid SKSR seramai
3 orang bermula jam 8:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari.
Latihan sentuhan terakhir telah dijalankan pada 28 Oktober 2013 , bermula
jam 8:30 pagi sehingga jam 11:00 pagi dikawasan parking SKSR. Seterusnya pada
sebelah petang sekitar jam 3:00 petang pasukan sepak takraw SKSR yang telah
bersedia diuji dengan perlawanan persahabatan dengan pasukan dari SK Bukit
Minyak sehingga jam 5:00 petang.
Persediaan dari aspek keyakinan dan keserasian dapat dilihat setelah selesai
perlawanan persahabat. Ahli pasukan juga seramai 9 orang adalah peserta baru dan
belum mempunyai pengalaman menghadapi situasi sebenar ketika pertandingan
kelak. Namun dengan sokongan rakan pasukan senior dan sedikit keyakinan ketika
pertandingan persahabatan sangat membantu dari aspek mental dan keyakinan diri.

LAPORAN KEJOHANAN SEPAK TAKRAW


11TKB PERINGKAT ZON BM 2013
Pada 29 Oktober sehingga 31 Oktober 2013 telah diadakan Kejohanan Sepak
Takraw bawah 11 tahun Peringkat Zon Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Perlawanan
ini diadakan di SMK Guar Perahu Indah bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 6.00
petang. Pada tahun ini SK Sungai Rambai telah menghantar kotinjen sepak takraw
seramai 15 orang yang terdiri daripada murid tahun 3,4dan 5.
Format perlawanan berlangsung secara berpasukan dan antara regu. Dalam
peringkat kumpulan SK Sungai Rambai telah ditempatkan dalam kumpulan A
bersama Sri Al-Masriyah dan SK Bukit Teh. Dalam peringkat kumpulan SK Sungai
Rambai telah berjaya sebagai naib johan peringkat kumpulan dan melangkah ke
Peringkat Separuh Akhir. Pasukan berpasukan SKSR telah berjaya mara pada
peringkat suku akhir menewaskan pasukan dari SK Juru dan berjaya melangkah
pusingan separuh akhir dan tewas kepada pasukan dari SK Machang Bubuk II dan
berjaya membawa pulang tempat ketiga dalam acara berpasukan.
Dalam kategori antara regu, hanya dua pasukan sahaja dibenarkan untuk
mengambil bahagian. SKSR telah menghantar regu A dan B. Kumpulan B telah
tewas awal pada pasukan dari SK Alma jaya pada peringkat suku akhir. Namun
pasukan regu A berjaya mengharungi peringkat suku akhir dengan menewaskan
regu A pasukan dari SK Alamajaya , dan berjaya meneruskan pertandingan pada
peringkat separuh akhir. Pasukan regu A tewas pada aksi separuh akhir menentang
pasukan regu A dari SK juru dan berjaya membawa pulang pingat tempat ketiga.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta. Semoga kesungguhan
yang ditunjukkan serta kejayaan yang diperolehi sepangjang kejohanan ini mampu
diteruskan pada masa akan datang.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
Disediakan oleh,
______________________
( MOHAMAD ASWAD SULAIMAN )
Guru Penasihat,
Pasukan Sepak Takraw
SK Sungai Rambai.

31 Oktober 2013

You might also like